Monday, January 3, 2022

Kembali Ke SMKGP

Minggu lepas, saya menjejakkan kaki kembali di SMKGP, sekolah tempat saya menjalani ROS hampir dua tahun lepas iaitu akhir bulan Ogos tahun 2019. Rindu sangat! Saya ke sana untuk ambil pengesahan daripada pengetua. Alhamdulillah pengetua ada dekat sekolah masa tu. Saya jumpa Kak Ha juga, kerani sekolah. Dia banyak juga menolong saya sepanjang saya menjalani ROS dekat sana. 

Saya bersyukur tak ada cikgu lain masa tu sebab saya segan. Hihi. Kalau boleh memang taknak jumpa kahkah. Lepas ambil pengesahan saya terus balik. Tapi sempat lah borak sikit dengan pengetua dan Kak Ha. Mereka kata masih ingat saya. Hmm tak tahu betul ke tak kahkah.

Saya pergi sana dengan Syahadah. Bila nak masuk pagar sekolah, terasa sayu sebab teringat kenangan yang terbina masa duduk sekolah tu dulu walaupun tak lama. Sebulan lebih saja tapi sangat indah ya kenangannya tuan puan. Banyak benda yang saya belajar sepanjang berada di situ. 

Saya nak tahu juga macam mana keberadaan anak anak murid yang saya pernah berkomunikasi dulu. Hisyam, ketua pelajar SMKGP. Katanya nak masuk UPNM. Shahila, pelajar aktif sukan nak masuk IPG, nak jadi guru Matematik. Semoga hasrat mereka tercapai, in shaa Allah. Hisyam dan Shahila ni masuk dalam report ROS saya sebab saya interview mereka sebagai pelajar yang berpengaruh dan berpangkat tinggi di sekolah.

Pelajar 2 Cempaka, kelas yang saya selalu masuk sebab kena relief. Mereka baik sangat. Happy saja. Mula mula dulu malu malu, tapi bila dah lama, mereka main mesra hihi. Tahun ni mereka masuk Tingkatan 4 dah. Allahu dah besar dah~ Sedih! Semoga mereka berjaya di dunia dan di akhirat dan dapat capai segala apa yang dihasratkan.

Ba'yah, Sofia dan beberapa lagi kawan kawannya dari kelas 2 Seroja. Saya kenal mereka di musolla sekolah masa support community project yang kawan ROS saya, Ameera dan Syamimi anjurkan. Lepas siap kemas musolla, saya hampiri Ba'yah dan kawan kawan dia. Duduk sekali dan start berborak. Mula mula pemalu sangat mereka ni, tapi lepas tu saya tak sempat nak cakap apa apa, mereka yang lead conversation. Ada saja benda nak cakap. Haha.

Hmm banyaklah perkara manis yang saya lalui di sekolah ni sampaikan saya rasa berat hati dan sedih bila dah habis tempoh ROS. Rasa macam nak sambung lagi tapi apakan daya. Minggu last dekat sanam PKP Cikgu Roziman belanja saya, Ameera dan Syamimi makan di kantin. Sempat lah borak dengan cikgu cikgu perempuan yang ada dekat situ. Kebanyakan mereka yang tak duduk sekali dengan saya di bilik guru. Mereka ada bilik sendiri.

Apa lagi ya? Okaylah sampai di sini dulu coretan kenangan saya yang tak seberapa. Semoga hari hari anda sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Have a productive day!

No comments:

Post a Comment