Ceritanya begini. Tanggal 29 Disember 2024 jam 12.50 tengah malam, saya ke tandas untuk kencing macam biasa lah. Lepas siap kencing, saya perasan ada air keluar dalam dua titik begitu. Saya pun termenung kejap. Bukan apa, teringat nurse selalu pesan kalau ada air keluar sama ada banyak atau sikit, dan air tu bukan air kencing, terus ke hospital. Saya memang dah ragu-ragu masa tu tapi saya pergi saja baring dan tidur. Tapi tidur saya tu sebenarnya tidur ayam saja sebab risau. Kalau betul tu air ketuban, bahayalah sebab takut air jadi kurang dan bagi effect pada baby.
Dalam pukul 1.50 pagi saya tersedar balik dan masa tu saya rasa ada air mengalir dekat bawah. Masa tu saya baring. Itu memang luar biasa dan jelas lah bukan air kencing. Masa tu juga Abah Muhammad tersedar dan saya terus bagitahu kena pergi hospital sebab ada keluar air. Alhamdulillah Muhammad pun masa itulah dia terbangun dan salin pampers juga baju sebab air kencing dia limpah keluar. Kami bersiap dan dalam pukul 2 lebih pagi kami bertolak ke rumah Umi dan hantar Muhammad. Kami memang dah call Umi sedia dan bagitahu lah nak hantar Muhammad.
Sempat lagi Umi korek peti cari kurma sebab Abah Muhammad suruh saya makan kurma. Mungkin antara ikhtiar untuk senang beranak. Saya pun tak pasti. Alhamdulillah barang-barang saya dan baby memang sedia ada dalam kereta. Terus kami gerak ke Hospital Lati. Tekan butang di wad bersalin dan keluar nurse in charge. Saya tukar baju dan doktor scan serta check bukaan. Masa tu rasanya dalam 2cm sudah. Tapi saya tak ada sakit perut ke apa pun. Akhirnya saya kena refer ke Hospital Kota Bharu sebab doktor suspek baby besar iaitu 3.6kg. Naiklah ambulans buat pertama kali.
Saya cuma boleh cakap, kalau yang dah ada contraction sikit-sikit, memang mudahlah beranak dalam ambulans. Dahsyat dek. Seberat saya pun boleh terlompat-lompat dalam ambulans haha. Tapi memang laju lah tak sampai 15 minit kot sampai ke destinasi. Memang laju. Okay sambung cerita. Sampai saja dekat emergency, doktor check bukaan dan scan. Doktor kata berat baby 3.5kg dan beliau terangkan terus risiko kalau baby besar. Risiko tersangkut dia punya bahu, risiko kena bedah dan sebagainya.
Akhirnya doktor buat keputusan untuk saya kena induce atas dua sebab iaitu suspek baby besar dan air ketuban sudah mengalir keluar. Bahaya kalau melebihi 18 jam. Jadi pukul 7.30 pagi saya masuk wad dan induce. Kena baring atas katil selama sejam dan masa itu saya tak tahu nak cakap sakit apa. Contraction atau rasa nak kencing sangat. Tapi sakitlah bawah perut saya. Pukul 2 petang cek bukaan sudah 3cm dan doktor cakap tak perlu induce untuk kali kedua sebab saya dah start contraction.
Pukul 3 petang lepas solat Zuhur dan makan, nurse tolak ke labour room. Nervousnya hanya Allah yang tahu. Takut nak menghadapi contraction yang kuat tapi macam mana pun kena hadapi juga. Masuk labour room, nurse pasang mesin ctg di perut dan sesekali dia datang cek saya punya contraction. Awal masuk boleh lagi saya senyum dan bercakap macam biasa. Bila dah lama sikit, contraction makin kerap dan makin lama. Nurse bagi ubat tahan sakit pun dah tak berkesan. Masa tu teda sudah muka senyumku.
Saya baca doa Nabi Yunus tak berhenti sambil bernafas ikut cara yang nurse ajar. Tarik nafas panjang ikut hidung, tahan dalam 5 saat dan hembus ikut mulut. Dia tak mengurangkan sakit pun cuma dia merelakskan otot. Pukul 4 lebih petang saya rasa panas di muka setiap kali tahan sakit. Sakit sangat hanya Allah yang tahu. Mak describe pun tak boleh. Nurse cakap kalau suami dah standby depan labour room, bagitahu. Nanti nurse pergi jemput. Sempatlah Abah Muhammad solat Asar.
Akhir yang saya ingat mulut saya terketar-ketar tahan contraction, sakit sangat-sangat. Saya tak sabar nak tunggu masa nak teran. Abah Muhammad masuk dalam jam 5 lebih sikit, masa tu rasa nak berak kuat sangat. Saya cakap saya bukan nak beranak ni, saya nak berak kahkah. Abah Muhammad terus panggil nurse. Nurse set up semua dan suruh teran. Saya ambil nafas panjang-panjang macam nurse ajar dan teran sekuat mungkin sampailah saya rasa kepala keluar. Masa tu saya hanya rasa nak teran je. Nurse suruh stop kejap sebab risiko tali pusat tersangkut di leher baby.
Tapi saya memang dah tak tahan sangat, saya terus je teran sampailah rasa macam "bob" keluar badan dia. Masa tu dah takde rasa sakit dah. Cuma saya ingat masa kepala tengah keluar, ada rasa koyakan tapi tak rasa sakit pun sebab sakit contraction ketika itu melebihi segalanya. Baby keluar dia letak atas dada saya. Sempat saya dan Abah Muhammad menikmati masa itu sekejap sebelum burse bawa baby pergi untuk dibersihkan. Ingatkan perjuangan dah selesai masa tu.
Rupanya ada lagi episod sakit selepas itu. Yang keluarkan uri dan darah boleh tahan lagi. Yang peritnya adalah time kena jahit. Ya Allah sakitnya! Kenapa masa Muhammad dulu tak sesakit itu. Yang ini saya boleh rasa kesakitan dan kengiluan bila benang tu menembusi kulit dan dia tarik. Proses itu diulang banyak kali sampailah benang dimatikan. Proses menjahit ambil masa dalam 30 minit. Kiranya beranak tu dua kali sakit. Masa contraction dan masa jahit. Begitulah ceritanya perjuangan melahirkan Muhammad Najhan.
Kalau suruh banding yang mana lagi sakit masa lahirkan Muhammad Wildan atau Muhammad Najhan, saya pun tak tahu kahkah. Tapi yang penting dua-dua sakitlah dan memeritkan. Semoga saya insaf haha. Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai perjalanan saya melahirkan anak ini. Semoga Wildan dan Najhan menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati Abah dan Umi serta memberi manfaat kepada ummat.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment