Monday, March 31, 2025

RAGAM RAYA PERTAMA


Pertama sekali, jangan tanya di mana guel. Semestinya guel adalah photographer of the year haha. Yang penting orang lain handsome orang lain comel, aku macam mak lampir belakang kamera janganlah dipersoalkan tiber. Selamat hari raya semua. Macam mana raya pertama anda? Yang saya boleh bayangkan adalah di rumah hijau mesti kalut ribut bersiap nak balik ke Pahang sebab begitulah kami dulu tiap tahun hihi. 

Tahun ini kami beraya di Sabah tak balik ke kampung halaman. Sedih jugalah tapi nak buat macam mana juga hidup mesti diteruskan. Yang pakai baju raya hanyalah Abah Muhammad seorang sahaja. Biarlah dia beria satu orang kahkah. Takdelah tu adalah hadiah daripada sekolah lama. Ngam pula saiznya alhamdulillah. Muhammad repeat baju tahun lepas. Najhan pakai baju abangnya. Settle kan, takdelah keluar duit sangat hihi. 

Sebenarnya saya ada buat juadah raya iaitu nasi impit dan kuah kacang, tapi begitulah. Malas saya nak cerita. Kuih raya banyak, adalah dalam tiga jenis termasuk juga jajan yang Tokmi hantar. Rumah Tokma meriah tahun ni semua anak menantu balik. Yang tak ada kami sajalah. Sukalah Tokma semua ada tak macam tahun lepas semua beraya di rumah mentua kecuali kami sebab Tokbah Tokmi balik Pahang. Saya takde mood sebenarnya nak bercerita. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, March 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 3 MONTHS OLD


Hai assalamu'alaikum semua. Hari ini Muhammad Najhan genap umur 3 bulan alhamdulillah. Cepat kan masa berlalu. Saya rasa itu itu ja saya punya skrip haha. Tapi betul lah masa baru lahir haritu saya fikir bila la nak besar budak ni. Sekarang alhamdulillah dah menginjak 3 bulan. Yang ni officially Sabahan la kali haha sebabnya berapa kali je Najhan fly ke Kelantan daripada dalam perut sampai la keluar. 

Semoga Najhan sentiasa sihat, bertenaga, kuat, aktif, baik, soleh dan mudah dijaga in shaa Allah. Begitu juga dengan abangnya, Wildan in shaa Allah. Dua-dua in shaa Allah anak yang soleh, anak yang baik, anak yang comel, anak yang cerdik dan dipermudahkan urusan orang sekeliling untuk menjaga mereka. Doakan kami!

Kota Marudu, Sabah.

Friday, March 28, 2025

TEMPAT LEGEND


Siapa yang baca blog saya dari dulu mesti familiar dengan ini gambar. Tiber acah influencer acah famous blogger gitu haha. Sekadar menggamit kenangan tiga tahun yang lepas, di sinilah tempat guel berhari raya Aidilfitri bersama sahabat seperjuangan, Basirah. Di sinilah setiap pagi selama lebih kurang 9 hari, kami bertapak untuk mencari line dan berhubung dengan sanak saudara yang jauh di Kelantan. 

Pertama kali beraya di perantauan bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dengan tiada kenderaan, line internet yang kurang dan tempat yang jauh dari bandar. Bagi menaikkan suasana raya, kami memasang lagu raya itupun sekejap ada sekejap tiada disebabkan oleh line. Itulah sedikit sebanyak kenangan yang takkan saya lupakan dan tahun ini sekali beraya di perantauan tapi dalam suasana yang berbeza. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, March 27, 2025

LAST PIC BEFORE EID


Bergambar kita satu kali sebelum cuti esok. Hiks. Tapi macam tak ada feeling raya sangat la sekarang. Biasanya masa macam ni saya dah excited sebab flight ke KB tapi sekarang di sini sini ja kami. Terima kasih Cikgu Larry tolong ambil gambar kami walaupun banyak complain gambar tak cantik la tak center la haha. 

Mungkin ini raya Kakda yang terakhir di sini sebab tak lama lagi Kakda akan pindah. Mudah-mudahan Kakda dapat Kelantan terus, kalau Pasir Mas lagi la bersyukur. Walaupun berat hati saya, terpaksa saya relakan. Tak perlu lagi Kakda berjauhan dengan anak-anak kesayangannya. Option Kakda macam senang masuk Kelantan in shaa Allah. 

Okay mari saya perkenalkan kawan-kawan saya di atas. Berdiri dari kiri, Teacher Graycella, Cikgu Neilda, Ustazah Roziah dan Cikgu Diana. Duduk dari kiri, Teacher Aveney dan Cikgu Khalida. Beginilah suasana bilik guru kami. Ini saja testing hp baru si Jia. Hari ini anak muridku Aliff bagi saya biskut raya. Sweetnya kan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, March 25, 2025

24 RAMADAN 1446

Assalamu'alaikum WBT. 

Dulu zaman universiti tak ada masalah dalam komunikasi saya dengan orang lain sebab saya tak dipaksa untuk berkomunikasi. Hidup boleh diteruskan hanya dengan bangun tidur, pergi kelas, balik kelas dan buat hal sendiri. Namun sekarang ia telah menjadi sau kelemahan untuk diri saya sebab pekerjaan saya memerlukan saya kepada komunikasi atau percakapan yang banyak dengan orang sekeliling. 

Hari ini saya ada meeting kurikulum dan setiap ketua panitia kena melaporkan tentang panitia masing-masing dan saya seperti biasa terkelu tak boleh nak cakap apa-apa. Di saat saya pegang mic dan dipaksa untuk bercakap, saya hampir menangis. Terima kasih Jia sebab ambil alih. Tak mengajar menengah atas bukan alasan untuk saya tak bercakap, tapi itulah kelemahan saya. 

Ada ke cara yang boleh saya buat untuk ubah personaliti. At least dari tak berani bercakap depan orang kepada berani bercakap tanpa rasa segan dan nervous. Ada ke kerja lain yang tak perlukan komunikasi ya. Setakat dengan anak murid dalam kelas boleh lagi. Tapi kalau saya bersama anak murid di perhimpunan dan ada orang lain juga, saya akan terkelu juga tak boleh cakap apa-apa. 

Kalau keberanian boleh dibeli dengan duit, saya sanggup. Cuma jangan lebih dari RM100 la. Hari ini saya gastrik. Angin memanjang dari pagi sampai balik rumah. Balik pula dekat pukul 5 lebih dah. Tak sempat nak rehat sangat, memasak pula. Tapi menu harini sangat simple iaitu ayam goreng bestari. Sayur tak sempat buat. Penatnya! Boleh tak nak nangis. Dikira mengeluh ka tu. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, March 24, 2025

23 RAMADAN 1446

Assalamu'alaikum WBT. 

Hi guys. Sekarang pukul 1.08 PM, saya masih berada di sekolah tapi kelas saya dah habis. Harini hanya 6 masa sahaja alhamdulillah. Tapi kan harini saya rasa sangat letih tak bermaya. Ada beberapa kemungkinan yang saya boleh teka. Pertama, mungkin disebabkan saya baru start berpuasa balik lepas period. Kedua, mungkin sebab saya tiada makan sejak petang kemarin. Ketiga, mungkin sebab saya tiada sahur tadi pagi. Keempat, mungkin sebab kepenatan menyusukan anak soleh Muhammad Najhan. Kelima, mungkin sebab semalam saya tiada tidur sebab Najhan minta dukung sepanjang malam. Secara tak langsung itula kehidupan saya secara keseluruhan semalam kahkah. 

Jadi sekarang memang rasa tak ada tenaga. Bukan mengantuk tapi penat. Sekarang saya berkira-kira adakah patut saya minta balik awal sebelum ambil budak dua orang tu? Sepatutnya balik 2.30 petang, tapi patutkah saya balik awal sikit dan rehat di rumah dulu, atau patutkah saya tunggu di sekolah sehingga jam 4.30 petang, ambil budak-budak dan balik? Bestnya Abah Muhammad balik jam 1 dan dapat rehat puas-puas kahkah. Patut ke saya suruh Abah Muhammad masak harini? Simple je menu yang Abah Muhammad request harini, iaitu ayam goreng bestari dan kangkung belacan. Kelas ke tak kelas dek hakak dah pandai main masak-masak sekarang hiks.

Kalau saya balik lambat ni bolehla saya siapkan kerja sedikit sebanyak kan. Balik nak kena masak lagi, nak kena layan budak dua orang tu lagi, nak kena buat itu ini kan. Haa baru kau tahu realiti hidup haha. Harini semua kelas saya suruh buat kad raya sebab memang ityu yang ada dalam perancangan panitia PAI. Tapi hadiahnya entah ke mana lagi. Susah juga tak ada kerani ni. Masih menunggu pengganti Kak Ramidah. Harini first gaji Abah Muhammad alhamdulillah. Bolehla kita pergi membeli barang dapur ya hiks. Tapi bila? Harini mungkin saya balik lambat dah. Esok ada meeting, lusa dan tulat ada perjumpaan kokum. Haa sudah. 

Okayla apapun hidup sentiasa bersemangat ya semua. Jangan putus asa. Jangan lemah semangat. Enjoy hidupmu sebaik mungkin. Semuanya bersifat sementara jadi bersederhanalah dalam setiap apa yang dilakukan. Orang putih cakap biar berkado. Jangan terlalu sayang tapi jangan juga terlalu mengabaikan. Tiber apa benda la yang aku cakap ni haha. Apapun jalani hidupmu seperti biasa. Capailah segala cita-citamu. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah permudahkan rezeki yang halal buat kita. Moga Allah tiupkan kerajinan dan semangat dalam diriku untuk menjalani kehidupan dengan seimbang in shaa Allah. 

Bilik Guru,
TAN2.

Sunday, March 23, 2025

PENUMPANG SETIA ABAH


Rutin terbaru Muhammad bila cuti hujung minggu adalah membonceng motosikal bersama Abah. Sanggup dia tahan keberatan topi keledar tanpa keluh kesah demi naik motor dengan Abah. Tapi try saja tu. Saya memang tak benarkan dia pakai tu sebab boleh undang bahaya. Berat tu takut dia hilang keseimbangan masa Abah tengah bawa motor.

Nanti la in shaa Allah kita cari helmet kecil ngam dengan kepala Muhammad ya. Senang nak berjoli dengan Abah petang-petang atau hujung minggu. Muhammad ni anak soleh anak baik, Abah selalu bawa dia jalan-jalan waktu saya nak masak. Kalau tidak dia pun sibukla nak memasak juga. Tak bagi, menangis macam kena dera kahkah.

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, March 22, 2025

21 RAMADAN 1446





Apa kreatif sangat Muhammad Wildan harini haha. Boring kali dia terperap saja dekat rumah. Kuali pun Umi tak bagi, jadi inilah kerjanya ya haha. Sekarang Abahnya tengah gigih train dia supaya tak tampar muka adiknya lagi-lagi bila pegang senduk, sudu atau segala jenis baranglah. 

Saya nampak macam Wildan dah faham dah tak boleh buat macam tu, cuma kalau dia tengok kita protect adik dia lebih-lebih, dia lagi nak buat. Mungkin itulah yang orang kata anak nak perhatian tu kan. Tapi kami memang sedaya upaya untuk bagi perhatian dekat budak soleh ni.

Kadang-kadang dia saja nak uji kita. Dia pergi dekat adik dia, dia berhenti tak buat apa-apa. Tapi bila kita tengok baru la dia start balik langkah dia macam nak serang Adik haha. Dia tunggu kita cakap, kiss Adik, gosok Adik. Dia pun kiss la. Dia bukan nak sakitkan Adik. Gigih Umi pun husnudzon haha. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, March 17, 2025

BACK TO SCHOOL 📝


Masuk je harini terus kerja pum pang pum pang datang dek. Tak rileks dorang ni. Terus nak kenakan guel kahkah. Takdelah memang tugasku pun. Minggu ni ngam-ngam pula mingguku bertugas. Kalau bukan buat report, saya yang kena berucap di depan minggu depan. 

Esok ada meeting kurikulum dan setiap ketua panitia kena bentangkan perancangan panitia masing-masing. Adakah guel bersedia? Semestinya tidak. Tak habis dengan itu, ada pula Ihya Ramadan. Jadual kelas lagi berapa masa entah esok baru dapat. 

Wildan dan Najhan saya hantar taska dari minggu lepas dengan niat nak biasakan pagi-pagi takut lewat kalut ke apa. Guess what? Lambat juga tadi haha. Menggosok baju Abahnya dan tudungku pagi tadi, mana tak lambatnya. Jadi ambil lah iktibar ya tuan puan. 

Sekarang Abah Muhammad sedang solat Isyak, saya dah solat sebab tadi bergilir jaga budak montel besar bucuk haha. Dia baru je tidur. Adiknya lepas berbuka tadi dia tidur alhamdulillah. Kejap lagi nak makan taufufa dengan Babam dan basuh baju in shaa Allah. Bye! 

Ouu Abah Muhammad kurang sihat sekarang. Demam, batuk dan selesema. Dah berapa hari dah. Tak tahu esok larat ke sekolah ke tak. Tokmi pun tak sihat sakit gigi dan resdung. Semoga semuanya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 16, 2025

FIRST TIME MAIN PANTAI


Assalamu'alaikum WBT. 

Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik saja dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa. Tiber panjang muqaddimah. Hiks. Harini kita keluar dari kepompong sikit. Tak mau Kota Marudu dah, kita lari ke Kota Belud hihi. Sebelah je pun. 

