Thursday, January 30, 2025

FRIENDS SINCE 2010



 

Terima kasih Kak Yeen, Rabiatul, Rajni, Sabrina dan Amalisa sudi melawat Najhan aka reunion ex-Fauziahan petang ini. Tiber Fauziahan. Entah bila pula boleh berkumpul macam ini lagi. 10 tahun sekali pun belum tentu. Banyak yang kami bualkan walaupun pertemuan ini singkat. 

Memandangkan semua bekerjaya, time cuti ini sajalah boleh jumpa. Itu pun Rabiatul dan Rajni kena balik awal ke negeri mereka berkhidmat sebab ada kelas ipg. Tadi Kak Yeen bawa anak daranya iaitu Zinnirah. Dah besar dah! Cerdik sangat dia bercakap. 

Rabiatul dan Rajni macam biasalah dorang akan bagi tazkirah dan syarahan panjang dalam kata lain marah sayalah sebab tak pandai nak update dorang haha. Saya dah minta maaf dan berjanji akan sentiasa update kahkah. Merah dah mata Rabiatul nak marah haha. 

Dorang semua kecuali Sabrina saya kenal sejak 15 tahun lepas masa di tingkatan 1. Dulu kami tak rapat tapi bila dah masuk universiti dan bekerja, jadi sentiasa jumpa dan berhubung. Alhamdulillah mereka saja lah kawan-kawan yang saya ada. Tak ramai tapi ada. Begitu. Semoga ukhuwah ini diberkati dan dirahmati Allah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Wednesday, January 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 1 MONTH OLD


Hari ini umur saya genap sebulan dan saya bercadang untuk mengusik Umi saya. Hai assalamu'alaikum semua. Hari ini Najhan masuk sebulan alhamdulillah. Hari ini hari yang panjang bermula dari pagi apabila Najhan tiba-tiba berhenti menangis dan tidak memberi apa-apa respon. Ceritanya Najhan menangis kelaparan masa Abah tukar pampers. Umi pula dalam tandas. 

Lepas Abah siap, Abah keluar untuk buat susu Wildan. Umi keluar tandas Najhan masih menangis tapi makin slow. Umi nak angkat Najhan, Najhan dah tak menangis dan Umi panggil nama dia, dia diam saja. Umi bagi puting dia tak hisap. Umi basuh muka dia diam saja. Tak ada respon. Mungkin nampak macam tidur tapi tak pernah dia tak respon macam itu. 

Cemas sangat masa itu dan kami terus ke klinik. Masa masuk dalam kereta, Umi sua lagi puting, dan dia hisap. Ya Allah alhamdulillah. Tapi kami tetap ke kliniklah. Panjang ceritanya, dibawa ke unit kecemasan Hospital Lati. Cek darah, gula semua alhamdulillah okay. Doktor bagi balik tapi dengan syarat kena monitor betul-betul dan Ahad nanti kena pergi klinik. 

Begitulah ceritanya. Semoga Najhan sentiasa diberi kesihatan yang terbaik. Alhamdulillah berat Najhan 4.96kg. Naik dalam 1.66kg dari masa lahir. Anak Diana 3 bulan sudah. Dia lahir 29/10/2024. Betul-betul awal 2 bulan dari Najhan. Semoga Noa Catalina membesar dengan sihatnya dan comelnya in shaa Allah. Mungkin Diana akan bawa anak dia lepas habis cuti bersalin. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Tuesday, January 28, 2025

PENGORBANAN POKSU



Kemarin, daku kurang sihat sikit. Kepalaku sakit. Cuba habiskan tengok Munafik 2 dengan Adik tapi terpaksa pause kejap sebab tak tahan sangat. Sementara daku tidur, daku minta tolong Adik untuk tengok-tengokkan Muhammad yang ralit memasak di dapur. 

Rasanya dalam setengah jam juga daku terlelap, tersedar dan pergi ke dapur tengok-tengok Poksu berbalut dengan karpet sambil ditemani dengan Chef Muhammad yang tak siap lagi memasaknya haha. Ingatkan Poksu sejuk, rupanya nyamuk banyak. Baiknya Poksu sanggup tunggu Muhammad. 

Malam tu kami ta'leem sendiri sebab Abah balik Pahang ziarah Tok Aki. Alhamdulillah semoga kita terus istiqamah. Wildan tak rileks nak main kepala Poksu. Najhan pun ada sekali dengar ta'leem alhamdulillah. Munafik 2 dah habis tengok. Tak sangka menakutkan juga cerita ni. Ingatkan Munafik 1 dah habis takut dah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, January 27, 2025

POKNIK, POK UDE & FAMILY MELAWAT NAJHAN




Terima kasih Poknik Moknik dan Pak Ude Mak Ude serta anak-anak sudi datang melawat Najhan. Sepanjang mereka di rumah ini, Najhan tidur sahaja tak bangun pun. Lena dia kena bedung kemas. Umi dia baru pandai bedung. Dulu masa Abang Wildan dibiarkan begitu saja kahkah. Maafkan Umi ya Wildan. 

Mak ayah berborak dekat luar, anak-anak tengok cerita Hantu Kak Limah di ruang tv. Tiber kan. Mula-mula tengok Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, tapi bukan Irsyad punya taste pula. Jadi tengoklah cerita hantu semua. Sambil itu dihidangkan Vitagen untuk dorang. Memang stand by awal in case budak-budak datang juga. 

Si cilik semua adalah Aishah, Husna, Irsyad, Hana, Hakim dan Harraz. Wildan macam biasalah ada orang datang dia mula tunjukkan aksi-aksi di luar jangkaan. Hari ini Umi bagi dia minum Vitagen sekali dengan sepupu-sepupunya. Sukalah dia. Hiks. Lebih kurang sejam mereka melawat, Moknik ajak balik sebab ada reunion malam nanti. 

Yang budak-budak pula berat hati nak balik sebab nak habiskan Hantu Mak Limah dulu. Jadi berjanjilah mereka semua akan datang lagi untuk habiskan cerita haha. Yang paling semangat adalah Aishah sebenarnya haha. Bagus dorang ni, sambil enjoy sambil jaga Muhammad lagi-lagi Husna sentiasa memantau. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Sunday, January 26, 2025

ABECIK & KAKCIK SWEET COUPLE


Hari ini genaplah 6 tahun perkahwinan sweet couple seantara dunia, Ayah Chik dan MamaIqa alhamdulillah.  Bak kata orang putih, ambillah bumi ini, biar kami pindah ke planet lain haha. Yang penting sekarang mereka sedang berjoli di seluruh Malaysia bersama kanak-kanak ribena yang bertuah iaitu Iman dan Abdurrahman. 

Sakan betul tengok dorang outfit pun sama semua. Comel dooh! Daku doakan semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Semoga cinta antara mereka sentiasa mekar dulu, sekarang dan selamanya. Jangan sweet sangat tau depan MamaDa, bahaya MamaDa belum habis belajar haha. Tiber. 

Saya tak pasti apa Abecik belajar daripada Kakcik sepanjang perkahwinan, tapi yang saya tahu, benda yang Kakcik belajar daripada Abecik adalah anger management. Macam mana Kakcik dan Abecik boleh serileks itu bila Iman tukar password luggage dan terkunci. Kakcik dan Syahadah tahulah apa yang saya cuba cakap ni. 

Jadi kita yang tengok cara dorang kawal keadaan pun boleh belajar dari situ ya. Akan tetapi kalau daku di tempat dorang, daku sembur dulu kata-kata sebelum cuba selesaikan masalah kahkah. Okay tak faham takpe. Apapun, buang yang keruh, ambil yang jernih. Daku doakan yang terbaik untuk kalian. Bye 🩷

Rantau Panjang, Kelantan. 

Friday, January 24, 2025

AUNTY SU DAH KAHWIN!


Tahniah Aunty Su! Alhamdulillah hari ini Aunty Su bergelar isteri kepada Encik Suaminya. Semoga rumahtangga yang dibina ini diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Jadi buat masa ini Aunty Su dan suami akan berpjj sementara tunggu eg tukar dibuka. 

Cantik sangat Aunty Su. Muhammad first time tengok Aunty Su makeup. Menyala 💖 Biasa tengok pakai attire cikgu saja. Muhammad dan Umi tumpang gembira. Rupanya inilah wajah pemilik suara yang selalu Muhammad dan Umi dengar ya hiks. Done claim haha. 

Ingat lagi Aunty Su cakap majlis dia nak buat simple saja di pejabat agama saja. Sekali ada pelamin siap. Pakai inai lagi. Alhamdulillah. Mungkin simple bagi orang Negeri Sembilan kali. Apapun Aunty Su cantik dooh tak tipu. 

Semoga dipermudahkan segala urusan Aunty Su dan suami. Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh solehah in shaa Allah. Semoga Aunty Su tetap sayang Muhammad macam sebelum ini walaupun dah kahwin kahkah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Tuesday, January 21, 2025

SEPETANG BERSAMA WILDAN & NAJHAN




Petang tadi lepas balik dari jalan-jalan di Rantau Panjang, kami sambung jalan-jalan di sekitar rumah. Tak tahu kenapa hari ini extra rajin berjalan. Bawa Wildan naik stroller tengoklah kejadiannya macam mana. Cepat boring kali dia. Jenuh pujuk dia duduk, akhirnya tolak sambil dia berdiri macam itu haha. 

Umi pun menyempat eh ambil gambar. Abah Muhammad cakap, alang-alang dah keluar rumah ni, kita jalan jauh terus. Sakit kakiku nak habiskan trip utara selatan timur barat semua kami jejak. Padan muka daku siapa suruh ajak sangat haha. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, January 16, 2025

MAJLIS AKHIR TAHUN MMPM


Disebabkan saya tak menghadiri majlis akhir tahun sekolah saya, saya wakilkan kepada majlis akhir tahun sekolah Abah Muhammad lah kahkah. Dorang buat di Hotel Perdana pada 14hb Januari 2025. Majlis ni diadakan sekali dengan majlis perpisahan dua orang guru yang in shaa Allah akan berpindah ke sekolah baru iaitu Ustaz Muiz dan Ustaz Dailamie. 

Yang lawaknya kan, beberapa hari sebelum majlis, Abah Muhammad gigih berlatih berpantun konon nak berpantun nanti majlis. Saya pun tak tahu terjadi ke tak pantun tu di kejadian sebenar. Lepas tu Abah Muhammad berlatih buat-buat sebak haha. Itu bergurau saja. Banyak juga hadiah yang Abah Muhammad dapat tapi saya yang beri unboxing. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Tuesday, January 14, 2025

WILDAN & NAJHAN


Hari ini 14hb Januari, hujan renyai-renyai kebelakangan ini. Rutin pagi biasanya Wildan akan bangun pukul 6 lebih atau 7 lebihlah bergantung juga. Kalau dia dengar adik dia menangis, automatik dia bangun. Lepas itu makan, main, berak dan mandi sebelum pukul 10 biasanya sebab waktu Wildan tidur lepas itu. 

Kalau adiknya tak tentu masa juga dia bangun atau tidur. Kalau mandi biasanya tengah hari atau petang. Tapi musim hujan sekarang jadi serba salah nak mandikan takut sejuk. Hari ini kita bersantai di luar duduk atas buai sambil tengok hujan. Tunggu Abah balik dari sekolah. Ada majlis akhir tahun hari ini. Mungkin lambat dari biasa lah balik. 

Saya kan sangat mengagumi suri-suri rumah di luar sana yang menjaga anak lebih dari seorang di rumah. Saya tak mampu kahkah. Saya tak pandai handle setakat ini. Ada masa Umi terpaksa tinggalkan saya dengan Wildan dan Najhan di rumah sebab ada urusan luar, naik stress jadinya sebab saya tak pandai kawal dorang. 

Ada satu kali saya tidurkan Najhan. Lepas itu mandikan Wildan sekali dengan basuh berak. Tengah mandikan Wildan, Najhan menangis kuat-kuat. Tak tentu arah jadinya. Siap saya mandikan Wildan, saya pakaikan pampers dan terus pergi susukan Najhan. Lepas Najhan kenyang, saya pakaikan baju Wildan. Itupun menangis bila siap mandi, bila nak pakai baju. 

Jadi saya memang salute lah kepada sesiapa yang jaga anak sendirian. Hiks. Semoga saya semakin mantap dalam menguruskan anak tanpa stress. Alhamdulillah saya bersyukur sangat Umi banyak sangat tolong saya jaga Wildan. Kalau ada Kakcik dan Syahadah pun dorang banyak jaga Wildan. Abah dan Adik pun banyak main dengan itu budak. Jadi hati saya banyak senang. Terangkat sikit kelelahan saya. Hihi. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Sunday, January 12, 2025

SMART BOY ABDURRAHMAN


Comel dooh kan Abdurrahman Zakwan pakai spek mata? Cute! Dia ada vibe Peter Parker sikit, Harry Potter sikit. Tapi sebenarnya bila dia pakai spek, muka dia lebih kepada Umi dia. Abi dan Umi dia dua-dua pakai spek, jadi tak pelik lah kalau Abdurrahman pun pakai sama. Genetik lah kali orang kata ya.

Power Abdurrahman rasanya dekat 100 juga, tapi saya tak pasti sangatlah. Semoga Abdurrahman dapat jaga spek itu dengan cermatnya. Bukan murah tu ya budak. Jadi jagalah elok-elok. Yang lagi buat dia cute sebenarnya sebab design spek macam orang tua punya tapi ini versi budak pakai. Cute dooh!

Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, January 8, 2025

BIG BOY WILDAN


Muhammad Wildan sejak ada adik, manja dia makin menjadi-jadi hiks. Saya perasan beberapa hari sebelum saya bersalin terutamanya sehari sebelum bersalin, dia jadi manja sangat-sangat. Mungkin dia belum faham pun dia ada adik ke apa, tapi jadi manja, selalu nak kena dukung, selalu menangis. 

Nak expect apa juga kan daripada budak umur 1 tahun 3 bulan. Tapi kalau dia tengok adik dia, dia akan sebut "baby". Saya pun tak pasti saya pernah ajar ke dia benda tu atau datang secara natural. Dia selalu juga kiss adik dia. Boleh bagi dia kiss atau usap sampai tiga kali saja sebab biasanya kali keempat dia akan "pap" adik dia. 

Sejujurnya saya tak pernah sangka Wildan akan dapat adik pada umurnya yang sangat muda, baru nak kenal dunia. Tapi saya bersyukur juga dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi yalah bila sesetengah orang dapat tahu saya mengandung, ada yang cakap nanti Wildan tak dapat cukup kasih sayang dan sebagainya. Sedih juga bila dengar orang cakap macam itu. 

Semoga Wildan dan Najhan membesar dalam keadaan yang terbaik, diberi kesihatan yang terbaik, menjadi penyejuk hati orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga mereka menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul, hormat orang tua. Cerdik dan baik selalu in shaa Allah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Friday, January 3, 2025

TAPAU SUSU ADIK


Ala kesiannya anak Umi satu orang ni. Botol susu dia ada, nak juga minum susu adik dia haha. Botol susu pun sebesar tangan dia je. Comel dooh. Saya rasa sedih sangat sekarang sebab tak dapat dukung Muhammad. Ikutkan hati nak je saya angkat dia tapi keadaan tak mengizinkan. 

Muhammad doakan Umi cepat sembuh ya supaya Umi dapat dukung dan pegang Muhammad macam biasa. Sedih bila Muhammad bagi isyarat tangan nak minta dukung tapi Umi terpaksa biarkan. Muhammad tetap macam baby bagi Umi. Umi sayang Muhammad. Makin besar makin manja pula dia. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, January 2, 2025

KUNING


Time mengandung, lain dia punya concern. Time dah keluar, lain lagi kerisauannya. Ini lah antaranya. Kuning atau jaundice. Merisaukan sangat. Saya macam ada trauma sikit lah sebab Wildan dulu kena duduk bawah lampu sebab bacaan kuning tinggi. 

Memang saya ada ikhtiar juga macam beli Nahl balm. Kena sapu di perut, belakang dan tapak kaki untuk rangsang baby untuk berak. Saya cuba bagi susu sebanyak yang mungkin tapi itu pun bikin stress sebab Najhan asyik tidur jadi susah nak bagi minum susu. Jadi try guna botol buat susu formula. 

Doakan semoga kuning Najhan semakin berkurang dan bebas kuning secepat yang mungkin. Apa lagi ikhtiar yang boleh saya buat ya. Kalau Wildan dulu kami mandikan dengan air rebusan atau rendaman daun kucai. Hmm stress. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Allahumma aamiin. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Wednesday, January 1, 2025

KELUARNYA SEORANG NAJHAN

Ceritanya begini. Tanggal 29 Disember 2024 jam 12.50 tengah malam, saya ke tandas untuk kencing macam biasa lah. Lepas siap kencing, saya perasan ada air keluar dalam dua titik begitu. Saya pun termenung kejap. Bukan apa, teringat nurse selalu pesan kalau ada air keluar sama ada banyak atau sikit, dan air tu bukan air kencing, terus ke hospital. Saya memang dah ragu-ragu masa tu tapi saya pergi saja baring dan tidur. Tapi tidur saya tu sebenarnya tidur ayam saja sebab risau. Kalau betul tu air ketuban, bahayalah sebab takut air jadi kurang dan bagi effect pada baby.

Dalam pukul 1.50 pagi saya tersedar balik dan masa tu saya rasa ada air mengalir dekat bawah. Masa tu saya baring. Itu memang luar biasa dan jelas lah bukan air kencing. Masa tu juga Abah Muhammad tersedar dan saya terus bagitahu kena pergi hospital sebab ada keluar air. Alhamdulillah Muhammad pun masa itulah dia terbangun dan salin pampers juga baju sebab air kencing dia limpah keluar. Kami bersiap dan dalam pukul 2 lebih pagi kami bertolak ke rumah Umi dan hantar Muhammad. Kami memang dah call Umi sedia dan bagitahu lah nak hantar Muhammad. 

Sempat lagi Umi korek peti cari kurma sebab Abah Muhammad suruh saya makan kurma. Mungkin antara ikhtiar untuk senang beranak. Saya pun tak pasti. Alhamdulillah barang-barang saya dan baby memang sedia ada dalam kereta. Terus kami gerak ke Hospital Lati. Tekan butang di wad bersalin dan keluar nurse in charge. Saya tukar baju dan doktor scan serta check bukaan. Masa tu rasanya dalam 2cm sudah. Tapi saya tak ada sakit perut ke apa pun. Akhirnya saya kena refer ke Hospital Kota Bharu sebab doktor suspek baby besar iaitu 3.6kg. Naiklah ambulans buat pertama kali. 

Saya cuma boleh cakap, kalau yang dah ada contraction sikit-sikit, memang mudahlah beranak dalam ambulans. Dahsyat dek. Seberat saya pun boleh terlompat-lompat dalam ambulans haha. Tapi memang laju lah tak sampai 15 minit kot sampai ke destinasi. Memang laju. Okay sambung cerita. Sampai saja dekat emergency, doktor check bukaan dan scan. Doktor kata berat baby 3.5kg dan beliau terangkan terus risiko kalau baby besar. Risiko tersangkut dia punya bahu, risiko kena bedah dan sebagainya. 

Akhirnya doktor buat keputusan untuk saya kena induce atas dua sebab iaitu suspek baby besar dan air ketuban sudah mengalir keluar. Bahaya kalau melebihi 18 jam. Jadi pukul 7.30 pagi saya masuk wad dan induce. Kena baring atas katil selama sejam dan masa itu saya tak tahu nak cakap sakit apa. Contraction atau rasa nak kencing sangat. Tapi sakitlah bawah perut saya. Pukul 2 petang cek bukaan sudah 3cm dan doktor cakap tak perlu induce untuk kali kedua sebab saya dah start contraction. 

Pukul 3 petang lepas solat Zuhur dan makan, nurse tolak ke labour room. Nervousnya hanya Allah yang tahu. Takut nak menghadapi contraction yang kuat tapi macam mana pun kena hadapi juga. Masuk labour room, nurse pasang mesin ctg di perut dan sesekali dia datang cek saya punya contraction. Awal masuk boleh lagi saya senyum dan bercakap macam biasa. Bila dah lama sikit, contraction makin kerap dan makin lama. Nurse bagi ubat tahan sakit pun dah tak berkesan. Masa tu teda sudah muka senyumku. 

Saya baca doa Nabi Yunus tak berhenti sambil bernafas ikut cara yang nurse ajar. Tarik nafas panjang ikut hidung, tahan dalam 5 saat dan hembus ikut mulut. Dia tak mengurangkan sakit pun cuma dia merelakskan otot. Pukul 4 lebih petang saya rasa panas di muka setiap kali tahan sakit. Sakit sangat hanya Allah yang tahu. Mak describe pun tak boleh. Nurse cakap kalau suami dah standby depan labour room, bagitahu. Nanti nurse pergi jemput. Sempatlah Abah Muhammad solat Asar. 

Akhir yang saya ingat mulut saya terketar-ketar tahan contraction, sakit sangat-sangat. Saya tak sabar nak tunggu masa nak teran. Abah Muhammad masuk dalam jam 5 lebih sikit, masa tu rasa nak berak kuat sangat. Saya cakap saya bukan nak beranak ni, saya nak berak kahkah. Abah Muhammad terus panggil nurse. Nurse set up semua dan suruh teran. Saya ambil nafas panjang-panjang macam nurse ajar dan teran sekuat mungkin sampailah saya rasa kepala keluar. Masa tu saya hanya rasa nak teran je. Nurse suruh stop kejap sebab risiko tali pusat tersangkut di leher baby. 

Tapi saya memang dah tak tahan sangat, saya terus je teran sampailah rasa macam "bob" keluar badan dia. Masa tu dah takde rasa sakit dah. Cuma saya ingat masa kepala tengah keluar, ada rasa koyakan tapi tak rasa sakit pun sebab sakit contraction ketika itu melebihi segalanya. Baby keluar dia letak atas dada saya. Sempat saya dan Abah Muhammad menikmati masa itu sekejap sebelum burse bawa baby pergi untuk dibersihkan. Ingatkan perjuangan dah selesai masa tu. 

Rupanya ada lagi episod sakit selepas itu. Yang keluarkan uri dan darah boleh tahan lagi. Yang peritnya adalah time kena jahit. Ya Allah sakitnya! Kenapa masa Muhammad dulu tak sesakit itu. Yang ini saya boleh rasa kesakitan dan kengiluan bila benang tu menembusi kulit dan dia tarik. Proses itu diulang banyak kali sampailah benang dimatikan. Proses menjahit ambil masa dalam 30 minit. Kiranya beranak tu dua kali sakit. Masa contraction dan masa jahit. Begitulah ceritanya perjuangan melahirkan Muhammad Najhan. 

Kalau suruh banding yang mana lagi sakit masa lahirkan Muhammad Wildan atau Muhammad Najhan, saya pun tak tahu kahkah. Tapi yang penting dua-dua sakitlah dan memeritkan. Semoga saya insaf haha. Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai perjalanan saya melahirkan anak ini. Semoga Wildan dan Najhan menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati Abah dan Umi serta memberi manfaat kepada ummat. 

Rantau Panjang, Kelantan.