Sunday, July 25, 2021

انتهاء ‏الدراسة

صباح الخير

Seriouslah saya dah habis belajar? Wah rasa macam nak nangis pun ada. Saya baru habis sem akhir pada minggu lepas, 16 Julai 2021. Macam kelas yang terakhir lah sebab sem akhir saya praktikum kan. Result nya keluar hujung bulan 7 ni in shaa Allah. 

Tak tahu nak katalah takut ke tak. Saya pasrah saja. Saya dah buat yang terbaik praktikum haritu. Ya ke? Hihi. Wah setelah 9 semester saja berjuang ya tuan puan. Sepatutnya 8 semester saja iaitu 4 tahun tapi sebab saya tukar kos. Jadi lambat sikitlah. 

Tapi takpe. Perancangan Allah lebih baik kan. Saya tak kisah sangat pun saya habis lambat berbanding kawan kawan saya yang lain. Dulu rasa jugalah sedih dan sensitif tapi saya pasti segala yang berlaku ada hikmahnya. Lagipun saya rasa saya lebih ngam dengan batch saya berbanding batch atas sebab mereka terlalu hebat kahkah. 

Tak boleh bayang kalau saya sekelas dengan mereka. Batch saya pun semua hebat hebat cuma dari segi aktif ke tidak tu, batch atas memang sangat sangat aktif. Jadi batch saya ni biasa biasa saja. Tak seaktif mereka, tapi still hebat. Gitu! 

Saya kenal classmates saya masa kami masing masing umur 19 dan 20. Sekarang semua dah 23 dan 24 tahun. Ada juga yang 25 tahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dulu rasa macam muda muda lagi. Sekarang ada yang dah kahwin dan beranak pinak. Ada yang dah bertunang dan tunggu masa je untuk kahwin. 

Banyak juga suka duka kami kongsi bersama. Kami tak banyak buat aktiviti sekali, macam makan makan ke berkelah ke. Kebanyakan masa kami jumpa adalah masa kelas je lah. Tapi still rapat tapi tak rapat sangat. Saya lagi suka macam tu lah sebab nampak lah islamic tu. Hihi. 

Classmate saya termasuk saya ada 20 orang saja. Tak ramai pun batch kami. 5 lelaki dan 15 perempuan. Tapi antara 20 orang ni, yang masuk TASL melalui pertukaran kos adalah 14 orang dan 6 orang lagi tu masuk dari CFS. Lawak tak? Kalau tak faham tu takpelah. Hihi. 

Sekarang dah masuk setahun lebih kami tak jumpa. Kiranya berpisah masa MCO first dulu. Lepas tu terus kelas online dan praktikum. Nak kata sedih tu takdelah sedih sangat. Saya cuma rindu suasana kelas dan universiti. Saya pasti ramai rasa macam tu. Tapi nak buat macam mana kan dengan keadaan sekarang ni. 

Okaylah bye!

6 comments:

  1. Semoga cepat dapat posting ke sekolah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bertemu dan berpisah adat manusia biasa...simpan segala kenangan manis dan pahit ke dalam kamus hidupmu..semoga kejayaan dan kebahagian jadi milik kamu...sebagai manusia kita disuruh untuk sentiasa berdoa dan terus berdoa agar apa yang diangan2kan termakbul...Ustazah Syahirah..semoga kamu dapat posting kawasan terdekat..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمين آمين آمين يا رب العالمين

      Delete