Friday, July 30, 2021

Trio Sya Da Dik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam kesihatan yang baik in shaa Allah. Semalam, Syadah dan Shin jalan jalan waktu petang. Rasanya turun pukul 5.45 petang. Kami jalan keliling kawasan luar rumah dan ambil gambar cantik cantik. Hihi. 

Lepas tu kami main challenge jalan atas batu dan tak pakai selipar. Siapa yang sampai dulu dekat pagar dia menang. Sakit tahu tak tapak kaki saya? Hihi. Saya punya idea lah tu main macam tu. Aduhai. Tapi saya menang kahkah. 


P/S: Perjalananku di petang hari dengan Syadah dan Shin sangat bermakna. Inilah perjalanan yang paling aku nikmati dalam banyak banyak perjalanan dalam hidup aku. #challengesalinkatakatashin

Sunday, July 25, 2021

انتهاء ‏الدراسة

صباح الخير

Seriouslah saya dah habis belajar? Wah rasa macam nak nangis pun ada. Saya baru habis sem akhir pada minggu lepas, 16 Julai 2021. Macam kelas yang terakhir lah sebab sem akhir saya praktikum kan. Result nya keluar hujung bulan 7 ni in shaa Allah. 

Tak tahu nak katalah takut ke tak. Saya pasrah saja. Saya dah buat yang terbaik praktikum haritu. Ya ke? Hihi. Wah setelah 9 semester saja berjuang ya tuan puan. Sepatutnya 8 semester saja iaitu 4 tahun tapi sebab saya tukar kos. Jadi lambat sikitlah. 

Tapi takpe. Perancangan Allah lebih baik kan. Saya tak kisah sangat pun saya habis lambat berbanding kawan kawan saya yang lain. Dulu rasa jugalah sedih dan sensitif tapi saya pasti segala yang berlaku ada hikmahnya. Lagipun saya rasa saya lebih ngam dengan batch saya berbanding batch atas sebab mereka terlalu hebat kahkah. 

Tak boleh bayang kalau saya sekelas dengan mereka. Batch saya pun semua hebat hebat cuma dari segi aktif ke tidak tu, batch atas memang sangat sangat aktif. Jadi batch saya ni biasa biasa saja. Tak seaktif mereka, tapi still hebat. Gitu! 

Saya kenal classmates saya masa kami masing masing umur 19 dan 20. Sekarang semua dah 23 dan 24 tahun. Ada juga yang 25 tahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dulu rasa macam muda muda lagi. Sekarang ada yang dah kahwin dan beranak pinak. Ada yang dah bertunang dan tunggu masa je untuk kahwin. 

Banyak juga suka duka kami kongsi bersama. Kami tak banyak buat aktiviti sekali, macam makan makan ke berkelah ke. Kebanyakan masa kami jumpa adalah masa kelas je lah. Tapi still rapat tapi tak rapat sangat. Saya lagi suka macam tu lah sebab nampak lah islamic tu. Hihi. 

Classmate saya termasuk saya ada 20 orang saja. Tak ramai pun batch kami. 5 lelaki dan 15 perempuan. Tapi antara 20 orang ni, yang masuk TASL melalui pertukaran kos adalah 14 orang dan 6 orang lagi tu masuk dari CFS. Lawak tak? Kalau tak faham tu takpelah. Hihi. 

Sekarang dah masuk setahun lebih kami tak jumpa. Kiranya berpisah masa MCO first dulu. Lepas tu terus kelas online dan praktikum. Nak kata sedih tu takdelah sedih sangat. Saya cuma rindu suasana kelas dan universiti. Saya pasti ramai rasa macam tu. Tapi nak buat macam mana kan dengan keadaan sekarang ni. 

Okaylah bye!

Saturday, July 24, 2021

Projek Adikku

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dua tiga minggu ni adikku Shin beria buat komik. Dari dulu lagi dia selalu buat komik dan habiskan kertas A4 Abah Umi kahkah, tapi tak pernah complete. Tapi alhamdulillah di kala umurnya 14 tahun, dia berjaya siapkan satu komik ringkas. Sekarang dalam proses coloring pula. 

Boleh tahan menarik jugalah jalan cerita dia. Gigih dia fikir plot twist semua. Haha lawaknyalah. Saya dan Syadah jadi mangsa kena colorkan dia punya komik. Kadang kadang saya layan juga sebab kesian sangat nampak merayu nak suruh color haha. 

Komik ni dia bagi nama Fast Man. Superhero lah katakan. Sekarang dia tengah fikir nak buat komik kedua pula. Namanya dah ada iaitu Ninja Tiger. Tak tahu lah macam mana tu. Hmm okaylah. Bye!

P/S: Penasihat tegar dia adalah Syadah. Plot twist semua mereka bincang sekali. Siap je komik, Syadah yang dia bagi baca dulu. 


24 July 2021 (12.45 PM)
Atas katil bilikku. 

Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidil Adha 2021

كل عام وأنتم بخير

Pagi tadi solat sunat Aidil Adha diimamkan oleh Alang. Lepas solat, makan makan. Umi masak kari ayam. Hihi. Lepas makan, saya, Syadah dan Shin naik kereta pusing pusing kawasan rumah. Saya bukan apa, mereka suruh saya teman sebab mereka tengah bersemangat belajar kereta. 

Lepas tu duduk bilik bawah sekejap dan karaoke. Hihi. Turn Syadah, saya dan Shin bagi markah. Turn Shin, saya dan Syadah bagi markah. Turn saya, Syadah dan Shin bagi markah. Haha suka hati je kan. Tapi kami enjoy sangat masa bersama trio kahkah. 

Rindu Tok Aki. Nak balik Pahang, beraya di Pahang. Tahun lepas alhamdulillah diberi kesempatan untuk balik beraya haji di sana walaupun masa tu saya tengah sibuk dengan final exam dan submission assignment. Best sangat! Main main dengan sepupu, makan makan.

Tahun lepas lepas pun, 2019 kami balik raya haji di Pahang. Teringat lagi masa tu musim durian. Memang sepanjang duduk sana, hari hari makan durian. Wahh bestnya! Ada rambutan dan manggis juga. Semua buah hasil dari kebun Aki dan Tok. Yang kutipkan adalah pakcik pakcik saya. Saya makan saja. Hihi. 

Kalau ada rezeki, in shaa Allah boleh balik lagi rumah Tok Aki. Semoga mereka sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan mereka. Begitu juga dengan makcik pakcik saya di sana. Hmm okaylah saya nak solat Maghrib dulu. Ehh tapi belum masuk waktu lagi. 

Bye!

Monday, July 19, 2021

أكبر التقدير

Terima kasih Zahirah untuk video yang penuh makna ini. Zahirah kata saya tak pernah marah dia. Memanglah tak marah sebab dia bagus sangat sangat. Kelas tak pernah skip, kerja sekolah tak pernah tak buat, attitude tiptop sama ada dengan kawan atau guru. Jadilah macam Zahirah.

شكرا يا طالبتي المحبوبة

أحبك في الله

الذكريات ‏في ‏سامير

Kelas 1 Maliki, kelas kesayanganku.
Relief kelas 1 Hanbali.
Relief kelas 4 Syafie di perpustakaan.
Suasana pagi di SAMER.
Relief kelas 1 Maliki.
Relief kelas 1 Maliki.
Maklumlah bulan puasa masa ni, semua tidur kahkah.

Saturday, July 17, 2021

الدجاج ‏المقلي

Alhamdulillah harini rezeki boleh makan ayam goreng tanpa limit. Yang lagi special saya baru beli mayonis dan keju dengan Umi saya tadi. Hehe. Boleh lah acah acah macam makan ayam kfc. Saya makan dengan adik adik kesayangan (wekkk) saya sambil borak borak, buat lawak hambar dan rate lagu haha suka hati. 

Saya guna tepung Bestari untuk goreng ayam. Best dan mudah sangat sangat nak buat! Saya nak tunjuk lah macam blog blog memasak kan dia tunjuk step by step goreng ayam tu. Hihi. Umi saya beli lima ekor ayam tadi sampaikan penjual tu tanya, "Nak jual ke nak makan?". 

Sebenarnya Umi saya suruh beli, dan yang tolong beli adalah adik saya, Syadah. Saya tolong drive kereta saja kahkah. Okay sila saksikan cara buat ayam goreng Bestari. Dua bahan saja, ayam dan tepung Bestari.

Sediakan ayam dan tepung Bestari.

Goreng ayam yang sudah disalut dengan tepung Bestari hingga keperangan.
Pastikan api sederhana supaya ayam masak di luar dan dalam.

Taraaa ayam sudah siap digoreng! Beginilah agak agaknya rupa dia.

Selamat menjamu selera. Ada sos cili, keju dan mayonis. Hihi.

Senang tak? Haha ada chance tak nak jadi blogger makanan kahkah. Ini je lah yang saya mampu buat di rumah sebab saya tak pandai masak sangat. Okaylah bye!

Selamat mencuba!

الحصة ‏الأخيرة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tanggal 16 Julai 2021, hari terakhir saya mengajar di SAM Rawang sebagai guru praktikal. Selama ni, itulah tarikh yang dinanti nanti kerana tak sabar nak habis. Tapi bila tiba harinya, susah untuk saya melepaskan semuanya pergi. Hmm apa benda lah yang saya membebel ni kahkah. 

Masa bagi ucapan sebelum kelas berakhir semalam, hanya Allah yang tahu betapa saya menangis dengan teruknya. Mungkin pelajar saya pun tahu sebab saya menangis depan camera kan haha. Saya dah rancang tak nak nangis tapi tak tahulah kenapa saya tak boleh tahan air mata semalam. Tersekat sekat saya nak bercakap. 

Start je nak bagi ucapan, muka saya jadi panas dan terus saya nangis. Hmm jangan jadi macam saya. Sebenarnya pelajar saya tak tahu pun saya last semalam. Saya pun tak pernah cakap saya ni guru praktikal. Tapi sebenarnya mereka tahu saja saya ni sekadar guru praktikal di sekolah mereka dan bukan guru tetap. 

Empat lima bulan tu singkat saja sebenarnya. Mula mula saya mengajar di sekolah ni memang saya rasa susah sebab belum boleh menyesuaikan diri lagi. Rasa macam nak masa berlalu dengan cepat. Tapi makin lama saya mengajar, saya makin selesa alhamdulillah. 

Alhamdulillah saya dapat pelajar yang baik baik, bagus bagus, pandai pandai. Saya rasa sayang sangat sangat dekat mereka. Adik bongsu saya pun dekat sebaya dengan mereka, jadi kasih sayang tu lagi meresap dalam jiwa saya. Saya harap mereka tak lupakan saya. 

Dan semestinya saya tak akan lupakan mereka lagi lagi mereka adalah pelajar pertama saya. Pengalaman ni banyak mengajar saya. Suasana sekolah, cara nak handle pelajar, pergaulan dengan guru guru dan warga sekolah. Saya bersyukur sangat saya pilih sekolah ni sebab saya rasa sekolah ni sangat luar biasa. 

Memang saya tak pernah rasa suasana sekolah macam sekolah ni. Pelajar pelajar dia sangat menyejukkan hati. Alhamdulillah. Rindu pula nak dengar pelajar pelajar sebut, "Assalamu'alaikum ustazah". Saya selalu awkward kalau lalu depan pelajar atau mereka lalu depan saya kahkah. 

Semalam saya rancang nak ambik gambar dengan pelajar dan saya suruh mereka buka camera. Tapi internet saya pula buat perangai, jadi saya tak nampak pun muka mereka. Ada beberapa orang je yang nampak, itupun sekejap je. Apa apa pun, mereka, pelajar 1 Maliki terbaik! 

Saya doakan mereka diberi kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Semoga mereka hidup dengan gembiranya tanpa stress. Jadi anak yang baik, pelajar yang baik dan yang paling penting, hamba yang bertaqwa kepada Yang Maha Esa. 

Guru guru dan pihak pentadbiran pun memang terbaik! Layanan yang mereka berikan kepada saya dan Najwa memang superb! Walaupun mereka sibuk dengan kerja masing masing, lagi lagi sekolah ni memang aktif dengan banyak program, tapi mereka sanggup luangkan masa untuk kami, menguruskan hal kami. 

Guru guru dalam bilik guru yang saya dan Najwa duduk memang sangat sangat sporting. Mereka juga banyak membantu kami dalam nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah. Kak Lela, Kak Izra, Kak Ina, Kak Rin dan Kak Sha, love all of you! Walaupun tak ramai, keadaan memang selalu riuh rendah dengan keletah mereka haha. Rindu pula rasa. 

Selalunya Najwa lah yang borak borak dengan mereka, layan cerita mereka sebab saya tak pandai sangat nak bercakap dengan mereka. Saya dengar saja lah. Hihi. Ingat lagi masa mula mula, saya panggil mereka cikgu. Mereka suruh saya panggil mereka akak. Tapi saya tak biasa. Hihi. 

Bila saya panggil cikgu, Kak Ina kata, "Tengok tu Kak Lela budak ni panggil aku cikgu". Haha lawak kan. Mereka buat saya rasa selesa. Selalu juga bagi makanan dekat saya dan Najwa untuk berbuka puasa sebab mereka kesian dekat kami. Hihi. Wah banyak sebenarnya pengalaman manis dekat sana. 

Walaupun sebulan je tempoh saya mengajar di sekolah dan selebihnya di rumah iaitu secara online, tapi banyak lah pengalaman yang saya dapat alhamdulillah. Saya tak akan lupakan saat itu in shaa Allah. Okaylah sampai di sini dulu coretan saya yang tak seberapa ni. Bye!

P/S: Semoga SAMER terus cemerlang dan melahirkan ulama dan umara pembimbing ummah in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan guru guru dan warga sekolah. Aamiin ya Rabb. 

Tuesday, July 13, 2021

ركوب ‏الدراجة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahu tak hari ni saya, Abah dan Shin berbasikal sepanjang 20 kilometer. Wah tak pernah tau saya berbasikal sejauh tu. Sampai sampai rumah je rasa nak pengsan haha. Mungkin sebab saya tak warm up dulu sebelum pergi. 

Kami start pukul 7 pagi dan sampai rumah pukul 8.45 pagi. Jalan raya, jalan kampung semua kami lalu. Hihi. Satu pengalaman yang berharga bagi saya. Sampai satu tempat tu Abah ambil gambar saya dan Shin. Hihi posinglah apa lagi kahkah. Tak lah takdelah posing sangat pun sebab penat haha. 


Saya nak ambil gambar Abah juga tapi Abah kata gambar Abah dah banyak dah. Hihi. Saya sehelai sepinggang je tadi. Tak bawa apa apa pun. Bawa diri dan basikal je lah. Syadah pun main basikal tapi dekat dekat je. 

Lepas tu dia teman Umi beli nasi berlauk dan ke sekolah Umi sekejap sebab Umi nak ambil tandatangan guru besar. Saya rasa produktif sangat hari ni alhamdulillah. Bila lah nak start projek rumah ni. Dah lama saya tak kemas rumah. Asyik Umi je buat. Kesian Umi. 

Sebenarnya saya nak buat tapi yalah biasalah pelajar kan aka guru praktikal. Kena buat itu buat ini. Rph untuk kelas hari Jumaat saya belum buat lagi. Nak ajar apa pun tak tahu lagi. Allahu apalah. Last class syndrom agaknya. 

13 July 2021 (11.46 PM)
Atas katil Syadah.

Monday, July 12, 2021

Ikon PDPR III

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nampaknya ini adalah kali terakhir saya boleh vote ikon pdpr memandangkan saya punya praktikum akan selesai Jumaat ini, in shaa Allah. Kurang dari seminggu. Jadi saya memilih Husni sebagai ikon minggu ini. Saya pilih dia dengan tengok rekod sebelum ini juga. Masa kelas face to face dan juga online. 

Saya rasa Husni juga deserve untuk jadi ikon pdpr sebab dia boleh dikatakan aktif juga masa kelas online. Kalau saya panggil nama dia, dia akan jawab. Kalau saya tanya apa apa soalan dia ada jawab juga. Dia memang pandai. Pernah sekali saya sebut satu perkataan Bahasa Arab ni, saya cakap maksud dia periuk. Dia pun betulkan, dia kata yang dia belajar, maksud perkataan tu adalah pinggan. 

Wahh saya kagumlah. Masa saya mula mula masuk tingkatan satu dulu, perkataan yang saya tahu hanyalah عين iaitu mata. Kebanyakan pelajar kelas 1 Maliki ni ada basic Bahasa Arab. Alhamdulillah. Kebanyakannya memang pernah sekolah arab dulu. Jadi boleh tahan banyak juga vocab mereka. 

Attitude Husni alhamdulillah setakat yang saya kenal dia, okay bagus. Dari segi pelajaran pun memang excellent. Kalau dalam kelas face to face, dia selalu jawab apa yang saya tanya. Tahu banyak perkataan Bahasa Arab. Saya pernah tanya pelajar 1 Maliki, kenapa masa kelas online bulan 3 haritu, bila ustazah tanya tak ramai jawab. 

Lepas tu Husni cakap sebab Syed dah jawab. Dia kata Syed laju sangat. Dia tengah fikir jawapan Syed dah jawab dah. Haha saya gelak je bila dengar. Syed pun senyum je haha. Tapi betul lah tu, Syed selalu jawab soalan saya dan laju sangat sampai orang lain tak sempat nak fikir. Aduh pelbagai ragam ya. 

Semoga Husni terus aktif dalam kelas dan dibanyakkan lagi vocab dia. Saya rasa dia suka Bahasa Arab, mungkin dari sekolah rendah lagi. Lepas tu kalau dalam kelas face to face, dia selalu minta main game Bahasa Arab. Pelajar lain pun macam tu juga. Mungkin boring lah kan asyik belajar je. 

Okaylah bye. Saya nak fikir nak ajar apa Jumaat ni. Semoga semua pelajar terus cemerlang dan menjadi ulama' dan umara' pembimbing anak bangsa sepertimana trademark sekolah ni. Aamiin ya Rabb. 

Bye!

Sunday, July 11, 2021

الإشراف الأخير في سامير

Alhamdulillah pada 9 Julai 2021, selesai sudah observation oleh pengetua. Walaupun pengetua masuk sekejap sebab ada hal. Maka berakhirlah sudah semua observation alhamdulillah. 

Tapi dan dan je hari saya nak kena observe tiba tiba kelas ditangguhkan. Sepatutnya saya kelas start pukul 8.30 hingga 9.30 pagi. Tapi kena start pukul 9. Saya dah hantar link dah. Lepas tu ada pelajar mesej saya cakap mereka ada program sampai pukul 9. 

Terpaksalah saya fikir macam mana nak ajar selama 30 minit yang sepatutnya sejam. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuba menjadi sefleksibel mungkin. 

Hmm okaylah saya nak tidur. Esok in shaa Allah saya dan adik saya nak ke sekolah untuk ambil sijil SPM. Doakan saya ya. Hihi. Assalamu'alaikum W.B.T. Sweet dreams. Guten nacht!

11 July 2021 (12.40 AM)
Atas katil bilik saya. 

Thursday, July 8, 2021

Road To TASL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah adikku Syadah lulus ujian MEDSI yang dia ambil beberapa minggu yang lalu. Dia dah check result dua hari lepas lagi tapi tak bagitahu siapa siapa. Tadi lepas dia habis exam baru dia bagitahu. Bertuah punya budak. 

In shaa Allah temuduganya pada akhir bulan Julai ni, antara 27 hingga 29 Julai. Semoga urusan Syadah dipermudahkan dan lulus temuduga dengan cemerlangnya, dan dapat masuk TASL. 

آمين آمين يا رب العالمين

Tak tahu lagi siapa yang akan interview dia. Tapi tak lain tak bukan antara lecturer TASL lah in shaa Allah. Takpe, buat sehabis baik. Hasilnya tawakkal kepada Allah S.W.T. Semuanya sudah tertulis, kita hanya perlu laluinya saja. Tapi yang penting usaha dan doa.

Esok saya akan kena observe dengan pengetua. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aamiin ya Rabb. Saya kena betulkan niat. Saya mengajar, buat semua bahan mengajar bukan sebab nak markah yang tinggi ke apa. 

Tapi supaya pelajar dapat faham apa yang saya ajar. Bila faham, mereka dapat praktikkan. Saya harap pelajar pelajar saya suka Bahasa Arab. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti mereka akan suka Bahasa Arab, in shaa Allah.

Okaylah bye!

Monday, July 5, 2021

Over Sensitive

Kehidupan ini tak selalu di atas. Kadang kadang di bawah. Bukan selalu saya gembira. Ada juga waktu sedih. Mungkin setiap bulan ada saja masa saya mengada ngada lebih sikit daripada biasa. Mungkin termasuk dalam proses membesar atau menua. 

Saya pun tak tahu kenapa saya sensitif terlebih hari ini. Ada saja tak kena. Rasa nak menangis dan menangis. Saya nak marah dan marah. Saya rasa saya makin faham kenapa kakak saya dulu tiba tiba jadi pendiam dan jauh sikit daripada keluarga dan tak bergaul. 

Tapi bila saya ingat balik, saya rasa sayalah puncanya. Mungkin ini balasan untuk saya. Sekarang saya rasa benda yang sama. Mungkin syndrome nak habis belajar. Kakak saya dulu pun masa nak habis belajar jadi macam saya juga. Tak tahu lah tapi rasa lonely walaupun duduk di rumah. 

Sweet dreams. 

Sunday, July 4, 2021

SFS Survey

مساء الخير


Last sfs survey in shaa Allah. Selama empat tahun lebih saya di universiti, ini adalah antara benda wajib dibuat setiap kali penghujung semester. Kalau tak isi, katanya tak boleh tengok exam slip atau exam result. Saya pun tak tahu betul ke tak sebab setakat ini saya tak pernah tak isi rasanya survey sfs.

Saya bukan apa, saya suka sangat bila dapat komen lecturer yang telah ajar saya. Disebabkan lecturer takkan tahu siapa yang komen, saya enjoy lah komen kahkah. Tapi jarang lah saya komen negatif. Kebanyakannya puji lah sebab memang lecturer lecturer saya kebanyakannya best.

Memanglah ada seorang dua yang kita rasa bias. Tapi bila saya jadi cikgu, saya baru faham yang bukan mereka minta untuk jadi bias, tapi secara tak sengaja jadi macam itu. Kita akan lebih fokus kepada pelajar yang aktif dan banyak tanya. Yang diam, pasif, malu malu biasanya tak nampak sangat. Tapi saya try lah untuk bagi perhatian dekat semua.

Sedihnya rasa. Saya makin tua ke? Kenapa saya sensitif sangat? Hmm okaylah saya nak tampal rph dalam buku biru. Jumaat depan in shaa Allah pengetua akan observe kelas saya. Begitu juga Najwa. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan kita semua.

Minggu depan satu lagi adalah minggu terakhir saya jadi guru praktikal, in shaa Allah. Suka ada, sedih pun ada. Okaylah bye doakan saya ya. Saya tulis blog sambil dengar lagu Original Sabahan nyanyian Atmosfera. Sekian.

Bye!

Friday, July 2, 2021

Ikon PDPR II

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini hari Jumaat. Tadi kelas saya pukul 9 hingga 10.30 pagi. Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancarnya dan dipermudahkan. In shaa Allah Selasa depan masuk tajuk baru. Kiranya mungkin saya habis praktikal dengan tajuk 9. Hari ini saya diberi peluang sekali lagi untuk vote nama pelajar yang saya rasa deserve untuk jadi ikon pdpr.


Untuk kali kedua, saya vote pelajar perempuan iaitu Zahirah. Dia memang seorang pelajar yang bagus. Kalau tanya apa apa soalan, dia akan cuba jawab dan sentiasa bagi respon dalam kelas terutamanya kelas online. Mungkin kelas face to face dia malu sikit nak bercakap. Sangat sopan dan lembut, sama ada kelas online atau face to face, perwatakannya sama sahaja. Sejuk perut ibu mengandung. 

Kerja rumah tak pernah tak buat, alhamdulillah bagus sangat. Tulisan dia kecil sangat haha. Tapi alhamdulillah mata ustazah masih boleh baca dengan baik. Kalau suruh buat tiga point, dia akan tanya boleh tak buat lima point. Wah memang dipersilakanlah. Tadi dia mesej saya minta izin hantar kerja rumah lambat sikit sebab kena jaga adik. Haha comel kan? 

Ingat lagi masa face to face hari tu, dia duduk asrama. Tapi dia homesick. Saya faham saja sebab saya pun malam malam menangis sebab rindu family dan rumah. Tapi takkan nak menangis dalam kelas kan. Jadi saya tahan saja lah. Tapi saya rasa lah sebak sikit bila tengok dia muram dan menangis. 

Okaylah saya nak kemas bilik sekejap dan solat Asar. Sekarang saya sedang tengok cerita P. Ramlee, Laksmana DoReMi. Best sangat! Lawak giler. Hmm okaylah doakan saya ya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga segala apa yang kita buat diberkati oleh Allah S.W.T.

P/S: Sebenarnya saya confuse nak panggil dia Farihah ke Zahirah. Awal awal dulu saya panggil dia Farihah tapi lepas tu saya tahu adik beradik dia ada yang nama Farihah juga. Jadi mesti dia awkward kalau saya panggil dia dengan nama tu. Jadi saya cuba untuk panggil dia Zahirah. Itupun selalu juga tersasul panggil Farihah. 

Okay bye!