Sunday, July 28, 2024

WEEK 20

1. Sampai awal ke sekolah (punch sebelum 6.50 AM)
Isnin: 6.58
Selasa: 7.03
Rabu: 7.09
Khamis: 6.56
Jumaat: 6.43

2. Kemaskini borang dan fail BKP ikut kelas ✅️

3. Copy surat amaran (4) ✅️

4. Edar surat amaran kepada pelajar ✅️

Saturday, July 27, 2024

MORNING WITH MUHAMMAD


Assalamu'alaikum. Morning semua. Hari ini Umi bawa Muhammad jalan pagi pagi di luar rumah menghirup udara segar in shaa Allah walaupun anjing berkeliaran. Yalah dia pun ada hak untuk hidup. Alhamdulillah Muhammad enjoy sangat dengan nature. 

Seiring dengan Umi nya dulu memperjuangkan gelaran nature lover kahkah. Awal awal beli stroller dia terbaring saja. Sekarang dah pandai straightkan badan taknak baring dah. Mungkin dia nak menikmati kan. Muhammad Wildan good boy in shaa Allah. 

Jauh juga Muhammad dan Umi round sampailah satu rumah ni yang anjing dia acah acah macam dia je anjing di dunia ini. Menyalak tak ingat dunia. Dia ingat kita nak masuk rumah tuan dia. Mungkin memang itu tugas dia kan menjaga rumah. Yalah asal kau bahagia. 

Saya bersyukur sangat beli stroller ni walaupun tak pandai nak tutup tapi sekurang kurangnya Muhammad tak boring terperap dalam rumah. Baiklah sampai di sini saja coretan kenangan ini. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 25, 2024

SIJIL AMC ✅️

Tidak ku percaya selaju ini aku membuat kerja. Apa yang telah merasuk diriku ini. Positiviti. Hiks. Alhamdulillah ya Allah kau lembutkan hatiku, rajinku diriku, ringankan tanganku untuk aku bertungkus lumus menyiapkan sijil AMC bahagian kurikulum yang melebihi 100 lebih. 

Senang hatiku bila dapat menyiapkan seawal ini. Bukan apa, kalau tahun tahun lepas sentiasa ku siapkan sehari atau dua hari sebelum kejadian. Kalut. Resah. Risau. Serabut. Semuanya ada. Sesiapa yang ingin belajar membuat sijil dengan cepat boleh menuntut ilmu denganku kahkah. 

Mula mula dulu, tidak juga aku pandai buat. Terima kasih Cikgu Emmy membimbingku. Terima kasih juga kawan seperjuanganku Elvy dan Neilda bersama sama belajar dan semakin mahir dalam membuat sijil. Sekarang giliranku mengajarkan kepada si Jia. Jomlah kita sama sama pandai. Sekian. 

Puan pun tiada alasan lagi untuk memarahiku kahkah. PBD pun sudah aku siapkan. Surat amaran dan kronologi ketidakhadiran pun sudah aku selesaikan semuanya. Apa lagi yang dapat membuat puan tidak puas hati dengan ku. Oh mungkin adalah satu perkara ini. Biarlah rahsia haha. 

Cuma aku sedang menambahbaik diriku untuk awal ke sekolah. Masih aku gagal. Namun percubaan dua hari menimbulkan kejayaan. Aku punch sebelum 6.50 alhamdulillah. Rahsianya, jangan bertangguh. Bangun tidur 4.30 pagi terus mandi dan bersiap. Jam 6 boleh sudah aku bergerak ke sekolah. 

Doakan diriku menjadi lebih baik dalam segala hal. Semoga dipermudahkan urusan kita semua oleh Allah. Semoga dipermudahkan rezeki yang halal buat kita semua. Sekian terima kasih. Sekarang aku sedang menjaga exam 2 Intan subjek Sains. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 23, 2024

LAPTOP OH LAPTOP

Laptopku sudah mula menimbulkan kerisauan di dalam hatiku. Pernah juga terjadi begini satu masa dulu. Memori laptop ku tiba tiba menjadi memori lama sebelum aku posting ke Sabah. Panik. Tapi Edrick ada penyelesaiannya. Terima kasih. 

Kini terjadi lagi namun lebih kerap. Adakah ini petanda aku membeli laptop baharu? Tidak tidak tidak. Jangan dulu. Tiada duit ku kahkah. Kini tiada pilihanku kecuali membuka laptop secara manual. Selagi boleh ku guna, akan ku gunakan hingga tidak termampu lagi. 

Laptop itu Abah aku beli pada akhir tahun 2018 kalau aku tidak silap. Masih kukuh hingga sekarang alhamdulillah kecuali bahagian yang ke memori lama itu. Tapi tidak apa juga. Setiap masalah ada penyelesaiannya bukan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 22, 2024

WEEK 19

Blog saya hari ini adalah untuk mencabar diri sendiri untuk week 19 persekolahan bermula 22 Julai-26 Julai 2024. Saya harap saya dapat complete semua challenge dengan jayanya demi menjaga nama baik diri ini dan demi ketenangan diri. Saya akan update keberadaan result nya di sini in shaa Allah. Doakan Ustazah Syahirah. Hiks. 

1. Sampai awal ke sekolah
Isnin: 7.13 AM
Selasa: 7.01 AM
Rabu: 6.33 AM
Khamis: 6.43 AM
Jumaat: 6.42 AM

2. Siapkan PBD
Kelas 2 Berlian ✅️
Kelas 3 Permata ✅️

3. Buat surat amaran dan kronologi ketidakhadiran tegar
Adleetenny Johny ✅️
Iqbal Nasarudin ✅️
Reckson Tuminggi ✅️
Axcell Raimon ✅️
Cellven Engalik ✅️

4. Buat surat amaran ketidakhadiran berkala
Sylvera ✅️
Nicholas Jebran ✅️
Farisya ✅️
Syafiq Adlinsyah ✅️
Ramdan Hafizi ✅️
Hanafi ✅️
Darezwan ✅️
Ezlye ✅️
Fazlie ✅️
Syazwani ✅️
Amir Nasrullah ✅️
Khoirunniam ✅️

5. Ambil tandatangan puan untuk surat amaran ✅️

6. Sediakan copy surat amaran kepada yang berkaitan (Cikgu Jusip, Cikgu Erlinda, PK HEM) ❎️

7. Edar surat amaran asal kepada pelajar berkenaan ❎️

8. Siapkan sijil AMC (50%) ✅️ 100% done

Sunday, July 21, 2024

STROLLER BARU


Assalamu'alaikum semua. Hari ini Muhammad test stroller baharu. Hihi. Terima kasih Umi belikan Muhammad stroller. Bolehlah Muhammad jalan jalan petang atau pagi. Kalau tidak kesian Umi kena dukung Muhammad sepanjang healing di luar. Muhammad suka sangat stroller Umi beli ni. 

Muka Muhammad tadi pagi tiada senyum, bukan Muhammad tak suka. Cuma Muhammad lapar. Hihi. Bangun pagi terus Umi bawa jalan jalan. Perut Muhammad kosong. Tapi takpe Umi, Muhammad faham Umi mesti excited kan. Umi beli lapis stroller asing. Cantik kan? Muhammad suka.

Nanti Umi selalu lah bawa Muhammad jalan petang petang ya. Muhammad tahu Umi penat, tapi sekali sekala jom lah kita healing di luar. Umi lupakan dulu kerja lain, kita enjoy. Bila lagi kita nak create moment begini. Amboi matang betul Muhammad bercakap ya.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, July 20, 2024

JANGAN UNCIT YA USTAZAH


Jangan uncit. Itu adalah amaran pengetua kepadaku kahkah. Dia cakap dalam meeting depan semua orang. Ku sangkakan dia larang aku dari jadi buncit ke apa. Rupanya jangan buat kerja last minute. Memang ia bukan sesuatu yang dibanggakan, dicakap depan depan dalam meeting, bukan personal. Tapi saya faham juga sebab memang saya suka buat kerja last minute.

Yalah puan, kalau saya mampu saya akan buat secepat mungkin. Sekarang 10.58 malam, saya baru siap isi pbd di idme, tapi ada sikit lagi sebab cikgu mata pelajaran salah tag pelajar. Ada nama pelajar non muslim dalam subjek PAI, jadi kena lah tunggu admin pbd iaitu Aveney untuk edit dulu baru saya boleh hantar. Tapi rasa syukur sangat dah sebab dah siap 95%. Tahniah Syahirah.

Petang tadi saya keluar sekejap pergi Servay dan tinggal Muhammad dengan Kakda di rumah. Saya beli barang keperluan sahaja dan terus balik. Memang terpaksa keluar dah sebab susu Muhammad tinggal sekali buat lagi. Misi seterusnya adalah isi minyak dan cuci kereta yang sudah 2 bulan tidak dicuci kahkah. Bukan malas tapi tak sempat dan rasa tak perlu. Sekarang memang tahap wajib basuh dah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Setiap orang ada struggle masing masing. Saya harap masing masing dapat mengatasi semua nya dengan terbaik. Jangan berputus asa. Hidup hanya sementara, jadi jangan penuhkan hidup dengan keresahan dan kesedihan. Fikirkan semua benda yang harus kita syukuri. Banyak sangat. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Kadang kita rasa penat fizikal dan mental kan, tapi itulah kehidupan. Selagi kita hidup, kita akan menghadapinya. Makin bertambah usia, makin banyak tanggungjawab. Jadi enjoy saja hidupmu. Sedih dan penat hanya sementara saja. In shaa Allah kita semua sentiasa positif. Kadang rasa tertekan bila mengajar, tapi ini jalan ku pilih, ini hidupku. In shaa Allah, Allah sentiasa bersama kita.

Semoga Allah reda dan berkati segala sesuatu yang kita buat. Syukuri apa yang kita ada. In shaa Allah hidup akan sentiasa positif dan ceria. Okaylah saya rasa nak sambung buat kerja iaitu gosok baju semampu yang boleh. Kalau dah tak larat, tidur terus. Isyak pun dah solat alhamdulillah. Abah Muhammad pun awal tidur harini sebab esok sekolah. Muhammad pun alhamdulillah lena sudah. 

Azam saya tahun ini sebenarnya adalah untuk aktif di blog. Kalau boleh satu hari satu blog. Tapi bila dah start sibuk, faham faham saja lah, blog entah ke mana. Nak start balik bukan mudah. Hiks. Kena ada mood. Apa pun semua perkongian di blog tujuan besarnya adalah untuk create memori dan juga mengisi masa lapang. Okay bye.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, July 15, 2024

CHAPATI BOY


Sabtu lepas, Umi dan Auntie Liyda bawa Muhammad ke kedai Macha makan chapati dan roti telur. Happy betul Muhammad ya. Almaklumlah bukan selalu dapat peluang keluar dengan Umi. Lama lama dalam rumah tepu juga otak. Ceritanya, separuh chapati habis dimakan Muhammad alhamdulillah. Minat rupanya dia dekat unsur unsur keMamaDaan seperti mamak India. Okay gurau. 

Muhammad ni sambil makan sibuk melilau mata dia ke sana ke sini tengok orang haha. Alhamdulillah Muhammad menggunakan mata anugerah Allah sebaik mungkin. Semua orang dia nak tengok dan tegur haha. Umi pula rasa awkward dengan orang yang ditegur. Kesian orang tu mesti dia penat nak layan haha tapi fikir kalau tak layan nanti mak budak tu terasa pula. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, July 13, 2024

ABDUL HADI TURNS 1


Happiest birthday to the most quiet boy in the world. Rumors mengatakan begitu, begitu juga bila Mama Sya menghadapinya sendiri. Abdul Hadi hadir mengejut dalam perut Umi nya namun cukup melengkapi hidup kami alhamdulillah. Selamat datang Abdul Hadi ke dunia penuh dengan cabaran dan dugaan ini. 

Semoga Abdul Hadi menjadi anak yang soleh, penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran kepada semua. Semoga sentiasa sihat anak buah Mama Sya yang serius. Hiks. Mama Sya tak banyak kenangan dan memori dengan Abdul Hadi, tapi terlebih pada cukup bila dengar cerita Mama Da, pemberita tv Al-Mawaddah. 

Abdul Hadi good boy ya. Sebenarnya Abdul Hadi masih misteri bagi Mama Sya. Mama Sya rasa macam tak pernah dengar suara dia. Nak tengok dia senyum jarang sekali. Tapi bila fikir balik, Abdurrahman pun suatu ketika dulu begitu juga. Tapi sekarang ambik kau haha. Manjah! Alhamdulillah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, July 7, 2024

MENANTU SOLEHAH


Doakan Nur Syahirah menjadi menantu solehah. Saya bukan tak solehah, cuma belum di tahap memuaskan hihi. Lagipun saya jarang balik, kalau balik pun sekejap saja. Tak sempat nak tunjuk bakat. Alasan betul kahkah. 

Saya pun slow slow mengubah diri memakai tudung yang lebih labuh, menjadi lebih baik dalam segala hal in shaa Allah. Doakanlah saya menjadi sesolehah Amani, Bisikan Nurani, Impian Kasih. Okaylah bye semua.

Gambar di atas tak lain tak bukan, kena paksa dengan Abe Syahmi posing begitu masa raya haritu. Eee geramnya. Tak tengok satu gambar lagi, saya kiss pipi Ma, muka Ma macam tak rela haha. Sorry ya Ma. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, July 4, 2024

RUTIN MALAM MUHAMMAD


Malam hari Umi sedikit struggle untuk tidurkan Muhammad. Mungkin Muhammad belum rasa nak tidur, tapi Umi paksa. Tapi Muhammad kena tidur awal untuk bangun awal nak ke sekolah kan. Malam malam pun dia nak main main lagi. Mungkin Muhammad nak bermanja dengan Umi hiks.

Gambar di atas adalah bukti Muhammad susah nak tidur haha. Umi dah tutup lampu, nampak dia pun macam mengantuk dah sambil minum susu. Umi pun pergi lah luar bilik sekejap. Sekali masuk bilik nampak dia tengah main haha. Comelnya saya rasa.

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 1, 2024

MUHAMMAD MAKAN BROKOLI

Kelmarin Umi bagi Muhammad cuba brokoli. Alhamdulillah Muhammad suka! Bagus lah anak Umi ikut Umi betul suka makan sayur kahkah. Saya cari resepi brokoli rebus. Simple sangat. Adakah layak dipanggil resepi kalau begitu.

Mula mula rendam brokoli dalam air yang dibubuh garam sikit. Rendam sekejap saja dan buang balik itu air dan isikan dengan air baru dan akhirnya rebus. Sepatutnya masukkan garam lagi masa nak rebus tapi saya tak letak lah sebab Muhammad yang nak makan kan.

Kelmarin juga Muhammad cuba makan sendiri. Secara jelasnya, belum berjaya lah haha sebab pengakhiran dia habis disodok makanan dalam bekas dibuang ke luar. Tapi takpe walaupun ambil masa, in shaa Allah Umi sabar ajar Muhammad makan sendiri.

Muhammad kena belajar berdikari dari kecil lagi. Lagipun kita jauh dari keluarga. Apa apa jadi, kita hanya berdua di sini. Lagipun bukan selamanya Umi dengan Muhammad. Semoga Muhammad dan Umi sentiasa kuat ya.

Muhammad anak soleh Umi. Setiap perbuatan Muhammad menyenangkan hati Umi. Kewujudan Muhammad bersama Umi buatkan hidup Umi rasa penuh. Biasa lah rasa penat dalam sehari tapi itulah kenikmatan bagi Umi.

Muhammad bagus bagus ya. Muhammad kena kuat. Umi pun kena kuat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Rutin Muhammad sekarang, memanjat. Alhamdulillah Allah bagi peluang pada Umi tengok Muhammad membesar depan mata Umi. Umi sayang Muhammad 💓

Kota Marudu, Sabah.