Tuesday, November 4, 2025

CATCHING UP WITH FRIENDS

Assalamu'alaikum WBT. 

Minggu ini bermulanya ujian lisan SPM, maka bermula la pembelajaran dari rumah mengikut jadual untuk tingkatan 1-3. Minggu ini tingkatan 2 dan 3 belajar dari rumah. Makanya free la sikit diriku ini kecuali kalau ada relief atau kelas tingkatan 1 la. Jadi saya sedikit boring dan try untuk siapkan segala kerja yang ada seperti menanda kertas exam, mengisi PAJSK, PBD, iDMe dan sebagainya la. 

Ceritanya kemarin saya bermesej dengan Rabiatul, bercerita sikit la pasal life sekarang. Ini kan musim guru dapat berpindah kan, jadi ramai la pindah ke Semenanjung. Saya pun tanya la sama ada dia masih di Sabah atau dah pindah, dia cakap mungkin dia di sini untuk 5 ke 6 tahun lagi. Belum ada plan lagi la nak berpindah katanya. Siok juga di Sabah dia cakap. Betul juga tu. Work pressure pun tiada juga la. 

Kerja kerja ni akan jadi pressure kalau kita tangguh macam kes saya la hiks. Waran untuk raya tahun depan Rabiatul dah submit woo. Jangan la. Saya masih dalam proses lagi. Bukan apa, tahun lepas Rabiatul tak terguna tu waran sebab tak confirm nak balik bila sebab dia ada kelas untuk cos. In shaa Allah kalau ada rezeki cuti hujung tahun ini boleh jumpa. 

Cerita keduanya, saya bermesej dengan Rajni, rupanya dia sedang menunggu due 23/11 ini in shaa Allah. Minggu ini last dia di sekolah dan akan bercuti bersalin awal di Kelantan. Dia mengajar di Johor dan berjarak jauh (2 jam) dengan suami di Melaka. Dia tanya tips nak beranak, lah dia punya ma 8 orang anak haha, jadi saya suruh dia tanya ma dia je haha. 

Lepas tu saya sunyi balik. Rupanya saya ni tak ada kawan ke. Itu je ke kawan yang saya ada. Sebenarnya begini, saya ada pilihan untuk mesej kawan kawan lain tapi saya tak ada kekuatan. Saya takut saya mengganggu mereka. Tapi adikku yang di Sungai Pusu yang ku ganggu kahkah. Babam tak boleh ganggu untuk minggu ini sebab Babam jaga UBBM di SMK Langkon, hp kena pegang oleh ketua pengawas. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, November 3, 2025

SELAMAT BERJUANG ANAK ANAK TANDUA


All the best to all candidates. Buktikan hasil yang terbaik daripada 5 tahun pembelajaran di sekolah menengah. Ui kalau dulu saya dapat ayat macam ni sebelum exam, mau nya gastrik terus kahkah. Hari ini bermula sudah ujian lisan, pembuka kepada peperiksaan SPM la. Anak anak form 5 tahun ini pernah menjadi anak anak didik saya juga bermula dari form 2 dulu. 

Buktikanla yang terbaik ya anak anak. Belum terlambat lagi, mungkin. Apapun paling kanan dalam gambar di atas ialah pengetua baru sekolahku, Tuan Amiluddin bin Majuki dan di sebelah kiri beliau penolong kanan pentadbiran baru, Puan Rosminah binti Sait. Cuma nak cerita sikit la pengalaman saya exam dulu, masa majlis restu ilmu saya menangis. 

Itu beberapa hari sebelum exam bertulis la. Dulu ujian lisan tak ada. Jadi saya menangis la kan, cikgu cikgu pun pelukla dan bagi kata kata semangat. Mereka tak tahu yang saya menangis disebabkan tiada belajar langsung dan ketika itu hanya beberapa hari sebelum exam haha. Boleh tak anda bayangkan pressure nya macam mana. 

Apapun semoga warga Tandua cemerlang, gemilang, terbilang dan dapat mengharumkan nama sekolah. Kami guru guru sentiasa doakan yang terbaik untuk anda semua. Masa depan di tangan anda. Kami hanya menyampaikan, anda yang menentukan sama ada ia akan berhasil atau tidak. Pendek kata, usaha la sehabis baik. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah.  

Sunday, November 2, 2025

PATUTKAH SAYA BELI SEDONDON?


Beberapa hari lepas, kami ada pergi ke Servay bahagian baju kanak kanak. Kami round tengok tengok dan saya masa tu dah pilih baju sedondon untuk anak anak soleh ini. Baju yang sangat cantik yang kena dengan taste saya la yang boleh dipakai di airport dan berjalan jalan la. Dia satu set baju dan seluar panjang. 

Saya pun tanya la Babam patutkah saya membelinya? Babam cakap terserah saya. Nak tahu tak, dua tiga kali saya ambil, saya letak balik, saya ambil, saya letak balik. Saya sangat dalam dilema. Apa yang saya fikir, saya takut pembaziran berlaku sebab Najhan sekarang pun slowly belajar palai baju Wildan macam dalam gambar di atas. 

Tapi bila saya fikir balik, adakah saya terlalu berkira dengan anak anak soleh ini? Adakah saya jahat sehingga kan nak beli itu pun saya kena fikir banyak kali? Jadi patutkah sekarang saya beli saja untuk mereka? Bukanla sebab harga ke apa tapi nanti siapa yang nak pakai baju si Adik kan. Baju Abe takpela Adik boleh pakai nanti besar sikit in shaa Allah. 

Tolongla bagi saya penyelesaian. Okayla for context, harga baju itu sepasang RM32. Saya nak beli untuk mereka dua pasang setiap orang. Kalau pernah nampak Wildan punya pakaian sebelum ini yang berpasang tu, ha begitula. Smart sangat. Tak boleh bayangkan kalau Adik pakai. Mesti macam Wildan tapi versi kecil. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, November 1, 2025

I AM NOBODY

Hari ini saya terasa hati dengan kata kata seseorang. Bukan sekali dua, berkali kali sudah. Tiada apa yang saya boleh buat selain pujuk diri sendiri dan biarkan ia berlalu. Lupakan? Selagi bernyawa, ada saja masalah akan timbul kan. Begitulah kehidupan. Tiada pilihan lain selain menerima. 

Tiada kata maaf. Tiada kata yang menenangkan hati. Tapi hati saya lembut. Esok mesti saya okay balik. Esok mesti saya lupa. Tajamnya kata kata seorang manusia buat saya terfikir balik akan kelemahan diri saya. Lemahnya saya. Banyaknya kekurangan saya. 

Saya yang salah kerana tidak matang. Saya yang salah kerana jauh dengan tuhan. Saya yang salah kerana kekurangan saya. Semuanya kerana kelemahan saya. Tiada salah daripada pihak lain. Hanya saya yang salah. Saya yang tidak pandai menjadi baik. 

Esok mesti saya menyesal sebab buat blog ini. Tapi ini diari saya. Saya tak ada tempat lain untuk mengadu. Tiada sesiapa pun yang ingin mendengar masalah orang lain. Tiada siapa kisah. Masing masing dengan hidup sendiri. Kerana itulah banyak aku memendam rasa. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, October 31, 2025

THEY WERE TELLING THE TRUTH

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua. Hari ini saya terdetik nak tulis sesuatu yang dah lama saya dengar tapi tak sangka ia betul. I thought they were trying to be funny. Dulu kan setiap kali seminar, penceramah akan cakap doa banyak banyak supaya pemeriksa lembut hati bagi markah. Doakan supaya pemeriksa tak bergaduh dengan wife masa tanda kertas. Berdoa supaya pemeriksa tak bad mood masa tanda kertas. 

Tuan dan puan, ia nya sangat betul! Kalai daripada pengalaman saya la. Selama beberapa lama saya menanda kertas, saya akui emosi sangat memainkan peranan yang penting. Selain emosi, tahap kepenatan diri pun memainkan peranan semasa menanda. Bayangkan kita tanda kertas yang jawapan dia hampir sama tapi bila good mood kita boleh bagi markah, tapi bila sebaliknya kita tak bagi. 

Entahlah anda faham ke tidak, tapi itu la yang saya nak cakap hari ini hihi. Ada masanya part jawi kalau ada salah sikit sikit saya tutup mata la, betulkan dan bagi markah. Tapi jangan la time aku bad mood atau penat, saya kasi salah semua kahkah. Jadi betul la kata penceramah, kena doa banyak banyak agar pemeriksa kertas sentiasa good mood ketika memeriksa. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, October 30, 2025

CUBAAN MENJADI BABY

Baby aponyo gigi pun penuh doh tu haha.
Kaki pun sama panjang dengan Umi dah.
Assalamu'alaikum WBT. Hai semua! Apa khabar? Hari ini nak bercerita la sikit. Dah lama dah daku perhati anak soleh lagi busuk masam ini nak jadi baby balik haha. Padahal dia masih baby pun tapi gigih buat buat nangis minta susu macam baby la kali kan. Alhamdulillah kalau perhatian, Abe 50% Adik 50% in shaa Allah tiada yang terkurang. 

Tapi itula, mungkin Abe ni nak menceriakan hari Umi dan Abah haha. Geram je tengok dia buat buat macam baby. Tahu pula dia baby macam mana kan. Sebut baby pun boleh dah alhamdulillah. Makan pun taknak orang suap, minum pun guna gelas kaca, mandi pun sendiri, tidur pun ulit sendiri, susu pun pandai buat sendiri. Pahtu nak jadi baby haha kelakar juga anak sulungku ini. 

Abe ni Umi rasa kesian bila dia jadi mangsa gigitan Adiknya. Di taska haritu, Adik gigit Abe di kaki. Berbekas besar juga la. Minggu lepas, Abe duduk atas sofa sambil ralit tengok tv, Adik yang tengah berdiri pegang tepi sofa pergi gigit paha Abe. Ore kelate kato, mmerit jugokla Abe nyo. Sakit weh kena gigit. Abah pun keluar suara jeritan ya bila kena gigit. 

Ada satu pagi tu kan saya sedang bersiap nak ke sekolah. Abah Muhammad pun mandi dan solat semua la. Anak anak belum bangun. Sekali saya buka pintu bilik nak intai la mungkin dah terbangun ke apa kan. Tengok tengok Abe dah sedar, tengah hisap jari sambil tangan satu lagi usap usap kepala Adik yang sedang tidur. I wanna cry!!! Itu pun satu nikmat juga kan. 

Tapi ada satu lagi cerita. Masa Abah Muhammad tak ada di rumah pergi cari buluh, Adik dan Abe tengah main di ruang tamu la sambil tengok tv. Adik tumpang sekaki main truck yang Abe main. Masa tu tak ingat Abe main apa. Sekali Abe tengok Adik main truck tu, dia ambil truck tu lepaskan atas kepala Adik. Allahu nak luruh jantungku. 

Begitu manis masam masin cerita cerita hari ini hihi. In shaa Allah Abe dan Adik belajar slowly sharing barang, main sama sama. Bergaduh pun, biarla bergaduh manja ya anak anak soleh Umi. Umi doakan anak anak Umi ni menjadi anak yang soleh, senang dijaga, memberi manfaat kepada orang lain dan yang baik baik saja untuk kalian berdua, Wildan dan Najhan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, October 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 10 MONTHS OLD

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua! Hari ini Muhammad Najhan berumur 10 bulan sudah. Cepat kan? Ada beberapa ulasan la tentang anak soleh ini yang semakin lama semakin banyak ragamnya alhamdulillah. Kecoh je Umi nya nak mengulas haha. Rekod perkembangan dia juga ini kunun. 

Budak ini sekarang alhamdulillah ada menapak dalam 2 ke 3 tapak. Dah boleh berdiri lama sikit. Nampak dia gigih nak menapak tu. Rutin menggigit tu nampak makin slow dah. Mungkin tak gatal sangat dah dia punya gusi. 

Kebelakangan ni ada masa dia banyak merengek. Ibu pun ada cakap di taska dia banyak merengek. Nak kena dukung je kali. Lepas tu, di taska Najhan tak minum susu. Dia taknak. Mungkin ada cara lain Mama dan Nenek bagi susu. 

Di rumah memang saya bagi susu badan full la. Apa lagi ya. Haa Najhan dah pandai babai sambil sebut 'ba' 'ba'. Perkataan yang jelas sebutannya semestinya 'Abah'. Kadang bunyi 'ada' juga. Kalau kita sebut Abe, dia akan pandang Wildan. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Cumanya Najhan belum pandai tidur sendiri. Mungkin sebab dia tak ada pelali. Kalau macam Abe, pelali nya dia punya ibu jari tangan kiri dan juga puting susu. Kalau Adik, pelali dia mungkin Umi kahkah. 

Anak anak Umi, Wildan dan Najhan, sihat sihat sokmo deh. Jadi anak yang baik, soleh, bijak deh. Ouu satu la, ada masa dia suka menggigit juga tapi mangsanya ialah Abe. Kena gigit di kaki la, paha la. Abe nya ralit tengok tv, tahu tahu kena gigit. 

Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Happiest Birthday to Noa Catalina, Diana punya anak perempuan yang comel halus mulus cerdik sangat. Rasa macam baru saja si Diana bersalin, tup tup dah setahun ya umur anaknya. 

Kota Marudu, Sabah.