Friday, November 24, 2023

SEHARIAN DI MYDIN MALL

Kak Aishah dan Wildan.
Saya sayang Umi saya.
Kenapa Umi paksa saya duduk.
Hari ini Kak Aishah dan Wildan sakan berjalan jalan di Mydin Mall. Keluar rumah jam 3.30 petang, balik rumah jam 10.30 malam. Kira lah berapa jam kami bertapak di sana. Banyak peristiwa yang berlaku, antaranya adalah kena kencing oleh Muhammad sampai kan kena beli baju baru untuk Abahnya nak solat. 

Lepas tu beria lah bawa susu botol si Muhammad kononnya taknak bagi susu dada lah dan nak suruh biasakan dia dengan susu botol, sekali nampak ada semut dalam susu tu. Hmm minum susu dada juga akhirnya yang mana memang saya suka pun. Hihi. Rasa lagi dekat dengan budak ini. Lagipun saya dah nak kena pergi. 

Punya lah ramai orang tadi. Beli barang sikit saja. Tak sampai 8 barang pun tapi beratur untuk bayar ada dalam 45 minit. Bukan musim cuti pun, hujung minggu saja. Tambah lagi dengan musim hujannya tapi ramai betul orang datang. Nak cari parking ada lah dalam 30 minit. Sebenarnya dah nak give up sebab tak dapat parking. 

Sampaikan Abah Muhammad cakap, kalau tak ada lagi dekat lorong ni kita balik. Sekali ada alhamdulillah. Rezeki si Aishah pakar jalan jalan haha. Sepanjang 6 ke 7 jam di sana, kami makan di food court dan MarryBrown, solat, jalan jalan, shopping barang sikit, termenung dan balik. 

Pengkalan Chepa, Kelantan. 

Tuesday, November 21, 2023

AYAH LONG & MUHAMMAD



Assalamua'alaikum WBT.

Umi cakap Muhammad ada iras iras Along masa kecil. Bersungguh Umi cari gambar Along dan compare dengan Muhammad haha. Syahadah cakap ada lah sikit macam Along tapi lebih kepada gen belah sana. Begitu juga kata Kakcik. Jadi saya nak kata apa. Kakcik kata Muhammad ada iras Aishah anak Kak Zakiah. Tapi muka Muhammad makin hari makin hilang dia punya Chinese look. Tak macam masa baru lahir. 

Memang saya dan Syahadah pernah bincang dulu. Selepas kami observe muka budak kan, kami simpul kan mereka bukan saja akan ambil muka ibu bapa mereka, tetapi juga mungkin akan iras iras ahli keluarga lain seperti makcik dan pakcik atau sepupu serta datuk dan nenek. Sebab itu nak cari jodoh jangan fokus jodoh yang handsome atau cantik saja, kena tengok juga ahli keluarga dia haha. 

Kalau anak anak Along, saya rasa jarang yang muka macam Along. Lebih kepada Kaklong sebenarnya. Yang penting comel kan hihi. Kalau tengok Abdul Hadi sekarang, masha Allah runcingnya dagu. Dia keluar perut Umi dia 3.7 kg. Tapi sekarang badan dia maintain tak besar. Kalau kira dia punya berat masa lahir, memang besar lah sebenarnya. Abdul Hadi sekarang 4 bulan 9 hari, berat lebih kurang 7.2 kg. 

Muhammad Wildan masa lahir berat dia 3.55 kg. Sekarang umur dia alhamdulillah 2 bulan 10 hari, berat dia baru baru ini lebih kurang 6.6 kg.  Risau sebenarnya takut dia terlebih berat badan. Semoga Muhammad pun maintain macam Abdul Hadi juga. Sekarang kami di rumah Ma. Musim hujan sekarang. Muhammad sedang nyenyak tidur di tepi saya dalam kesejukan. Budak ini berak! Sekarang jam 7.52 pagi. Lagi 10 hari saya akan ke Sabah.

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, November 20, 2023

KERETA SUE ANRIONA


Setelah beberapa lama Sue berangan untuk memiliki X50, akhirnya tercapai jua hajatnya! Saya tak sangka! Setiap kali kami ke pekan, wajib kami bercerita pasal kereta impiannya. Kalau ternampak kereta jenis itu dan warna itu, selalu cakap Sue tengok! Syah tengok! Memang kami sentiasa teruja haha. 

Dia sangat tahu apa yang dia mahukan. Kereta jenis apa, warna apa. Walaupun banyak hasutan di kelilingnya, dia tetap teguhkan hatinya, hanya X50 yang bakal dimilikinya. Ternyata benar. Tahniah Sue! Saya tak sangka sangat! Tapi dalam gembira, saya rasa dikhianati sebab dia beli masa saya tak ada di sana. Hiks. 

Mana boleh. Saya lah teman dia bercerita itu ini. Cakap pasal kereta itu ini. Sekali beli masa saya jauh di sini. Aish tak boleh jadi. Haha gurau saja bah. Saya sentiasa gembira untuk kamu Sue. Semoga segala urusan kamu sentiasa dipermudahkan. Semoga kamu cepat dapat lesen. Cepat lah kamu dapat drive X50 kamu. Hihi. 

Agak agak saya boleh try drive juga ke? Hihi. Tak adalah. Chombi saya pun cukup sudah alhamdulillah. Okay saya rindu Chombi. Kakda cakap Bezza saya sudah dipenuhi dengan taik burung. Dasar burung. Ada lagi 10 hari sebelum saya meneruskan kehidupan normal saya iaitu mendidik anak bangsa yang soleh dan solehah in shaa Allah. 

Sebenarnya saya risau sebab dengar kata makin parah disiplin dorang. Saya fikir pun dah pening kepala, apatah lagi hadapi sendiri. Setiap hari ada saja masuk dalam group Telegram pasal kes kes di sekolah. Semoga kita semua dijauhkan daripada apa apa sifat negatif. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Saturday, November 18, 2023

ABDULLAH ABBAS & MAMA SYA

💞

Rasanya Mama Sya dengan Abdullah Abbas tak pernah ada gambar berdua. Ini lah kali pertama ya. Hihi. Abdullah Abbas anak soleh, sihat, kuat, baik dan ceria. Itu paling penting. Hari yang kusam akan jadi ceria kalau duduk dengan Abdullah Abbas. Dia punya vibe positif tu kuat. Alhamdulillah. 

Dia pun dah jadi abang walaupun masih kecil. Bayangkan masa Abdul Hadi lahir, Abdullah Abbas baru saja boleh berjalan. Dulu dia bambam, sekarang makin slim. Kaklong cakap sebab dia selalu berjalan. Itu yang kurus tu. Macam exercise lah jalan banyak tu. Kurus pun tak kurus sangat lah. 

Dia memang badan besar. Kalau dengan Abdurrahman sikit lagi dia lintas lah tu. Lagi besar dari Abdurrahman. Itulah dapat jumpa Abdullah Abbas semalam sebab Along Kaklong singgah rumah Umi sekejap. Mama Da jangan jealous tau. Okaylah sampai sini dulu Mama Sya berblog. 

Mama Sya dan Muhammad kurang sihat dari kemarin. Mungkin sebab kena hujan. Saya pun memang sakit tekak hari sebelumnya lagi. Pergi Lotus's dengan Aishah dan Poksu Mat, berjalan dengan tak bermaya. Tak ada energy langsung. Malam tambah dengan gastrik dan demam urat. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, November 16, 2023

CARSEAT MUHAMMAD

Terima kasih Umi, saya suka saya suka.
Wah macam ice cream, nak try lah.
Hari ini baru sempat Muhammad try duduk di carseat dia. Maklumlah Abah dia balik sekolah makan, rehat kejap, pergi rumah Tokma, balik rumah Tokmi dan tidur. Esoknya rutin yang sama. Mana ada masa nak try carseat bagai. Besok cuti, jadi boleh lah kita jalankan operasi. Hiks. Agak agak Muhammad selesa tak? Tengok lah muka 'happy' dia kahkah. 

Tujuan utama carseat ini dibeli adalah untuk menyenangkan Abah Muhammad hantar dan ambil Muhammad ke rumah Tokmi pagi pagi sebelum pergi sekolah sebab in shaa Allah sepanjang 2 minggu saya di Sabah, Kaklong yang akan jaga Muhammad. Kiranya macam hantar ke pengasuh lah tapi Kaklong tolong jaga. In shaa Allah dipermudahkan. 

