Friday, March 6, 2026

PUDING QUESILLO, UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Wah nampak sedapla Abah~
Terima kasih Abah buatkan puding 💕
Sedap dooh!
Assalamu'alaikum WBT. 

Semalam ramadan ke-15. Special sikit buka puasa dengan udang. Biasa dengan ayam dan ikan saja kan. Haa ngam ngam Cikgu Al Faidal jual sekilo RM28. Jadi saya beli dua kilo, masak udang masak lemak cili api ke nama dia atau apa apa la yang penting kuahnya warna kuning dan sedap.

Tengokla saiz udang tu tak menyesal saya beli 2 kilo. Tapi masak tak sampai separuh pun. Nanti nak buat dengan sayur manis macam yang Umi suggest. Saya pernah makan versi Kakda dulu, sedap dooh. Mungkin masa tu kebulur tengah mengandung lagi kahkah. 

Lepas tu Abe Dailamie buat puding quesillo. Apa susah betul namanya. Biasanya Abe Dailamie buat puding karamel. Ini tukar sikit resepi masukkan cream cheese. Sedap sangat!!! Alhamdulillah di atas segala nikmat ini ya Allah. 

Petang ni hajatnya nak habiskan ayam buat ayam masak kicap macam haritu. Nanti kita fokus kepada udang balik lepas habis stok ayam. Ya Allah tak ingat nak kena beli kanvas untuk program Khamis nanti. Serious baru ingat. Okayla bye semua! 

Sekarang jam 2.34 petang. Saya masih di sekolah. Siapkan rph dengan si Jia. Ingat nak kemas meja juga. Berterabur dengan kad raya budak dan juga kertas latihan. Tadi saya buat kuiz penentuan pemenang pertandingan Kuiz Ramadan. Minggu depan bagi budak. 

Isytihar harta pun sudah. Kena suruh dengan PK1 tadi. Siap kena pegang lenganku. Haha faham faham la ya. Kena siapkan cepat. Terima kasih Edrick kasi tunjuk ajar. Kehadiran di Telegram pun sudah. Tinggal update di idme lagi. Doakan! 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, March 5, 2026

AKTIVITI 15 RAMADAN 1447

Bangun pagi tengok Omar & Hana.
Siap mandi ready nak ke sekolah.
Tunggu Umi siap sambil makan keropok baby.
Pertandingan pembikinan kad raya manual.
Pertandingan azan di surau.
Dibarisi oleh hakim yang mantap, Ustazah Roziah dan Cikgu Hirawati.

Wednesday, March 4, 2026

TILAM BARU 😴


Lena la Abah dan Umi tidur malam ini ya kahkah. Terima kasih Abah! Jam 5 petang sampai rumah, macam biasa turunkan anak anak soleh dan barang dulu, lepas tu Umi masuk bilik tidur untuk switch on aircond, sekali terpampang depan mata tilam putih ini. Wow ini betul betul suprise. 

Abah beli yang puas hati terus tilam king. Anak anak suka dooh. Alhamdulillah, tapi tak sampai 5 minit dah ada yang tertonggeng jatuh katil. Aduhai. Itula yang kena berhati hati. Saya sangat risau sebab anak anak selalu jatuh. Hmm. Semoga Allah lindung in shaa Allah. 

Apapun terima kasih Abah berkorban demi keselesaan semua. Nanti Umi tambah apa yang perlu kahkah. Hari ini masak menu yang baru jumpa tadi, ayam masak kicap tapi versi yang saya tak pernah try. Kena letak tomato sebelum tumis bawang. Sedap dooh!

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, March 3, 2026

15 YEARS HAVE PASSED

Assalamu'alaikum WBT. 

Today remarks 15 years of Ayah's passing. Mek, meninggalkan kami selama 12 tahun. Walaupun sudah lebih sedekad, tidak pernah Ayah dan Mek dilupakan. Tetap berbaki penyesalan dalam diriku kerana perangaiku yang dulu. Rindunya daku pada Mek dan Ayah. 

Kalaula dapat diputar balik masa, akan ku berbakti sebaik mungkin kepada mereka. Tapi itu tidak mungkin. Disebabkan kami tinggal berdekatan dengan rumah Mek Ayah, kami boleh dikira antara cucu paling rapat. 

Ditambah lagi dengan masa yang dihabiskan selepas rumah mereka terbakar. Tapi itulah penyesalan saya, banyak sangat benda yang sepatutnya saya boleh buat dengan lebih baik. Tapi saya sia siakan peluang itu. Padahal ketika itu saya bukan kecil lagi. 

Semoga saya boleh hilangkan rasa bersalah yang dipendam bertahun lamanya ini dengan kebaikan yang saya boleh buat untuk orang di sekeliling saya. Kaksha miss you Mek dan Ayah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 1, 2026

4 TAHUN

Jom mengira.

1.3.2022
1.3.2023
1.3.2024
1.3.2025
1.3.2026

Tik tok tik tok...

Dilarang berkelip.

Empat tahun sudah daku di bumi Sabah, tanpaku sedar. Siapa sangka kan terperangkap di sini lebih dari yang daku fikirkan. Kawan kawanku sudah kembali berkhidmat di negeri masing masing, sedang daku masih meratib di sini. 

Tapi okay juga alhamdulillah. Mencari dan mengumpul pengalaman di negeri orang. Semoga Allah permudah semuanya. 

Empat tahun juga daku sebagai pendidik. Amanah yang sangat besar. Ada hari daku happy, ada hari daku sesak rasa, menghadap murid murid yang datang dari pelbagai latar belakang. Tapi sejujurnya, daku enjoy dengan kerja ini. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, February 28, 2026

CHEF DARI TASEK


Rasanya sudah beberapa hari Abah Muhammad yang memasak untuk berbuka. Disclaimer: Saya tidak sesekali paksa. Suka sangat Abah Muhammad tengok video memasak. Lepas itu terus dibelinya barang untuk memasak. Saya pun apalagi selain merelakan. Hiks. 

Sebagai perasa makanan yang setia, tomyam Abah Muhammad sedap dooh! Habis saya punya craving sebab tak pernah lagi saya makan tomyam yang sedap di Sabah ni. Terima kasih Abang! Lain kali buat lagi. Hihi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, February 27, 2026

BAIK BALOH BAIK BALOH



Masa sayang, dipeluk dan dicium si Adik. Masa geram, habis dilempar barang di tangan di kepala Adik. Sama juga dengan Adik. Time baik dengan Abe, tidur atas riba. Time mood tak okay, habis dicakar dan digigit si Abe. Haha begitula. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Abe sekarang dia suka protect Umi dia. Contohnya, dia tengok Adik gigit Umi. Dia pergi dekat Umi, tengok tempat yang kena gigit. Lepas tu tanya, "Sakit?". Umi pun buat buat menangis. Dia pun pergi ketuk kepala Adik, sambil ketap mulut lagi tu haha. 

Umi terpaksa buka karpet di ruang tamu sebab terlalu banyak debu walaupun sapu hari hari. Alhamdulillah senang sikit nak sapu. Baru nampak mana debu mana tidak. Cuma cons dia adalah kalau kaki basah, jadi licin la. Bahaya. Dahla selalu dorang jatuh. Hmm. 

Mula mula dulu anak anak soleh ni saya marah bila dorang main belakang langsir dalam bilik tidur. Tapi lama lama saya biarkan saja, kalau itu yang boleh bahagiakanmu, silakanla. Kalau itu boleh memberiku sedikit masa untuk baring sekejap, silakanla.

Tapi tetapla saya kena layan dorang main sebab dorang konon main sorok sorok. Sekali cak! Haha. Geram je Umi tengok. Okayla sampai di sini dulu coretan saya untuk hari ini. Bye!

Kota Marudu, Sabah.

Monday, February 23, 2026

HAPPY BIRTHDAY MY QUEEN

Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini merupakan ulang tahun hari lahir Umi @ Tokmi @ Cik Zae @ Puan Norizan yang ke-26 👀 Happiest birthday My Gorgeous Queen! Tiada kata yang dapat kuungkapkan dan perbuatan yang cukup kulakukan untuk membalas segala jasamu. Tidak pernah cukup. Tapi sebagai anak yang sedang memperbaiki diri, in shaa Allah akan kuusahakan sentiasa untuk menjadi yang terbaik. 

Terima kasih Umi sentiasa menjadi penasihatku, sentiasa memberiku kata kata positif dan kadang kadang ada juga perkataan yang pedas namun benar. Terima kasih Umi sentiasa bersangka baik kepada anakmu yang lemah ini. Daku sentiasa menjadikan Umi sebagai inspirasi dalam setiap sudut. Tak kira lah sebagai guru, anak, ibu, isteri dan juga kawan. 

Terima kasih Umi sentiasa menjadi provider, tak pernah berkira dengan anakmu ini. Terima kasih Umi sebab selalu membuat hatiku sejuk kembali apabila daku meluah kepadamu. 

I love you Umi. Kaksha doakan semoga Umi sentiasa diberi ketenangan jiwa, dipermudah segala urusan, dipanjangkan umur dalam kesihatan dan kebaikan dan semoga Umi diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Maafkan anakmu ini di atas segala kekurangan dan segala perangai yang sentiasa merisaukanmu. Semoga Allah permudah urusan haji Umi dan Abah.

Abe Dailamie, Kaksha, Wildan dan Najhan love you so much 💓

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, February 21, 2026

DAY 3 RAMADAN



Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini Abah Muhammad masak! Menunya adalah ayam masa cili santan. Itu kot namanya. Hiks. Sedap dooh! Berita yang tak enak didengar, Najhan demam. Panas sangat badannya. Mulut dia ada ulser lagi lagi di lidah. Taknak minum susu, taknak makan. Sebelum pergi Servay beli barang keperluan, kami ke Permai Polyclinic dahulu bawa si Najhan. 

Hari ini Abah Muhammad cuci exhaust fan. Memang memerlukan cucian sebab sangat hitam dah hiks. Dulu pernah la saya buat satu kali. Nak juga. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, February 20, 2026

DAY 2 RAMADAN



Menu hari ini adalah sup ayam. Tapi saya suka kenakan sup dengan makaroni atau penee. Anak anak pun suka alhamdulillah. Sekarang musim hujan, sangat lebat. Anak anak pun macam mau demam. Doakan kami. Lepas berbuka puasa, Abah Muhammad bersiap dan ke Surau Popok untuk solat tarawih. Wah mencabar ya menjaga anak anak soleh lagi cerdik ini pada waktu malam kahkah. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, February 19, 2026

DAY 1 RAMADAN




Assalamu'alaikum WBT. 

Kesiannya hari pertama puasa kena paksa ke sekolah menghias kelas kahkah. Terima kasih Abah Muhammad. Anak anak boleh dihantar ke taska. Ini la masanya untuk guel buat kerja yang memerlukan ketenangan. Minggu ini merupakan cuti sekolah bersempena Hari Raya Cina. Tapi kerahkan tenaga ke sekolah juga sebab nak lapis meja lagi. Memerlukan masa yang lama dan tak boleh ramai orang. Boleh je buat dengan budak budak kelas tapi takut tak sama hasilnya seperti yang diinginkan. 

Kami di sekolah dari jam 7.30 pagi sehingga 2 petang. Balik solat dan masak sebelum ambil anak jam 4.30 petang. Menu berbuka hari ini adalah ayam pedas dan kangkung goreng telur. Sedap! Cuma rasa macam ayam pedas tak kena sangat la. Tak sama dengan yang Umi masak. Huaaa~ 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, February 18, 2026

HAPPY BIRTHDAY POKSU 🎂


Selamat hari lahir Poksu Shin yang ke-19. Semoga Allah limpahkan rezeki yang berkat sentiasa kepada Poksu. Tahniah Poksu atas segala kecemerlangan Poksu duniawi dan ukhrawi. Semoga Poksu terus cemerlang dan sentiasa mengingat 30 juz yang telah dihafaz serta beramal dengannya in shaa Allah. 

Sesiapa yang mengenali Poksu pasti berpendapat Poksu seorang yang unik. Walaupun lahir tahun 2007, namun jiwanya dan perwatakannya persis mereka yang lahir tahun 90-an. Tengok cermin matanya pun sudah tahu kahkah. Belum lagi botol air bekal ke sekolah tu yang bekas sirap botol besar dan lebar. 

Semoga yang baik baik saja untukmu Poksu. Semoga segala apa yang diimpikan Poksu menjadi kenyataan in shaa Allah. We love you Poksu ♥️ Sekali lagi happiest birthday my first ever baby. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, February 17, 2026

ADUHAI ANOK JATE


Lasak sungguh anak soleh satu orang ni alhamdulillah. Style baru nak berdiri atas kerusi sambil tengok tv. Tangan sekarang suka membaling barang dekat Abah, Umi dan lebih lebih lagi si Adik. Kesian selalu jadi mangsa. Tapi bila Najhan start menggigit atau mencakar, si Abe pula yang jadi mangsa. Jadi sama sama la ya. 

