Assalamu'alaikum W.B.T.
Nak tahu tak hari ni rupanya result sem baru baru ni keluar! Saya tak tahu langsung pun. Tiba tiba je lecturer ucap tahniah dalam group dan semua budak ucap terima kasih bla bla.
Alhamdulillah atas segalanya. Saya bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Kalau dari pemerhatian saya, result semester belajar online lebih rendah daripada semester di universiti.
Saya check result dengan adik saya. Dia pula yang nampak nervous. Saya pun nervous sangat sebenarnya tapi cuba untuk tidak menampakkannya kahkah. Lepas tu saya bagitahu Abah dan Umi. Alhamdulillah mereka happy.
Tinggal lagi satu semester iaitu teaching practicum. Sejujurnya saya sangat tidak bersedia. Rasa macam tak jelas lagi macam mana flow dia. Lesson plan kena buat setiap kali kelas ke atau masa lecturer observe je. Hmm.
Mampukah saya laluinya dengan cemerlang dan jayanya? In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Okaylah saya nak sambung tengok drama Mr. Queen. Dah episod akhir!
Okay sebenarnya saya sedih sebab Kim Byeong In mati. Saya tak boleh terima hakikat! Tapi tak apa sebab realitinya Na In Woo masih ada yeahhh! Hihi okay bye assalamu'alaikum. Doakan saya ya.
No comments:
Post a Comment