Senang juga kalau nak bawa Muhammad ke mana mana, letak saja dia dalam carseat. Tak payah lah susah susah Ma atau Aishah nak meriba kan. Bukan senang nak riba budak 6 kilo haha. Sorry Muhammad Umi termengumpat kamu. Tapi Muhammad tak marah pun sebab itu memang realitinya. Semoga Muhammad selesa duduk di carseat itu ya. 

Abah dan Umi usaha sebaik mungkin mengikut kemampuan untuk keselesaan kamu. Semoga Muhammad menjadi anak soleh ya sayang. In shaa Allah sentiasa sihat, ceria, baik, kuat dan cerdik. Semoga yang baik baik saja untuk kamu Muhammad. Semoga Umi pun kuat juga lagi lagi bila di Sabah nanti. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Tuesday, November 14, 2023

HADIAH DARIPADA MAMAIQA


Terima kasih Mama Iqa untuk semua hadiah 💕 14 helai baju dek, bukan biasa biasa. Mama Iqa ni kalau membeli memang tak boleh sikit sikit eh. Haha alhamdulillah rezeki Baby Muhammad. Sekali dengan tempat mandi sekali Mama Iqa beli. Terima kasih Ya Allah kau kurniakan daku kakak pemurah seperti Kakcik. 

Bukan semua orang dapat nikmat begitu kan. Bersyukur sangat alhamdulillah. Hihi. Harap saya pun pemurah begitu juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kakcik, permudahkan rezeki yang halal buat Kakcik dan semoga Kakcik diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Terima kasih Cik ❤️

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, November 13, 2023

LITTLE DID I KNOW YOU WERE IN MY TUMMY

Gambar di atas diambil pada 31 Ogos 2022 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Abah Muhammad hantar saya ke sana untuk saya fly ke Kota Marudu, Sabah bagi meneruskan tanggungjawab sebab seorang guru di sekolah terchenta. Pertama kali berjauhan setelah berkahwin. Tiber. Ketika ini boleh happy happy lagi, sampai di KK baru terasa kehilangan haha.

Tiada siapa tahu Muhammad Wildan sudah menunggu di dalam rahimku ketika itu. Mungkin baru 3 minggu menjadi penghuni. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang kau curahkan kepada kami. Banyak nikmat yang tidak disangka sangka diberikan dalam hidupku. Segalanya berlaku dengan pantas. 

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami ini digalas dengan sebaiknya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga hari harimu sentiasa ceria in shaa Allah. 

Rumah Kak Siti,
Pengkalan Chepa.

Sunday, November 12, 2023

MUHAMMAD IS 2 MONTHS OLD TODAY

Muhammad! Dua bulan lepas Umi lahirkan kamu. Dua bulan lepas Umi merasakan kesakitan yang tak pernah dirasai selama Umi hidup. Dua bulan lepas Umi dapat merasai nikmat mendengar tangisan kamu di saat kelahiran. Dua bulan lepas kamu memberi peluang untuk Umi bergelar ibu, dengan izin Allah. 

Dua bulan lepas Umi menyusukan kamu buat kali pertama selepas dijahit. Dua bulan lepas Abah dan Umi sama sama struggling memakaikan baju kamu yang pertama. Dua bulan lepas Umi cuci berak dan kencing kamu yang pertama. Dua bulan lepas bermulanya episod Abah dan Umi berjaga malam dan menambah koleksi eyebag. 

Dua bulan lepas, semuanya dua bulan lepas. Umi dapat merasai pengalaman yang tak pernah Umi terfikir akan menghadapinya dalam hidup. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku. Umi tak sangka begitu cepat masa berlalu. Muhammad pun besar sudah. Banyak baju yang sudah tidak muat. 

Teringat segala sakit yang hilang sejurus kamu keluar dari perut Umi. Semoga Muhammad menjadi penyejuk hati Abah dan Umi, menjadi anak yang soleh, bijak, berdikari, taat perintah Allah, punya akhlak terpuji, menjadi hafiz Quran 30 juz dan semoga kamu diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Rumah Kak Siti, 
Pengkalan Chepa.  

Saturday, November 11, 2023

HAPPY BIRTHDAY ABDURRAHMAN ❤️

Assalamu'alaikum WBT. 

Ya Allah, Abdurrahman budak manja dah 5 tahun! Walaupun baru menginjak usia 5 tahun, Abdurrahman punya kepimpinan mantap sudah. Pandai dia menjaga adik adiknya, protective terhadap kakaknya, baik dengan sepupunya dan manja dengan makcik pakciknya. Saya masih ingat betapa excitednya saya dan Syahadah menyambut kelahiran anak saudara lelaki yang pertama. Ini lah budaknya. 

Pemalu sungguh. Tapi mungkin lepas menetap di rumah Mama Iqa selama sebulan, Abdurrahman dapat mengembangkan social skillnya yang mana ia terlahir naturally dalam diri kakaknya. Tiber. Yalah kalau Iman terlebih pula social skills dia haha. Apapun semoga yang baik baik saja untuk anak buah Mama Sya satu orang ini. 

Semoga Abdurrahman sentiasa menjadi penyejuk hati semua orang. Semoga birthday boy ini sentiasa soft spoken seperti sediakala, menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang bijak, anak yang petah dan sentiasa handsome macam selalu. Teruskan menjadi anak yang manja tapi berdikari yang sayang. Mama Sya sayang Abdurrahman Zakwan ❤️

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, November 9, 2023

26 IS JUST A NUMBER


Terima kasih Abah Muhammad buat suprise! Hihi alhamdulillah kenyang makan kek dan pizza hari ini. Boleh dikira suprise lah ni sebab saya memang tak tahu langsung. Tadi call cakap balik lambat sebab ada kerja nak disiapkan. Ingatkan kerja psikometrik ke apa, rupanya gigih pergi Giant semata mata nak beli kek Secret Recipe. 

Terima kasih juga untuk Umi, Kakcik dan Syahadah kerana sudi mengambil masa untuk mengarang ayat ucapan sempena birthday saya. Paling saya tak puas hati si Syahadah dia bold kan nombor 26. Ya memang saya secara officialnya memasuki umur 26 tahun tapi itu hanya lah nombor okay. Tiber. 

Sambung cerita, saya memang rancang bila Abah Muhammad sampai, kami terus pergi kedai Cik Ana nak ukur badan untuk buat baju. Saya dah bersiap semua, lepas tu Abah Muhammad call cakap dah sampai tapi minta tolong ambil botol air di kereta untuk refill. Saya pun pergi lah dekat pintu rumah nak keluar. Sekali buka pintu terpampang Abah Muhammad pegang kek dan pizza sambil ucap Happy Birthday! 

Terkejut mak. Apa pun terima kasih Abah Muhammad sebab berusaha gigih untuk menyambut saya punya hari lahir. Semoga Abah Muhammad terus kuat melayan kerenah saya in shaa Allah. Hihi. Saya kesian sebenarnya sebab saya tak pandai bagi respon. Jadi reaksi saya disuprisekan agak hambar tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Terima kasih ❤️

Kami sama sama makan kek dan juga pizza tadi dengan Abah, Umi dan Poksu Shin. Kenyang alhamdulillah. Begitulah ceritanya. Pandai juga Abah Muhammad buat suprise ya. Saya pun tak sangka. Muhammad ternenung saja tengok kami makan haha kesian. Awak kena sabar ya budak. In shaa Allah dipermudahkan. 

Teratak Hijau,
Rantau Panjang. 

Wednesday, November 8, 2023

MUHAMMAD DAN POKSU SHIN

Terkangkang Muhammad Paksu pegang.
Ke manakah fikiranmu Muhammad?
💞

Poksu Shin memang boleh diharap kalau bab menjaga budak hatta baby kecil macam Muhammad. Haritu dia cakap dia tak pandai pegang dan tak pernah pegang baby. Tapi ada tu hari saya mandi ke tak silap dan Muhammad menangis, saya siap mandi tengok dia tengah dukung si Muhammad. Mantaplah Poksu.

Sekarang kalau balik sekolah wajib terkam Muhammad dulu. Poksu ni memang pencinta budak. Bukan lakonan. Memang dia suka main dengan budak lagi lagi anak anak buah kesayangannya iaitu Iman, Abdurrahman, Abdullah dan yang terbaru Abdul Hadi. Kalau kiss tidak mau dilepaskan haha. Alhamdulillah. 

Didukungnya Muhammad macam macam gaya dia buat haha. Muhammad pun pasrah saja. Sekarang musim Poksu trial SMU. Semoga dipermudahkan urusan Poksu dan in shaa Allah beroleh kejayaan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb. Okaylah saya beradu dulu ya. Assalamu'alaikum WBT. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Tuesday, November 7, 2023

MUHAMMAD HEALING DI TAMAN

Muhammad dan Abah 💣
Muhammad dan Umi 💓
Hari ini Abah bawa Umi dan Muhammad healing di taman Lubok Jong dekat Pantai Timur. Sekejap saja kami sana sambil tunggu Maghrib. Masuk waktu, kami solat di masjid. Sejak ada nya Muhammad, solat pun bergilir gilir. Apapun alhamdulillah atas segala nikmat. Sempat saya dengar kuliah mantan pengetua Maahad Muhammadi Rantau Panjang di masjid. 

Selesai solat kami pergi Pantai Timur Lubok Jong. Tapi sebelum masuk, Abah salin pampers Muhammad. Dia dah kencing banyak dan berak sekali. Lepas itu kami singgah dulu kedai depan Pantai Timur makan pau dan juga burger sambil borak borak dengan penjual. Mesra sangat dorang. Memang healing betul lah semalam. Dalam 8.30 malam baru kami masuk. 

Terus kami naik tingkat atas memang rancang tambah koleksi baju siang Muhammad sebab yang sedia makin hari makin mengecil. Takut Muhammad tak selesa pakai baju ketat. Kami pusing pusing jumpa baju cantik! Saya ambil 3. Tapi saiz nya ambil yang besar terus. Lagi saya beli ketip kuku baby dan stokin baby.

Lepas itu kami ternampak baby carrier. Beria lah nak beli. Tapi nak cuba dulu macam mana guna nya. Minta tolong kakak satu orang, dia tak pandai, dia panggil kawan dia tolong. Kawan nya pun tak pandai, dipanggil nya kawan satu lagi. Tidak dia pandai juga, panggil lah yang berusia nampak macam ada anak. Lama juga lah try pakai. 

Kecoh betul masa try pakai baby carrier. Lagi dorang tengok Muhammad yang lena walaupun di sekeliling suara macam pelakar haha. Main dengan Muhammad sekejap kami pun minta diri. Tak beli pun. Lepas tu nak turun dah ternampak tshirt. Abah Muhammad pun ambil lah satu untuk pakai dalam baju mengajar. Nak turun bayar, tergoda dengan baju kemeja satu tu. 

Try pula baju kemeja. Mula mula nak ambil warna biru tua tapi tak ada saiz. Saiz Abah Muhammad konon L. Ada yang XL saja. Tapi disebabkan memang kemeja diperlukan sekarang, ambil juga lah walaupun warna lain. Tengah try, aircond dan lampu pun ditutup. Ya Allah rupanya dekat 2 jam dah kami pusing pusing. Jam 9.45 kami turun dan bayar. 

Tak cukup healing lagi, healing pula dalam kereta. Haha lawak betul. Macam taknak balik rumah gaya nya. Kesimpulannya tidak terpergi ke rumah Ma . Hiks. Tak apalah bukan selalu kan. Jam 10 lebih baru lah balik rumah. Semua pun dah tidur sebab esok sekolah. Abah Muhammad beria nak pakai baju baru pergi sekolah esok. Sekian. 

Tepi Muhammad,
Teratak Hijau.

Sunday, November 5, 2023

MAMAIQA'S BIRTHDAY

Assalamu'alaikum WBT. 

Happy birthday Mama Iqa yang ke-29! Allahu dah tua rupanya Mama Iqa Muhammad ni ya kahkah. Mama Iqa memang umur dah tua tapi muka dan hatinya senantiasa muda. Hatinya sangat lah baik dan lembut. Semoga dipermudahkan segala urusan Mama Iqa. Saya sebenarnya kagum dengan Kakcik akan dia punya skill memasak. 

Maksud saya, bila Kakcik start boleh memasak? Bukan memasak untuk diri sendiri sahaja, bahkan pernah buat open house memasak sendiri. Seriously mana lah Kakcik dapat skill dan confidence untuk memasak. Begitu juga dengan Syahadah. Kenapa benda tu saya tak dapat haha. Sebenarnya hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

Okay kembali kepada Kakcik, saya suka sangat tengok gaya hidup Kakcik sekarang. Tersangat lah positif dan gembira alhamdulillah. Kalau Kakcik gembira, saya pun ikut gembira alhamdulillah. Semoga Kakcik dapat capai segala apa yang diimpikan, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang terbaik. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Friday, November 3, 2023

RUMAH ABE NAZRI


Assalamu'alaikum WBT. 

Tahu tahu sampai sudah di Gua Musang rumah Abe Nazri. Ma sebenarnya yang suggest untuk ke sana. Mungkin Ma rindu kan. Hihi. Alhamdulillah perjalanan memakan masa dalam 3 jam lebih. Berjalan lagi budak Muhammad. Tak reti duduk diam di rumah haha. 

Rumah Abe Nazri sangat lah besar untuk diduduki seorang diri. Kak Amani dan anak anak balik sana bila cuti panjang saja. Kalau tak Abe Nazri yang ke Perak. Begitu lah kehidupan PJJ mereka. Tahun ni in shaa Allah masuk 12 tahun mereka hidup berjauhan dan alhamdulillah dikurniakan 5 orang anak. 

Kuatnya Kak Amani membesarkan 5 orang anak sendirian selama 5 hari. Hari cuti Abe Nazri ada sekali. Tapi bukan selalu lah. Macan minggu ni Abe Nazri tak balik Perak sebab penat hari sukan. Jadi alhamdulillah dapat juga saya jejak kaki ke rumah mereka. Perak bila lagi? Hiks. 

Kami ke sini bukan untuk tidur saja haha. Malam kami jalan jalan sekitar bandar Gua Musang dan singgah di Muse Ecopark. Makan di restoran sini. Ada jual nasi lemak dan hidangan roti. Kalau kena rate saya bagi 3 ⭐️ sebab macam biasa biasa saja. Lepas tu kami ke masjid Mekah. 

Kami tu adalah saya, Abah Muhammad, Muhammad dan Aishah sepupu kesayangan Muhammad yang setia di tepi Poksu Mat di saat mandi dan tukar pampers. Terima kasih Kak Aishah! Tiber. Ma duduk di rumah dengan Abe Nazri. Masa kami balik Ma dah tidur. 

Gua Musang, Kelantan. 

Thursday, November 2, 2023

CUTI TINGGAL SEBULAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Okay sebenarnya saya tak bercerita pasal benda ni. Benda yang saya paling nak elak untuk cakap. Tapi saya kena berpijak di bumi nyata. Cuti saya dah nak habis. Saya start cuti 12/8/2023. Hari ini tinggal lagi sebulan untuk balik ke Sabah. 

Tapi tiket kapal terbang saya belum beli. Belum lagi mood saya datang. Macam mana saya nak ke Sabah seorang diri. Allahu saya tak boleh bayangkan. Semoga Allah kuatkan diri saya dan mereka yang di sekeliling saya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. 

Rumah Kak Siti, 
Kota Bharu. 

Wednesday, November 1, 2023

SEBULAN DI RUMAH MAMAIQA


Anak buah Mama Sya dua orang ini walaupun masih kecil pandai betul berdikari. Berjauhan dengan Abi Umi bukan lah satu masalah bagi mereka. Rezeki mereka dapat menjejakkan kaki ke rumah Mama Iqa dan Ayah Chik di Negeri Sembilan. Pergi mereka ke sana bukan saja saja. Ada misi Kakcik untuk mendidik mereka ya. Begitu. 

Mereka bukan sekadar melawat pakcik makcik mereka tetapi lebih kepada educational visit. Haa kelas tak kelas. Plan Kakcik bawa mereka ke Aquaria, Zoo Negara, Petrosains, belajar mengaji dan membaca serta bersosial dengan kawan baru. Pengisian yang sangat lah bagus untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. 

Mama Iqa siap beli meja khas untuk mereka. Mainan yang berbentuk education. Impian saya memiliki mainan sebegitu tapi Iman Abdurrahman dapat merasainya. Itu pun sudah cukup bagi saya. Memang bahagia lah saya tengok mereka. In shaa Allah mereka berada di sana selama sebulan tapi saya percaya sangat banyak pengisian yang mereka perolehi. 

Kota Bharu, Kelantan.