Wednesday, January 7, 2026

BORONG MAKANAN KE SABAH


Ya Allah kenapa baru ku sadar bahawa Tasek Raja ini adalah syurga makanan!!! Banyak dooh aneka makanan dekat sini tak tipu. Nasib baikla ku tahu pun dah last nak dekat habis cuti, kalau tidak habis duitku membeli di sini saja haha. Padahal pernah je datang sini dulu dengan Umi dan Syahadah, tapi saya tak ingat part makanan tu. 

Tapi takpela in shaa Allah ada rezeki balik Kelantan lagi, kita serang! Kami beli keropok baby, keropok losong, kacang dan banyak lagi la. Kebanyakannya beli untuk orang di Sabah la macam buah tangan begitu. Yang penting beli untuk Danial sebagai tanda terima kasih dia sanggup tumpangkan keretaku di rumahnya. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

No comments:

Post a Comment