Kami pergi pantai seperti anda boleh lihat. Alhamdulillah tadi lepas beli kasut sekolah guel, kami terus jalan ke KB mencari pantai terdekat. Jumpa lah Pantai Usukan, lebih kurang sejam dari sini. Dalam google tulis tarikan pelancong, tapi sampai sana ada bot je satu butir haha. 

Tapi okay jugalah. Kami bagi chance dekat Wildan untuk berlari-lari sebab selama ni dia nak jalan ke sana sikit pun larang. Ke sini pun larang. Nak buat macam mana, Servay je lah tempat kami pergi selalu. Sebenarnya ini first time Wildan ke pantai. Mula-mula dia nampak janggal. 

Mungkin baru nak explore kan. Pasir, ombak dan segala apa yang ada di pantai. Tapi alhamdulillah dia boleh adapt dengan cepat. Siap main air lagi tapi di bawah pengawasan sentiasa in shaa Allah. Bukan apa, Tokmi risau. In shaa Allah kita sentiasa berjaga-jaga. 

Lepas tu main pasir skat skat nok bak kata orang putih. Alhamdulillah dia suka sangat. In shaa Allah ada masa dan peluang kita akan cari pantai lain lagi dan bagi Muhammad main sepuas-puasnya. Nanti saya nak beli mainan yang biasa orang main dekat pantai macam penyodek. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, March 15, 2025

SPECIAL PERFORMANCE BY WILDAN



Terima kasih kepada Muhammad Wildan atas persembahan yang sungguh istimewa ini. Tak pasti dia menyanyi ke bercerita ke apa ke asalkan bahagia. Dia saja je buat show tu nak cari perhatian Makcik Rabiatul. 

Hari ini hari Sabtu tapi kami tak ke mana pun. Duduk di rumah saja sambil siapkan kerja-kerja rumah. Saya buat taufufa! Kali kedua dah sebenarnya. Alhamdulillah sedap. Kena ikut sebiji resepi yang diberi kali. Jangan derhaka. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, March 11, 2025

BUBUR KACANG MERAH 🫘

Hari ini Abah Muhammad request bubur kacang. Dia dah pandai request itu ini dah sejak duduk Sabah. Mungkin balas dendam aku tak pernah masak sepanjang kahwin haha. Sedap tak sedap nombor dua yang penting aku buat dulu kahkah. Semestinya segala yang aku masak rujuk dengan masterchef Tokmi hihi. Alhamdulillah terima kasih Umi 🫘 

Saya buat satu periuk kecil saja. Selagi tak habis janganla minta dessert lain ya. Okay gurau. Katanya sedap. Alhamdulillah la kalau jadi. Lama juga proses buat bubur ni. Rendam saja dah seharian. Malam tu aku try la rebus dulu. Tak lembut-lembut sampai give up dah. Harini lepas vc dengan Umi try la buat. Alhamdulillah siap juga. 

Saya teman Abah Muhammad makan sambil bergosip kahkah. Pasal siapa lagi kalau bukan si Syahadah solehah. Tiber buat status Murad dari negara mana entah. Suka sangat dia orang macam tu. Haha gurau je. Syahadah dengan Kakcik memang busuk-busuk gitu. Kalau bersatu memang keluar la lebih banyak kerandoman. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 9, 2025

MOTOR BARU BABAM


Mempersembahkan motosikal kesayangan Babam. Tiber. Motor baru in the house. Tak baru sangat dah sebenarnya. Beli ni masa first day sampai Sabah. Urus dokumen semua, akhirnya dapat motor masa minggu kedua dekat sini. Alhamdulillah dapat motor idamannya. 

Kalau ke sekolah guna motor ambil masa 10 minit saja biasanya. Kalau dengan kereta hampir 20 minit juga sebab banyak kereta di jalanan. Tambah lagi dengan keadaan jalan yang sedang dibaiki besar-besaran. Jadi motor sangat berguna buat masa ini. Cuma kalau time hujan susah sikitlah. 

Saya ni risau jugala kalau Babam naik motor sebab macam risiko dia besar. Tapi naik apa pun semua ada risiko kan. Semoga Allah lindung. Wildan ni pantang tengok motor terus nak nak. Selalu minta Abah bawa jalan dengan motor. Hari cuti pagi petang atau hari kerja waktu petang. Naik sekejap pun takpe dah buat syarat. 

Cantik kan motor tu? Masa Babam tunjuk sebelum beli haritu, saya terus tak bantah dah. Kena dengan taste saya walaupun bukan saya yang tunggang kahkah. Aku bawa motor pun tak pandai. Siapa-siapa bawa motor tu auto nampak handsome tak tipu. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah.