Monday, December 15, 2025

RANDOM PHOTOS (AYANA KUNDASANG)


Umi, Abe dan Adik teman Abah ke Kundasang untuk menghadiri makan malam sekolah di The Hill. Tapi kami stay di bilik saja. Tertunai juga la hajat Abah nak memenuhi undangan pengetua. Masa ni kalau ikutkan semua tak sihat. Adik dan Abe baru kebah demam dan masih batuk selesema. Umi punya badan pun masih lemah, batuk kuat sangat dan selesema juga. Alhamdulillah Abah sihat walafiat boleh drive dari Kota Marudu ke Kundasang.

Macam mana saya boleh lupa bahawa Kundasang sangat sejuk. Kenapa la tak bawa selimut lebih. Sejuk dooh. Mula nya nak tidur dekat bawah saja sebab takut anak anak jatuh katil. Tapi sebab sejuk dooh, semua tidur atas katil. Alhamdulillah okay juga. Pagi pagi lagi dah check out sebab tak tahan sejuk. Bayangkan Adik kena pakai handsock Umi di kaki sebab tak ingat bawa stokin Adik. Hiks begitula sedikit sebanyak pengalaman di Kundasang kali ini. 

Abah kata puas hati dooh makanan di The Hill. Tak macam makan malam sekolah Umi haritu kahkah. Dahla lauk sikit, kurang sedap dan sangat terhad. Ya la dari segi bayaran pun dah tahu. Sekolah Umi bayar RM39 saja untuk makanan. Sekolah Abah bayar RM150 setiap seorang. Mana tak mewahnya. Apa pun alhamdulillah. Okayla sampai di sini dulu coretan yang singkat ini. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment