Friday, December 19, 2025

COMING HOME AFTER 10 MONTHS

Otw to airport.

Banyaknya barang!

Anak manja.

Excitednya muka Abe.

Kenapa Adik sedih tu.

Belum terbang dah tidur si Abe.

Abe dan Umi.

Adik dan Abah.

Malu malu jumpa MamaIqa dan Ayah Chik.

Posing satu kali sebelum berpisah.

Doh guane tiok gitumo tu.

Hampir setahun tak jejak bumi Kelantan. Alhamdulillah akhirnya tiba masanya walaupun tempoh cuti tidak sampai sebulan pun. Perjalanan jauh bersama dua anak soleh ini tidak mudah tapi alhamdulillah Allah permudah. Awal pagi lagi dua dua mengamuk menangis taknak duduk atas carseat. Almaklumlah kami memulakan perjalanan dari Kota Marudu seawal jam 5 pagi. 

Terima kasih Danial sudi tumpangkan kereta kami di apartment kamu. Jasamu akan kuingati sentiasa. Sempat bertemu mata dengan Kakcik dan Abe Cik ketika transit di KLIA. Gigihnya mereka datang semata mata ingin bertemuku kahkah ndala mereka ingin bertemu anak anak saudara yang lama sudah tidak berjumpa ya. Hampir setahun bukan sekejap. 

Flight KK-KL Wildan dan Najhan tidur sepanjang perjalanan. Bersyukur sangat. Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit lebih kurang. Namun, perjalanan dari KL-KB sangat mencabar fizikal, akal dan mindaku. Tapi yang saya syukur sangat adalah mereka langsung tidak menangis cuma taknak duduk diam di seat mereka. Nasib baik 45 minit saja. 

Sampai KB, Abah dan Umi datang ambil di airport! Terima kasih Abah dan Umi ♥️ Syahadah dan Adik tidak turut serta sebab kekangan ruang walaupun sudah menggunakan kereta paling besar di rumah iaitu Perodua Aruz. Barang kami banyak! Alhamdulillah ala kulli hal. 

No comments:

Post a Comment