Monday, July 31, 2023

HAPPY BIRTHDAY KAKLONG

Happiest birthday Kaklong! Genap umur Kaklong 29 tahun ya. Tapi Kaklong sentiasa nampak muda susah mau menua bah. Hihi. Alhamdulillah. Terima kasih kakak ipar saya menghadiahkan saya anak anak buah yang comel dan bijak. Iman, Abdurrahman, Abbas dan Abdul Hadi beruntung mempunyai Kaklong sebagai ibu mereka. Along beruntung mempunyai Kaklong sebagai isteri. Kami juga beruntung mempunyai Kaklong sebagai kakak ipar. Abah dan Umi beruntung mempunyai Kaklong sebagai menantu. 

Semoga Kaklong sentiasa sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala doa, diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Kaklong dapat mencapai segala apa yang diimpikan. Semoga Kaklong sentiasa steady seperti sediakala. Hiks. Semoga Kaklong juga kuat menjaga anak anak yang comel dan askar askar kecil bak kata Syahadah. Semoga Kaklong juga terus menjadi ibu, isteri, menantu dan kakak ipar yang solehah in shaa Allah. 

Bagi saya, kami senang nak berkomunikasi dengan Kaklong sebab macam perangai kami adik beradik hampir sama. Bukan yang selalu kena bercakap. Cuma bezanya, Kaklong seorang yang tenang dan kami sebaliknya ya kahkah. Kaklong memang steady. Alhamdulillah. Kaklong kahwin umur 22 tahun dan sekarang baru 29 tahun. Muda lagi sebenarnya kan. Tapi anak sudah empat ya tuan puan alhamdulillah. Rezeki Along dan Kaklong. 

Saya tiada pun wish dekat Kaklong, cuma sentiasa saya titipkan doa dan update dalam blog ini kahkah. Tapi bukan Kaklong tahu pun. Takpe, yang penting adik iparmu ini sentiasa mengingatimu. Kami ini tidak pernah lupa pun Kaklong punya birthday terutamanya Syahadah. Cuma kalau bab wish memang liat sikit kan. Begitu. 

Tujuh tahun hidup bersama, saya boleh nampak Kaklong semakin matang seiring dengan peredaran masa dan penambahan usia. Semoga mahligai yang dibina oleh Along dan Kaklong sentiasa diberkati oleh Allah. Semoga jodoh Along dan Kaklong berkekalan hingga ke syurga-Mu yang tertinggi in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, July 30, 2023

USTAZ DAILAMIE DICERAP


Amboi happy betul budak budak belakang ya. Suka hati kau lah dek, asal kan bahagia. Tiber. Tapi jangan happy sangat. Minggu lepas Babam kena cerap dengan pensyarah. Alhamdulillah dipermudahkan. Ada satu lagi pencerapan dari pensyarah minggu depan untuk praktikum ini. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan Babam. Yang saya curious adalah pensyarah Babam tak makan pagi ke. Kenapa dingin betul muka. Kalau saya yang kena cerap, mesti menggigil sebab takut kahkah. Nasib Babam berani kahkah. Tapi Babam cakap dia baik alhamdulillah. 

Sekarang saya di pejabat sekolah, jam 8.58 malam. Saya dengan Neilda dan Elvy sedang berusaha menyiapkan sijil untuk AMC untuk Rabu ini. Saya punya part siap sudah alhamdulillah. Elvy pun sudah, cuma sedang tunggu Neilda siapkan dia punya part. Doakan kami.

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 27, 2023

SOLAT JENAZAH 3 BERLIAN & MUTIARA

Kumpulan Shaharudin.
Kumpulan Qarismah.
Kumpulan Airil.
Kumpulan Izwan.
Kumpulan Firdaus.
Kumpulan Aqil.

Wednesday, July 26, 2023

5 HARI 5 MEETING


Seriously tak lawak hari hari kena mesyuarat. Tapi apa boleh buat. Terpaksa juga kami menahan diri. Nasib ada banyak bekalan makanan. Hihi. Sambil meeting saya buat Quizizz tajuk Istinjak. Alhamdulillah separuh sudah siap. Ada lagi saya kena buat tapi nanti lah saya fikir. 

Bukan selalu dapat selfie begini kan. Bila fikir balik, lama sudah kami tak berselfie sebab masing masing sibuk dengan kerja itu dan ini kan. Hmm apa boleh buat. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 24, 2023

JENAZAH KERTAS 3 INTAN & PERMATA

Budak budak pemening kepala.
Ali dan Wafiy.
Khairul dan Aliff.
Hamiz dan Adam.
Jamal dan Adhwa.
Hairi dan Ilham.
Syuhada dan Bahjan.
Aisyah dan Ressei.
Ain dan Syamila.
Aziizul dan Mukhriz.
Aqqilah dan Patin.
Jumaatul dan Haswaniza.
Puteri dan Fazura.
Fikriyah dan Salvikah.

Thursday, July 20, 2023

BORONG BUAH DI AWAL MUHARRAM


Macam mana saya nak habiskan semua ini? Begini lah Syahirah ya tuan puan. Kalau membeli tak boleh sikit sikit. Saya rasa sama saja saya dengan Umi dan Kakcik. Kalau membeli memang macam itu. Tapi ini tidak dipanggil pembaziran ya. In shaa Allah saya akan habiskan dalam masa terdekat. 

Kemarin saya keluar ke pekan dengan Neilda, Aveney dan Diana. Kami ke ATM dulu ambil duit, ke Servay membeli barang, ke rumah Kakda ambil barang saya yang tertinggal, ke KFC membeli ayam dan loaded potato dan setelah itu pulang ke sekolah balik. Puas hati ya keluar kemarin. Lagipun kemarin cuti sempena Maal Hijrah.

Entah apa yang saya beli di Servay sampai RM92. Nasib baik tak sampai RM100. Namun buah saya beli di kedai lain. Punya lah mahal harga buah di Sabah. Yang murah hanya lah pisang. Buah pear, naga dan jambu batu harganya mencekik darah betul tapi saya beli juga. Kawan saya yang lain pun membeli buah. 

Kebanyakan barang yang saya beli adalah makanan. Memang semua lah bukan kebanyakan. Tapi kebanyakannya sebenarnya untuk budak kelas saya sebab kalau saya buat kuiz, takkan buat dengan tangan kosong saja kan. Jadi kita bagi lah reward sikit sikit. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, July 19, 2023

ASPURA BERTANDING AZAN


Tadi surau Al-Khair mengadakan pertandingan azan pelajar aspura. Cikgu Faidal wajibkan semua untuk sertai dan hanya enam orang saja yang akan dipilih untuk berentap di final dan saya disuruh menjadi juri. Tiber. Kiranya tadi saringan saja. 29 orang pelajar, 29 gaya dorang. 

Ada yang berani, ada yang lantang, ada yang malu malu dan sebagainya. Yang geramnya, ada yang kalau dalam kelas, dia lah ketua bercerita, tapi bila azan di depan, konon paling pemalu. Asal nya ada pelajar aspuri sebab pertandingan dibuat selepas solat Isyak berjemaah. 

Tapi semua aspuri dihalau balik oleh aspura sebab kononnya malu lah kalau dorang dengar. Auhhh tolong sikit. Yang paling menghalaunya adalah ketua geng berdating. Apa yang dimalukannya saya pun tak tahu. Masa dating tak tahu malu pula kahkah. Budak budak betul dorang ni. 

Bayangkan saya nak kena handle 29 orang yang tak boleh duduk diam. Kejap saja boleh menimbulkan kedut di muka. Stress betul. Tapi terhibur juga tengok mereka sebab macam adik adik betul. Lagipun saya memang lama sudah tak turun surau dan bergaul dengan budak asrama. 

Jadi pelajar terpilih untuk ke final adalah Nazrey, Ammar, Razlan, Azizul, Izwan dan Kee Ilham. Semua yang terpilih ini memang biasa jadi muazzin di surau. Cuma saya terkejut yang Azizul sebab saya tak pernah dengar dia azan. Memang merdu dan unexpected dengan muka dia yang blur begitu. 

Kalau tengok gambar di atas, semua behave kan. Haa jangan percaya. Saya paksa sorang letak tangan di bawah dan jangan buat apa apa gaya. Kalau tidak, apa saja gaya tangan yang dorang tak buat. Haha lawak betul. Memang susah betul dikawal dorang ni tapi menghiburkan dan menstresskan dalam masa yang sama. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 17, 2023

DOKTOR KELANTAN DI KOTA MARUDU

Assalamu'alaikum WBT. 

Haritu saya ada dengar doktor bercakap dengan nurse. Dia tengah marah lah dekat satu patient ni. Tapi itu benda biasa kan. Yang menarik perhatian saya adalah saya terdengar dia punya dialek masa dia bercakap. Walaupun saya tak tengok pun dia punya kad pengenalan, saya tahu sudah 100% sure yang dia adalah orang Kelantan. 

Dia banyak guna perkataan Sabah tapi ada dengar dialek Kelantan dan saya rasa terhibur dan suka sebab ada geng di Sabah kan kahkah. Tapi memang dia marah lah masa tu. Pakaian dia pun menunjukkan yang dia bukan orang Sabah haha. Dia Muslim, pakai tudung tutup dada, pakai stokin dan pakaian dia memang sopan lah.

Orang Sabah pun ada juga begitu tapi susah mau cari kalau yang begitu di Kota Marudu. Kesimpulannya, kalau kita orang Kelantan, kita akan dapat detect kalau orang tu orang Kelantan ke tak dari segi percakapan dia walaupun dia guna standard BM pun. Macam mana pun akan kedengaran juga. Itulah nak cakap semangat Kelantan tidak akan pernah pudar dalam diri. Tiber.

Kakda kan dia benci betul dengan orang Kelantan yang acah acah cakap KL dengan dia. Itu pengalaman Kakda masa bekerja di bank suatu masa dulu. Kakda cakap orang tu tak mengaku orang Kelantan dan bila orang Kelantan bercakap, dia macam pandang rendah. Kakda pun tak tahu kenapa. Lagipun orang tu dibesarkan di Kelantan pun Kakda cakap.

Entahlah memang manusia kan macam macam ragam dan perangai. Hiks. Okaylah sampai di sini saja coretan saya. Ada rezeki boleh lah kita menulis lagi. Doakan saya rajin ya kawan kawan. Masalahnya sekarang fail panitia sudah kena tagih tapi satu apa pun saya belum start. Habislah kena marah dengan Cikgu Norlin. Bye.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, July 14, 2023

ABDUL HADI IBRAHIM

Akhirnya terjawab juga persoalan saya selama ini. Diumumkan, nama baby boy adik Iman, Abdurrahman dan Abbas adalah Abdul Hadi Ibrahim. Panjang ke tak? Abdul Hadi adalah idea Along sendiri. Ibrahim pula adalah permintaan daripada si abang, Abdurrahman. 

Memandai eh budak ini haha. Comel kan baru 5 tahun dah pandai bagi nama dekat adik dia. Sampai tua lah dia mengungkit ni kan haha. Nama Ibrahim, Abang Abdurrahman yang bagi tau. Haha comelnya! Tak sabar nak tengok interaksi adik beradik 4 ketul ni. 

Yang lawaknya, nak tahu tak macam mana terinspirasinya nama Ibrahim itu? Kaklong cakap, Kaklong selalu nyanyi lagu Anak Nabi Kita dan kan dalam lagu tu terselit nama Ibrahim. Jadi kemungkinan besar Abdurrahman tertarik dengan nama tu dari lagu itu lah. Comel kan?

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 13, 2023

ALONG DAN KAKLONG, FAMILY OF 6

Tahniah Along dan Kaklong! Alhamdulillah jam 3.30 pagi ini Kaklong selamat melahirkan baby lelaki. Setiap kelahiran dari Iman hingga yang ini semuanya dipermudahkan alhamdulillah. Zahratul Iman betul betul menjadi bunga haha. Dikelilingi oleh kumbang yang bermacam kerenah kahkah. 

Apa yang saya tak sabar adalah, untuk tahu nama baby boy ini. Bukan apa, semua adik beradik Iman mempunyai nama yang unik dan unpredictable. Kita tak tahu nak expect nama apa yang akan diberikan. Semua lain pattern. Hihi. Jadi saya sangat lah excited ingin tahu nama baby baru. 

Apa pun, semoga Kaklong dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan. Nampaknya baby dah tak boleh tunggu MamaDa balik. Dia nak keluar dulu. Di mana pun Kaklong berpantang, semoga dipermudahkan. Ya Allah, Abbas dah ada adik haha. Berjalan pun kelaut lagi si Abbas. Haha tak apa Abbas, slow slow ya. 

Siapa sangka kan, Along dah ada empat orang anak. Alhamdulillah. Saya suka bila fikir tarikh lahir baby. Lebih kurang saja dengan Abi dan Umi nya. Along lahir 7/3, Kaklong 31/7 dan baby 13/7. Ini sifir saya buat sendiri haha. At least cantik di mata saya okay. Jangan kecam. Due sebenar baby adalah 16/7. 

Jadi lepas baby yang tidak diketahui nama ini, mungkin Along dan Kaklong mahu rehat dulu. Tunggu lagi empat tahun, mungkin keluar lagi baby baru in shaa Allah. Hihi. Suka hati aku saja rancang orang lain punya keluarga. Hei biarlah abang saya juga itu. Haha. Okay lah sampai di sini saja coretan saya di pagi hari ini. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 11, 2023

SAKITNYA HATI BILA DIBANDINGKAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Kesian Cikgu Larry, kena banding banding. Ceritanya begini, team hoki tahun ini dilatih dan dipegang oleh Cikgu Larry menggantikan Ustaz Hazmin yang telah berpindah ke sekolah lain. Semua ahli hoki adalah pelajar asrama. Jadi, ada seorang ibu kepada pemain ini dia comment di FB, bagitahu yang anak dia cakap zaman Ustaz Hazmin dulu best, tidak berkira soal duit, makanan, peralatan sukan dan selalu dapat makan sedap sedap bila bertanding. Sekarang tiada sudah dorang merasa itu. 

Perlu ke cakap macam itu di tempat public? Begini lah ini budak sekarang apa apa nak sedap sedap saja, nak balasan. Saya geram betul bila kena banding banding macam itu. Walaupun saya admire Ustaz Hazmin sebagai mentor saya, saya tetap tidak setuju dengan cara ibu itu. Cikgu Jusip cakap bukan dia mau sponsor pun. Bising saja haha. Itu Cikgu Jusip cakaplah. Cikgu Larry ada cara dia tersendiri. Lagipun Cikgu Larry bukan duduk 24 jam di sekolah macam Ustaz Hazmin dulu. 

Hmm macam macam lah. Sedih lah Cikgu Larry. Kan dah merajuk taknak pegang team hoki sudah. Lepas MSSD ini dia mau lepaskan sudah itu hoki. Haha lawak betul Cikgu Larry merajuk. Tapi dia cakap itu dalam nada bergurau. Namun dalam hati siapa lah tahu kan. Untuk budak, kau buat saja lah yang terbaik. Kalau dapat habuan, dapat lah. Kalau tidak dapat, diam saja lah bah. Jangan terlalu demand. Dia ingat senang ke dapat duit. 

Itu belum lagi bab asrama. Berapa kali sudah para warden terutamanya ketua warden kena banding dengan KWA dulu oleh ibu bapa dan pelajar. Pandai lah cakap, Ustaz Hazmin dulu begitu begini. Warden sekarang begitu begini. Ibu bapa ini pandai komen saja, try kau datang asrama jaga 300 lebih budak sendiri. Baru tahu macam mana. Yalah, setiap kepimpinan pasti nya ada cara yang berbeza kan. 

Dorang senang cakap sebab bukan dorang yang jaga budak budak ini. Para warden bukan jaga anak dorang satu orang. Bayangkan nak menghadapi setiap kerenah budak. Yang buat masalah, yang menipu sakit, yang mencuri, yang membuli. Kadang saya rasa kesian juga tengok warden yang bertungkus lumus buat yang terbaik, namun masih kena banding. Tapi saya rasa sekarang makin mantap lah dengan kawalan disiplin yang makin kukuh. 

Ibu bapa juga sekarang pandai lantang bersuara dalam group PIBG. Tembak cikgu itu ini, bagitahu masalah anak mereka di asrama. Cerita yang diceritakan dalam group yang 100% dengar dari anak sendiri. Contoh cakap baju dan kasut anak kena curi, alih alih rupanya anak sendiri cuai letak kasut merata. Baju dibiarkan di ampaian hingga kering mereput. Bila hilang cakap kena curi. Bila terbukti anak yang salah, pandai pula senyap. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, July 9, 2023

PROGRAM BERSAMA APM


Program yang dijalankan selama dua hari ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan cara menghadapi kebakaran terutamanya bila ia berlaku di asrama. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancarnya. Pengarah program adalah Cikgu Jesvi dan ngam ngam pula isterinya antara jurulatih APM. 

Saya ada pergi pantau beberapa kumpulan dan sedikit sebanyak dapat pengisian. Cara melakukan CPR, cara menangani orang yang tercekik, cara memapah orang yang sakit dan sebagainya. Walaupun sekejap saja, namun banyak manfaat yang diperolehi. Apatah lagi pelajar yang mengikuti program dari awal sampai akhir. 

Semoga mereka dapat manfaat daripada program ini. Siap ada fire drill lagi. Yang dibuat pada tengah pagi buta kahkah. Jam 11.30 bunyi siren menandakan ada kebakaran berlaku di asrama. Ada pelajar yang berlari dengan laju nya, ada yang lenggang lenggang lagi. Hmm sangat lah tidak mengikut arahan. Padahal sudah kena briefing pun. 

Jadi tadi adalah majlis penutup untuk program ini. Setelah habis majlis, para jurulatih APM dijamu dan dirai di dewan makan dengan hidangan lauk yang sedap. Hmm. Kami pun ada join makan juga tapi sikit saja. Lepas tu saya, Sue dan Elvy pergi Kupang kahkah. Saya beli kuew teow bandung daging. Sekian terima kasih. Sampai di sini saja coretan untuk kali ini. Assalamu'alaikum WBT. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 6, 2023

HAPPY BIRTHDAY RABIATUL

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini adalah birthday kawan saya, Rabiatul. Kawan saya dari sekolah menengah tapi kami mula berkawan betul lepas masuk universiti. Itu pun sebab saya satu universiti dengan Rajni. Rajni pula kawan sekampung Rabiatul. Itulah perkaitannya. 

Jadi hari ini adalah ulang tahun hari lahirnya yang ke-26. Haha tua sudah kau ah. Tiber. Macam cakap diri sendiri juga itu. Jadi macam biasa lah saya tiada wish dekat dia pun. Cukuplah doa dari jauh saja. Dia nak terasa ke tak, tak apa lah haha.

Happy birthday Rabiatul! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, makbulkan segala doa awak, memberi kesihatan yang terbaik kepada awak dan semoga awak diberi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Semoga awak bertemu jodoh yang terbaik suatu hari nanti in shaa Allah. Terima kasih kerana sentiasa mencari jalan untuk kekal berhubung dengan saya walaupun kadang kadang saya lambat balas mesej hihi. Saya sentiasa mendoakan awak.

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 3, 2023

SAY HI TO MYVI


Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah setelah hampir 6 bulan menanti, akhirnya Myvi yang ditunggu tunggu sudah tiba. Abah dan Umi saya pergi ambil tadi di Perodua. Ejen nya adalah Pakcik Kasim, ejen yang sama untuk kereta Aruz empat tahun lepas. Nampak tak muka excited Umi? Yalah lama kan menunggu. Ada beberapa kali Pakcik Kasim bagitahu ada warna lain sampai. Adakah Abah dan Umi mahu. Jawapannya memang tidak lah.

Abah dan Umi dari dulu sampai lah sekarang setia dengan warna silver. Mana nak cari kesetiaan sebegitu rupa kahkah. Jadi kena lah menunggu sampai warna silver available. Saya rasa jarang orang guna Myvi warna silver, jadi kenapa kena menunggu lama juga? Okay tak apa. Jangan fikir. Myvi sebenarnya kereta impian saya dari sebelum kerja lagi atau lebih tepatnya dari zaman belajar lagi. Namun takdir menentukan saya memiliki Bezza yang mana saya sangat sayang. Hiks. Love you Chombi.

Yang drive balik adalah Abah sebab Umi ada sedikit takut nak bawa kereta baru. Entahlah kenapa haha. Padahal sama saja semua kereta kan. Tapi tak apa. Itulah keunikan Umi. Haha. Kesian Syahadah, dua minggu dia cuti, tak sempat nak berjumpa dengan Myvi. Hari lepas dia balik universiti baru lah boleh pergi ambil kereta. Tak apa lah baby, in shaa Allah kau balik nanti, naik lah sepuas hati kau. Sekarang pun dah mengaku kereta tu dia punya haha.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, July 1, 2023

WELCOME JULY 2023

Assalamu'alaikum WBT.

Okay masuk bulan Julai sudah. Like, how? Ya Allah cepatnya masa berlalu. Seriously mesti Syahadah pun rasa macam itu kan. Haha tiber Syahadah cakap. Syahadah pun tidak lama lagi mau masuk tahun ketiga. Adik perempuanku satu orang ini besar sudah. 

Tengah bulan nanti in shaa Allah Syahadah habis exam untuk semester satu tahun kedua kalau saya tidak silap. Kaklong dan Along pun in shaa Allah akan menyambut kehadiran baby baru yang tidak diketahui jantina nya tengah bulan nanti. 

Saya pula? Di sini lah saya bersama budak sekolah dan kerja yang sentiasa ada saja. Hiks. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Ada satu benda yang buat saya rasa betapa masa itu berlalu dengan sepantas kilat.

Saya rasa baru saja buat blog pasal birthday Neilda, dan nak tahu tak bila birthday Neilda? 12 Julai. Ya hampir setahun sudah tapi kenapa saya rasa macam baru saja buat. Allahu semoga kita diberi keberkatan masa in shaa Allah.

Kota Marudu, Sabah.