Monday, January 19, 2026

HAPPY 3RD BIRTHDAY CHOMBI 🎂

Tak sanggup ku lihat dirimu.
Jom mandi.
Aaaaa sejuknya!
Freshhhh~~~

Chombi dilahirkan pada 19 Januari 2023, awal tahun birthday dia. Jadi, awal la sampai umur dia. Hiks. Happy birthday Chombi 💓 Banyak sangat jasamu padaku wahai Chombi. Terima kasih kerana banyak bersabar denganku. Walaupun kau nampak terbiar, namun kau tahu kau sentiasa dihatiku. Tiga tahun sudah umurmu. Banyak sudah jalan kau tempuhi. Banyak juga bau kau hidu apalagi di dalam kereta penuh dengan makanan dan air yang tumpah. Namun tidak pernah kau mengeluh. 

Baru baru ini kau telah membuatku risau. Tayarmu dimasuki paku. Pasti lama kau menahan sakit kan? Maafkan tuanmu yang tidak cakna ini. Semoga daku sentiasa rajin dalam memastikan dirimu dalam keadaan bersih sentiasa. Jumpa lagi.

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment