Rindu memang rindu tapi rasa macam dah taknak pergi sana. Hmm macam mana nak habiskan belajar ni? Moga Allah kuatkan diriku.
Kalau boleh nak duduk rumah je, tapi apakan daya, menuntut ilmu itu adalah fardhu dan diwajibkan ke atas setiap Muslim.
Kita hidup tak boleh bermalas malasan. Tak kira lah dalam pelajaran ke, kehidupan seharian ke atau apa apa lah. Kenalah productive.
Apa khabar kawan kawanku semua? Harap semuanya dalam keadaan baik, in shaa Allah. Jomlah sama sama kita tempuhi kelas online ni ya.
Kenangan di lorong bangunan HS.
Kita mesti menghargai setiap detik yang kita ada, baik untuk diri sendiri, keluarga, kawan kawan atau sesiapa pun. Apa yang berlaku sekarang tak mungkin berulang lagi dan akan menjadi satu kenangan saja.
Contohnya, walaupun kita benci zaman universiti, cubalah sedaya upaya untuk menyukainya dan menghargai setiap saat yang kita habiskan di universiti, kerana kita mungkin merinduinya yang teramat suatu hari nanti.
Walaupun macam berbelit sikit, itulah sedikit sebanyak yang saya ingin katakan sebab ia sedang berlaku kepada saya sebenarnya. Hihi.
Saya sedaya upaya untuk berfikiran positif dan cuba menghabiskan masa di universiti dengan bermanfaat walaupun tak involve dalam apa apa program atau society pun, dan banyak menghabiskan masa di bilik mahallah dan kelas saja.
Tapi itulah erti kebahagiaan bagi saya. Hmm okaylah. Dah start membebel dah. Okay bye!
1/6/2020 9.29 AM
Dalam bilikku.
No comments:
Post a Comment