Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saya sedikit free untuk menceritakan benda yang tak perlu pun sebenarnya kahkah. Tapi takpelah sebagai kenangan dan bahan bacaan untukku pada masa akan datang in shaa Allah jika dipanjangkan umur. Apa yang saya nak cerita adalah perjalananku mengandungkan si budak Najhan hihi.
Sebenarnya masa saya tahu mengandung, kandungan masa itu dah nak masuk 10 minggu iaitu dua bulan lebih. Dapat tahu tu sebab saya syak diri saya ada something wrong tapi tak syak mengandung. Saya syak satu penyakit ni nauzubillahiminzalik, daripada segala simptom yang saya hadapi masa tu.
Antaranya, kencing lebih kerap, period tak teratur, rasa tak selesa bawah perut dan beberapa benda lagi saya tak ingat. Saya ada beli pregnancy test kit tu dan test. Naik positif tapi saya langsung tak syak mengandung sebaliknya saya semakin yakin bahawa saya menghadapi penyakit itu.
Jadi saya diam je lah walaupun positif sampailah saya rasa jadi makin teruk macam ada tak selesa di bahagian bawah perut. Kebetulan masa tu cuti bulan 5, Abah Muhammad ada datang Sabah. Kami pergi klinik tapi saya masuk satu orang je. Muhammad duduk dengan Abah dia dalam kereta.
Bila doktor tanya nak buat apa, saya kata nak scan. Dia tanya nak scan pregnancy ke, saya jawab tak, saya nak scan penyakit. Dia tanya saya punya last period bila dan beberapa soalan lagi dan lepas tu dia scan. Masa doktor nak scan, aik tiba-tiba Muhammad dan Abahnya muncul.
Dorang tengok saya kena scan juga. Sekali, dekat monitor tu masa doktor scan keluar seketul benda. Doktor cakap tu ada. Ada apakah??? Doktor cakap, kamu ni nak masuk 12 minggu pregnant. Terdiam saya dan juga Abah Muhammad. Ya Allah, bersediakah kami? Itulah dalam fikiran saya masa tu.
Dahlah Muhammad masa tu baru masuk 7 bulan tak silap. Tapi saya sangat beryukur dengan rezeki yang tak ternilai ini cuma terkejut dan sangat tak jangka. Banyak kali saya tanya doktor, ini sahih ke? Bukan penyakit ke? Doktor ketawa je. Dasar doktor. Aku dahlah tengah panik.
Ouh saya ingat lagi masa doktor tanya pasal period tu dan memang saya lambat sebulan tapi tak syak sebab dua bulan sebelum saya lambat juga dan lepas tu datang lagi. Memang saya period tak teratur dari dulu lagi. Jadi tak pelik pun bagi saya.
Doktor pun cakap, anak first umur berapa dan saya jawab 7 bulan. Dia pun cakap, ouh by the time kamu deliver anak kamu dah setahun lebih, okaylah tu jangan risau. Saya pun cakap, tak doktor saya ni nak check penyakit bukan mengandung. Haha bila ingat balik rasa lawak dooh sebab confident betul guel mengajar doktor.
Saya dan Abah Muhammad sama-sama terkejut dengan berita ini dan saya boleh justify di sini kenapa saya lambat bagitahu family pasal ni. Ahli keluarga yang pertama saya bagitahu adalah Syahadah, Umi, Adik dan Kakcik. Masa tu dah 6 bulan lebih. Sebenarnya saya nak bagitahu masa balik cuti bulan 9 tapi dorang buat umrah pula.
Ahli keluarga belah sana kami tak bagitahu pun tapi masa saya balik cuti bulan 9 dorang sendiri nampak. Tak bagitahu tu bukan tak excited ke tak happy ke, tapi lebih kepada terkejut. Jadi saya tak tahu macam mana nak react. Alhamdulillah semunya dipermudahkan. Kakda tahu awal juga sebab tak boleh tipu, duduk serumah kan.
Awal-awal saya mengelak juga dari bagitahu tapi bila saya balik lambat sebab pergi klinik checkup, Kakda akan tanya. Jadi daripada penat cari alasan, bagus saya bagitahu. Tapi memang Kakda tak bagitahu sesiapa sampailah mereka sendiri nampak perubahan fizikal saya. Tapi saya paling suka bila family saya tahu.
Lagi-lagi Syahadah ternganga mulutnya. Reaksi Kakcik pun lebih kurang. Adik pun lawak. Reaksi Umi pun lawak dengan pakai mask mukanya. Saya ingat lagi Umi cakap, Umi peringat pun peringat doh. Haha takut! Tapi Umi antara the biggest supporter saya walau apapun Umi cakap. Hiks. Begitulah ceritanya.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment