12/2/2020
Tarikh yang tak dapat dilupakan. Hari ketiga kelas semester baru. Hari Selasa, kelas kedua pukul 10 pagi, tiba tiba rasa macam tak boleh nak bernafas macam biasa, pandangan kabur dan macam nampak sinar, telinga berdesing.
Lepas tu jadi separuh sedar atau separuh pitam lah. Hmm ceritanya panjang lagi tapi singkatkan je lah, malas nak tulis, haha. Pergi klinik, doktor kata tak cukup makan. Okaylah jom kita makan. Doktor tak bagi ubat pun.
Balik bilik, Najwa bagi minum air delima untuk darah rendah. Lepas tu terus tidur sampai petang. Bangun je, Najwa cakap universiti bagi cuti 10 hari sebab COVID-19. Wahhhh rezeki tak diduga. 10 hari tu lama dik!
13/2/2020
Pukul 10 pagi, bertolak dari Greenwood ke Kelantan. Jauh benar rasa perjalanan. Dahlah rasa pening pening, mungkin sebab darah rendah. Pukul 6 lebih baru sampai rumah. Lepas salam semua, terus baring, kaki atas bantal sebab pening dan tak larat.
Dekat pukul 7 malam, tengah borak dengan adik adik, tiba tiba diorang terperasan ada butir macam chicken pox di leher. Allahu, rupanya yang pitam tu asbab untuk chicken pox ni. Memang Allah atur cantik dah.
Kalau dibuatnya universiti tak cuti, tak ke naya saya kena tinggal kelas dekat dua minggu? Hmm alhamdulillah. Mungkin dapat chicken pox dari adik sebab minggu sebelumnya tu saya ada uruskan dia masa dia ada chicken pox juga.
Jadi hari hari seterusnya saya habiskan untuk proses recovery lah. Memang tak mudah, payah sungguh. Hmm. Butirnya banyak dekat muka dan bahagian atas badan. Allahu hanya Allah yang tahu betapa deritanya masa tu. Huhu.
Sekarang pun masih ada parut nya sebab belum hundred percent sembuh. Takut juga berjangkit dengan kawan kawan nanti. Namun apakan daya, takkan lah nak tinggal kelas sampai tiga minggu kan.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.