Bismillahirrahmanirrahim.
Semester baru sudah start guys! Tak tahu nak sedih ke gembira. Sedih sebab kena berjauhan dengan keluarga, dan gembira sebab lagi tiga semester saya nak habis belajar, in shaa Allah.
Ada satu semester pendek untuk praktikal (tengok cikgu mengajar). Dua semester panjang, satu belajar dan satu lagi praktikal (mengajar).
Hmm bersediakah saya?
Saya ambil enam subjek semester ni, in shaa Allah. Kelas skills saya sudah habis, alhamdulillah. Kelas dekat CELPAD ada Bahasa Melayu (Sains Sosial) dan LQ 4000.
Lima hari lepas result keluar. Tahniah kepada semua, tak kira result tinggi atau rendah. Kita teruskan perjuangan kita. Jangan belajar kerana gred okay!
Pastikan apa yang kita belajar kita boleh praktis dalam kehidupan sehari hari. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya, hihi.
Bulan 9 tahun ini saya akan masuk tahun keempat in shaa Allah. Cepatnya masa berlalu kan. Rasa macam baru je masuk tahun satu dulu. Apa pun all the best!
No comments:
Post a Comment