Dulu ada satu kebakaran besar berlaku di deretan rumah di sini yang mana 7 buah rumah musnah dijilat api termasuklah rumah Mek dan Ayah. Ia berlaku pada tahun 2011. Masa kejadian saya dan keluarga ada di sana. Masa tu datuk saya yang saya panggil Ayah, sakit. Jadi saya dan keluarga duduk bersama Mek dan Ayah untuk membantu serba sedikit dan mengurangkan beban mereka. Mungkin dalam dua minggu dah kot duduk di situ. Masa kejadian, saya baru balik dari tangkap gambar di kedai Acap dengan Abah. Sampai saja lepas parking kereta Abah pergi ke masjid untuk solat Asar. Umi sedang tidur. Selebihnya saya tak ingat sangat. Tiba tiba macam kecoh dekat luar dan rumah pertama macam berasap. Tak lama lepas tu dah terbakar banyak. Cepat sangat.
Nak dijadikan cerita, biasanya Abah saya parking kereta di tempat yang special. Ada jiran bagi letak dekat situ. Tapi hari tu, lepas balik tangkap gambar, tempat parking yang biasa digunakan tu ada kereta dah. Jadi Abah parking dekat tempat parking besar iaitu tepi rumah pertama yang terbakar. Bahagian kiri kereta dah cair dah sikit. Kami kejut Umi bangun dan bagitahu ada kebakaran dan juga pasal kereta kami. Umi tengah mamai lagi sebab baru bangun tidur. Umi kalut dan panik sangat masa tu sebab kereta kami dekat sangat dengan tempat terbakar tu dan dah cair sikit. Umi bagi kunci kereta dekat orang yang ada dekat situ dengan harapan ada orang yang boleh tolong selamatkan kereta. Bawa ke tempat lain lah maksudnya. Tapi tiada siapa pun yang berani. Mereka takut kereta meletup agaknya. Saya faham tapi saya kesian dekat Umi. Geramnya dekat orang tu. Hihi. Tapi ketika itulah hero sebenar muncul iaitu Abah saya hihi. Abah saya bagi isyarat suruh bagi kunci kereta dekat Abah. Cepat cepat Abah masuk kereta dan bawa kereta ke tempat yang jauh dari situ dan jauh dari kereta lain. Yalah takut meletup kan sebab dah panas sangat dah.
Api merebak dengan sangat cepat. Semua kereta yang ada di tempat parking tak dapat diselamatkan. Semua kereta tu adalah kepunyaan mereka yang ulang alik ke Golok. Abah dan beberapa orang yang lain sedaya upaya keluarkan barang berharga dari rumah Mek Ayah. Beg laptop Abah, beg Umi dan benda benda lain lah macam tv, meja tv, sofa dan sebagainya. Banyak juga lah sempat selamatkan. Bomba tak sampai sampai lagi. Lagipun jalan memang kecil susah bomba nak masuk. Masa Abah selamatkan barang, saya menangis. Saya nak Abah keluar dari rumah tu sebab bahaya. Api dah sampai di rumah tu. Tapi alhamdulillah sempat keluar. Ayah masa tu tak boleh jalan. Awal awal lagi Wan Mad jiran Ayah yang juga bagi parking special dekat Abah, angkat Ayah keluar dari rumah dan pergi ke tempat selamat. Umi kata Wan Mad memang baik dan dia juga terhutang budi dengan Ayah. Alhamdulillah ada orang sebaik Wan Mad. Masa kebakaran, saya duduk boleh tahan jauh juga dari situ tapi bahangnya sangat terasa sebab api marak sangat.
Alhamdulillah banyak barang yang sempat diselamatkan termasuk barang yang Mek Ayah jual di halaman rumah dan barang barang penting dalam rumah seperti almari. Tapi malangnya beg sekolah saya, baju sekolah saya dan buku teks saya musnah tak sempat diselamatkan. Tapi tak apa. Asalkan keluarga saya selamat. Saya dapat buku teks baru dan pakai baju sekolah kakak saya punya. Lepas kejadian tu, Mek dan Ayah tinggal di rumah saya. Saya ingat lagi tarikh haritu, 8 Februari 2011 bersamaan dengan birthday ustaz kesayangan saya iaitu Ustaz Abdul Mun'im. Akhirnya kerja sekolah saya yang tak siap terkubur macam itu saja kahkah. Okay kembali kepada cerita asal, pada tahun 2011 Ayah menghadap Ilahi dan pada 2014 giliran Mek pula. Semoga mereka bersama orang orang yang beriman dan ditempatkan di syurga yang tertinggi di sisi Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb.
Jadi bila saya melawat rumah Mek Ayah tadi, rasa sayu sangat. Sedih sangat hati saya. Rumah tu sangat nostalgik dan menyimpan kenangan yang sangat berharga untuk saya sebab rumah tu menyaksikan zaman childhood saya. Setiap sudut rumah tu ada kenangannya tersendiri. Kalau nak cerita memang tak habis lah. Sebenarnya rancang nak tengok dari luar saja, tapi pintu tak berkunci pula. Kami masuk senyap senyap dan ambil gambar sebanyak yang mungkin sambil sambil ingat balik sini bla bla bla situ bla bla bla. Nasib baik tadi tak ada orang pun. Kang cakap kami ceroboh rumah pula kahkah. Bye.
P/S: Assalamu'alaikum W.B.T. Hari ini saya sangat produktif alhamdulillah. Hihi. Pagi tadi dalam pukul 6.50 AM saya dan Syahadah hantar Umi ke sekolah. Balik rumah saya siram pokok. Dalam pukul 9.50 AM saya dan Syahadah ambil akok di kedai dan pergi ke sekolah Umi untuk hantar barang jamuan. Lepas tu saya dan Syahadah minta izin Umi untuk pergi ke Rantau Panjang untuk beli ais krim. Tapi last minute plan, pergi tengok rumah Mek Ayah dulu.
اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
ReplyDelete