Sunday, February 9, 2020

Semester 2, 2019/2020

Hai assalamu'alaikum semua! Selamat datang kembali ke blog ini. Agak lama saya tak update blog ni sebab cuti semester kan. Mestilah nak spend time dengan keluarga di rumah. Sekarang sudah masuk semester baru. Saya sedih ni sebenarnya, cuba teka sebab apa? Hmm sebab kena balik kampus. 

Semalam saya bertolak naik bas universiti, bawah Persatuan Darul Naim (PERDANA). Allahu, sedihnya hanya Allah yang tahu. Banyak memori yang saya cipta sepanjang cuti. Alhamdulillah. Sampai pagi tadi dalam pukul 5 pagi, duduk di musolla mahallah dulu sebelum check in, sebab kaunter buka pukul 9 pagi.

Tak ramai pun lagi yang datang, mungkin diorang bertolak malam ni. Tapi tak apa, ada hikmahnya saya datang awal, kan? Boleh basuh cadar, selimut dan semua yang berkaitan lah. Esok dah start kelas, yeahh! Pukul 10 pagi kot kelas saya, tak pastilah. Hehe.

Walaupun rasa sedih dan payah sekali untuk berjauhan dengan keluarga, kita kena ingat, ini adalah satu perjuangan, iaitu belajar. Hihi entah apa lah yang saya cakap ni. Hmm kita bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, itulah maksud saya.

Kita habiskan belajar cepat cepat, lepas ni boleh lah spend time dengan keluarga banyak banyak, in shaa Allah. Ingat segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita, ahli keluarga kita, sehingga kita sampai ke tahap ini. 

Jadi apa yang kita boleh buat adalah belajar bersungguh sungguh dan berakhlak mulia, dan banggakan serta gembirakan mereka dengan hasilnya yang cemerlang. In shaa Allah. Jaga solat, jaga pandangan, jaga segalanya lah. Semoga Allah permudahkna segala urusan kita. Aamiin ya Rabb. 

P/S: Cuaca nampak macam nak hujan. Okaylah, saya angkat kain dulu ya. Kita sambung lepas ni pulak. Bye! 

No comments:

Post a Comment