Friday, September 12, 2025
Wednesday, September 10, 2025
KOIR MERDEKA
Mempersembahkan pertandingan koir merdeka semua kelas tingkatan 1 hingga 4 sesi 2025. Pemenang akan diumumkan Jumaat depan sempena penutup bulan kemerdekaan iaitu pada 12.09.2025 in shaa Allah. Walaupun persediaan koir dibuat dalam masa dua hari sahaja, 2 Intan tetap perform! Kelas lain juga kebanyakan mantap.
Cuma biasa la kalau kelas pandai ni dia macam over sikit perancangan dia. Masa saya tengok latihan dorang, saya ada cringe sikit la sebab ada part tak perlu masukkan pun. Tapi alhamdulillah masa pertandingan dorang tak masukkan part tu dan letak yang biasa biasa saja. Tahu la kan kalau buat over sikit jadi tak sedap. Hiks.
Apapun, well done everyone!
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, September 9, 2025
HARI INI DALAM SEJARAH
09.09.2025
1. Kematian Cikgu Manaf = 09.09.2009
2. Hari kedua UPSR = 09.09.2009
3. Pembedahan tiroid = 09.09.2020
4. Tiga hari sebelum melahirkan Wildan = 09.09.2023
Monday, September 8, 2025
CHEF WILDAN & SOUS CHEF NAJHAN
Inilah Wildan dan adiknya Najhan yang malam malam sentiasa huru hara menunggu tidur, alhamdulillah. Suka, menangis, termenung, semuanya ada la sebelum tidur. Tapi kebiasaannya berakhir dengan menangis la kahkah. Tokbah selalu pesan supaya bersederhana dalam apa pun. Jangan galok galok.
Doakan dua orang budak botak ini menjadi anak yang soleh dan baik serta senang dijaga. Allahumma baarik.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, September 6, 2025
DAPUR ABE & ADIK
Assalamu'alaikum WBT.
Hari Khamis haritu adalah cuti peristiwa di majoriti sekolah di Kota Marudu. Tapi taska tidak cuti ya, jadi kami hantar juga anak anak soleh lagi baik ini di taska. Masa membeli di DIY, nampakla satu permainan masak masak ni. Macam siok ni kalau bagi Muhammad main, Abah dan Uminya berbicara. Takdela dia berebut dapur Umi kan. Jadi beli la kami yang murah saja buat raso raso bak kata orang putih.
Alhamdulillah tengok Muhammad menghargai mainan yang kami beli walaupun biasa. Tapi ya la dapur nya pun tak seberat mana kan, jadi ke sana ke sini dia bawa haha. Time dio maroh gak habis rembah la bue sumo mainan kecik kecik tu. Tapi begitula haha. Sekali Adik langgar dengan baby walkernya, habis berterabur. Hmm. In shaa Allah ada rezeki lebih dan dah pandai main, Umi belikan macam MamaIqa punya.
Kota Marudu, Sabah.
Friday, September 5, 2025
NIKMAT YANG DILUPAKAN
Assalamu'alaikum WBT.
Seringkali daku memikirkan perkara ini. Semua orang tahu juga tapi bila daku terfikir, rasa macam diri ini sangatla tidak mensyukuri nikmat yang melimpah limpah. Nikmat sihat. Bila sihat, kita tak rasa pun nak bersyukur ke nak berterima kasih kepada Allah sehinggala kita sakit, baru terfikir yang selama ini aku sihat. Besarnya nikmat sihat tu.
Sekian.
P/S: Masa dalam fikiran aku, punyala banyak idea nak cakap. Tapi bila tulis rasa tak terluah haha.
Thursday, September 4, 2025
SANAH HELWAH ALANG
Assalamu'alaikum WBT.
Happiest birthday ku ucapkan kepada abangku yang ketiga iaitu Alang, Ahmad Sobirin. Cantik namanya seindah tuannya. Tiber. Kaksha doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Alang, makbulkan segala doa Alang, permudahkan rezeki yang halal buat Alang, panjangkan umur Alang dalam kesihatan yang terbaik dan semoga Alang diberi kebaikan di dunia dan di akhirat.
Semoga rumah tangga yang dibina bersama Kakja sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Semoga hidup Alang dan Kakja sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Semoga hubungan perkahwinan Alang dan Kakja kekal hingga ke syurga Allah dalam kebahagiaan. Semoga Alang dan Kakja dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel, memberi manfaat kepada ummat.
Semoga yang baik baik saja untuk Alang dan Kakja. Love both of you ๐
Kota Marudu, Sabah.
Monday, September 1, 2025
MAJLIS SAMBUT MENANTU ALANG & KAKJA
Assalamu'alaikum WBT.
Taknak cakap banyak sebab daku tak terlibat pun dengan majlis ini kerana daku jauh di Sabah. Tapi apapun alhamdulillah ala kulli hal. Suka sangat tengok meriah begini. Abah dan Umi pun suka sangat tengok melayan tetamu. Lawak pun ada dengar cerita Umi pasal hari kejadian. Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus memastikan majlis bergerak lancar dan terkawal. Tiber macam ucapan lepas habis majlis sekolah kahkah.
Sebenarnya Allah saja yang tahu perasaan saya tak dapat bersama sama di majlis Alang. Tapi takpela orang takkan faham pun. Jadi bagus untuk saya hiburkan diri sendiri.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, August 31, 2025
HARI MERDEKA DI KUNDASANG
Di saat mereka di rumah bertungkus lumus menghadapi tetamu sempena majlis sambut menantu Alang dan Kakja, kami di sini menyibukkan diri supaya tidak mengganggu mereka yang sedang sibuk. Daku tahu juga mereka tiada masa untuk melayanku, jadi daku mengambil keputusan untuk menyibukkan diri ini dan keluarga.
Tiada la tempat lain yang selalu kena request untuk pergi melainkan Kundasang kahkah. Antara sebabnya nak makan nasi arab tempat favorite dan makan aiskrim yogurt di Desa Farm. Itula rutin kami kalau ke Kundasang. Nasi arab wajib repeat hihi sebab memang sedap dan banyak. Disebabkan kami di Kota Marudu juga, jadi kami ulang alik saja.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, August 30, 2025
BERKELAH DI PANTAI RIA BERSAMA JIRAN
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini adalah hari yang cerah. Tiber. Kami persatuan jiran Kampung Mangkupa telah ke Pantai Ria untuk berkelah dan buat potluck makan makan. Saya bawa buah honeydew, watermelon dan nuget ayam. Bila Abe Dailamie bagitahu kami diajak untuk berkelah dengan keluarga Sir Fahmi dan Aslam dua hari sebelum, saya bagi syarat taknak masak, nanti terbuka aib haha.
Alhamdulillah makanan yang kami bawa laku keras. Air vitagen pun saya bawa sebab tahu ada anak anak Sir Fahmi. Alhamdulillah dorang suka. Antara makanan lain adalah nasi kerabu, kawan Sir Fahmi iaitu Cikgu Yusuf dan Kak Mas bawa. Mereka guru di SK Pinggan-Pinggan dan SMK Pinggan-Pinggan. Sir Fahmi mengajar sekali dengan Abe Dailamie dan Aslam SK Tanjung Batu.
Akhirnya dapatla saya berkenalan dengan isteri-isteri mereka. Untuk pengetahuan semua keluarga adalah Kelantanese kecuali keluarga Sir Fahmi dari Selangor. Isterinya suri rumah tapi oversea graduate juga. Mereka ada 5 orang anak yang sangat aktif dan cerdik. Isteri Aslam suri rumah juga dan sekarang tengah mabuk mengandung anak pertama mereka. Sweet kan.
Bila duduk dengan dorang berborak, rasa dekat sangat macam duduk di Kelantan. Suka!!! Tapi awkward babe. Rupanya aku dengan Abe Dailamie paling introvert bila duduk dengan mereka haha. Banyak mendengar je la. Sekali dengan pening kepala menjaga anak anak soleh Wildan dan Najhan. Pantai Ria ni nama saja pantai tapi dia macam lata gitu.
Baru saja nak berkenalan dengan jiran kan, tapi minggu depan isteri Aslam akan balik Kelantan untuk sementara waktu sebab Aslam ada kem BIG di Kota Belud selama seminggu dan lepas tu ada banyak aktiviti. Jadi wifenya Husna macam lonely juga la di rumah dengan mengandungnya. Okayla apa apa je la. Hiks. Baikla itu saja untuk hari ini.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, August 28, 2025
GAME MENARIK KELAB PENDIDIKAN ISLAM
Hai semua! Apa khabar? Saya dalam keadaan baik. Terima kasih tanya. Kelmarin telah diadakan perjumpaan Kelab Pendidikan Islam. Ketua guru penasihatnya adalah Ustazah Roziah, dan memang kami saja yang mengendalikan kelab ini buat masa sekarang. Alhamdulillah kami sedikit aktif kelmarin hiks.
Saya telah sediakan 4 jenis permainan tapi sempat buat 2 sahaja tapi itupun sudah memadai sebenarnya. First buat game radio buruk, second pertandingan tulisan jawi dan last kuiz tentang Nabi Muhammad SAW. Simple saja tapi ambil masa juga la. Alhamdulillah ada fasi fasi form 4 yang sangat membantu. Semoga mereka enjoy.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, August 26, 2025
BUAH HATI PENGARANG JANTUNG
Assalamu'alaikum WBT.
Tengokla dua budak soleh dan baik ni. Banyak la ragam dorang sehari hari yang bikin hati senang dan geram juga kadang kadang. Tapi alhamdulillah ala kulli hal. Tengokla dorang pakai baju sedondon. Jadi kembar tak seiras dah haha. Ini gambar petang kelmarin. Nak boleh ke tidur tu, aduhai berperangla. Nak buat kerja sekolah jauh sekali kalau dorang belum tidur.
Tapi bila dorang tidur, daku dan bapaknya pun tertidur sekali. Besoknya bangun untuk ke sekolah lagi. Begitula kira kira rutin hariannya. Suka kan tapi penat juga la. Ada juga la kadang kadang kalau budak budak dah tidur, Abah dan Umi ni produktif buat kerja. Alhamdulillah. Kalau dalam seminggu hari bekerja tu adala dalam dua hari begitu.
Sekarang ini yang belum kesampaian daku nak buat adalah gosok baju kerja daku dan Abah Muhammad. Tak tahula bila nak buat tu. Hari sekolah balik jam 5. Sampai rumah dah 5.30 petang, lepas tu siapkan makanan dan solat Maghrib. Tidurkan budak budak kadang kadang sampai jam 8 malam. Lepas tu dengan aku sekali mengantuk dan tidur. Bila la aku nak gosok baju kahkah.
Doakan saya lebih produktif ya kawan kawan. Kalau boleh in shaa Allah balik sekolah hari ni saya nak kemas satu rumah, basuh baju, perap ayam dan gosok baju yang termampu sebelum pergi ambil anak anak soleh di taska. Doakan saya ya. Terima kasih Abah dah settlekan yang termampu sebelum pergi sekolah. Tapi karan pula mati pagi ni di rumah.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, August 25, 2025
HADIAH UNTUK PEMENANG
Assalamu'alaikum WBT.
Alhamdulillah hari ini lepas hutang seribu. Hihi. Rasa tenang bila dapat tunaikan janji untuk bagi hadiah dekat pemenang. Belah kiri ialah pemenang pertandingan nasyid anjuran unit beruniform PPIM dan sebelah kanan ialah pemenang pertandingan melukis poster anjuran Kelab Pendidikan Islam.
Semoga selepas ini kami dapat anjurkan lebih banyak aktiviti dan pertandingan yang boleh menghilangkan stress pelajar. Terima kasih Ustazah Roziah kerana menolongku mengumumkan pemenangnya di perhimpunan. Kalau tunggu guel yang buat, sampai kheyamat pun belum tentu.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, August 20, 2025
NASYID COMPETITION
Kumpulan Elica, Pontianak Dara. |
Kumpulan Putri, Memalu Kucing. |
Kumpulan Norshaira, Purnama Merindu. |
Kumpulan Batrisyia, Delima Merah. |
Kumpulan Aleesha, Gadis Pungutan. |
30 minute practice. |
Ustazah Roziah dan konco-konconya. |
Ustazah Syahirah and the followers. |
Assalamu'alaikum dan hai semua. Aktiviti kami pada perjumpaan PPIM kali ini ialah pertandingan nasyid. Satu kumpulan mengandungi 8 ke 9 orang ahli. Lagu dipersilakan pilih sendiri. Rancangan asalnya nak buat poster tapi rasa macam boring pula kan. Jadi kami buat nasyid sahaja dan dorang sangat suka alhamdulillah.
Nak kena membeli hadiah lagi nanti. Terbang la duitku kahkah. Takpela bukan selalu dapat menghiburkan anak anak PPIM dengan aktiviti begini kan. Terima kasih partner ku Ustazah Roziah kerana ada sekali. Cikgu Ira dan Teacher Jovi tidak join kami. Tapi semuanya dipermudahkan alhamdulillah.
Majoriti dorang ni memang berbakat. Jadi tak susah untuk suruh dorang menyanyi. Lirik pun dorang hafal sudah. Saya tengah fikir lagi nak beli hadiah apa. Team mana menang pun belum kami putuskan sebenarnya haha. Takpela Isnin nanti juga majlis penyampaian hadiahnya. Okayla sampai di sini dulu nota untuk kali ini. Bye!
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, August 19, 2025
TERIMA KASIH IBU
Terima kasih banyak banyak Ibu hadiahkan Wildan dan Najhan baju sedondon. Ibu cakap dia gatal tangan nak beli sebab dia suka tengok anak anak pakai baju sama macam anak Ibu sendiri Areesa dengan Aleena. Patutla saya tengok dorang sentiasa pakai baju sedondon ya. Comel!
Bukan sepasang bukan dua pasang tapi tujuh pasang ya tuan puan. Satu lagi tu dorang tengah pakai dalam gambar. Comel kan??? Hiks.
Semoga Allah melipat gandakan rezeki Ibu, permudahkan segala urusan Ibu dan semoga Ibu dan keluarga sentiasa sihat selalu. Allahumma aamiin.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, August 16, 2025
PIZZA DAY ๐
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini kita makan di Pizza Hut! Alhamdulillah di atas rezeki ini walaupun ia adalah perancangan saat akhir. Jam 4 lebih baru keluar rumah straight ke sini terus walaupun rancangan asalnya nak ke Eco Shop dulu tapi perut lapar.
Order set RM54 dapat pizza aloha chicken regular size 1, pasta asam laksa 1, pasta bolognese 1, air minum 2, garlic bread 1 dan mushroom soup 1. Alhamdulillah kenyang dooh! Wildan makan pasta. Najhan makan roti. Abah dan Umi makan the rest kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, August 14, 2025
WASIAT USTAZ AMRAN
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saya nak cerita benda sedih walaupun ia belum terjadi. Tapi ia bakal terjadi tidak lama lagi. Ustaz Amran nak pindah!!! Okay saya nak nangis. Ustaz Amran dah apply perletakan jawatan sebagai PK1 untuk menjadi guru biasa. Ia adalah disebabkan oleh Ustaz Amran nak minta pindah ke Semenanjung. Jadi kalau pindah dalam kuota pentadbir nanti jadi susah dapat.
Sedih kan??? Saya tak boleh bayangkan hidup kami tanpa tunjang utama sekolah dan tunjang utama Pendidikan Islam di sini. Mengapa mesti sekarang? Satu lagi berita tidak berapa bagus, kalau ustaz dapat pindah, saya yang akan menggantikan ustaz mengajar form 5. Kau rasa lawak ke benda tu? Bertungkus lumus balik la kami mengajar lebih 36 masa.
Ustaz janganla pindah dulu. Bagila saya selesa dulu dekat sini. Kan saya makin rajin dan produktif sekarang. Tolongla guide saya dulu ustaz. Apa nak jadi kalau saya ditinggalkan dengan si Jia je hua hua. Tapi apapun pilihan ustaz, semoga Allah permudahkan semuanya. Kalau itu yang terbaik untuk ustaz, semoga Allah lancarkan semuanya.
P/S: Gambar di atas diambil di meja saya di bilik guru berbincang tentang UTQH 2025 yang akan diadakan minggu depan. Doakan. Banyakla yang ustaz bagi guidance buat itu ini senang kalau ustaz dah pindah nanti. Perlu ke cakap macam tu ๐ญ
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, August 12, 2025
MUHAMMAD WILDAN: 23 MONTHS OLD
I gave birth to this cheeky little boy 23 months ago, and he'll be turning two super soon in shaa Allah. How time flies ๐ฅบ Why am I being emotional??? Tiber kan speaking. Sampai situ je daku punya vocab. Pernah satu kali saya berblog, saya cakap nak suruh si Muhammad cepat cepat besar, makanya masa tu baru 9 hari umurnya kali.
Tapi sekarang lain lagi saya punya harapan. Jangan la cepat betul membesar wahai anak solehku ๐ญ Kenapa cepat betul masa berlalu! Anak Umi yang soleh ni nak masuk dua tahun dah in shaa Allah. I'm not ready!!! Semoga anak Umi membesar dengan sebaik mungkin, dikelilingi oleh persekitaran yang positif, memberi manfaat kepada orang lain.
Alhamdulillah setakat ini ada beberapa perkataan yang dia boleh sebut dengan jelas dah. Antaranya, duduk - habis - nak main - air susu - tutup - abah - omar hana - abe - mama - ibu. Kalau perkataan yang tak jelas antaranya, umi - mamada - tokbah - tokmi - adik. Ada lagi kot tapi saya lupa. Hiks. Alhamdulillah ada juga progress.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, August 11, 2025
BAJU KAKDA
Hai assalamu'alaikum semua. Guess what? Hari ini saya pakai baju yang Kakda bagi. Hiks. Cantik sangat dan selesa pakai. Macam ngam ngam saiz saya tau. Tak besar tak kecil. Kakda bagi masa nak pindah haritu. Umi pun cakap cantik.
Sebenarnya baju ni Kakda jahit masa di Tahiriah Tasek dulu. Itu yang labuh betul dan gaya ustazah gitu. Tapi macam satu kali ja Kakda pakai. Jadi memang rezeki saya la hihi. Terima kasih Kakda! Semoga pahala buat Kakda sentiasa mengalir in shaa Allah.
Tudung tu macam 5 hari sudah saya pakai, tiada saya cuci kahkah. Senang kalau tudung hitam, kena hingus si Najhan pun boleh hilang begitu ja. Kalau tudung warna kelabu ke koko ke maunya hari hari basuh. Doakan saya istiqamah tutup aurat dengan sempurna.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, August 7, 2025
GO! GO! PPIM ✨
Siapa sangka seorang insan yang dulunya seorang pelajar yang tidak pernah mengambil port tentang kokum apatah lagi Puteri Islam pinky pinky, sekarang bergelar Ketua Penasihat PPIM. Haha lawaknya dunia. Inilah diri yang dulunya sentiasa lari dari perjumpaan kokum dan tidak pernah tahu apa yang dilakukan dalam suatu unit beruniform, sekarang bergelar ketua penasihat lagi.
In shaa Allah 8, 9 dan 10 Ogos 2025 ini akan diadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah di SMK Tandek 2. Macam biasa kami kena uruskan aktiviti masakan rimba. Sudah saya siapkan kertas konsep. Mungkin ada improvement sikit la dari tahun lepas. Yang saya suka dan semangat sikit tahun ini adalah sebab setiap unit dapat peruntukan RM500.
Jadi saya gunakan peluang keemasan ini untuk membelanjakan duit itu untuk membeli aset PPIM seperti periuk, kuali, senduk, bekas makanan dan sebagainya. Baki tu beli bahan masakan untuk perkhemahan. Sudah saya suruh budak atur sendiri menu apa yang dorang nak. Jadi senangla nak cari bahan. Semoga Allah permudahkan segalanya in shaa Allah. Doakan ya teman teman.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, August 5, 2025
MISS YOU ABAH UMI ❤
I don't know why, but Abah and Umi looking extra good in this picture. So handsome and beautiful uri Appa and Omma. Maybe I'm just missing them so much ๐ญ Wanna go home so bad. Kaksha rindu Abah Umi dooh. Nothing can describe my feeling right now. I need both of you right now and forever๐น You're my world, my strengh, my idol, my inspiration, my everything.
Semoga Abah dan Umi dipanjangkan umur dalam kesihatan yang terbaik, sentiasa aktif dalam melakukan apa apa aktiviti, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala doa, diringankan segala beban setiap hari, dilancarkan segala perancangan, dipermudahkan rezeki yang halal buat Umi dan Abah. Semoga Abah dan Umi dianugerahkan syurga Allah yang tertinggi dan dapat masuk syurga tanpa hisab.
Kaksha sayang Abah dan Umi dooh dooh. Kaksha rindu Abah Umi dooh dooh. Terima kasih Abah dan Umi sentiasa memahami Kaksha dari dulu sampai sekarang. Kaksha minta maaf sokmo sokmo menyusahkan Abah Umi. Semoga Allah angkat segala beban Abah dan Umi. Semoga kesabaran Abah dan Umi dalam menghadapi segala dugaan hidup digantikan dengan syurga Allah yang tertinggi. Semoga Abah Umi boleh hidup tenang tenang tanpa memikirkan apa apa masalah.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, August 2, 2025
BULAN BARU, AZAM BARU
Banyak yang saya nak cakap ni tapi secara random sahaja apa yang terlintas di kepalaku.
1. Nak lebih productive blogging
2. Taknak procrastinate kerja sekolah
3. Mengajar menggunakan bahan yang lebih menarik
4. Nak kemas lockerku dalam bilik stor
5. Kemaskini fail panitia
6. Buat RPH setiap hari
7. Kemas almari mejaku
Thursday, July 31, 2025
KAKLONG'S BIRTHDAY
Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran kakak iparku, Kaklong yang ke-31. Seawal jam 6.40 pagi ya guel wish dekat Kaklong via Whatsapp. Hiks. Semangat ke tak semangat? Saya ni bukan berani sangat nak mesej Kaklong sebab gaya Kaklong bermesej macam garang haha. Jadi saya takut bah. Tapi sebenarnya Kaklong baik saja, macam bubbly gitu. Boleh bayang je macam mana Kaklong bercakap. Tapi kalau guna Whatsapp saya jadi awkward. Hiks.
Jadi, happiest birthday to my first ever sister in law, superwoman to Iman, Abdurrahman, Abdullah dan Abdul Hadi. Semoga Allah makbulkan segala doa Kaklong, panjangkan umur Kaklong, dipanjangkan umur Kaklong dalam kesihatan yang terbaik dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Kaklong sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Saya masih menunggu kalau satu hari nanti mereka menghadiahkan empat beradik itu adik baru kahkah. Senangla bercakap haha.
Maafkan adik iparmu ini yang jarang betul contact dengan anak anak buah yang cerdik, baik, soleh dan sihat. Semoga yang baik baik saja untuk Kaklong sekeluarga.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, July 30, 2025
BUKU NOTA LAMA
Assalamu'alaikum WBT.
Baru baru ni saya dan Abe Dailamie kemas bilik yang satu. Di situla tempat sangkut baju, jemur baju, gosok baju dan segala benda akan dihantar ke situ. Yang bikin geram adalah setiap hari ada saja semut di bilik tu jadi kami bongkar itu kotak nak tengok apa punca semut itu. Rupanya kotak printer saya tu dah hancur belah belakang jadi penempatan itu semut. Jadi satu projek pula nak mengemas semua.
Okay straight to the point, kami kosongkan semua kotak yang ada dan beli laci baru dua buah. Jadi jumpa la saya punya buku buku nota dulu yang masa saya praktikal dan masa mula mula posting. Segala gambar yang kamu lihat di atas adalah dalam satu buku nota yang saya guna masa praktikal di SAMER. Hmm banyaknya kenangan dalam satu buku.
Ada lukisan si Mukhlisin yang tak pernah lekang tangannya daripada melukis ya. Ada lagi Syahadah punya catatan pasal subjek yang nak diambil dalam sem tu. Comel kan? Nak cakap cepat masa berlalu, sekarang dia dalam fasa praktikal sama macam saya hadapi 4 tahun lepas. Siapa pernah sangka secepat ini adik-adikku membesar? Why do you grow up so fast?! I'm not ready for that ๐ญ
Kalau boleh tengok ya kawan kawan, punyala aku excited setiap kali nak kelas masa praktikal. Sangat bersedia ya kawan kawan. Perancangan tu lebih dari perancangan pembangunan negara maju. Kalah la Jepun kalau tengok saya punya plan kahkah. In shaa Allah semoga saya sentiasa rasa berbunga bunga begitu juga setiap kali kelas sekarang. Hiks.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)