Saturday, July 20, 2024

JANGAN UNCIT YA USTAZAH


Jangan uncit. Itu adalah amaran pengetua kepadaku kahkah. Dia cakap dalam meeting depan semua orang. Ku sangkakan dia larang aku dari jadi buncit ke apa. Rupanya jangan buat kerja last minute. Memang ia bukan sesuatu yang dibanggakan, dicakap depan depan dalam meeting, bukan personal. Tapi saya faham juga sebab memang saya suka buat kerja last minute.

Yalah puan, kalau saya mampu saya akan buat secepat mungkin. Sekarang 10.58 malam, saya baru siap isi pbd di idme, tapi ada sikit lagi sebab cikgu mata pelajaran salah tag pelajar. Ada nama pelajar non muslim dalam subjek PAI, jadi kena lah tunggu admin pbd iaitu Aveney untuk edit dulu baru saya boleh hantar. Tapi rasa syukur sangat dah sebab dah siap 95%. Tahniah Syahirah.

Petang tadi saya keluar sekejap pergi Servay dan tinggal Muhammad dengan Kakda di rumah. Saya beli barang keperluan sahaja dan terus balik. Memang terpaksa keluar dah sebab susu Muhammad tinggal sekali buat lagi. Misi seterusnya adalah isi minyak dan cuci kereta yang sudah 2 bulan tidak dicuci kahkah. Bukan malas tapi tak sempat dan rasa tak perlu. Sekarang memang tahap wajib basuh dah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Setiap orang ada struggle masing masing. Saya harap masing masing dapat mengatasi semua nya dengan terbaik. Jangan berputus asa. Hidup hanya sementara, jadi jangan penuhkan hidup dengan keresahan dan kesedihan. Fikirkan semua benda yang harus kita syukuri. Banyak sangat. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Kadang kita rasa penat fizikal dan mental kan, tapi itulah kehidupan. Selagi kita hidup, kita akan menghadapinya. Makin bertambah usia, makin banyak tanggungjawab. Jadi enjoy saja hidupmu. Sedih dan penat hanya sementara saja. In shaa Allah kita semua sentiasa positif. Kadang rasa tertekan bila mengajar, tapi ini jalan ku pilih, ini hidupku. In shaa Allah, Allah sentiasa bersama kita.

Semoga Allah reda dan berkati segala sesuatu yang kita buat. Syukuri apa yang kita ada. In shaa Allah hidup akan sentiasa positif dan ceria. Okaylah saya rasa nak sambung buat kerja iaitu gosok baju semampu yang boleh. Kalau dah tak larat, tidur terus. Isyak pun dah solat alhamdulillah. Abah Muhammad pun awal tidur harini sebab esok sekolah. Muhammad pun alhamdulillah lena sudah. 

Azam saya tahun ini sebenarnya adalah untuk aktif di blog. Kalau boleh satu hari satu blog. Tapi bila dah start sibuk, faham faham saja lah, blog entah ke mana. Nak start balik bukan mudah. Hiks. Kena ada mood. Apa pun semua perkongian di blog tujuan besarnya adalah untuk create memori dan juga mengisi masa lapang. Okay bye.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment