Assalamua'alaikum WBT.
Umi cakap Muhammad ada iras iras Along masa kecil. Bersungguh Umi cari gambar Along dan compare dengan Muhammad haha. Syahadah cakap ada lah sikit macam Along tapi lebih kepada gen belah sana. Begitu juga kata Kakcik. Jadi saya nak kata apa. Kakcik kata Muhammad ada iras Aishah anak Kak Zakiah. Tapi muka Muhammad makin hari makin hilang dia punya Chinese look. Tak macam masa baru lahir.
Memang saya dan Syahadah pernah bincang dulu. Selepas kami observe muka budak kan, kami simpul kan mereka bukan saja akan ambil muka ibu bapa mereka, tetapi juga mungkin akan iras iras ahli keluarga lain seperti makcik dan pakcik atau sepupu serta datuk dan nenek. Sebab itu nak cari jodoh jangan fokus jodoh yang handsome atau cantik saja, kena tengok juga ahli keluarga dia haha.
Kalau anak anak Along, saya rasa jarang yang muka macam Along. Lebih kepada Kaklong sebenarnya. Yang penting comel kan hihi. Kalau tengok Abdul Hadi sekarang, masha Allah runcingnya dagu. Dia keluar perut Umi dia 3.7 kg. Tapi sekarang badan dia maintain tak besar. Kalau kira dia punya berat masa lahir, memang besar lah sebenarnya. Abdul Hadi sekarang 4 bulan 9 hari, berat lebih kurang 7.2 kg.
Muhammad Wildan masa lahir berat dia 3.55 kg. Sekarang umur dia alhamdulillah 2 bulan 10 hari, berat dia baru baru ini lebih kurang 6.6 kg. Risau sebenarnya takut dia terlebih berat badan. Semoga Muhammad pun maintain macam Abdul Hadi juga. Sekarang kami di rumah Ma. Musim hujan sekarang. Muhammad sedang nyenyak tidur di tepi saya dalam kesejukan. Budak ini berak! Sekarang jam 7.52 pagi. Lagi 10 hari saya akan ke Sabah.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment