Happy Birthday!
Selamat hari lahir buat adik bongsuku yang kusayangi. Adik umur empat belas tahun sudah. Suaranya garau amat. Badannya semakin tinggi, lebih dari kakak kakaknya. Tapi dia masih kuanggap bayi.
Budak ini aku jaga dari hari pertama lahir. Daripada kulit putih, ke kulit gelap dan akhirnya putih balik. Hmm. Mencabar juga ya nak membesarkan adik lelaki sorang ni. Tapi alhamdulillah dia tak nakal.
Makan banyak sangat dek. Kalau sehari dia makan sikit, kami akan risau sebab tak pernah pernah macam tu kahkah. Selepas keluar result UPSR, adik sambung belajar di tahfiz.
Memang dari dulu lagi Abah dan Umi nak adik jadi hafiz al-Quran macam abang abangku. Lepas jadi hafiz, in shaa Allah sambung belajar akademik di sekolah menengah. Doakan ya.
Sekarang di dah masuk juzu 17 alhamdulillah. Dia start masuk tahfiz pada 10 Januari 2020. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada cabarannya seperti demam dan chicken pox semua, dengan PKP lagi.
Tapi alhamdulillah dia kuat semangat. Terima kasih ya Allah. Dia punya tahap kreativiti tu sangat lah tinggi. Ada je barang dia nak cipta. Kalau ada kotak kotak lebih dia akan simpan dan buat projek dia guna gam panas kesayangannya.
Semoga adik membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. Untuk adikku, sila hormat kakakmu ini yang telah basuh berak dan jaga kau selama ini kahkah. Okay gurau. Bye!
Update:
Okay saya terkejut sangat Hannah Delisha kahwin hari ni. Dahlah hari yang sama dengan birthday adik saya. Dia dahlah minat Hannah. Harap dia tabah kahkah. Apapun semoga rumahtangga yang dibina oleh Hannah dan suaminya sentiasa dirahmati Allah dan bahagia dunia dan akhirat. Aamin ya Rabb.
18 February 2021 9:38 PM Thursday
No comments:
Post a Comment