Assalamu'alaikum WBT.
Cuti sekolah tiga minggu berlalu begitu sahaja. Tidak puas rasanya. Tapi aku sangat bersyukur dapat menghabiskan masa bersama keluargaku tersayang dengan sehabis baik. Sedar tak sedar 6 buah movie dapat kuhabiskan dengan jasa baik Mukhlisin yang sanggup mengurut kakiku setiap kali aku tersengguk, Umi yang setia menolak Najhan di atas stroller demi mengalihkan perhatiannya dan Syahadah yang tak jemu menjaga anak anak buahnya sekali dengan pakej basuh berak dan mandikan.
Suka sangat tengok interaksi Abah dan cucu cucu dari Sabah kahkah. Macam love and hate relationship lagi lagi si Najhan yang jual mahal. Muhammad Wildan sempat lagi naik motor dengan Tokbah. Anak anak buahku yang terchenta juga dapat kujumpa dan menghabiskan masa bersama. Namun belum puas ku menyakat si Abbas. Semoga ada rezeki ku menyakatnya lagi.
Banyak sangat wishlist yang dapat saya tunaikan sepanjang cuti, thanks to my beloved family especially Umi dan Kaksyadah. Dapat la daku dan Abe Dailamie dating di kedai nasi depan sekolah arab, brisk walk di Rantau Panjang dan banyak lagi la dan bukan sekali dua kami pergi kahkah. Aiskrim Baba kalau boleh hari hari nak makan. Lokcing pulut! Sedapnya~~~ Tak puas!
No wonder la beratku naik sebanyak 3 kilo atau lebih. Mungkin ini la tempoh terbaik untuk ku berada di Kelantan kerana mungkin boleh bawa mudarat kalau cuti lama sangat memandangkan nafsu makanku sangat kuat terhadap benda yang tak patut dimakan banyak kahkah.
Terima kasih ahli keluargaku lagi lagi Abah, Umi, Kaksyadah dan Adik sangat supportive dari kami balik Kelantan sehingga la kembali ke Sabah. Tak lupa juga trio SyaDaDik yang sempat kita kumandangkan dan spent time main beberapa game. Sayang adik adikku yang soleh solehah ini.
Terima kasih ya Allah untuk semua pengalaman manis ini. Semoga Allah permudah segala urusan kita semua. Semoga seluruh ahli keluarga sentiasa berada dalam kesihatan terbaik dan dapat melaksanakan segala tugas dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment