السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ٍSelamat menyambut bulan Ramadan, bulan penuh barakah. Walaupun saya puasa di perantauan tahun ini, saya tetap gembira dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk merasa nikmat bulan Ramadan tahun ini. Hari ini buka puasa bersama roommate, Najwa.
Makan berdua sajalah. Alhamdulillah kenyang. Ada lagi lebih makanan tadi, mungkin makan sekejap lagi. Esok saya rasa nak berbuka makan roti dan serunding saja sebab saya dah habiskan RM15 untuk makanan berbuka tadi. Kalau boleh saya nak berjimat. Taknak lah menyusahkan Abah dan Umi saya.
Ramadan tahun ini sangat berbeza dari tahun lepas. Yalah, tahun lepas PKP kan, jadi solat semua di rumah. Tarawih dan solat fardu semuanya berjemaah alhamdulillah, diimami oleh abang dan adik saya. Tahun ini sudah boleh solat di masjid. Bezanya lagi adik lelaki saya jadi imam tarawih alhamdulillah.
Tahun lepas dia baru hafal beberapa juzu, dan tahun ini, setakat ini alhamdulillah dah masuk dua puluh tiga juzu dia hafal dan dengan berbekalkan itu, dia dilantik menjadi imam tarawih di masjid di Jeli. Alhamdulillah. Sudah besar adik saya ya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Walaupun jauh di perantauan, hati saya tetap berada di rumah. Tidak pernah sehari pun saya lupakan rumah dan keluarga saya. Tak tahulah raya nanti macam mana. Dengar kata masih tak boleh rentas negeri.
Tak apa. Semuanya dalam perancangan Allah S.W.T. Tak perlu gusar, percaya dengan takdir Allah dan percaturan-Nya. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Saya kena siapkan lesson plan, gosok tudung, call adik saya dan buat pamplet untuk majlis di sekolah esok.
Bye!
No comments:
Post a Comment