Sepupuku Kahwin di Kalai
Kenangan memakai shawl ketika di Tingkatan 4. Bukan senang aku dan adikku membuat keputusan untuk memakainya. Akan tetapi kami tidak berdaya menolak paksaan kakak kami yang beria ingin kami memakai shawl sepertinya.
Ketika ini kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami, Akma yang isterinya Amy sama umur denganku dan kini mereka memiliki dua orang anak yang comel. Semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Aamin ya Rabb.
Jauh perjalanan kami untuk sampai ke sini namun berbaloi kerana pemandangan di sini bukan biasa biasa. Bunyi air yang mengalir dengan derasnya, dan suasana yang sejuk membuatkan aku rindu untuk kembali ke sana.
Adik adikku masih kecil ketika itu dan badan mereka jauh lebih kecil dari ku. Namun sekarang mereka persis kakak dan abangku, haha. Bergurau saja. Walaupun mereka sudah besar, namun kasih sayangku terhadap mereka tetap sama seperti dulu.
P/S: Sehingga sekarang aku tidak dapat memikirkan bagaimana seorang manusia yang berumur 16 tahun mampu membuat keputusan untuk berkahwin sedangkan aku di umur itu masih menangis apabila pergi ke kem. Tiberrr!
No comments:
Post a Comment