12.50 AM
Nampaknya bulan April hampir melabuhkan tirainya. Betapa cepatnya masa berlalu. Okay lah saya nak tidur dulu.
Esok kena pergi sekolah awal sebab kunci bilik guru ada dengan saya. Hihi. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita.
9.44 AM Update:
Alhamdulillah tadi berjaya sampai awal ke sekolah dan buka kunci bilik guru. Yeahh! Saya mandi pukul 5.25 pagi dan bersahur. Lepas tu bersiap dan bertolak pukul 6.30 pagi. Sampai sekolah pukul 6.56 pagi.
Kalau selalu bertolak pukul 6.50 pagi dan sampai sekolah dalam 7.20 pagi. Hihi. Okaylah saya ada kelas pukul 10 sampai 11.30 pagi. Doakan saya.
Bye!
8.37 PM Update:
Hari ni saya buka puasa makan kurma dan kuih yang cikgu bagi tadi. Tak sempat pergi bazar sebab tertidur. Hmm. Najwa pula keluar.
Saya sedih sikit hari ni. Budak kelas saya tu (sesetengah) ada saja benda nak komen. Buat game itu tak boleh game ini tak boleh. Untuk jawab soalan, pelajar kena cabut nama. Yang terpilih kena jawab.
Ada pelajar yang tak terpilih marah saya. Katanya lain kali tak payah buat dah game apa apa. Dah berapa kali buat game, namanya tak pernah terpilih. Masalahnya, salah siapa? Salah saya ke?
Hmm nasiblah. Sabar sajalah. Takpelah lagi dua bulan lebih nak habis. Bulan depan pun banyak cuti jadi tak adalah saya stress sangat in shaa Allah.
Kadang kadang ada rasa sedih sebab sesetengah pelajar tak ada rasa hormat dekat kita. Tapi Umi saya selalu pesan, sabar saja. Biasalah ragam pelajar macam macam kan.
Ini baru praktikal, nanti mengajar betul betul lagi banyak dugaannya. Hmm okaylah saya nak kemas bilik kejap dan fikir rph untuk hari Isnin dan Rabu. Rabu ni saya akan diobserve in shaa Allah.
Bye!
10.34 PM Update:
Tahap kelonelian paling teruk pernah saya rasa. Kalau dekat universiti dulu, rasa lonely juga tapi saya ada tempat saya boleh ke sana sini. Library, jalan jalan dalam kawasan mahallah, pergi cafe Maryam makan shawarma dan lain lain lagi.
Sekarang duduk di rumah sewa, jauh dari family dan kawan kawan. Hiburan saya Youtube. Stress dengan perancangan mengajar saya yang tak kreatif dan membosankan. Saya perlukan orang yang boleh dengar luahan hati saya.
Tapi kadang kadang orang sekeliling tak membantu sangat. Jadi hiduplah saya seorang diri di sini mengenang nasib seorang diri. Hmm. Tapi kita kena ingat di saat kita rasa masalah kita paling besar, ada orang lain lagi yang menghadapi dugaan dan masalah yang lebih besar.
Tapi kita ada Allah kan. Yang boleh dengar luahan hati kita tanpa had. Yang memahami kita. Dekatkanlah diri kita kepada-Nya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sentiasa berdoa kepada-Nya.
Kita kena sucikan hati kita dan cuba untuk buat ibadah dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Bermula dari wuduk, solat, puasa, hubungan kita dengan manusia dan sebagainya. Ini peringatan untuk saya sebenarnya.
Okaylah bye. Saya dah kemas bilik dan buang sampah tadi. Takut sangat nak turun buang sampah sebab sorang saja kan. Lepas tu dekat tong sampah di blok saya ada tikus besar! Saya jerit tadi. Kesian makcik cafe tu terkejut.
Bye!
No comments:
Post a Comment