Tuesday, June 2, 2020

Gigih Kejar Cicak

Melayan Anak Saudaraku


Budak ini gigih betul kejar cicak sebesar jari kelingkingku. Tapi tak apalah, kita layan saja ya. Hihi. Kilat sedang sabung menyabung sekarang, dan saya rasa mengantuk. Tapi dah lepas Asar ni, mana boleh tidur dah. 

Esok kelas start pukul 8.30 pagi lagi. In shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb. Rasa macam nak makan roti sapu butter dan letak gula. Hihi okay bye, saya makan dulu. Assalamuálaikum.

2/6/2020 5.57 PM
Dalam bilikku.

Monday, June 1, 2020

My First Ever Online Class

Exciting Moment


First time merasa kelas online, fuhhh. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Cuma kerjanya bertambahlah, hihi. 

Ramai juga yang join tadi. 40 daripada 46 orang, ramai kan? Semua nampak excited, mungkin rindu ingin menatap wajah kawan kawan dan pensyarah, haha. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas segala nikmat-Mu.

Dua tiga minggu ni adalah tempoh trial sahaja, tapi kedatangannya diambil. Kelas sebenar akan start pada 15/6/2020 dan berjalan seperti kelas biasa, maksudnya pada waktu yang telah ditetapkan dalam jadual.

Tadi guna app Zoom, okay tapi limit guna sampai 40 minit saja. Mungkin next time try Google Meet pula. Mungkin Google Classroom dan banyak lagilah. 

P/S: Nak bersiap untuk solat Zohor dan sambung kelas BM pula pukul 2, in shaa Allah. 

Kenangan 2013

Sepupuku Kahwin di Kalai


Kenangan memakai shawl ketika di Tingkatan 4. Bukan senang aku dan adikku membuat keputusan untuk memakainya. Akan tetapi kami tidak berdaya menolak paksaan kakak kami yang beria ingin kami memakai shawl sepertinya. 

Ketika ini kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami, Akma yang isterinya Amy sama umur denganku dan kini mereka memiliki dua orang anak yang comel. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Aamin ya Rabb.

Jauh perjalanan kami untuk sampai ke sini namun berbaloi kerana pemandangan di sini bukan biasa biasa. Bunyi air yang mengalir dengan derasnya, dan suasana yang sejuk membuatkan aku rindu untuk kembali ke sana.

Adik adikku masih kecil ketika itu dan badan mereka jauh lebih kecil dari ku. Namun sekarang mereka persis kakak dan abangku, haha. Bergurau saja. Walaupun mereka sudah besar, namun kasih sayangku terhadap mereka tetap sama seperti dulu.

P/S: Sehingga sekarang aku tidak dapat memikirkan bagaimana seorang manusia yang berumur 16 tahun mampu membuat keputusan untuk berkahwin sedangkan aku di umur itu masih menangis apabila pergi ke kem. Tiberrr!

Missing My Second Home

Rindu memang rindu tapi rasa macam dah taknak pergi sana. Hmm macam mana nak habiskan belajar ni? Moga Allah kuatkan diriku.

Kalau boleh nak duduk rumah je, tapi apakan daya, menuntut ilmu itu adalah fardhu dan diwajibkan ke atas setiap Muslim. 

Kita hidup tak boleh bermalas malasan. Tak kira lah dalam pelajaran ke, kehidupan seharian ke atau apa apa lah. Kenalah productive.

Apa khabar kawan kawanku semua? Harap semuanya dalam keadaan baik, in shaa Allah. Jomlah sama sama kita tempuhi kelas online ni ya.


Kenangan di lorong bangunan HS.

Kita mesti menghargai setiap detik yang kita ada, baik untuk diri sendiri, keluarga, kawan kawan atau sesiapa pun. Apa yang berlaku sekarang tak mungkin berulang lagi dan akan menjadi satu kenangan saja.

Contohnya, walaupun kita benci zaman universiti, cubalah sedaya upaya untuk menyukainya dan menghargai setiap saat yang kita habiskan di universiti, kerana kita mungkin merinduinya yang teramat suatu hari nanti.

Walaupun macam berbelit sikit, itulah sedikit sebanyak yang saya ingin katakan sebab ia sedang berlaku kepada saya sebenarnya. Hihi.

Saya sedaya upaya untuk berfikiran positif dan cuba menghabiskan masa di universiti dengan bermanfaat walaupun tak involve dalam apa apa program atau society pun, dan banyak menghabiskan masa di bilik mahallah dan kelas saja.

Tapi itulah erti kebahagiaan bagi saya. Hmm okaylah. Dah start membebel dah. Okay bye!

1/6/2020 9.29 AM
Dalam bilikku.

Welcome to June!

Hari ni dah masuk hari pertama bulan Jun, juga bermakna kelas online pun start walaupun dalam proses trial lagi. Hmm cepat kan masa? Hihi. Rasanya ni kali ke-97 saya tanya soalan tu. 

Sekarang saya dalam bilik tengah tunggu kelas start. Ustaz Halim nak guna Google Meet pukul 10 ni. Tapi nervouslah sebab tak pernah guna kan. Tak tahu caranya.

In shaa Allah dipermudahkan. Aamiin ya Rabb.

Sebenarnya saya nak buat kerja di ruang tamu sebab excited ada kipas baru, hihi tapi masalahnya anak anak saudara yang tersayang ada sekali, jadi memang tak jalanlah kerja ni.

Jadi saya hanya bertapa dalam bilik saja. Takpe, saya ada dua orang pembantu aka adik adik kesayanganku untuk jaga budak dua orang tu.

Hihi okaylah. Salam Syawal ke-9!

Assalamuálaikum.


Bukti aku tidak dapat buat kerja dengan tenang bila ada dua ketul ini, haha.

1/6/2020 8.59 AM
Dalam bilikku.