Sunday, February 1, 2026

WELCOME FEBRUARY ✨




Blog ini ditulis pada 13 Februari 2026. Dugaan masuk bulan baru, pelbagai cuti daku ambil demi anak anak soleh yang diuji dengan penyakit. CTR, CRK, MC semua ku ambil hingga cukup seminggu. Boleh dikatakan juga ia sebagai minggu penyembuhan. Walaupun susah untuk diberi ubat, dipaksa juga sebagai usaha untuk anak anak ini kembali sihat seperti sediakala atau lebih baik lagi in shaa Allah.

Wildan kena pandai bodek, baru dia buka mulut dan telan dengan hati yang terbuka. Najhan tiada cara lain selain paksa buka mulut dan picit ubat ke dalam mulutnya. Kena tahan telinga Umi dan Abah mendengar tangisannya.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment