Monday, March 31, 2025

RAGAM RAYA PERTAMA


Pertama sekali, jangan tanya di mana guel. Semestinya guel adalah photographer of the year haha. Yang penting orang lain handsome orang lain comel, aku macam mak lampir belakang kamera janganlah dipersoalkan tiber. Selamat hari raya semua. Macam mana raya pertama anda? Yang saya boleh bayangkan adalah di rumah hijau mesti kalut ribut bersiap nak balik ke Pahang sebab begitulah kami dulu tiap tahun hihi. 

Tahun ini kami beraya di Sabah tak balik ke kampung halaman. Sedih jugalah tapi nak buat macam mana juga hidup mesti diteruskan. Yang pakai baju raya hanyalah Abah Muhammad seorang sahaja. Biarlah dia beria satu orang kahkah. Takdelah tu adalah hadiah daripada sekolah lama. Ngam pula saiznya alhamdulillah. Muhammad repeat baju tahun lepas. Najhan pakai baju abangnya. Settle kan, takdelah keluar duit sangat hihi. 

Sebenarnya saya ada buat juadah raya iaitu nasi impit dan kuah kacang, tapi begitulah. Malas saya nak cerita. Kuih raya banyak, adalah dalam tiga jenis termasuk juga jajan yang Tokmi hantar. Rumah Tokma meriah tahun ni semua anak menantu balik. Yang tak ada kami sajalah. Sukalah Tokma semua ada tak macam tahun lepas semua beraya di rumah mentua kecuali kami sebab Tokbah Tokmi balik Pahang. Saya takde mood sebenarnya nak bercerita. Bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment