Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saja je nak story tentang kawan satu umur si Najhan iaitu Noa. Noa anak kepada rakan sekerja Umi Najhan iaitu Diana. Diana mengandung awal dua bulan dari saya. Tarikh lahir Noa dan Najhan lebih kurang juga ngam ngam dua bulan. Noa 29/10, Najhan 29/12.
Alkisahnya, sekarang Noa dan Najhan menjadi rakan setaska. Setahun ibu mentua Diana jaga cucunya. Tahun ini bertukar angin. Mungkin Diana inginkan cabaran membesarkan anaknya sendiri tanpa bantuan ahli keluarga. Dia pun berjarak jauh dengan suaminya. Tapi setiap minggu suaminya balik Kota Marudu.
Bila jaga anak sendiri barulah rasa kekeluargaan itu kan. Bila hujung minggu ada juga privasi mereka sekeluarga. Tapi saya pun rasa ia adalah keputusan yang bijak sebab nampak Diana sekarang lebih produktif dan ceria. Nampak figuranya lebih kepada wanita berkerjaya sekarang.
Dia pun bila cerita dia cakap suka sangat balik rumah boleh kemas rumah me time dahulu sebelum ambil anak di taska. Kadang kadang saya berselisih kereta juga dengan Diana dalam jam 5.20 ke atas. Taska tutup jam 5.30. Hiks. Gunakan peluang sebaiknya. Yuran kita bayar kahkah.
Awal Noa kena hantar dulu, mungkin dia belum biasa berkawan, jadi banyak nangis. Tapi sekarang saya tengok beransur okay sudah alhamdulillah. Happy for you Diana. Wildan dan Najhan berkawan dengan Noa elok elok ya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment