Sunday, February 23, 2025

SANAH HELWAH TOKMI 💞


Selamat hari lahir Tokmi yang ke-16 bak kata Tokmi hihi. Tokmi ni happy go lucky alhamdulillah. Suka sangat cakap atau buat benda random. Daku dah nampak dah dari mana datangnya perangai MamaIqa dan MamaDa kahkah. Sedihlah tak boleh celebrate birthday Umi bersama. Tapi yang penting sentiasa dalam doaku in shaa Allah. 

Terima kasih Tokmi banyak dooh jasa Tokmi terhadap Umi Muhammad. Hok selama daku hidup ni meme tok terhitung la jasa dan pengorbanan Umi nya, tapi nok oyak hok masa daku berpantang di rumah. Banyak dooh Umi tolong dari jaga diriku, makan minumku hinggalah jaga Wildan dan Najhan. Rindu nak Umi suap lagi macam masa hari pertama pantang.

Terima kasih Umi atas segala nasihat yang diberikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan Umi, panjangkan umur Umi, makbulkan segala doa Umi. Semoga Umi hidup dalam rahmat Allah sentiasa, diberi ketenangan hati sentiasa, dipermudahkan rezeki yang halal in shaa Allah. Love you Umi! Semoga Umi sentiasa happy dan sporting seperti selalu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, February 20, 2025

TWINNING WITH ADIK


Aloh aloh tokleh la abenyo tengok adik pakai stokin dia pun nok jugok. Nok feeling baby la kali Wildan yang soleh ni. Penyodek tok tinggal. Harapnyo tok pok la adik nga senduk tu. Alhamdulillah setakat ini Umi masih survive menjaga dua orang ini sambil menjalankan tanggungjawabku sebagai tukang masak di rumah ini. 

Janganlah, kito masok loni deh kahkah. Terpaksa sebenarnya. Satunya memang niat nak berjimat. Satu lagi Abah Muhammad nyo tokleh masuk makanan Sabah pulok doh. Rela berlaparla weh. Daku masak pun takdoklah sesedap mana pun, tapi boleh lagi lah telan alhamdulillah. Semoga semakin improve lah skill memasakku hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, February 19, 2025

HOMEMADE ICECREAM



Eat healthily la konon ni. Buat aiskrim la, makan yogurt la. Akhirnya aiskrim nda juga jadi. Tak tahulah salahku di mana. Dia tak jadi macam tekstur aiskrim pun. Padahal ikut bulat-bulat resepi di Tiktok. Dia jadi macam air batu biasa. Cepat cair. Tapi alhamdulillah Wildan jaga hati Umi buat-buat macam sedap je gayanya. 

Dea mari angin rajin, sanggup gi beli acuan aiskrim ni. Tapi lepas ni rasanya jadi sekadar hiasan jah acuan tu. Daku nya cepat give up haha. Malas doh buat aiskrim lepas ni. Tok jadi pun. Tapi buah makan dengan yogurt sedap deh. Hihi meme berzaman doh orang makan gitu. Tapi guel baru try. Sedap! 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, February 18, 2025

SANAH HELWAH POKSU ❤


Selamat hari lahir Poksu yang ke-18 tahun. Poksu yang gentle, penyayang, baik dan murah hati. Poksu yang dulu bukanlah yang sekarang, dulunya lain sekarang alhamdulillah. Tiber. Okay gurau. You've been so nice since your existence alhamdulillah. 18 tahun sudah kau dek. Semoga kau dijauhkan daripada perkara-perkara negatif in shaa Allah. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan Poksu, makbulkan segala doa Poksu, panjangkan umur Poksu, permudahkan rezeki yang halal buat Poksu dan diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Semoga Poksu sentiasa istiqamah dengan hafalannya. Semoga Poksu berjaya dunia akhirat. Goodluck Poksu belajar untuk STAM. 

Gapailah cita-citamu dek. Semoga Allah mudahkan jalanmu menuju kejayaan. Kami semua sayang Poksu. Kalau Poksu nak claim apa-apa hadiah, bagitahu je ya. Tapi harapnya Poksu tok baco lah blog ni kahkah. Terima kasih Adik banyak tolong Kaksya jaga Muhammad dan Najhan sepanjang kami di rumah. Kau sangat membantu. Love you 🩷

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, February 15, 2025

HOUSEHUNTING


Mencabar juga ya mencari rumah bersama anak-anak kahkah. Nak kena keluar dari rumah Kakda secepat mungkin tapi rumah belum jumpa. Adalah beberapa pilihan rumah sebenarnya tapi saya masih dalam dilema. Kalau rumah kosong takkan nak beli barang baru semua macam washing machine, peti, dapur, tong gas dan sebagainya. 

Kalau sewa rumah yang fully-furnished, takut banyak barang nanti senang dicapai oleh Mr. Wildan al-Hakim. Begitulah. Tengoklah macam mana ya. Doakan yang terbaik ya. Hiks. Oh lupa nak cakap, barang yang Tokmi pos dari Kelantan dah sampai alhamdulillah. Terima kasih Tokmi. Hampir beribu Tokmi habis untuk barang yang dipos sahaja. Semoga Allah permudahkan rezeki Tokmi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, February 14, 2025

TEMAN ABAH LAPOR DIRI

Hari ini merupakan hari Abah lapor diri alhamdulillah. Umi dah nervous dah sebab akan menjaga dua budak ini sendirian dalam bilik hotel ini. Alhamdulillah Abah pilih hotel yang senang Muhammad nak explore. Takdelah keboringan sangat. Televisyen pun menjadi alhamdulillah. Budak ni tak lari la dari memasak. Dekat mana-mana pun bukan penghalang untuk dia memasak kahkah. 

Terima kasih Abah bekalkan roti canai dan air milo. Abah ada beli nasi tapi tak masuk perut la nasi dia. Abah sendiri pun lapar sangat pun sanggup tak makan sebab tak boleh masuk. Nervous la nak kena masak kahkah. Sebenarnya saya sedang resah sebab belum jumpa rumah sewa. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Kinabalu, Sabah. 

Wednesday, February 12, 2025

KB-KL-KK


Assalamu'alaikum WBT. 

Perjalanan yang tak mudah nak kena handle dua ketul ini dengan badan sendiri penat tapi alhamdulillah dipermudahkan. Terima kasih ya Allah. Letak sini gambar sebagai kenangan. First time naik flight berempat. Nervous juga sebab tak tahu ragam dorang yang mendatang tapi alhamdulillah dua-dua good boy walaupun ada ketikanya menangis dalam flight. 

Kesian Wildan boring masa transit di KLIA. Ada dalam 1km saya bawa dia berjalan sebab dia taknak duduk diam. Bergilir jaga dengan Abahnya. Yalah bukan salah dia. Memang lama pun menunggu. Apapun semuanya dipermudahkan. Sampai saja di KK, terus Abah book Maxim gerak ke hotel terus. Tak terbayang kalau kena termenung lagi di airport sementara menunggu masa untuk ambil kereta di rumah Danial. 

Terima kasih Abah. Selesa sangat hotel yang Abah book. Sampai hotel, mandi dan tidur sampai ke Subuh. Alhamdulillah Wildan dan Najhan memberi kerjasama tidur sekali. Kepenatan kali dorang. Sabar ya anak-anak. Beginilah permulaan kita untuk hidup sebagai sebuah keluarga bersama. In shaa Allah kita sama-sama menghadapi semua ini. Doakan! 

Kota Kinabalu, Sabah. 

Tuesday, February 11, 2025

MAKCIK, NAK BAYAR!


Hari ini Muhammad beli air batu campur di kedai depan rumah Tokma. Pandai pula dia nak bayar sendiri ya. Dekat manalah dia tengok orang buat macam itu. Sedap abc dia. Murah pula tu. Harga dia RM3 sahaja yang bekas gelas besar. 

Muhammad makan dua tiga sudu saja. Selebihnya Umi dia tapau sampai habis hihi. Jangan bagitahu Tokmi ya. Ini rahsia kita berdua ya Muhammad. Hiks. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Saturday, February 8, 2025

SEMUANYA DALAM SEMINGGU


Masa yang ada untuk menyelesaikan segalanya hanyalah seminggu. Terbang ke Sabah in shaa Allah pada 11hb. Dari beli tiket flight, buat dokumen dpt, kemas barang serta hal-hal lain, semuanya perlu diselesaikan segera. Disebabkan sekarang hampir habis cuti sekolah, tiket terlalu mahal ya Allah. Tiket sehala untuk 4 beranak adalah RM2009 dan berapa sen saya lupa. 

Tapi apakan daya, tak beli alamatnya tak terbanglah ke Sabah kahkah. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan. Dulu daku ke sana seorang diri, setelah itu dua orang, setelah itu tiga orang setengah, in shaa Allah tak lama lagi empat orang. Alhamdulillah ala kulli hal. Banyak perkara bermain di kepala saya yang tak dapat saya luahkan tapi semoga Allah permudahkan.

Anak soleh  Muhammad Wildan tolong Abah dan Umi mengemas barang dan pilih barang yang nak dibawa. Entah cukup entah tidak barang sebab saya tak beli baggage. Sebenarnya yang banyak adalah baju Wildan dan Najhan. Saya punya rasanya tak sampai lima helai pun kahkah. Abah Muhammad lah yang banyak kali. Takpelah apa-apa pun semoga dipermudahkan. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, February 6, 2025

MAJLIS AQIQAH WILDAN & NAJHAN







Alhamdulillah hari ini selesai majlis aqiqah anak-anak soleh dan cerdik Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan di rumah Tokma mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat sponsor makanan itu dan ini, terima kasih juga kepada semua yang memerah keringat demi menjayakan majlis ini dan terima kasih juga kepada yang sudi hadir memenuhi jemputan lebih-lebih lagi kepada keluargaku terchenta.

Abah Muhammad menempah dua ekor kambing, satu setiap seorang lah. Tempah secara online yang sudah siap dimasak. Alhamdulillah sedap. Tokmi buat colek buah special. Sedap sangat! Maklang buat pulut kuning dan ayam pedas, Mak Ude buat asam laksa, ada yang sponsor kek, jelly dan sebagainya. Lauk sampingan yang lain ayam goreng. Meriahlah makanannya alhamdulillah. 

Suka sangat dapat berkumpul ramai-ramai begini. Bukan selalu dapat satukan mereka sebab masing-masing ada keluarga dan agenda sendiri. Semoga dengan asbab majlis ini, silaturrahim yang terjalin antara mereka semakin utuh in shaa Allah. Malangnya Insyirah anak Poknik Moknik tak sihat sampai kena masuk air dalam badan. Petang baru mereka datang makan. 

Saya suka sangat tengok Iman dan Abdurrahman makan dengan berseleranya sampai menambah berkali-kali. Abdullah Abbas tak sunyi daripada refill air. Kejap air milo kejap air sirap. Abdul Hadi steady makan sambil berjalan. Alhamdulillah. Doakan semoga Wildan dan Najhan menjadi anak yang soleh, sihat, kuat, cerdik, baik dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Wednesday, February 5, 2025

PETANG BERSAMA TOKBAH & TOKMI

Cucu Tokbah Tokmi yang bernama Iman dan Abdurrahman sangat function ya hari ini. Mengangkut bata dari tangga halaman rumah ke rumah kucing di belakang. Makin dipuji makin laju kerja mereka. Bagus sangat. 

Kalau bata ada 20, mau 20 kali dia berhenti depan aku yang tengah bersantai di buai untuk tunjuk tengah buat kerja haha. "Mama Sya, tengok ni Iman kuat." "Mama Sya, tengok ni Abdurrahman angkat guna satu tangan je." 

Mama Sya angguk dan puji sambil senyum sampai naik lenguh pipi ni. Tapi takpe asal kerja siap ya. Yang buat kerja dua orang je, yang menyibuk yang ramai termasuk aku kahkah. Abbas sibuk nak ikut Tokbah naik motor pergi kedai. 

Abdul Hadi dengan Wildan bersantai jalan-jalan sambil tengok orang lain buat kerja. Begitulah sepetang bersama anak-anak fruits yang semakin cepat membesar. Semoga semuanya soleh solehah penyejuk hati dan rajin menolong. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Saturday, February 1, 2025

PENGALAMAN NAJHAN DALAM PERUT

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saya sedikit free untuk menceritakan benda yang tak perlu pun sebenarnya kahkah. Tapi takpelah sebagai kenangan dan bahan bacaan untukku pada masa akan datang in shaa Allah jika dipanjangkan umur. Apa yang saya nak cerita adalah perjalananku mengandungkan si budak Najhan hihi. 

Sebenarnya masa saya tahu mengandung, kandungan masa itu dah nak masuk 10 minggu iaitu dua bulan lebih. Dapat tahu tu sebab saya syak diri saya ada something wrong tapi tak syak mengandung. Saya syak satu penyakit ni nauzubillahiminzalik, daripada segala simptom yang saya hadapi masa tu.

Antaranya, kencing lebih kerap, period tak teratur, rasa tak selesa bawah perut dan beberapa benda lagi saya tak ingat. Saya ada beli pregnancy test kit tu dan test. Naik positif tapi saya langsung tak syak mengandung sebaliknya saya semakin yakin bahawa saya menghadapi penyakit itu. 

Jadi saya diam je lah walaupun positif sampailah saya rasa jadi makin teruk macam ada tak selesa di bahagian bawah perut. Kebetulan masa tu cuti bulan 5, Abah Muhammad ada datang Sabah. Kami pergi klinik tapi saya masuk satu orang je. Muhammad duduk dengan Abah dia dalam kereta. 

Bila doktor tanya nak buat apa, saya kata nak scan. Dia tanya nak scan pregnancy ke, saya jawab tak, saya nak scan penyakit. Dia tanya saya punya last period bila dan beberapa soalan lagi dan lepas tu dia scan. Masa doktor nak scan, aik tiba-tiba Muhammad dan Abahnya muncul. 

Dorang tengok saya kena scan juga. Sekali, dekat monitor tu masa doktor scan keluar seketul benda. Doktor cakap tu ada. Ada apakah??? Doktor cakap, kamu ni nak masuk 12 minggu pregnant. Terdiam saya dan juga Abah Muhammad. Ya Allah, bersediakah kami? Itulah dalam fikiran saya masa tu.

Dahlah Muhammad masa tu baru masuk 7 bulan tak silap. Tapi saya sangat beryukur dengan rezeki yang tak ternilai ini cuma terkejut dan sangat tak jangka. Banyak kali saya tanya doktor, ini sahih ke? Bukan penyakit ke? Doktor ketawa je. Dasar doktor. Aku dahlah tengah panik. 

Ouh saya ingat lagi masa doktor tanya pasal period tu dan memang saya lambat sebulan tapi tak syak sebab dua bulan sebelum saya lambat juga dan lepas tu datang lagi. Memang saya period tak teratur dari dulu lagi. Jadi tak pelik pun bagi saya. 

Doktor pun cakap, anak first umur berapa dan saya jawab 7 bulan. Dia pun cakap, ouh by the time kamu deliver anak kamu dah setahun lebih, okaylah tu jangan risau. Saya pun cakap, tak doktor saya ni nak check penyakit bukan mengandung. Haha bila ingat balik rasa lawak dooh sebab confident betul guel mengajar doktor. 

Saya dan Abah Muhammad sama-sama terkejut dengan berita ini dan saya boleh justify di sini kenapa saya lambat bagitahu family pasal ni. Ahli keluarga yang pertama saya bagitahu adalah Syahadah, Umi, Adik dan Kakcik. Masa tu dah 6 bulan lebih. Sebenarnya saya nak bagitahu masa balik cuti bulan 9 tapi dorang buat umrah pula. 

Ahli keluarga belah sana kami tak bagitahu pun tapi masa saya balik cuti bulan 9 dorang sendiri nampak. Tak bagitahu tu bukan tak excited ke tak happy ke, tapi lebih kepada terkejut. Jadi saya tak tahu macam mana nak react. Alhamdulillah semunya dipermudahkan. Kakda tahu awal juga sebab tak boleh tipu, duduk serumah kan. 

Awal-awal saya mengelak juga dari bagitahu tapi bila saya balik lambat sebab pergi klinik checkup, Kakda akan tanya. Jadi daripada penat cari alasan, bagus saya bagitahu. Tapi memang Kakda tak bagitahu sesiapa sampailah mereka sendiri nampak perubahan fizikal saya. Tapi saya paling suka bila family saya tahu. 

Lagi-lagi Syahadah ternganga mulutnya. Reaksi Kakcik pun lebih kurang. Adik pun lawak. Reaksi Umi pun lawak dengan pakai mask mukanya. Saya ingat lagi Umi cakap, Umi peringat pun peringat doh. Haha takut! Tapi Umi antara the biggest supporter saya walau apapun Umi cakap. Hiks. Begitulah ceritanya. 

Rantau Panjang, Kelantan.