| Penyampaian cenderahati kepada penceramah. |
Assalamu'alaikum WBT.
Pada hari ini diadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj yang dibuat awal sehari dari tarikh sebenar kerana esok cuti. Perancangan last minute juga tapi alhamdulillah semuanya terkawal. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat tak kira guru atau pelajar. In shaa Allah bacaan Yasin dan al-Kahfi yang direncanakan setiap Jumaat bakal berjalan dengan baik memandangkan saya sudah nampak flownya pada hari ini. Penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada penceramah jemputan yang diimport khas dari SMK Salaping iaitu Ustaz Raj Azzahari bin Radin. Ceramahnya sangat menyeronokkan dan padat sekali. In shaa Allah kalau ada lagi program seperti ini, nama beliau akan berada di dalam list jemputan. Para pelajar pun nampak gembira dan tidak mengantuk.
Selepas selesai, kami guru guru Muslim sempat menjamu selera yang disediakan oleh Cikgu Al-Faidal, kuih muih dan air kopi panas. Sedap! Sempat juga berbual bual bersama guru guru, berkongsi itu ini dan akhirnya bersurai. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment