Sunday, February 28, 2021

Last Day of February


Macam mana masa boleh berjalan secepat ini? Siapa sangka kita dah berada di akhir bulan Februari? Kiranya usia pandemik sekarang dah setahun lah ya? 

Banyak perkara yang bermain dalam minda saya sekarang. Saya nak masa berjalan dengan lambat tapi bila terfikirkan teaching practicum, saya rasa nak cepat cepat habis. 

Hmm macam mana tu? Tahun ni in shaa Allah saya akan berumur dua puluh empat tahun dan akan graduate dari universiti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Jiran saya yang umur sama dengan saya aka anak kawan umi saya aka pernah jadi kawan saya dulu akan tamatkan zaman bujangnya akhir bulan tiga nanti. 

Woww cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je dulu kami pergi ambil hadiah UPSR sekali. Sekarang dah nak kahwin dah. 

Teaching practicum pun dah nak start. Debaran kian memuncak. Macam manakah saya akan hadapinya? In shaa Allah cemerlang. Bye!

Friday, February 26, 2021

Mommy-To-Be

Hello! 

Assalamu'alaikum. 

Saya ada berita baik! Kawan saya Zainida yang saya ada mention dalam post post sebelum ni yang kahwin tahun lepas bulan satu, dah mengandung! Alhamdulillah rezekinya dan keluarga. 

Cantiknya masa yang Allah tetapkan untuk mereka. Dapat anak lepas praktikal in shaa Allah. Memang mereka buat family planning sebab takut termengandung masa belajar. 

Tapi ngam ngam lah lepas habis belajar dapat anak. Wowww! Tahniah zai! Dia punya tak percaya dah mengandung tu sampai tiga kali buat test tau. Haha. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan zai dan suami. Bertambahlah anak saudaraku ya. Hari tu kak izzah. Ni zai pulak. Siapa next?

Bye!

What Have I Done

Hari ni sepatutnya ada sesi taaruf antara guru SAMER dan pelajar praktikal iaitu saya dan Najwa melalui Google Meet. Hari ni jugalah saya buat hal.

Kenapalah saya rajin sangat hisap botol air vitagen sampai lebam atas bibir bawah hidung. Takkan nak pakai mask kot masa meeting tu. Allahu. 

Ini pengajaran buat saya supaya fikir sebelum buat. Jangan main buat. Padahnya saya yang merana kahkah. Lawaknyalah. Hmm.  

Hmm okaylah. Bye!

Thursday, February 25, 2021

Umi Ku Sayang

Happiest birthday to my lovely Umi.

Umi punya birthday sebenarnya dua hari lepas lagi. Tapi saya tiada masa untuk menulis blog. Sekarang musim teaching practicum. Walaupun belum start tapi preparation dia yang banyak dan saya belum start prepare lagi. Hmm.

Walaupun saya tak wish di sini, tapi yang penting Umi sentiasa dalam doa saya. Umi adalah ibu terbaik. Sangat sabar dengan saya dan layan kerenah saya. Saya kesian tengok Abah Umi penat balik kerja tapi demi menyara kehidupan, mereka berkorban tenaga dan masa.

Sekarang dah lah sekolah dah nak buka. Semoga Abah dan Umi sentiasa kuat dan bertenaga untuk ke sekolah demi mengajar bakal pemimpin negara kita. Saya pun in shaa Allah akan mengikut jejak mereka. Doakan saya.

Love you Abah Umi! Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb.

Sunday, February 21, 2021

Nak Buat Dadih


Baru berapa hari anak saudaraku balik rumah belah sana, dah rindu nak cium peluk. Tapi boleh lah rileks sikit kan. Kalau ada kan risau dia main itu ini pula. 

Biarlah dia bebas kejap di rumah sana. Balik sini buat itu tak boleh, buat ini tak boleh kahkah. Malam ni in shaa Allah saya buat dadih! Dah lama nak try buat, tadi baru terdetik hati nak beli serbuk dia. 

Tapi masalahnya tak pandai buat kahkah. Saya dah try tanya classmate saya Anis macam mana nak buat sebab dia pernah buat untuk jualan kelab course saya. Tapi saya tak tahu sukatan dia betul betul. Hmm. 

Takpelah. Kita try saja buat malam ni. Kalau fail, buat lagi. Okaylah dah nak Maghrib. Saya nak bersiap untuk solat. Tapi masih baring atas katil lagi ni. Hihi. Doakan saya berjaya ya! Dah lama teringin makan dadih ni. 

Bye!

Thursday, February 18, 2021

Special Day

Happy Birthday!

Selamat hari lahir buat adik bongsuku yang kusayangi. Adik umur empat belas tahun sudah. Suaranya garau amat. Badannya semakin tinggi, lebih dari kakak kakaknya. Tapi dia masih kuanggap bayi. 

Budak ini aku jaga dari hari pertama lahir. Daripada kulit putih, ke kulit gelap dan akhirnya putih balik. Hmm. Mencabar juga ya nak membesarkan adik lelaki sorang ni. Tapi alhamdulillah dia tak nakal.

Makan banyak sangat dek. Kalau sehari dia makan sikit, kami akan risau sebab tak pernah pernah macam tu kahkah. Selepas keluar result UPSR, adik sambung belajar di tahfiz. 

Memang dari dulu lagi Abah dan Umi nak adik jadi hafiz al-Quran macam abang abangku. Lepas jadi hafiz, in shaa Allah sambung belajar akademik di sekolah menengah. Doakan ya. 

Sekarang di dah masuk juzu 17 alhamdulillah. Dia start masuk tahfiz pada 10 Januari 2020. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada cabarannya seperti demam dan chicken pox semua, dengan PKP lagi. 

Tapi alhamdulillah dia kuat semangat. Terima kasih ya Allah. Dia punya tahap kreativiti tu sangat lah tinggi. Ada je barang dia nak cipta. Kalau ada kotak kotak lebih dia akan simpan dan buat projek dia guna gam panas kesayangannya. 

Semoga adik membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. Untuk adikku, sila hormat kakakmu ini yang telah basuh berak dan jaga kau selama ini kahkah. Okay gurau. Bye!

Update:

Okay saya terkejut sangat Hannah Delisha kahwin hari ni. Dahlah hari yang sama dengan birthday adik saya. Dia dahlah minat Hannah. Harap dia tabah kahkah. Apapun semoga rumahtangga yang dibina oleh Hannah dan suaminya sentiasa dirahmati Allah dan bahagia dunia dan akhirat. Aamin ya Rabb.

18 February 2021 9:38 PM Thursday

Tuesday, February 16, 2021

Result

Assalamu'alaikum W.B.T.

Nak tahu tak hari ni rupanya result sem baru baru ni keluar! Saya tak tahu langsung pun. Tiba tiba je lecturer ucap tahniah dalam group dan semua budak ucap terima kasih bla bla. 

Alhamdulillah atas segalanya. Saya bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Kalau dari pemerhatian saya, result semester belajar online lebih rendah daripada semester di universiti. 

Saya check result dengan adik saya. Dia pula yang nampak nervous. Saya pun nervous sangat sebenarnya tapi cuba untuk tidak menampakkannya kahkah. Lepas tu saya bagitahu Abah dan Umi. Alhamdulillah mereka happy. 

Tinggal lagi satu semester iaitu teaching practicum. Sejujurnya saya sangat tidak bersedia. Rasa macam tak jelas lagi macam mana flow dia. Lesson plan kena buat setiap kali kelas ke atau masa lecturer observe je. Hmm. 

Mampukah saya laluinya dengan cemerlang dan jayanya? In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Okaylah saya nak sambung tengok drama Mr. Queen. Dah episod akhir! 

Okay sebenarnya saya sedih sebab Kim Byeong In mati. Saya tak boleh terima hakikat! Tapi tak apa sebab realitinya Na In Woo masih ada yeahhh! Hihi okay bye assalamu'alaikum. Doakan saya ya. 

Monday, February 15, 2021

Good Girl

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Alhamdulillah setelah sekian lama saya berehat, saya berjaya menyelesaikan satu kerja yang tersenarai dalam to do list saya iaitu kemas ruang panjang dan dapur. Tapi fokusnya adalah spiderweb lah. Rasanya setahun sudah tidak bersihkan spiderweb. 

Rasa tenang sikit hati bila tengok siling kosong tanpa sarang labah labah. Saya suka bila Abah dan Umi saya suka. Apa lagi yang patut saya buat? Doakan saya sentiasa rajin kemas rumah dan tolong Abah Umi saya. 

Bye!

Saturday, February 13, 2021

Nervousnya!

9.10 PM

Sekejap lagi dalam 20 minit lagi, saya dan Najwa akan ber-Google Meet dengan Penolong Kanan SAMER, iaitu sekolah yang saya akan jalani teaching practicum tak lama lagi. Kiranya macam taaruf lah ni dengan wakil pihak sekolah kan.

Lepas tu Ustaz Najah Salam cakap akan bagi jadual kelas lepas meeting nanti, in shaa Allah. Semoga dipermudahkan. Nervousnya tak tahu ustaz akan tanya apa kejap lagi. Doakan saya ya. In shaa Allah saya akan update kejap lagi lepas meeting. 

Thursday, February 11, 2021

Layan Sajalah


Hmm reda sajalah aku melayan anak anak saudaraku yang acah acah jadi baby balik walaupun dah besar. Tak cukup kasih sayang agaknya haha. 

Bye!

Wednesday, February 10, 2021

Perkongsian Hadith #9

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: البركة مع أكابركم. رواه الحاكم

Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas R.A. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda, "Keberkatan ada bersama orang-orang tua kamu."

Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 432

Windy Evening


Hari ni alhamdulillah berkesempatan jalan jalan belakang rumah dengan anak saudaraku yang tak berapa nak kecil dah sekarang. Saya pun tak pasti siapa lah yang ajar dia posing macam tu kahkah. Dapat jumpa kawan baru tadi aka jiran belakang rumah. Amar umur tiga tahun dengan kakaknya Aisyah. 

Nama saja jiran tapi tak bertegur sapa pun. Apalah nak jadi dengan diri ini. Yalah bukan selalu keluar rumah kan. Itu yang jarang bertemu dengan jiran jiran. Rasanya isteri dia nurse. Suaminya tak pastilah kerja apa. 

Rasanya lena dia tidur malam ni sebab tadi tak berhenti lari lari di bakal tapak pembinaan ni. Dulu sini hutan saja tapi makin lama dah makin botak dah sebab ramai yang bina rumah di kawasan ni. Termasuk rumah saya lah hihi. Tapi dulu masa kami mula tinggal sini, memang kawasan hutan tebal lah.

Kadang kadang takut juga dengan pencuri sebab rumah dalam hutan kan. Haiwan pun banyak seperti babi dan kera. Tapi alhamdulillah semuanya okay saja. Sekarang hutan dah makin nipis, rumah dah makin banyak. Banyak banyakkanlah menanam ya supaya tanah tak terhakis.

Hmm sedaplah saya cakap kan sebab yang menanamnya Abah dan Umi saya kahkah. Hmm okaylah sampai sini dulu coretan saya yang tak seberapa ini. Doakan urusan praktikal saya dipermudahkan ya. Bye goodnight!

Saturday, February 6, 2021

Mr. Queen


Sekarang musim tengok drama Mr. Queen, hihi. Tapi Weightlifting Fairy Kim Bok Joo tak tengok habis lagi. Kiranya dua drama dalam satu masa. Woww dugaan betul ya. Sepatutnya saya dah bersedia untuk teaching practicum nanti. Tapi habiskan masa dengan drama je. 

Rasa rasa boleh fokus tak tengok drama sambil dikelilingi oleh budak dua orang ni? Hmm tapi kalau takde mereka rasa sunyi pula. Rindu nak kiss. Kalau ada pening kepala, tapi bukan selalulah. Kalau lepas main tak kemas balik haa itu pening dek. Hmm okaylah nak masak mee pedas. Bye! 

Friday, February 5, 2021

Perkongsian Hadith #8

عن أبي هريرة رضي الله عنهأن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ليس الشديد بالصرعة، إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. رواه البخاري

Sayyidina Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, "Orang yang gagah bukanlah orang yang dapat menumbangkan lawannya. Sesungguhnya orang yang gagah itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya semasa marah." (Bukhari)

Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 404

Wednesday, February 3, 2021

Sepetang Bersama Buah Hati


Lama dah rancang nak jalan petang petang tapi selalu tak kesampaian. Alhamdulillah hari ni tercapai. Handphone penuh dengan gambar dua orang ni kahkah. 

Doakan saya kuat untuk berkebun esok. Hihi. Bukan apa, selalu tangguh kerja. Bukan tak larat tapi kurang rajin sikit. Hmm okaylah saya nak tengok drama Marry Me Senorita. 

P/S: Layan Marry Me Senorita demi Meerqeen. Tapi betul ke dia ada dalam drama ni? Okaylah bye! 

Monday, February 1, 2021

Perkongsian Hadith #7

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن من أشراط الساعة أن يسلّم الرجل عل الرجل، لا يسلّم عليه إلا للمعرفة. رواه أحمد

Sayyidina Abdullah bin Mas'ud R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya salah satu daripada tanda-tanda kiamat islah seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain semata-mata kerena dia mengenali orang itu (bukan kerana orang itu seorang muslim)." (Musnad Ahmad)

Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 415