Wednesday, July 19, 2023

ASPURA BERTANDING AZAN


Tadi surau Al-Khair mengadakan pertandingan azan pelajar aspura. Cikgu Faidal wajibkan semua untuk sertai dan hanya enam orang saja yang akan dipilih untuk berentap di final dan saya disuruh menjadi juri. Tiber. Kiranya tadi saringan saja. 29 orang pelajar, 29 gaya dorang. 

Ada yang berani, ada yang lantang, ada yang malu malu dan sebagainya. Yang geramnya, ada yang kalau dalam kelas, dia lah ketua bercerita, tapi bila azan di depan, konon paling pemalu. Asal nya ada pelajar aspuri sebab pertandingan dibuat selepas solat Isyak berjemaah. 

Tapi semua aspuri dihalau balik oleh aspura sebab kononnya malu lah kalau dorang dengar. Auhhh tolong sikit. Yang paling menghalaunya adalah ketua geng berdating. Apa yang dimalukannya saya pun tak tahu. Masa dating tak tahu malu pula kahkah. Budak budak betul dorang ni. 

Bayangkan saya nak kena handle 29 orang yang tak boleh duduk diam. Kejap saja boleh menimbulkan kedut di muka. Stress betul. Tapi terhibur juga tengok mereka sebab macam adik adik betul. Lagipun saya memang lama sudah tak turun surau dan bergaul dengan budak asrama. 

Jadi pelajar terpilih untuk ke final adalah Nazrey, Ammar, Razlan, Azizul, Izwan dan Kee Ilham. Semua yang terpilih ini memang biasa jadi muazzin di surau. Cuma saya terkejut yang Azizul sebab saya tak pernah dengar dia azan. Memang merdu dan unexpected dengan muka dia yang blur begitu. 

Kalau tengok gambar di atas, semua behave kan. Haa jangan percaya. Saya paksa sorang letak tangan di bawah dan jangan buat apa apa gaya. Kalau tidak, apa saja gaya tangan yang dorang tak buat. Haha lawak betul. Memang susah betul dikawal dorang ni tapi menghiburkan dan menstresskan dalam masa yang sama. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment