Friday, April 30, 2021

Mentor Mentee


Wahh pelajar sekolah ni bukan calang calang lah. Macam mana diorang nuqaba' ni boleh jadi sekonfiden itu, bercakap depan kelas dengan kehadiran pengetua lagi.

Kalau saya dah pengsan dah haha. Saya lagi sanggup pengsan daripada kena bercakap depan orang ramai. Salute lah. Bukan semua orang ada keberanian itu.

Okaylah bye!

P/S: Mentor Mentee di Kelas 5 Maliki.

إلى ‏اللقاء ‏أبريل

12.50 AM

Nampaknya bulan April hampir melabuhkan tirainya. Betapa cepatnya masa berlalu. Okay lah saya nak tidur dulu. 

Esok kena pergi sekolah awal sebab kunci bilik guru ada dengan saya. Hihi. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita. 

9.44 AM Update:

Alhamdulillah tadi berjaya sampai awal ke sekolah dan buka kunci bilik guru. Yeahh! Saya mandi pukul 5.25 pagi dan bersahur. Lepas tu bersiap dan bertolak pukul 6.30 pagi. Sampai sekolah pukul 6.56 pagi.

Kalau selalu bertolak pukul 6.50 pagi dan sampai sekolah dalam 7.20 pagi. Hihi. Okaylah saya ada kelas pukul 10 sampai 11.30 pagi. Doakan saya. 

Bye!

8.37 PM Update:

Hari ni saya buka puasa makan kurma dan kuih yang cikgu bagi tadi. Tak sempat pergi bazar sebab tertidur. Hmm. Najwa pula keluar. 

Saya sedih sikit hari ni. Budak kelas saya tu (sesetengah) ada saja benda nak komen. Buat game itu tak boleh game ini tak boleh. Untuk jawab soalan, pelajar kena cabut nama. Yang terpilih kena jawab. 

Ada pelajar yang tak terpilih marah saya. Katanya lain kali tak payah buat dah game apa apa. Dah berapa kali buat game, namanya tak pernah terpilih. Masalahnya, salah siapa? Salah saya ke? 

Hmm nasiblah. Sabar sajalah. Takpelah lagi dua bulan lebih nak habis. Bulan depan pun banyak cuti jadi tak adalah saya stress sangat in shaa Allah. 

Kadang kadang ada rasa sedih sebab sesetengah pelajar tak ada rasa hormat dekat kita. Tapi Umi saya selalu pesan, sabar saja. Biasalah ragam pelajar macam macam kan. 

Ini baru praktikal, nanti mengajar betul betul lagi banyak dugaannya. Hmm okaylah saya nak kemas bilik kejap dan fikir rph untuk hari Isnin dan Rabu. Rabu ni saya akan diobserve in shaa Allah. 

Bye!

10.34 PM Update:

Tahap kelonelian paling teruk pernah saya rasa. Kalau dekat universiti dulu, rasa lonely juga tapi saya ada tempat saya boleh ke sana sini. Library, jalan jalan dalam kawasan mahallah, pergi cafe Maryam makan shawarma dan lain lain lagi.

Sekarang duduk di rumah sewa, jauh dari family dan kawan kawan. Hiburan saya Youtube. Stress dengan perancangan mengajar saya yang tak kreatif dan membosankan. Saya perlukan orang yang boleh dengar luahan hati saya.

Tapi kadang kadang orang sekeliling tak membantu sangat. Jadi hiduplah saya seorang diri di sini mengenang nasib seorang diri. Hmm. Tapi kita kena ingat di saat kita rasa masalah kita paling besar, ada orang lain lagi yang menghadapi dugaan dan masalah yang lebih besar.

Tapi kita ada Allah kan. Yang boleh dengar luahan hati kita tanpa had. Yang memahami kita. Dekatkanlah diri kita kepada-Nya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sentiasa berdoa kepada-Nya.

Kita kena sucikan hati kita dan cuba untuk buat ibadah dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Bermula dari wuduk, solat, puasa, hubungan kita dengan manusia dan sebagainya. Ini peringatan untuk saya sebenarnya.

Okaylah bye. Saya dah kemas bilik dan buang sampah tadi. Takut sangat nak turun buang sampah sebab sorang saja kan. Lepas tu dekat tong sampah di blok saya ada tikus besar! Saya jerit tadi. Kesian makcik cafe tu terkejut.

Bye!

Thursday, April 29, 2021

17th Day of Ramadan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Nuzul al-Quran! Bermakna kita dah melepasi setengah bulan kan. Wahh tak rasa masa cepat berlalu ke? Apa ibadah yang saya dah buat setakat ni? 

Alhamdulillah saya dah submit video observation kepada supervisor semalam. Saya tawakkal sajalah keputusannya. Tinggal lagi dua observation untuk round kedua.

Next observation pada Rabu depan in shaa Allah, dan observation kedua iaitu yang terakhir dalam dua minggu pdpr. Kiranya online observation lah. 

Guru pembimbing dengan pengetua pun belum masuk kelas untuk observe lagi. Yang observe Rabu depan ni Dr. Sabri Sahrir suruh buat Facebook live sebab takut tak sempat sampai ke sekolah.

Tambah lagi dengan musim korona yang belum reda reda lagi dan semakin bertambah. Allahu, semoga Allah S.W.T. lindungi kita dari musibah korona dan apa apa saja musibah atau kemudaratan lain. 

Aamiin ya Rabbal Alamin. Saya baru siap tulis rph semalam dalam buku biru. Kena fikir perancangan untuk esok pula.

Hari ni kan cuti jadi bolehlah rileks sikit tapi still lah kena fikir rph dan nak buat mulahazoh zatiah dalam buku biru. Dah lama tangguh. Hmm. 

Okaylah sampai di sini dulu. Selamat berpuasa semua dan selamat menjalani ibadah! Doakan saya kuat iman dan beribadah lebih daripada biasa. Hihi.

Bye!

Wednesday, April 28, 2021

Wheel of Names


Hmm nasiblah pelajar 1 Maliki, cikgunya terlebih excited untuk kelas online kahkah. Bukan cikgunya suka kelas online, cumanya baru discover cara nak pilih pelajar untuk baca teks atau main game. Kita guna Wheel of Names, best juga nampaknya.

Budak budak ni tak boleh, asyik jealous saja antara satu sama lain haha. Kalau Syed jawab laju sikit, mulalah orang lain tak ada semangat nak jawab. Kalau kita suruh angkat tangan untuk jawab, ada pelajar lain yang tak dipilih tu terasa pula.

Katanya cikgu bias. Haha macam macam. Terhibur juga kadang kadang. Jadi kalau dalam kelas, saya pilih nama pelajar secara random guna bekas yang dalamnya ada nama nama pelajar. Saya tulis dalam kertas warna warni. 

Tapi saya cuba buat, alhamdulillah mereka gembira. Akhirnya cikgu mereka adil. Haha. Lagi lagi Husni, marah sangat kalau time saya pilih pelajar untuk baca tapi tak nampak dia, sampai merajuk pun ada. 

Wahai pelajar pelajar kesayanganku, cikgu ni budak baru belajar. Kalau salah tolong lah tunjukkan dan betulkan. Tapi bagus budak budak ni, kalau ada tak puas hati mereka bagitahu saya terus. "Ustazah, tak best lah buat macam ni", "Ustazah, lain kali buatlah kertas warna lain juga, ni dah tahu dah kertas mana nama lelaki perempuan".

Hmm itulah ragam anak anak muridku. Saya ada minta suggestion daripada mereka, nak main game apa. Yalah saya taknak lah mengajar saja. Pelajar mesti rasa boring kan. Saya pun boring kalau mengajar saja. Kenalah ada hiburan juga.

Tapi hiburan tu mesti ada kena mengena lah dengan pelajaran. Antara suggestionnya main Hangman. Katanya ustazah lawan semua pelajar. Cewah cewah budak budak ni haha. Saya ingat nak suruh mereka bina rumah dan bentangkan.

Acah acah jadi engineer lah sebab sekarang sedang belajar tajuk cita cita. Hmm okaylah saya rasa sampai di sini dulu penulisan saya yang tak seberapa ini. Tiba tiba rasa pening pula. Semalam saya tak makan nasi, hari ni pun sama. 

Bye!

الإشراف الثاني

Bahan mengajar. Cantik tak? Colorful gitew!

لعبة البحث عن الكلمات

Alhamdulillah observation yang kedua untuk round pertama dah selesai. Tadi najwa tolong rekodkan guna handphonenya. Sekarang tunggu najwa send dekat saya punya handphone, lepas tu saya download dan hantar dekat supervisor in shaa Allah. 

Doakan saya dan kawan kawan cemerlang ya. Saya juga berharap pelajar pelajar faham apa yang kami ajar dan suka dengan apa yang mereka belajar. Saya nak mereka minat Bahasa Arab. Saya masa Form 1 pun takde lah minat Bahasa Arab pun.

Jadi saya faham pelajar pelajar saya. Mungkin mereka belum jumpa sebab untuk mereka minat. Kalau saya jadi asbabnya, apa salahnya kan. Benda positif kan. Bukan main semalam saya sediakan bahan bahan untuk mengajar. 

Masuk kelas, krik krik. Haha. Semua mengantuk masa awal awal kelas. Tapi lepas buat game, bukan main aktif pula. Itulah yang saya mahukan. Kalau pelajar saya gembira, saya pun gembira. Kalau pelajar mengantuk, saya pun mengantuk. 

Bila sediakan bahan semalam, saya dah jumpa sesuatu yang paling susah untuk saya handle iaitu kertas mahjong, Punya terseksa saya nak buat dia duduk straight tak berlipat. Sampai sakit pinggang tau. Haha. Pengalaman kan. 

Apa pun saya bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan. Tinggal nak hantar dekat supervisor saja. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabbal Alamin. Okaylah saya nak beli roti.

Kejap lagi kena tulis rph dalam buku. Saya submit dekat supervisor yang taip dalam laptop sebab nak suruh nampak kemas. Tapi kena tulis jugalah dalam buku kan. Baru rasa lengkap. Okaylah bye semua. Have a productive day! 

P/S: Esok cuti! Bersempena dengan Nuzul Quran. 

Tuesday, April 27, 2021

Homesick

Rentas negeri 10 Jun 2021? Tak ada maknanya. Masa tu dah nak buka sekolah dah. Apa saya nak buat sebulan dekat sini? Ya Allah! 

Seriously? Allahu. Tapi saya tak keseorangan. Kalau saya tak boleh balik, kawan kawan saya yang lain pun tak boleh juga. 

Sedih tu memanglah sedih tapi kena percaya dengan perancangan Allah. Best kan jadi Muslim? Kalau kita rasa dah tak ada harapan, kita masih ada Allah untuk berharap. 

Doakan saya. Semoga saya kuat untuk menempuhi semua ini. Semoga saya cemerlang dalam semua observation. Semoga apa yang saya ajar difahami sebaik baiknya oleh pelajar.  

In shaa Allah. Okaylah saya nak kemas bilik dan sediakan bahan bahan untuk mengajar esok. Doakan saya. Assalamu'alaikum W.B.T. 

P/S: I'm not crying. 

Monday, April 26, 2021

Hello Online Classes

Hai. 

Lepas cuti raya, kelas online selama dua minggu. Setelah itu, cuti pertengahan penggal kedua selama dua minggu. Setelah itu, sekolah face to face seperti biasa in shaa Allah. 

Harap maklum. 

Sunday, April 25, 2021

Teaching Profession


Teaching is not easy. Being a teacher is not an easy task to do.

Speaking gitewww. Tapi saya serious. Tak mudah jadi cikgu ni. Nampak macam senang je kan. Tapi guru ni bukan hanya mengajar, kerja lain pun kena buat juga. 

Multitasking lah orang kata. Tapi yang bestnya jadi cikgu ni, cuti banyak dek. Haa kau hade? Haha gurau saja. Setakat hampir dua bulan saya mengajar ni, saya rasa jadi guru ni challenging lah. 

Nak fikir apa yang nak diajar, macam mana nak ajar, macam mana nak suruh pelajar minat subjek yang diajar. Wahh bukan senang. Dahlah kena relief lagi. 

Hmm okaylah saya nak gosok tudung kejap. Lepas tu mungkin dah boleh start buat rph untuk observation sebab dah nak kena observe lusa. Doakan saya!

Lonely


Enjoynya nampak adikku ya! Itulah namanya rezeki. Ke sana jadi imam tarawih, dapat sekali merasa permainan yang selama ini diidamkan. Alhamdulillah. Semoga Allah S.W.T. permudahkan urusan adikku dan kawan kawannya untuk menjadi imam tarawih.

Kakaknya pula? Asyik dengar lagu saja. Bila lah nak insaf. Hmm sebenarnya kakaknya ni terlalu lonely. Asyik fikir nak balik rumah saja. Mengajar memang best, cuma keadaan sekarang yang kurang best. Saya pun tak tahu apa saya cakap.

Tapi macam Umi saya cakap, kita bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Betul tak? Tak lama lagi, semua yang saya lalui ni akan jadi suatu kenangan. Dulu pun macam ni lah. Masa sekolah menengah dulu, rasa nak cepat cepat masa berlalu, bila lah nak masuk universiti ni.

Bila masuk universiti, rindu waktu sekolah dulu. Tapi semuanya dah jadi kenangan yang tak dapat dikembalikan lagi. Ruginya tak enjoy waktu sekolah. Bila di universiti, rasa nak cepat cepat habis dan kerja. 

Sekarang, bila dah nak habis universiti dan di ambang pekerjaan iaitu praktikal, rasa menyesal tak enjoy waktu di universiti dulu. Hmm itulah putaran kehidupan barangkali untuk manusia yang tak pernah bersyukur sepertiku. 

Jadi, point saya sekarang, saya sepatutnya bersyukur dengan segalanya dan enjoy waktu yang saya ada. Mungkin sekarang saya merungut waktu praktikal tak best. Nanti bila dah betul betul kerja, mungkin saya akan rindukan waktu praktikal.

Mungkin waktu praktikal sekarang jauh lebih mudah dan menyeronokkan berbanding waktu kerja nanti. Hmm. Saya boleh, in shaa Allah! Hihi doakan saya. Orang kata peluang ni datang sekali seumur hidup. Jadi lebih baik saya rebutnya dengan hati yang terbuka.

I'm okay! I'm happy! Yeahh! Bye!

Blogging

Assalamu'alaikum W.B.T.

How are you? I'm fine, thank you. Hihi. Sebenarnya tujuan saya buat blog adalah sebagai kenangan pada masa hadapan. Sepuluh tahun lagi, bila tengok dan baca balik post post ni, akan mengimbau kenangan dulu dulu kan. 

Kenangan masa belajar lah katakan. Memang dari saya sekolah menengah lagi saya memang nak buat blog tapi tak pandai. Sampailah masuk asasi di Petaling Jaya, setiap hari saya mengimpikan untuk buat blog tapi masih tidak tercapai.

Sehinggalah saya masuk degree di Gombak, saya ambil satu subjek namanya Instructional Technology. Dalam subjek tu ada diajar cara buat blog. Setiap pelajar dapat task untuk buat blog. Jadi dari situlah saya tahu macam mana nak cipta blog.

Tapi ia ambil masa dalam setahun lebih juga untuk saya betul betul start buat blog atas sebab sebab tertentu. Antara sebabnya adalah bila saya berkobar kobar nak start blogging tiba tiba apps Blogger buat hal.

Jadi saya pun try guna apps lain iaitu Wordpress tapi saya rasa ia macam terlalu serious untuk buat blog tapi saya still guna. Tapi lepas tu bila saya belek belek blog senior UIA, saya nampak dia ada post terbaru guna apps Blogger.

Jadi saya pun try ke Blogger dan alhamdulillah berjaya sign in dan start blogging. Yeahh panjang kan ceritanya. Saya ada juga menyesal kenapa tak start buat blog dari dulu, kalau tidak mesti sekarang dah boleh baca post dulu dulu kan.

Tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Allah dah tetapkan saya start buat blog pada usia 21 tahun nak masuk 22 pada tahun 2019. Jadi saya reda. Saya memang suka ingat kenangan lama kahkah. Jadi doakanlah saya semoga saya terus istiqamah berblog.

Manalah tahu anak cucu cicit saya akan baca blog saya yang tak seberapa ni dan boleh tahu macam mana mak nenek moyang dia dulu dulu kahkah. Hmm okaylah saya kena gosok baju, kemaskini rph dan fikir rph untuk observation Rabu ni in shaa Allah.

25 April 2021 12.55 PM 
Di rumah sewa.

Tiada Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Setelah beberapa minggu kakak iparku mengandung, qadarullah, semalam didapati kakak iparku telah keguguran. 

Segala sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. Kita hendaklah menerima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah saya tengok kaklong relaks je. Memang dia seorang yang sentiasa cool.

Kalau dari saya punya pengalaman, saya tengok bila orang tu keguguran dia sangat sedih teramat kan. Tapi alhamdulillah Allah beri kaklong kekuatan. Ujian bagi setiap manusia itu berbeza beza. 

Umi saya kata memang beberapa hari sebelum ni kaklong alami pendarahan. Jadi semalam pergi check di hospital, confirmed keguguran. 

Tak apalah. Kalau ada rezeki lagi, in shaa Allah akan ada lagi baby baru. Kembar ke kita tak tahu kan? Hihi. Okaylah bye saya ada banyak kerja nak buat tapi tak terbuat pun lagi. 

Bye!

Friday, April 23, 2021

11th Day of Ramadan

Wow sekejap saja kan masa berlalu. Rasa macam baru start puasa, tapi sekarang dah masuk hari ke sebelas. Dah lebih seminggu lah maksudnya. Baju raya dah beli ke? Saya macam biasa lah tak ada baju raya pun.

Tapi saya tak sedih pun sebab memang keluarga kami macam itu. Masa kecil kecil dulu memanglah beria pakai sedondon tapi bila umur makin meningkat, keinginan itu sudah tiada ya. Tak fikir pun pasal baju raya. 

Yang saya fikir sekarang adalah nak habiskan praktikum cepat cepat dan mahu balik rumah! Saya mahu duduk rumah saja kalau boleh. Haa acah acah cakap Sabah pula saya. Hihi. Saya harap masa berlalu dengan cepat.

Tapi saya rasa sedih juga memikirkan saya akan tinggalkan sekolah tempat saya menjalani praktikum sekarang. Suasananya, pelajar pelajarnya, guru gurunya dan semualah. Doakan saya dapat posting ke sekolah yang berdekatan rumah ya. 

Okaylah saya mahu jemur kain. Bye!

المدير ‏الجديد

Majlis Salam Kenal bersama pengetua baru SAM Rawang.

Masa mula mula saya nak start praktikum, saya sangat takut nak hadapi cikgu cikgu sekolah, lebih lebih lagi pengetuanya. Yalah sekolah hebat kan.

Tapi alhamdulillah, saya dapat warga sekolah yang sangat baik. Pengetuanya juga sangat baik dan lemah lembut. Tapi tak sempat sebulan sekolah face to face, pengetua berpindah sekolah. Hmm.

Okay takut sekali lagi sebab tak tahu pengetua baru macam mana kan. Tapi sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi, pengetua baru sangat baik namun sedikit tegas.

Tapi begitulah perwatakan yang sepatutnya ada pada seorang insan bernama pengetua. Betul tak? Kalau tak orang bawahan akan pijak kepala kan. 

Saya dah jumpa dengan pengetua baru sekali untuk dapatkan tandatangan kehadiran kami. Sangat baik orangnya dan berfikiran jauh.

Beliau suruh kami tinggalkan kenangan di sekolah tu, contohnya mural. Kalau ada lecturer kami datang nanti, katanya nak tunjuklah, inilah hasil tangan pelajar UIA. Hihi. 

Ada lagi dua orang guru praktikal yang datang seminggu lepas kami start praktikum. Kiranya tempoh praktikum kami pelajar UIA lebih kurang lima bulan lebih dan mereka empat bulan lebih sebab kami dah start bulan tiga lagi secara online. 

Mereka dari UNISEL. Mereka ajar Bahasa Inggeris. Baik sangat dan saya selalu lah dengar mereka speaking bahasa Inggeris sesama sendiri. Wow kenapa saya dan najwa tak cakap Bahasa Arab eh? Hihi. 

Hmm okaylah bye.

Sekolah Atas Bukit


Assalamu'alaikum W.B.T.

Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat walafiat dan dipermudahkan urusan untuk beribadah dan menjalankan tugas masing masing.

Masa mula mula dapat list sekolah untuk praktikum, saya rasa terdetik hati untuk pilih sekolah ni. Alhamdulillah segala yang Allah S.W.T. telah tetapkan untuk kita sangat indah. 

Walaupun sekolah ni jauh dari rumah yang kami duduki, mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sekolah, ia sangat lah berbaloi.

Disiplin pelajar yang sangat jarang saya jumpai di mana mana sekolah, guru guru yang sporting (sesetengah) dan suasana sekolah yang boleh dikatakan sangat menyejukkan hati. 

Sekolah ni terletak atas bukit yang tinggi. Boleh kurus kalau duduk di sekolah ni untuk empat atau lima bulan. Nak naik ke kelas kena mendaki tangga yang banyak. Woww cabaran sangat lagi lagi pada bulan puasa ni.

Dengan pakai mask nya lagi. Tapi alhamdulillah setakat ni semuanya okay belaka. Okaylah sampai di sini dulu. Bye!

Tuesday, April 20, 2021

Missing You



Ya Allah rindunya budak dua orang ni. Apalah khabar mereka di sana. Nak tanya mak bapaknya, malas haha. Tapi rindu. Dahlah masa nak datang sini hari tu, tak ada proper goodbye pun dengan mereka. Hmm dahlah tengah dengar lagu sedih ni.

Tak lama lagi in shaa Allah jadi kakak dan abang dah. Bersediakah mereka? Saya rasa mereka lovely sangat. Setiap pagi bangun mesti excited dan good mood. Pandai buang sampah sendiri dalam tong sampah. Alhamdulillah.

Tak lama lagi pandailah dia mengemas rumah. Hihi. Bahasa Arab pun mereka pandai tau. Jangan main main ha. Haha. Warna, nombor, kayu, angkat tangan, duduk dan beberapa lagi. Tak banyak pun tapi yang penting perkataan yang mereka dah tahu tu, terlekat sentiasa dalam kepala.

Kena biasakan mereka guna lah dari semasa ke semasa. MamaDa dan maknya lah antara orang yang setia mengajar mereka bahasa arab. Dalam sehari tu kena sebut selalu dan guna dalam percakapan. In shaa Allah mereka terbiasa.

Seorang akan masuk empat tahun bulan enam ni dan seorang lagi tiga tahun bulan sebelas nanti, in shaa Allah. Cepat sangat mereka membesar sampaikan saya tak ingat macam mana masa mereka kecil dulu haha. 

Alhamdulillah makin besar mereka, makin senang jaga. Tapi yalah kadang kadang tu susah juga bila mereka sepahkan barang ke, main barang Tokbah Tokmi tapi better lah dari dulu sebab mereka boleh faham sepenuhnya dah apa yang kita cakap.

Kalau tengok muka kita pun dia dah tahu kita marah ke, suka ke atau apa apa lah. Dah besar lah tu kan? Hmm sedihnya. Dahlah dah tak bau baby dah sekarang haha. Okaylah sampai di sini saja coretan saya. Nak gosok baju untuk sekolah esok dan tulis rph in shaa Allah. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb.

Friday, April 16, 2021

4th Day of Ramadan 2021

Assalamu'alaikum W.B.T.

Apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan baik dan sihat walafiat dan diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk beribadah kepada-Nya.

Pejam celik pejam celik, dah masuk dua minggu saya menjalani praktikal mengajar. Woww cepatnya masa berlalu kan. Saya harap tempoh praktikum ni berlalu dengan cepat sekali.

Saya nak balik rumah! Hmm okay. Kita pun dah masuk empat hari berpuasa. Wahh rasa macam baru start puasa kan. 

Kita punya loneliness tu woww tak boleh describe dek. Nasib baik ada bazar ramadan, tak adalah sunyi sangat kan. Boleh lah bertemankan ayam panggang. Best sangat!

Hmm okaylah sampai sini dulu coretan saya. Esok cuti! Jadi saya sedang tengok cerita Seniman Bujang Lapok. Hihi. 

Saya dah siap tulis tiga rph, ada satu lagi belum siap. Ini first time saya tulis tangan. Sebelum ni saya print je masa kelas online. Okaylah bye!

Tuesday, April 13, 2021

رمضان مبارك

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ٍSelamat menyambut bulan Ramadan, bulan penuh barakah. Walaupun saya puasa di perantauan tahun ini, saya tetap gembira dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk merasa nikmat bulan Ramadan tahun ini. Hari ini buka puasa bersama roommate, Najwa. 

Makan berdua sajalah. Alhamdulillah kenyang. Ada lagi lebih makanan tadi, mungkin makan sekejap lagi. Esok saya rasa nak berbuka makan roti dan serunding saja sebab saya dah habiskan RM15 untuk makanan berbuka tadi. Kalau boleh saya nak berjimat. Taknak lah menyusahkan Abah dan Umi saya.

Ramadan tahun ini sangat berbeza dari tahun lepas. Yalah, tahun lepas PKP kan, jadi solat semua di rumah. Tarawih dan solat fardu semuanya berjemaah alhamdulillah, diimami oleh abang dan adik saya. Tahun ini sudah boleh solat di masjid. Bezanya lagi adik lelaki saya jadi imam tarawih alhamdulillah.

Tahun lepas dia baru hafal beberapa juzu, dan tahun ini, setakat ini alhamdulillah dah masuk dua puluh tiga juzu dia hafal dan dengan berbekalkan itu, dia dilantik menjadi imam tarawih di masjid di Jeli. Alhamdulillah. Sudah besar adik saya ya. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Walaupun jauh di perantauan, hati saya tetap berada di rumah. Tidak pernah sehari pun saya lupakan rumah dan keluarga saya. Tak tahulah raya nanti macam mana. Dengar kata masih tak boleh rentas negeri.

Tak apa. Semuanya dalam perancangan Allah S.W.T. Tak perlu gusar, percaya dengan takdir Allah dan percaturan-Nya. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Saya kena siapkan lesson plan, gosok tudung, call adik saya dan buat pamplet untuk majlis di sekolah esok. 

Bye!

Sunday, April 11, 2021

11 April 2021

Hari ni hari Ahad. Esok Isnin dan lusa Selasa in shaa Allah kita akan mula berpuasa. Semalam dan hari ni saya ganti puasa. Hihi alhamdulillah sempat ganti. Pengajarannya, lain kali lepas raya terus puasa. 

Sekarang saya dalam bilik di rumah sewa. Alhamdulillah hari ni banyak jugalah perkara yang saya rancang, berjaya dilakukan. Antaranya, print rph dan soalan untuk pelajarku yang tersayang. 

Lagi, saya dah gosok baju kurung untuk seminggu terus. Bolehlah tidur tanpa memikirkan baju dah gosok ke belum. Tapi tudung belum gosok lagi. Lepas ni kot, in shaa Allah.

Nak kena buat rph untuk esok dan buat perancangan nak mengajar macam mana esok. Saya rasa saya masih kalut bila mengajar. Tak biasalah kot kan.

Sekarang saya tengah dengar lagu Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu. Best sangat lagu dia. Saya jarang dengar lagu Siti tapi yang ni selalu juga saya dengar kebelakangan ni. 

Hmm okaylah. Saya nak buat rph dan lepas tu gosok tudung. Ohh ada satu berita! Sepupu saya yang saya panggil Ciki kahwin hari ni dengan orang Negeri Sembilan tak silap. Tahniah!

Walaupun dah beberapa tahun tak jumpa, tapi saya tetap ingat sepupu sepupu saya. Dedek bila lagi? Hihi. Okaylah bye!

Friday, April 9, 2021

Disiplin Kebaboom

Wahh saya tak pernah dalam hidup jumpa pelajar seberdisiplin ini. Dia punya berdisiplin tu sampai walaupun dalam kelas tak ada cikgu, nampak macam ada cikgu. Ada yang membaca buku, ada yang mengaji quran, ada yang duduk saja saja.

Yang penting mereka ni tak bising dan buat hal sendiri saja. Sejuknya hati tengok pelajar macam ni. Sampai saya rasa serba salah sebab mereka baik sangat. Yalah memanglah nama sekolah agama kan, tapi saya tak expect pelajar dia sebagus itu.

Apa pun alhamdulillah. Semua itu Allah punya kuasa. Allah boleh buat apa saja yang Dia mahu. Betul tak? Tahu tak jadi antara guru badan beruniform Puteri Islam. Tak pernah dalam hidup saya join Puteri Islam walaupun di sekolah rendah atau menengah.

Tup tup masa mengajar terpaksa jadi guru Puteri Islam. Tapi bestlah boleh dapat pengalaman. Satu lagi, kelab persatuan saya terpaksa terpaksa terpaksa masuk kelab KKQ iaitu Kelab Kemahiran Quran. Punya rasa hina masa perjumpaan tadi sebab pelajar dia semua pandai teknik qiraat. Saya pula tercengang sebab tak faham apa apa. 

Saya nak masuk kelab Bahasa Arab tapi guru dia dah cukup. Tak apalah. Bila lagi kan nak tengok orang belajar qiraat. Nak tunggu saya belajar qiraat, lambat lagi. Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Saya baru siap buat rph sebenarnya.

Nak kena revise balik apa yang nak diajar esok. Nak gosok tudung lagi. Allahu dah lah sekarang dah nak pukul 12 tengah malam. Okaylah bye. 

P/S: Esok ada majlis di dewan SAMER yang melibatkan semua guru. Saya sedih sebab rancangan pengajaran saya terpaksa diubah sebab sempat 30 minit saja kelas sebab majlis tu lah. Sepatutnya sejam setengah. Tapi takpelah nak meraikan tuan pengetua dan beberapa guru lain yang bertukar sekolah dan juga pencen.

Monday, April 5, 2021

بداية ‏البداية

Assalamu'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah ala kulli hal. Hari ni hari pertama persekolahan secara bersemuka bagi sekolah menengah. Hari pertama jugalah untuk saya sebagai guru praktikum. 

Selama ni mengajar online, sekarang dah boleh tengok muka muka anak anak murid kesayangan saya. Tapi saya belum masuk kelas sebab pelajar form one ada program orientasi hari ni. 

Esok pula saya tak ada kelas. Lusa baru boleh mula mengajar in shaa Allah. Tapi tadi dah masuk kelas relief. Dua kelas form four. 

Alhamdulillah pelajar pelajar dia setakat ni semua behave sangat. Tadi masa baru sampai sekolah punya lah nervous sampai sakit perut ni. 

Tapi lepas tu alhamdulillah okay sebab warga sekolah ni sangat sangat baik. Tapi yalah tetap nervous kan. Saya nak iron baju sebenarnya ni hihi. 

Kawan saya keluar makan. Saya duduk sorang sorang dalam bilik. Kemas bilik sikit sebab berselerak benar ya sebab pagi tadi punya kalut bersiap nak ke sekolah. 

Bertolak dalam pukul 6.50 pagi dan sampai sekolah pukul 7.20 pagi. Dalam setengah jam jugaklah perjalanan. Balik pula pukul 3.30 lebih lebih. 

Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk hari ini. Doakan saya ya. Sekejap je kan tiga bulan? Okay bye. 

Sunday, April 4, 2021

No Title

Ya Allah kenapa cepat sangat masa berlalu? Rasa macam baru je cuti sekolah tapi esok dah nak sekolah balik. Yang bezanya adalah esok sekolah secara face to face in shaa Allah. Saya sampai rumah sewa pagi tadi. Alhamdulillah.

Nervousnya nak menunggu esok, nak jumpa guru guru, pelajar dan mengajar face to face. Tapi yang lagi nervousnya adalah rph tak buat lagi. Dahlah kena tulis tangan. Allahu. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Tadi lepas Zohor dalam pukul 3 saya dan kawan saya pergi makan. Lapar sangat sebab hampir seharian tak makan. Tapi tak makan nasi, makan roti canai saja. Itupun kenyang sangat sangat sebab roti canai dia besar sangat.

Semalam sebelum naik bas nak bertolak ke sini saya menangis kahkah. Yalah dah lebih setahun duduk di rumah bersama keluarga. Kelas pun online, mengajar pun online. Sekarang kena berjauhan, jadi memang susah lah sikit nak berpisah kan.

Umi saya nangis, adik perempuan saya pun nangis. Nampak macam tabah tapi bila salam nak naik bas semalam, ehh menangis pulak dia haha. Yalah dialah tempat saya lepas marah dan geram selama ni, suka duka bersama dia. Tidur pun sebilik.

Umi saya pulak, kononnya tak menangis lah, suruh saya jangan nangis, kejap je tiga bulan, tup tup dah habis, tapi dalam diam umi saya nangis haha. Jadi berendam air matalah kami bertiga semalam. Adik lelaki saya hmm biasalah, lelaki kan, tak nangis pun. 

Abah saya tak dapat hantar sekali semalam sebab pergi masjid. Tapi saya dah salam sebelum abah ke masjid. Sedih! Rasa macam banyak sangat kerenah saya selama saya di rumah, tapi mereka sangat sabar dengan saya. 

Hmm okaylah lebih baik saya berhenti dulu sebelum banjir. Okaylah bye. Doakan saya ya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb.

Thursday, April 1, 2021

Happy Birthday Cutie

Happiest birthday to my cute little pie, my soulmate, my world, my partner in crime, the one and only my younger sister. 

Woww pejam celik pejam celik adikku sudah berumur sembilan belas tahun. Walaupun dia cakap dia akan berumur sembilan belas tahun pukul 11.53 malam ni, tapi wish je lah kan. Yang penting hari ni. Tahun depan dah dua puluh tahun woww sudah tua adikku ya. 

Budak ni tempat aku lepas geram dan aku pun tempat dia lepas geram kahkah. Walaupun aku lima tahun lagi tua dari dia, ada dia kisah? Nak kata panas baran tak juga tapi lebih kepada ikut perasaan lah budak ni. Emotion macam roller coster. Selalu marah tiba tiba. Tengah gelak pun dia boleh jadi marah sekelip mata haha. 

Tapi saya dah biasa dah dengan perangai dia. Ego tu satu, aduhh. Dari mana lah dia belajar jadi ego macam tu haha. Kalau dalam sehari tak bergaduh bukan kami lah tu haha. Ada saja benda tak kena. Tapi macam mana pun saya tetap sayang dia. Dialah tempat saya cerita semua kisah. Lawak ke sedih ke. 

Dia juga tempat saya minta tolong. Dari sekecil kecil benda ke sebesar besar benda. Dia seorang yang sangat boleh dipercayai. Manja tak bertempat. Kalau nak sesuatu dia paksa saya sampai saya buat walaupun kadang kadang saya tak buat pun kahkah. Contohnya suruh buat mangga mesin atau masak maggi. Dia rakan sepermainan saya. 

Dulu nampak sangatlah yang saya ni kakak sebab saya jauh lebih besar dari dia. Tapi sekarang saiz kami lebih kurang je tapi saya masih lagi besar lah. Kadang kadang saya jealous dengan badan dia tapi takpelah saya reda dengan badan saya. Kalau nak badan macam dia saya kena banyakkan bersenam lah. 

Budak ni dia ada satu insecurity ni dan kalau tersalah cakap sikit hmm gloomy lah hari tu jawabnya. Dah banyak kali jadi, jadi saya macam lali dah. Tapi kadang kadang saya tak tahu macam mana nak kawal dia haha. Allahu ni dah mengumpat ni. Sepatutnya saya puji dia lah kan bersempena dengan ulang tahun kelahiran dia ni kahkah. 

Kalau nak tahu dialah orang yang paling saya percaya dalam kehidupan saya. Saya rasa macam dia memahami saya dalam banyak sudut walaupun dia macam budak dan belum matang. Senang sangat minta tolong dia walaupun kadang kadang susah juga tapi most of the time senang. Dia penyayang dan hati lembut. Kalau dia marah anak saudara, tak sampai lima minit pun dia terus baik balik haha. Dia tak sampai nak bermasam lama lama. Baik tak dia? Baik kan? 

Dia seorang yang pandai tapi taknak mengakuinya. Otak dia cepat tangkap gitu dan ingatan dia sangat kuat. Kadang kadang saya mengimpikan otak macam otak dia tapi saya reda dengan ketentuan Allah. Mungkin saya kena rajinkan diri sikit untuk dapat otak macam tu. Dia sangat cantik tapi dia taknak mengakuinya. Pantang cakap dia cantik terus badmood. Semuanya salah cermin. Harap faham. 

Ohh yang paling penting dia sangat jaga solat. Berdoa panjangnya tak payah cakap haha. Kadang kadang masa main pun dia boleh stop kejap untuk berdoa. Terkumat kumit mulutnya. Semoga adikku terus menjadi seorang hamba Allah yang taat dan beriman. Terus menjadi anak solehah, manusia yang baik dan penyayang. Saya harap dia akan lebih konfiden dengan diri dia pada masa akan datang. 

P/S: Dia punya minat dekat orang tu sangat random. Okay sampai situ saja. Bye.