Mencabar juga ya mencari rumah bersama anak-anak kahkah. Nak kena keluar dari rumah Kakda secepat mungkin tapi rumah belum jumpa. Adalah beberapa pilihan rumah sebenarnya tapi saya masih dalam dilema. Kalau rumah kosong takkan nak beli barang baru semua macam washing machine, peti, dapur, tong gas dan sebagainya.
Kalau sewa rumah yang fully-furnished, takut banyak barang nanti senang dicapai oleh Mr. Wildan al-Hakim. Begitulah. Tengoklah macam mana ya. Doakan yang terbaik ya. Hiks. Oh lupa nak cakap, barang yang Tokmi pos dari Kelantan dah sampai alhamdulillah. Terima kasih Tokmi. Hampir beribu Tokmi habis untuk barang yang dipos sahaja. Semoga Allah permudahkan rezeki Tokmi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment