Monday, March 24, 2025

23 RAMADAN 1446

Assalamu'alaikum WBT. 

Hi guys. Sekarang pukul 1.08 PM, saya masih berada di sekolah tapi kelas saya dah habis. Harini hanya 6 masa sahaja alhamdulillah. Tapi kan harini saya rasa sangat letih tak bermaya. Ada beberapa kemungkinan yang saya boleh teka. Pertama, mungkin disebabkan saya baru start berpuasa balik lepas period. Kedua, mungkin sebab saya tiada makan sejak petang kemarin. Ketiga, mungkin sebab saya tiada sahur tadi pagi. Keempat, mungkin sebab kepenatan menyusukan anak soleh Muhammad Najhan. Kelima, mungkin sebab semalam saya tiada tidur sebab Najhan minta dukung sepanjang malam. Secara tak langsung itula kehidupan saya secara keseluruhan semalam kahkah. 

Jadi sekarang memang rasa tak ada tenaga. Bukan mengantuk tapi penat. Sekarang saya berkira-kira adakah patut saya minta balik awal sebelum ambil budak dua orang tu? Sepatutnya balik 2.30 petang, tapi patutkah saya balik awal sikit dan rehat di rumah dulu, atau patutkah saya tunggu di sekolah sehingga jam 4.30 petang, ambil budak-budak dan balik? Bestnya Abah Muhammad balik jam 1 dan dapat rehat puas-puas kahkah. Patut ke saya suruh Abah Muhammad masak harini? Simple je menu yang Abah Muhammad request harini, iaitu ayam goreng bestari dan kangkung belacan. Kelas ke tak kelas dek hakak dah pandai main masak-masak sekarang hiks.

Kalau saya balik lambat ni bolehla saya siapkan kerja sedikit sebanyak kan. Balik nak kena masak lagi, nak kena layan budak dua orang tu lagi, nak kena buat itu ini kan. Haa baru kau tahu realiti hidup haha. Harini semua kelas saya suruh buat kad raya sebab memang ityu yang ada dalam perancangan panitia PAI. Tapi hadiahnya entah ke mana lagi. Susah juga tak ada kerani ni. Masih menunggu pengganti Kak Ramidah. Harini first gaji Abah Muhammad alhamdulillah. Bolehla kita pergi membeli barang dapur ya hiks. Tapi bila? Harini mungkin saya balik lambat dah. Esok ada meeting, lusa dan tulat ada perjumpaan kokum. Haa sudah. 

Okayla apapun hidup sentiasa bersemangat ya semua. Jangan putus asa. Jangan lemah semangat. Enjoy hidupmu sebaik mungkin. Semuanya bersifat sementara jadi bersederhanalah dalam setiap apa yang dilakukan. Orang putih cakap biar berkado. Jangan terlalu sayang tapi jangan juga terlalu mengabaikan. Tiber apa benda la yang aku cakap ni haha. Apapun jalani hidupmu seperti biasa. Capailah segala cita-citamu. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah permudahkan rezeki yang halal buat kita. Moga Allah tiupkan kerajinan dan semangat dalam diriku untuk menjalani kehidupan dengan seimbang in shaa Allah. 

Bilik Guru,
TAN2.

No comments:

Post a Comment