Saturday, January 24, 2026

MANDI PANTAI DI SIMPANG MENGAYAU




Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini Abah bawa Umi, Wildan dan Najhan jauh sikit dari Kota Marudu iaitu Simpang Mengayau, Kudat. Bangun pagi lepas siap makan dan mandi, Umi kemas barang anak anak soleh lagi baik, dan letak dalam kereta. Umi bagi laluan dekat Abah untuk bawa kami ke mana saja. Memang Umi tidak tahu arah tuju kahkah. Tapi tahu la arah ke Kudat. 

Beberapa hari sebelum, Abah Muhammad ada meluahkan niat nak bawa anak anak ke pantai nak suruh pegang pasir atau orang sekarang panggil grounding rasanya. Dia lebih kepada sensory ke apa lupa dah. Okay kembali ke cerita asal, sikit lagi nak sampai ke Tip of Borneo, kami berhenti depan pantai yang tak ada orang sangat tapi macam selamat untuk bermain. 

Memang tak menyesal bawa dorang, suka dooh dorang main. Tak banyak saya gambar mereka dalam air sebab sangat takut dan risau mereka terlepas. Ombak dia boleh tahan kuat. Ada la dua tiga kali dorang terminum air masin. Terus berkerut muka. Masin! Asalnya saya jual mahal, taknak masuk dalam air. Sekali nak daku yang lebih lebih.

Tiada daku bawa baju persalinan untuk diriku, jadi bersejukla daku dalam kereta sampai la ke rumah. Anak anak memang well prepared la dengan bajunya dua pasang, pampers, tuala dan sebagainya. Alhamdulillah yang penting kebajikan mereka terjaga. Diri sendiri takpela dah tua haha. Jangan manja sangat okay. Begitula ceritanya. 

Semoga short trip ke Simpang Mengayau ini memberi manfaat kepada anak anak soleh ini. Semoga mereka membesar dengan sihat walafiat, senang dijaga, cerdik pandai dan memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih Abah 💕

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment