Monday, January 31, 2022

End of January

Assalamu'alaikum W.B.T. Apa khabar? Tanpa sedar kita sudah hampir melangkah ke bulan Februari 2022. Alhamdulillah hari ini saya berjaya puasa ganti. Tinggal lagi dua hari untuk ganti. Saya berbuka dengan ayam dan burger kfc. Syahadah dengan Umi pun puasa sekali. Sakit telinga saya dengar Syahadah complain lapar kahkah. Dia macam tulah. Kalau orang puasa sekali ngada ngada laparlah itulah inilah. Masa dia puasa sorang sorang okay pula. Tabah benar nampaknya.

Bilalah baju saya nak siap. Nervous pula nak tahu macam mana jadinya baju kurung saya sebab masa ukur haritu kalut sangat. Berserah kepada Allah sajalah ya. Esok majlis sambut menantu di rumah guru besar Umi iaitu Cikgu Zuki. Saya rancang nak pakai baju kurung esok dengan Syahadah. Hihi. 

Okaylah will be back soon. Saya mahu rehat sekejap. Kurang dari setengah jam akan masuk bulan 2. Sekejap saja masa. Haa Neelofa dah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dua hari lepas. Dia bagi nama Muhammad Bilal. Cantik kan nama tu? Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu dan ayahnya. 

Bye. Assalamu'alaikum.

Sunday, January 30, 2022

Pizza Day


Semalam saya beli 5 kotak pizza! Seorang satu kotak. Biasa kami beli dengan Kaksu, dia buat di rumah dan deliver ke rumah kami. Tapi kali ini try pizza lain. Pergi beli sendiri. Lokasi dia berhampiran dengan Masjid Beijing. Haa boleh nampak dalam gambar tu ada kelibat Masjid Beijing. Boleh tahan sedap juga. Harga pun murah iaitu RM7.90 kecuali spicy chicken RM8.90. 

Bye saya nak blender lada kering sebab Umi nak masak ayam pedas. Assalamu'alaikum W.B.T.

Thursday, January 27, 2022

Melawat Rumah Mek Yang Terbakar

Dulu ada satu kebakaran besar berlaku di deretan rumah di sini yang mana 7 buah rumah musnah dijilat api termasuklah rumah Mek dan Ayah. Ia berlaku pada tahun 2011. Masa kejadian saya dan keluarga ada di sana. Masa tu datuk saya yang saya panggil Ayah, sakit. Jadi saya dan keluarga duduk bersama Mek dan Ayah untuk membantu serba sedikit dan mengurangkan beban mereka. Mungkin dalam dua minggu dah kot duduk di situ. Masa kejadian, saya baru balik dari tangkap gambar di kedai Acap dengan Abah. Sampai saja lepas parking kereta Abah pergi ke masjid untuk solat Asar. Umi sedang tidur. Selebihnya saya tak ingat sangat. Tiba tiba macam kecoh dekat luar dan rumah pertama macam berasap. Tak lama lepas tu dah terbakar banyak. Cepat sangat. 

Nak dijadikan cerita, biasanya Abah saya parking kereta di tempat yang special. Ada jiran bagi letak dekat situ. Tapi hari tu, lepas balik tangkap gambar, tempat parking yang biasa digunakan tu ada kereta dah. Jadi Abah parking dekat tempat parking besar iaitu tepi rumah pertama yang terbakar. Bahagian kiri kereta dah cair dah sikit. Kami kejut Umi bangun dan bagitahu ada kebakaran dan juga pasal kereta kami. Umi tengah mamai lagi sebab baru bangun tidur. Umi kalut dan panik sangat masa tu sebab kereta kami dekat sangat dengan tempat terbakar tu dan dah cair sikit. Umi bagi kunci kereta dekat orang yang ada dekat situ dengan harapan ada orang yang boleh tolong selamatkan kereta. Bawa ke tempat lain lah maksudnya. Tapi tiada siapa pun yang berani. Mereka takut kereta meletup agaknya. Saya faham tapi saya kesian dekat Umi. Geramnya dekat orang tu. Hihi. Tapi ketika itulah hero sebenar muncul iaitu Abah saya hihi. Abah saya bagi isyarat suruh bagi kunci kereta dekat Abah. Cepat cepat Abah masuk kereta dan bawa kereta ke tempat yang jauh dari situ dan jauh dari kereta lain. Yalah takut meletup kan sebab dah panas sangat dah. 

Api merebak dengan sangat cepat. Semua kereta yang ada di tempat parking tak dapat diselamatkan. Semua kereta tu adalah kepunyaan mereka yang ulang alik ke Golok. Abah dan beberapa orang yang lain sedaya upaya keluarkan barang berharga dari rumah Mek Ayah. Beg laptop Abah, beg Umi dan benda benda lain lah macam tv, meja tv, sofa dan sebagainya. Banyak juga lah sempat selamatkan. Bomba tak sampai sampai lagi. Lagipun jalan memang kecil susah bomba nak masuk. Masa Abah selamatkan barang, saya menangis. Saya nak Abah keluar dari rumah tu sebab bahaya. Api dah sampai di rumah tu. Tapi alhamdulillah sempat keluar. Ayah masa tu tak boleh jalan. Awal awal lagi Wan Mad jiran Ayah yang juga bagi parking special dekat Abah, angkat Ayah keluar dari rumah dan pergi ke tempat selamat. Umi kata Wan Mad memang baik dan dia juga terhutang budi dengan Ayah. Alhamdulillah ada orang sebaik Wan Mad. Masa kebakaran, saya duduk boleh tahan jauh juga dari situ tapi bahangnya sangat terasa sebab api marak sangat. 

Alhamdulillah banyak barang yang sempat diselamatkan termasuk barang yang Mek Ayah jual di halaman rumah dan barang barang penting dalam rumah seperti almari. Tapi malangnya beg sekolah saya, baju sekolah saya dan buku teks saya musnah tak sempat diselamatkan. Tapi tak apa. Asalkan keluarga saya selamat. Saya dapat buku teks baru dan pakai baju sekolah kakak saya punya. Lepas kejadian tu, Mek dan Ayah tinggal di rumah saya. Saya ingat lagi tarikh haritu, 8 Februari 2011 bersamaan dengan birthday ustaz kesayangan saya iaitu Ustaz Abdul Mun'im. Akhirnya kerja sekolah saya yang tak siap terkubur macam itu saja kahkah. Okay kembali kepada cerita asal, pada tahun 2011 Ayah menghadap Ilahi dan pada 2014 giliran Mek pula. Semoga mereka bersama orang orang yang beriman dan ditempatkan di syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. 

Jadi bila saya melawat rumah Mek Ayah tadi, rasa sayu sangat. Sedih sangat hati saya. Rumah tu sangat nostalgik dan menyimpan kenangan yang sangat berharga untuk saya sebab rumah tu menyaksikan zaman childhood saya. Setiap sudut rumah tu ada kenangannya tersendiri. Kalau nak cerita memang tak habis lah. Sebenarnya rancang nak tengok dari luar saja, tapi pintu tak berkunci pula. Kami masuk senyap senyap dan ambil gambar sebanyak yang mungkin sambil sambil ingat balik sini bla bla bla situ bla bla bla. Nasib baik tadi tak ada orang pun. Kang cakap kami ceroboh rumah pula kahkah. Bye.

P/S: Assalamu'alaikum W.B.T. Hari ini saya sangat produktif alhamdulillah. Hihi. Pagi tadi dalam pukul 6.50 AM saya dan Syahadah hantar Umi ke sekolah. Balik rumah saya siram pokok. Dalam pukul 9.50 AM saya dan Syahadah ambil akok di kedai dan pergi ke sekolah Umi untuk hantar barang jamuan. Lepas tu saya dan Syahadah minta izin Umi untuk pergi ke Rantau Panjang untuk beli ais krim. Tapi last minute plan, pergi tengok rumah Mek Ayah dulu.

Wednesday, January 26, 2022

Beli Barang Baby

Harini lepas Umi balik dari sekolah, saya, Umi dan Syahadah pergi ke Pantai Timur untuk beli barang untuk jamuan sekolah Umi dan juga beli barang baby! Excitednya 🌟 Kaklong dah bagi list barang yang Kaklong nak. Jadi kami beli mengikut list itu kecuali tambah toto baby. Comel sangat!

Walaupun barang barang yang dibeli adalah untuk anak saudara yang ketiga in shaa Allah, perasaan tetap excited. Untuk Iman dulu, saya dan Syahadah sempat teman Kaklong untuk beli barang baby. Saya pun adalah pilih dua tiga benda untuk Iman. Masa tu Kaklong pregnant 8 bulan, hampir masuk bulan terakhir. 

Tapi untuk Abdurrahman, saya rasa tak beli pun barang dia sebab dia keluar setahun lepas kakak dia. Kiranya guna barang Iman saja. Untuk adik mereka ni, haa excited lah sikit sebab dah tiga ke empat tahun tak ada baby baru. Iman keluar Jun 2017, Abdurrahman keluar November 2018 dan in shaa Allah adik mereka keluar April 2022 atau lebih awal. 

Jantina baby belum tahu. Kaklong taknak tahu. Hihi. Tapi masa check haritu doktor ada cakap kemungkinan perempuan. Tapi itu pun belum jelas lagi. Jadi sekarang saya hanya tawakkal. Saya okay saja lelaki ke perempuan asalkan sihat walafiat. Baju pun beli warna unisex. 

Saya harap Kaklong gembira dengan barang yang kami beli tadi. Umi saya memang nak sponsor barang baby. Terima kasih Umi walaupun penat sanggup pilih pilih barang baby dengan bersemangat tadi. Yalah mesti lah Umi nak yang terbaik untuk cucu Umi. Hihi. 


Happy Anniversary Abe Cik & Kakcik

Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk tiga tahun Kakcik dan Abe Cik kahwin. Rasa macam baru saja. Cepatnya masa berlalu. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, permudahkan rezeki yang halal buat mereka dan sentiasa di bawah rahmat dan reda Allah S.W.T. 

Semoga Allah kurniakan mereka zuriat yang soleh solehah in shaa Allah. Semoga mereka sentiasa bahagia dan diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb. 

26 January 2022

Monday, January 24, 2022

Baju Kurung

Harini lepas Umi balik dari sekolah, saya, Umi dan Syahadah pergi ke Rantau Panjang untuk beli kain baju kurung. Asalnya nak beli satu seorang. Satu untuk saya dan satu untuk Syahadah. Akhirnya saya beli tiga dan Syahadah beli dua. Yeah terima kasih Umi ❤ 

Akhirnya saya punya baju kurung sendiri! Selama ni saya pakai Umi punya. Semua lawa lawa. Cuma yalah ngada ngada lah sikit nak baju baru kan kahkah. Sekarang tengah fikir nak hantar dekat siapalah suruh jahit. Adakah kawan sekolah Umi atau Cik Yah? 

Umi saya sampai saja di rumah terus buka tv tengok GV8 final. Hmm tengok siapa lagi, Aliff Aziz lah. Syahadah tengah solat. Saya baring atas katil sambil tulis blog guna handphone. Wah excited nya nak ada baju baru. Baju kurung terakhir yang saya buat adalah pada tahun 2012. Ya 10 tahun lepas dek jangan terkejut. 

Bukan Umi saya taknak beli ke apa, saya lebih selesa pakai baju kurung Umi yang dulu dulu dan juga jubah hitam. Walaupun ada baju baru nanti, saya tetap akan pakai baju kurung Umi. Bergilir gilir lah. Syahadah pun excited nak ada baju kurung baru. 

Okaylah saya nak merenung kain baju kurung yang baru beli tadi sampai puas, barulah hantar untuk jahit. Hihi. Doakan sempat siap sebelum saya dipanggil untuk bertugas. In shaa Allah. Assalamu'alaikum W.B.T. Have a good day!

Sunday, January 23, 2022

Final GV8

8.19 PM (23/1/2022) 

Assalamu'alaikum W.B.T. Memandangkan hari ini konsert terakhir GV8 iaitu final dan saya pun tak ada kerja nak buat, saya nak ramal *kahkah* kedudukan pemenang berdasarkan lagu yang mereka dapat dan bukan berdasarkan nyanyian mereka. Ini saya punya fikiran semata mata. 

1. Nikki Palikat
2. Azan Scan
3. Aliff Aziz
4. Suki Low
5. Aweera
6. Adibah Noor

Tapi saya harap Suki Low atau Aweera jadi juara. Yang penting GV8 tahun ini sangat unpredictable. Sesiapa pun boleh jadi juara. Lain dengan GV sebelum ini. Hmm. Mereka semua berbakat. Saya harap mereka boleh buat yang terbaik dan dapat kedudukan yang sepatutnya tanpa sebarang ketidakadilan. 

Lagi 23 minit final GV8 nak mula. Mesti semua contestant nervous. Semoga dipermudahkan. Saya tak sabar nak tengok battle juga. Tak tahu siapa lawan siapa dan dapat lagu apa. Haa satu lagi saya rasa kesian dengan mereka sebab kena nyanyi tiga kali. Lagu solo, duet dan battle. Hmm biasa lah tu kan. RM100K kot, takkan senang senang saja dapat kan. Hihi. Bye. See you super soon. 

Update: 10.06 PM

Setakat ini tiga peserta sudah beraksi iaitu Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera. Mereka gabung terus lagu solo dan duet. Semua sudah buat yang terbaik. Well done Aweera! Apapun keputusan yang Aweera dapat saya akan terima dengan hati terbuka. Hmm.

Update: 11.09 PM

Okay lepas saya dengar semua nyanyian mereka, solo, duet dan battle, saya menjadi lebih objektif. Ramalan saya sekarang, berdasarkan nyanyian merela dan tidak mengikut kata hati adalah:

1. Aliff Aziz
2. Suki Low
3. Azan Scan
4. Nikki Palikat
5. Aweera
6. Adibah Noor

Update: 11.56 PM

Keputusan final GV8:

Juara = Aliff Aziz
Naib Juara = Nikki Palikat
Tempat ketiga = Suki Low
Tempat keempat = Adibah Noor
Tempat kelima = Azan Scan
Tempat keenam = Aweera

Okay satu saja ramalan saya yang betul iaitu Aliff Aziz. Bye. But he deserved it. Umi saya happy lah tu. Sembilan minggu GV8 istiqamah je dengan Aliff Aziz kahkah. Bye. Well done semua! Good job Aweera. You did your best ❤

Sekian, GV8. 

Tuesday, January 18, 2022

Nasi Goreng Pokya @ Pataya

Assalamu'alaikum W.B.T. Hari ini kali pertama dalam hidup saya masak nasi goreng pataya. Hasilnya alhamdulillah not bad. Boleh lah makan tapi tak berani nak bagi orang lain try kahkah kecuali Syahadah. Dia kan lab rat saya hihi. Saya bangga sangat dengan pencapaian saya. Bukan apa, saya kan dah masuk 24 tahun 3 bulan, tapi masih tak pandai masak. Jadi slow slow lah saya nak belajar masak. Okay bye.

Terima kasih kepada pembantu cef, Syahadah yang tolong menyediakan bahan untuk saya dan sentiasa senyum walaupun tak confident dengan masakan saya. Dia kata sedap. Tapi tak habis pun makan. Hihi taklah dia memang tak makan nasi pagi pagi, jadi dia makan sikit saja tadi dan letak bawah saji. Katanya nak makan lagi lepas balik dari driving school. Boleh percaya ke tidak, tengok kejap lagi.

Update:

Okay Syahadah boleh dipercayai. Lepas balik dari driving school tadi, dia makan sampai habis. Tapi dia kata dia tak makan ayam dalam nasi goreng. Jadi dia bagi Umi. Dia makan dengan telur saja. Okaylah suka hati awaklah Syahadah. Umi kata sedap! Hihi. Umi makan dengan budu dan tempoyak. Okay bye.

Monday, January 17, 2022

Mek & Ayah

Assalamu'alaikum W.B.T. Sekarang pukul 3.57 pagi, 17/1/2022. Saya tak boleh tidur, jadi saya putuskan untuk tidak tidur hingga esok sebab takut bangun lambat. Tarikh hari ini menandakan lapan tahun pemergian nenek sebelah Umi yang saya panggil Mek. 3/3/2022 pula menandakan dua belas tahun pemergian Ayah, bapa Umi.

Mek dan Ayah antara manusia paling pemurah dan paling baik yang pernah saya temui. Mek selalu masak banyak banyak dan panggil anak anak jiran makan ataupun berbagi bagi makanan dekat jiran. Ayah tak pernah marah pun saya ambil banyak gula gula dan snack yang sepatutnya dijual. Yang penting saya kena habiskan, jangan membazir. Itu yang Ayah selalu pesan.

Mek dan Ayah sabar sangat layan kerenah dan ragam saya yang tak tentu arah. Mek meninggalkan kami masa saya berada di tingkatan lima. Ayah pula meninggalkan kami ketika saya berada di tingkatan dua. Saya belum matang masa tu. Mungkin banyak perilaku saya terhadap Mek dan Ayah yang tidak senonoh ketika itu. Bila saya fikir balik, saya rasa menyesal. 

Tapi saya banyak tolong Mek Ayah. Hihi. Di rumah Mek Ayah, bila Mek memasak di dapur, saya tolong Mek dan Ayah jaga kedai sambil tengok tv. Tahu pula saya mengira masa tu kan. Entah betul ke tidak baki yang saya bagi dekat pelanggan. Saya tolong ambilkan bekas untuk Ayah kencing. Bagus tak saya 👧

Dulu saya selalu bermalam di rumah Mek Ayah. Bila waktu malam, saya tidur di antara Mek dan Ayah. Hihi. Kami tidur di ruang tamu depan tv. Saya beberapa kali ikut Mek Ayah pergi KL, pergi rumah Mokcu. Sibuk je saya ni kan. Tapi semua itu bertukar jadi kenangan yang tak akan saya lupakan. 

Saya rindu sangat dekat Mek dan Ayah. Sekarang apa yang saya boleh buat untuk menebus rindu hanyalah dengan berdoa. Semoga Allah kuatkan diri saya untuk sentiasa berdoa. Semoga Mek dan Ayah ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T.

Setiap kali saya terfikir pasal Mek dan Ayah atau bercakap pasal mereka, saya akan menangis. Memori bersama mereka terlalu manis dan tak boleh dilupakan. Rumah mereka mempunyai aura yang sangat kuat. Saya suka sangat setiap kali balik rumah Mek Ayah dulu. Jarak dari rumah saya dalam 15 minit saja. 

Memang kerap kami pergi ke sana dulu. Bila sampai sana, mesti pergi dapur tengok Mek masak. Mek parut kelapa. Benda wajib buat di rumah Mek Ayah adalah tengok tv sebab rumah saya tak ada tv dulu. Excited sangat tengok Ultraman Tiga, Cat & Dog, Dora The Explorer, Chiquititas dan sebagainya. 

Pada 2010, tujuh buah rumah termasuk rumah Mek Ayah terbakar. Jadi selepas tu mereka tinggal di rumah saya. Jadi rumah tu sekarang dah tak ada orang duduk. Saya teringin nak pergi sana nak tengok keadaannya sekarang tapi belum berkesempatan. Saya percaya saya akan menangis bila tengok rumah tu. 

Hmm okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan saya pada waktu pagi buta ini. Doakan saya tidak tidur hingga esok supaya saya boleh bukakan pagar untuk Abah dan Umi nak ke sekolah esok in shaa Allah. 

Assalamu'alaikum.

Sunday, January 16, 2022

Semi Final GV8

Peserta Final Gegar Vaganza 8

1. Aweera
2. Nikki Palikat
3. Aliff Aziz
4. Azan Scan
5. Adibah Noor
6. Suki Low

Alhamdulillah Aweera berjaya ke final! Pertama kali dalam sembilan minggu, Aweera dapat nombor 1. Minggu lepas nombor 3. Alhamdulillah meningkat. Tadi pun nampak muka dia macam tak percaya. Hihi. Terkejut lah tu. 

Tapi saya sedih Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir. Mereka menyanyi dengan baik sekali hari ini tapi tak ada rezeki untuk ke final. Semoga rezeki mereka terbuka luas di luar sana. Begitu juga dengan semua peserta GV8 lain. Semoga semua finalis dapat buat yang terbaik dan beroleh kecemerlangan. In shaa Allah. 

Cuma saya sedikit terkilan lah sebab untuk final Aweera dapat lagu yang kurang best. Lagu bahasa Inggeris. Tapi harapnya Aweera dapat dendangkan dengan jayanya lah. Orang lain lagu sedap sedap. Tapi tak apalah. Apa yang saya bersungguh sangat kan kahkah. 

Saya jangka untuk battle nanti, Aweera akan lawan dengan Aliff Aziz, Suki Low lawan dengan Nikki Palikat dan Azan Scan lawan Adibah Noor. Itu hanya saya punya jangkaan kahkah. 

P/S: Mesti Mukhlisin suka kalau tahu Aweera dapat nombor 1. Hihi. Saya sedang teman Umi buat RPH. Bye assalamu'alaikum. 

Saturday, January 15, 2022

Rantau Panjang Aku Datang

15/1/2022

Assalamu'alaikum W.B.T. Hari ini seperti yang dijanjikan, selepas Syahadah habis exam, kami bersama Umi cuci mata di Rantau Panjang. Hihi. Best sangat! Ramai orang tadi. Kebanyakannya orang dari luar negeri lah. Kami pun acah acah dari luar juga kahkah. 

Syahadah beli cincin! Dua pula tu, tapi memang dah lama dia nak cincin macam tu. Beli pula di kedai saudara Umi. Tak rancang sebenarnya tapi akhirnya beli dekat situ juga. Tapi dia bagi free. Ya Allah baiknya. Semoga Allah permudahkan rezeki yang halal buatnya. Umi saya dah malu nak lalu situ lain kali. 

Kami beli ais krim Baba. Sedap sangat! Makan dalam kereta. Syahadah beli colek buah dan saya beli lokcing. Lepas dah puas teroka pasar Rantau Panjang, kami ke Zon Ria. Asalnya nak beli baju Syahadah, tapi tak ada yang dia berkenan. Yang membelinya Umi. Umi beli seluar yang besar macam seluar palazo kata Umi. Beli satu saja dulu warna hitam sebab nak try selesa ke tak. 

Balik rumah, Umi try. Hmm selesa sangat dek. Jadi lepas Maghrib kami sekali lagi pergi ke Zon Ria dan Umi beli semua warna yang ada haha. Syahadah pun jumpa seluar yang dia suka dan beli dua helai. Dia belikan untuk saya sekali. Seluar macam palazo tu pun Umi belikan untuk saya dan Kaklong juga yang warna hitam. 

On the way balik dari Zon Ria petang tu, kami singgah beli aiskrim untuk Iman dan Abdurrahman di Petron dan mee celop di Kampung Gual Sitok untuk seisi keluarga. Maka harini bukan saja cuci mata, tapi cuci duit juga. Yang penting bukan duit saya, duit Umi kahkah. Tapi dalam membeli belah dan bergelak ketawa, Umi tak henti doakan kakak saya yang demam. Semoga Kakcik cepat sembuh. 

Bye assalamu'alaikum. 

Teroka Hutan Bersama Iman & Abdurrahman

14/1/2022

Assalamu'alaikum W.B.T. Semalam saya, Syahadah, Iman dan Abdurrahman berjalan jalan dalam kawasan hutan belakang rumah. Yang ajaknya budak dua orang itu lah. Mungkin boring duduk rumah. Hihi. Enjoy betul mereka main tanah dan gubah daun pokok kahkah. 

Kesian seorang demam muka jadi bengkak, seorang lagi selipar selalu hilang. Baru beli haritu tapi tak tahu letak dekat mana. Hmm macam manalah boleh hilang. Tadi dah beli yang baru. Harapnya bertahan lama lah. Bye. 

Friday, January 14, 2022

Microsoft 365 Family

Abah saya langgan yang premium punya. Yeah alhamdulillah rasa macam ada identiti akhirnya kahkah. Terima kasih Abah! I'm happy ☆ Syahadah pun didaftar sekali. Rasanya Umi pun sama. Hihi nama pun family plan. Okay bye. 

Tunggu Syahadah habis exam, nak pergi jalan jalan Rantau Panjang. Nak tengok pemandangan dan juga mahu masuk pasar sebab saya tak pernah pun masuk pasar dia kahkah. Semoga Allah permudahkan urusan Syahadah. 

Bila saya boleh jumpa Sabrina ni. Sekarang dia kerja. Jadi tak ada masa nak jumpa hmm. Patutkah saya mesej dia dan set appointment untuk jumpa? Hmm mungkin patut. Kalau dua dua diam, sampai bila pun tak jumpa. 

Okay Sabrina mu tunggu aku datang. Ya Allah kuatkanlah diriku untuk mesej Sabrina dan kau lapangkanlah masa Sabrina supaya boleh jumpa dia. Semoga dia juga excited nak jumpa saya. Okay bye. Assalamu'alaikum W.B.T.

Update: 18 January 2022

Akhirnya Sabrina yang call saya dulu. Hmm saya tak cukup kuat kahkah. Lama juga kami bercakap dan saya bagitahu lah bila dia free cakap saja dekat saya. Saya ambil dia dan pergi jalan jalan makan di Rantau Panjang. Bye. 

Thursday, January 13, 2022

Favorite Youtubers (January 2022)

1. Aurikatariina

Konsep channel ni adalah membersihkan rumah secara percuma. Tapi rumah yang terpilih adalah rumah mereka yang mempunyai masalah seperti depression dan sewaktu dengannya. Youtuber ni juga akan pilih rumah yang dia rasa berbaloi untuk dicuci dan dibersihkan. Maksudnya rumah yang betul betul kotor dan extreme supaya nampaklah hasil yang ketara. 

2. Merry Sweet Home

Channel ni juga konsep dia membersihkan rumah tapi certain part macam dapur saja atau ruang tamu saja. Maksudnya bukan keseluruhan rumah. Channel ni tak limited kepada pembersihan saja, renovation pun ada. Saya suka saya suka. 

3. XXL Scrunchie & Co


Saya baru discover channel ni melalui Shorts di Youtube. Tina merupakan Viatnamese yang tinggal di Canada dan menjalankan perniagaan scrunchies bersaiz XXL dan ada juga yang mini. Saya suka tengok cara dia bekerja. Produk dia adalah handmade, dibuat dengan penuh kasih sayang oleh dia dan keluarganya. Dari potong kain, jahit, letak jenama dan sebagainya. Saya suka tengok proses dia pack barang di warehouse. Sangat friendly dan persekitaran kerja yang fun. Bermula dari rumah, semuanya buat sendiri sehinggalah sekarang dah ada beberapa pekerja. 

Wednesday, January 12, 2022

Seminggu Bersama Mukhlisin

Dua hari lepas iaitu hari Ahad, Mukhlisin balik ke tahfiz dia balik selepas seminggu cuti. Sekejap saja rasa seminggu. Rasa macam baru saja dia balik rumah. Hmm. Tapi saya puas hati sebab sepanjang dia balik kami trio sentiasa meluangkan masa bersama. Bermain, berbual, makan sekali dan saya goreng makanan kegemaran Mukhlisin iaitu ayam goreng bestari. 

Masa saya, Umi dan Syahadah hantar adik ke tahfiz, saya sempat tanya dia puas hati tak cuti kali ni. Dia cakap dia puas hati. Yeahh alhamdulillah. Saya bersyukur saya tak ada benda nak buat dan boleh spend masa sepenuhnya dengan dia sepanjang dia cuti sebab sebelum ni masa dia nak ke tahfiz haritu, saya sedikit sibuk dan terkilan tak spend masa sepenuhnya dengan dia. Hmm okay. 

Yang sedihnya dua atau tiga hari lepas dia balik rumah, tv rosak! Kesian dia nak tengok Aweera. Tapi sempat lah tengok Gegar Vaganza minggu tujuh. Lepas tu tahu tak dia beli cincin yang tertulis Allah dan Muhammad dekat Shopee. Dia tekan link saja di handphone Umi dan hantar link dekat Abah dan Abah yang belikan hihi. Cantik cincin dia. Lepas tu Abah bagi dia jam tangan. Cantik sangat! Huaa saya pun nak juga~ 

Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya. Bye! Have a good day. Assalamu'alaikum W.B.T.

Air Fryer

Akhirnya rumah saya ada air fryer! Alhamdulillah. Kakak saya yang belikan dan terus hantar ke rumah. Cantik sangat warna dia. Vegetable green. Terima kasih kakakku! Saya excited sebab saya selalu tengok PlanD favorite youtuber saya guna air fryer untuk panaskan crossaint, buat kek dan sebagainya.

Benda pertama saya nak try buat guna air fryer adalah fries sebab haritu masa di rumah kakak saya tak sempat nak buat. Dah rancang nak buat tapi masa tak mengizinkan. Jadi sekarang boleh lah try. Yeah! Bismillah~

Sunday, January 9, 2022

Aweera ☆

Aweera! Konsert Gegar Vaganza minggu kelapan menyaksikan Aweera menyanyikan lagu Dia, nyanyian asal Qody Rani. Best sangat Aweera nyanyi! Dapat tempat ketiga! First time Aweera masuk Top 3. Alhamdulillah. Hihi. 

Sebenarnya beberapa minggu sebelum line up Gegar Vaganza musim kelapan diumumkan, adik saya Mukhlisin minat dengan Aweera. Tak tahu lah macam mana dia terdiscover Aweera. Setiap hari dengar lagu dia. Romancinta dan Andai Ku Bercinta Lagi dan juga lagu lagu yang dia cover lah. 

Lepas tu Mukhlisin cakap kalau lah ada Gegar Vaganza lagi, dia harap Aweera masuk. Saya pun harap macam itu juga hihi sebab Aweera kan berbakat besar. Macam membazir pula kalau dia diam saja kahkah. Try lah cari dia nyanyi live. Tak mengecewakan. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu kemudian tiba tiba keluar berita Gegar Vaganza bakal berlangsung dan antara pesertanya adalah Aweera! Sampai sekarang kami macam, wow macam mana boleh jadi satu kebetulan yang bukan kebetulan tapi suratan. Hmm okay bye. 

Jadi ceritanya malam ini Aweera nyanyi best macam biasalah. Alhamdulillah layak ke separuh akhir dan akan menyanyikan dua buah lagu. Lagu pertama saya tak pasti apa dia, tapi lagu kedua adalah lagu kumpulan Search yang saya namakan Andai Dipisah sebab saya tak tahu nama lagu dia yang sebenarnya.

Tadi Bunda Hetty Koes Endang komen nyanyian Aweera. Dia puji! Dia kata this is Aweera. Ini baru Aweera. Hihi. Dia kata juga penyanyi kalau diberi lagu yang sesuai dengan kemampuannya, pasti boom! Kalau suaranya bagus tapi lagunya tidak bagus, pasti jadinya tidak bagus. Itu kata Bunda bukan kata saya. 

Peserta lain yang saya suka adalah Suki Low. Hihi. Semoga mereka boleh membawakan lagu yang ditugaskan dengan jayanya dan masuk final. Yang sedihnya kumpulan SaYa tersingkir. Tapi tak apa, rezeki lain menanti di luar sana in shaa Allah. 

Sekian terima kasih. 

Friday, January 7, 2022

Review Kedai Pizza

Bila kita buat business pasti ada feedback kan supaya kita tahu apa kelebihan dan kelemahan kita sekaligus kita boleh improve. Jadi saya dengan rela hati menerima sebarang kritikan atau pujian yang diberi oleh customers. Tujuan saya hanya untuk memperkembangkan dan memajukan perniagaan saya dan dikenali di persada dunia. Ini adalah antara feedback yang saya perolehi sepanjang menjalankan perniagaan pizza saya. 




Bye Mahallah Asiah

Dulu, setiap kali habis cuti sem atau mid sem dan kena balik ke universiti, saya selalu rasa berat hati dan sedih. Tapi antara perkara yang memujuk saya dan menenangkan hati saya adalah bilik di Mahallah Asiah. Bila fikirkan bilik di sana, saya jadi suka sangat sebab bilik tu best sangat sangat. Sekarang saya rindukan bilik saya di Mahallah Asiah. 

Banyak suka duka saya disaksikan oleh bilik itu. Cewah~ Tapi betul. Bilik yang menyaksikan saya belajar, tidur, main dan sebagainya. Banyak kali juga Najwa dan Zai datang ke bilik untuk buat assignment, belajar, tonton movie, borak borak dan sebagainya. Kak Izzah pun pernah beberapa kali lepak di bilik saya dan buat assignment. 

Saya rasa antara banyak banyak mahallah yang ada di UIA, bilik Mahallah Asiah yang paling best hihi. Saya dah pergi hampir semua mahallah perempuan dan tengok bilik dekat sana, rasanya Mahallah Asiah is the best. Untung sangat lah yang dapat. Tapi mahallah lain pun tak kurang best nya. Semua ada keistimewaan masing masing. *cover balik*

Setiap compartment boleh tahan luas lah untuk seorang duduk, dan sangat selesa. Sekali saja saya duduk di Blok F, lepas tu Blok E terus. Saya tak pernah dapat bilik tingkat atas. Memang tingkat 1 saja kahkah. Alhamdulillah. Senang nak ke kelas, ke cafe dan juga senang nak jemur kain dekat ampaian. 

Seingat saya, nombor bilik saya, F1.4 - E1.7 - E1.6 - E1.1. Itu dah mengikut tahun. Satu tahun dua sem saya duduk di mahallah sebab tak ambil short sem. Okay itu saja. Konklusinya adalah saya nak cakap saya sedih sebab dah left group Whatsapp blok mahallah. Yalah kalau stay dalam group bukan boleh buat apa pun. Okay bye.

Kalau mahu tengok bilik saya di Mahallah Asiah suatu ketika dahulu, boleh tekan link di bawah ini:

https://happytogether1997.blogspot.com/2020/01/bilik-mahallah-asiah.html

Monday, January 3, 2022

Kembali Ke SMKGP

Minggu lepas, saya menjejakkan kaki kembali di SMKGP, sekolah tempat saya menjalani ROS hampir dua tahun lepas iaitu akhir bulan Ogos tahun 2019. Rindu sangat! Saya ke sana untuk ambil pengesahan daripada pengetua. Alhamdulillah pengetua ada dekat sekolah masa tu. Saya jumpa Kak Ha juga, kerani sekolah. Dia banyak juga menolong saya sepanjang saya menjalani ROS dekat sana. 

Saya bersyukur tak ada cikgu lain masa tu sebab saya segan. Hihi. Kalau boleh memang taknak jumpa kahkah. Lepas ambil pengesahan saya terus balik. Tapi sempat lah borak sikit dengan pengetua dan Kak Ha. Mereka kata masih ingat saya. Hmm tak tahu betul ke tak kahkah.

Saya pergi sana dengan Syahadah. Bila nak masuk pagar sekolah, terasa sayu sebab teringat kenangan yang terbina masa duduk sekolah tu dulu walaupun tak lama. Sebulan lebih saja tapi sangat indah ya kenangannya tuan puan. Banyak benda yang saya belajar sepanjang berada di situ. 

Saya nak tahu juga macam mana keberadaan anak anak murid yang saya pernah berkomunikasi dulu. Hisyam, ketua pelajar SMKGP. Katanya nak masuk UPNM. Shahila, pelajar aktif sukan nak masuk IPG, nak jadi guru Matematik. Semoga hasrat mereka tercapai, in shaa Allah. Hisyam dan Shahila ni masuk dalam report ROS saya sebab saya interview mereka sebagai pelajar yang berpengaruh dan berpangkat tinggi di sekolah.

Pelajar 2 Cempaka, kelas yang saya selalu masuk sebab kena relief. Mereka baik sangat. Happy saja. Mula mula dulu malu malu, tapi bila dah lama, mereka main mesra hihi. Tahun ni mereka masuk Tingkatan 4 dah. Allahu dah besar dah~ Sedih! Semoga mereka berjaya di dunia dan di akhirat dan dapat capai segala apa yang dihasratkan.

Ba'yah, Sofia dan beberapa lagi kawan kawannya dari kelas 2 Seroja. Saya kenal mereka di musolla sekolah masa support community project yang kawan ROS saya, Ameera dan Syamimi anjurkan. Lepas siap kemas musolla, saya hampiri Ba'yah dan kawan kawan dia. Duduk sekali dan start berborak. Mula mula pemalu sangat mereka ni, tapi lepas tu saya tak sempat nak cakap apa apa, mereka yang lead conversation. Ada saja benda nak cakap. Haha.

Hmm banyaklah perkara manis yang saya lalui di sekolah ni sampaikan saya rasa berat hati dan sedih bila dah habis tempoh ROS. Rasa macam nak sambung lagi tapi apakan daya. Minggu last dekat sanam PKP Cikgu Roziman belanja saya, Ameera dan Syamimi makan di kantin. Sempat lah borak dengan cikgu cikgu perempuan yang ada dekat situ. Kebanyakan mereka yang tak duduk sekali dengan saya di bilik guru. Mereka ada bilik sendiri.

Apa lagi ya? Okaylah sampai di sini dulu coretan kenangan saya yang tak seberapa. Semoga hari hari anda sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Have a productive day!

Sunday, January 2, 2022

Sharul Kamal Kahwin~

Sedih! Hua~ Tapi apa pun selamat berbahagia Sharul Kamal dan isteri. Siapakah saya untuk rasa sedih kan kahkah. Saya kenal dia dalam Immortal Song. Dia menyanyikan lagu Jeffrydin, Seruling Anak Gembala. Memang terbaik! Dia memang sangat berbakat tapi underrated. Saya harap suatu hari nanti dia akan dapat tempat dalam industri muzik Malaysia dan terus maju mengeluarkan lagu lagu yang best. Semoga perkahwinannya diberkati Allah dan sentiasa bahagia dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Harini juga ulang tahun kelahiran anak sulung kak Izzah, kawan universiti saya. Dah setahun dah dia, rasa macam baru saja kak Izzah beranak haritu. Sekarang kak Izzah sedang mengandungkan anak kedua. Semoga kak Izzah dan kandungannya sentiasa sihat, in shaa Allah. Semoga keluarga kak Izzah semakin berkembang dan melahirkan anak anak yang soleh dan solehah. Comel sangat Aysar Hafiz anak sulung kak izzah! Happy birthday Aysar! Dah lama saya tak contact dengan kak Izzah. Mungkin dia pun dah tak ingat saya hihi. Bye!

Semalam Heliza dengan Azzam Sham selamat kahwin dengan pasangan masing masing. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel. Semoga sentiasa bahagia dan bertabah dengan segala dugaan yang mendatang. Amboi berpengalaman benar dek kahkah. Cantik tarikh mereka kahwin, 1/1/2022. Sharul Kamal pun kahwin semalam. Saya minat Azzam Sham sebab dia nyanyi sedap dan mempunyai bakat yang besar. Dia sama umur dengan saya hihi. Bye. 

Harini adik saya Mukhlisin balik dari tahfiz! Dia cuti seminggu. Boleh lah melepaskan rindu walaupun tak lama. Minggu depan dah kena pergi sana balik. Saya nak main dengan dia dan Syahadah tapi Syahadah sibuk! Petang tadi belajar kereta. Malam pula study untuk exam dan buat assignment. Saya? Hmm sendu. Tapi tadi kami tolong Umi bersihkan kebun depan pagar rumah. Esok kena sambung sikit lagi in shaa Allah. Okay bye. 

Saturday, January 1, 2022

Welcome 2022

Assalamu'alaikum W.B.T.

Saya dengan besar hati ingin mengucapkan selamat datang kepada 2022. Okay bye. Harini saya nak update pasal pizza. Hihi. Taknak tengok sudah. Saya nak buat kenangan dekat sini. Saya tahu kalau saya tukar handphone nanti, kedai pizza saya terpaksa ditutup dan dikorbankan. Jadi selagi saya boleh menikmati kemajuan kedai pizza saya, saya akan habis habisan enjoy hihi apa benda lah yang saya cakap ni kan. Dipersilakan tengok cerita kebangkitan saya di bawah ini. Biarlah gambar yang berbicara. Sekian.