Abe dah pandai merajuk. Abah atau Umi marah mula la buat muka sedih terjebek jebek mulut. Nak usik lebih sikit pun terbantut sebab Wildan selalu muntah kalau menangis. Satu kerja pula nak mengelap muntahnya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, February 16, 2026

PROUD TO BE PART OF MMRP

Tadi pagi masa dalam kereta selepas hantar anak anak soleh lagi baik ke taska, saya dan Babam berborak dalam kereta sambil menuju ke destinasi. Entah macam mana terkeluar tentang cerita 15 tahun dahulu ketika sama sama di sekolah menengah. Saya pun teringat la pasal watikah pelantikan masa tingkatan 1 atau 2 dulu. Terus terfikir masa tu pun Abe Dailamie ada sekali la kan. 

Terus tanya Kakcik pasal gambar tu sebab saya ingat saya selalu belek gambar tu di laptop Kakcik dulu. Ternyata ada ya. Terima kasih Cik ✨

Bila Abe Dailamie tengok muka dia dulu, dia gelak kuat betul. Mungkin tak percaya begitula rupanya 15 tahun lepas. Tapi bila dia tengok mukaku pula, dua kali gelak. Kurang asam betul. Rasa macam dulu dah cantik betul ya. Sekali bila tengok balik, adakah ini definisi aib yang sebetulnya kahkah. Rindunya vibe dulu. Masa ni Kakcik form 5, saya form 2. 

Masa ni SMU (A) Al- Fauziah baru saja bersatu dengan MMRP dan bertukar lencana dan nama ke MMRP. Tapi rasa tak layak betul sebab kita kan dari sekolah kecil. Ini cerita dulu dulu la kan. Tapi sekolah ni jauh berubah dari zaman saya dulu. Dulu anak anak yang dihantar ke sekolah ini dianggap mereka yang tak ada potensi, jadi hantar je lah ke sini. 

Tapi beberapa tahun kebelakangan ini lain sudah mindset orang. Ramai yang nak anak cemerlang, hantar ke sekolah ni. Alhamdulillah. Barisan guru guru pun semakin mantap, anak anak didik pun semakin cemerlang. Begitula kali ya peredaran zaman. Apapun tetap bangga pernah menjadi sebahagian daripada sekolah ini dari zaman belum gah lagi. 

Mari saya kongsikan antara pelajar cemerlang sekolah ni. 

Nur Syafiqah
SMU: 9 Mumtaz 1 Jayyid Jiddan
SPM: 10A

Nur Syahadah
SMU: 10 Mumtaz
SPM: 8A 1B

Ahmad Mukhlisin
SMU: 9 Mumtaz 1 Jayyid Jiddan
SPM: 9A
STAM: 9 Mumtaz 1 Jayyid Jiddan

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, February 15, 2026

BESAR SUDAH WILDAN & NAJHAN 🥺


Tengoklah anak anak soleh ni dah boleh jadi kawan Abah dah alhamdulillah. Suka tengok dorang membesar tapi macam cepat sangat pun ada 😭 Wildan dah hilang bau babynya. Kalau ada pun sikit sangat dan ada ketikanya. Masa bangun tidur tak payah cakap la tak berani nak cium. Adik masih ada bau kebabyan itu alhamdulillah. 

Sekarang kalau pergi ke kedai makan atau makan di rumah, Wildan akan duduk di kerusi dewasa. Taknak dah duduk di kerusi baby dia dulu. Tapi bagus juga sebab boleh la Najhan ambil alih pula kerusi tu. Wildan prefer makan sendiri. Najhan masih kena suap. Kalau bagi makan sendiri, dia jadi mengarut. Sepah sana sini. 

Tapi kalau ingat Wildan dulu pun begitu juga. In shaa Allah nanti Najhan pandai makan sendiri pula. Sekarang kalau dalam kereta, Wildan dah tak guna carseat dia dah. Tapi masih juga belajar duduk di seat biasa dan biasakan pakai seatbelt. Dorang dah pandai main sendiri alhamdulillah. Tapi tulah risau tiba tiba ada yang menggigit dan mengetuk kepala. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, February 14, 2026

BEST STUDENT OF MMRP: MUET & STAM 2026

Assalamu'alaikum WBT. 

Alhamdulillah tahniah Adik berjaya dengan cemerlangnya dalam muet dan juga stam. Sebagai seorang kakak yang pernah membasuh berakmu, mendukungmu dalam keadaan hancing untuk ke rumah Mama (nak juga sebut), tumpang bangga diriku walaupun tiada sekelumit pun jasaku dalam hasil kejayaanmu ini. Love you Adik ♥️ Semoga kejayaan ini menjadi titik pemula kepada kejayaan kejayaan akan datang in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, February 13, 2026

SETAHUN DI SABAH



Setahun yang lepas, kami menjejakkan kaki ke bumi Sabah sebagai satu keluarga untuk menetap di sini, setelah hampir dua tahun hidup berasingan disebabkan oleh kekangan kerja, seorang di Kelantan, seorang di Sabah. Boleh dikatakan seperti memulakan kehidupan baru di sini. Banyak yang perlu kami sesuaikan diri ketika sampai di sini. Menjadi suri rumah yang bekerja tidak mudah seperti yang kufikirkan selama ini. Tapi inilah doaku saban hari supaya dapat menyantuni suami seperti kehidupan orang lain juga kahkah. Alhamdulillah. Tapi tidak mudah ya. 

Tapi nda juga mustahil. Cuma untuk orang yang tidak begitu rajin memasak sepertiku, mencabar lah haha. Kalau bab mengemas in shaa Allah laju tanpa disuruh. Tapi kalau bab memasak, kena paksa dulu haha. Kalau tidak dari Januari sampai Disember, itu itu juga lauk daku buat. Sorry Abang. In shaa Allah akan ku cuba dengan lebih gigih lagi. 


Tengoklah anak anak soleh ini. Setahun yang lepas ketika sampai di Sabah, saya masih berpantang. Muhammad Najhan baru berusia sebulan lebih ketika itu. Muhammad Wildan pula dalam setahun lebih begitu. Dulu, hanya satu pihak yang menyerang. Sekarang saling menyerang antara satu sama lain kahkah. Terbalik sudah sekarang. Dulu bukan main Wildan berani buat ini dekat Najhan. Tapi sekarang kebanyakan masa dia takut dengan Najhan sebab kuat menggigit. Kalau dia cakar, sakit amat ya. Semua di sekelilingnya menjadi mangsa. 

Tapi mungkin saya lah pemenang sebab kebanyakan masa menyusu memang akan diserang dengan cakaran dan gigitan. Tak lupa juga hentakan di muka sehingga bengkak pipiku. Mana tak mengeri si Abe. Tahniah! 

Nikmat apa lagi yang saya nak nafikan. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur. Semoga dengan nikmat nikmat yang tidak terjangkau ini menjadikan aku lebih baik dari semua segi. Semoga dengan semua ini membuatkan aku memandang segala masalah yang dihadapi hanyalah celah kuku saja dan tidak mengambil hati. Aku pun banyak kelemahan. Semoga dapatku memperbaiki segala perangai huduhku. 

Apa yang saya boleh simpulkan di sini, kebergantungan kita hanya kepada Allah. Kalau kebergantungan kita banyak kepada manusia, nescaya kita akan kecewa. Itu apa yang saya rasakan. Bye semua. Itu saja coretan untuk hari ini sempena setahun di Sabah bersama keluarga kecilku.

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, February 11, 2026

NOA & NAJHAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saja je nak story tentang kawan satu umur si Najhan iaitu Noa. Noa anak kepada rakan sekerja Umi Najhan iaitu Diana. Diana mengandung awal dua bulan dari saya. Tarikh lahir Noa dan Najhan lebih kurang juga ngam ngam dua bulan. Noa 29/10, Najhan 29/12. 

Alkisahnya, sekarang Noa dan Najhan menjadi rakan setaska. Setahun ibu mentua Diana jaga cucunya. Tahun ini bertukar angin. Mungkin Diana inginkan cabaran membesarkan anaknya sendiri tanpa bantuan ahli keluarga. Dia pun berjarak jauh dengan suaminya. Tapi setiap minggu suaminya balik Kota Marudu. 

Bila jaga anak sendiri barulah rasa kekeluargaan itu kan. Bila hujung minggu ada juga privasi mereka sekeluarga. Tapi saya pun rasa ia adalah keputusan yang bijak sebab nampak Diana sekarang lebih produktif dan ceria. Nampak figuranya lebih kepada wanita berkerjaya sekarang. 

Dia pun bila cerita dia cakap suka sangat balik rumah boleh kemas rumah me time dahulu sebelum ambil anak di taska. Kadang kadang saya berselisih kereta juga dengan Diana dalam jam 5.20 ke atas. Taska tutup jam 5.30. Hiks. Gunakan peluang sebaiknya. Yuran kita bayar kahkah. 

Awal Noa kena hantar dulu, mungkin dia belum biasa berkawan, jadi banyak nangis. Tapi sekarang saya tengok beransur okay sudah alhamdulillah. Happy for you Diana. Wildan dan Najhan berkawan dengan Noa elok elok ya. 

Kota Marudu, Sabah.