Wednesday, March 31, 2021

31 Mac 2021

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik. Hari ni hari terakhir bulan Mac. Woww rasa macam baru masuk tahun baru. Esok dah 1 April. Maknanya lagi sehari saya akan ke KL untuk menjalani praktikal mengajar di sekolah yang saya pilih. Doakan yang terbaik. 

Asalnya dalam perancangan saya akan duduk dia asrama sekolah tapi pada saat akhir pihak sekolah bagitahu yang bilik yang asalnya saya akan duduki tu dijadikan bilik kuarantin para pelajar perempuan selepas mengambil kira sop yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. 

Jadi saya reda dan saya percaya semuanya ketentuan Allah dan memang perancangan Allah saya tak tinggal di asrama. Jadi saya akan menetap di bilik sewa in shaa Allah. Doakan saya ya. Saya akan start mengajar face to face pada 5 April in shaa Allah. 

Saya sekarang layan beberapa drama Korea tak kira yang baru atau lama. Antaranya Mouse, She Was Pretty, Penthouse dan While You Were Sleeping. Semuanya best best jadi saya sedih nak tinggalkan semua drama ni. Barang kebanyakannya dah siap packing. Tinggal beberapa perkara lagi. 

Nak ke sana memang lah sedih dan berat hati tapi bila fikirkan nak cepat habis, saya kena cekalkan hati saya. Betul tak? Kalau tak bila nak habis kan. Okaylah sayarasa mengantuk dan nak tidur tapi sebenarnya saya kena kemaskini rph dan print. Begitu juga dengan dokumen sekolah. Hmm okaylah bye!

Thursday, March 25, 2021

How Time Flies

Rasa macam baru je start practicum, tapi sekarang dah nak masuk sebulan dah. Lagi dua hari cuti penggal pertama persekolahan. Naik cuti, in shaa Allah kelas face to face. 

Masuk sekolah seminggu, bulan ramadhan start. Woww cepatnya. Kenapa rasa macam baru je raya hari tu. Sekarang dah nak puasa balik. 

Hmm okaylah. Saya rasa mengantuk dah sekarang. Baru siap buat lesson plan dan scan buku teks, page yang nak ajar esok in shaa Allah sambil dengar lagu lagu Afgan. Syok juga eh lagu dia. Okay bye!

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Monday, March 22, 2021

الإشراف ‏الأول

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Alhamdulillah tadi selesai observation pertama untuk teaching practicum saya. Syukur pada Allah semuanya berjalan lancar. Banyak juga komen yang supervisor saya berikan tadi. 

Tapi semua komen itu sangat membina dan menolong untuk improve dalam pengajaran kelak. Saya bersyukur dapat supervisor seperti Dr. Norazzelena. Walaupun saya tak pernah kenal beliau, tapi komen yang diberi tadi sangat detail dan saya suka sangat caranya. 

Tinggal satu lagi observation untuk round yang pertama ni in shaa Allah. Tapi kemungkinan nanti kelas face to face. Doakan saya ya. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan. Aamiin ya Rabb. 

Wednesday, March 17, 2021

Another Level

Okay. Banyak banyak nervous yang saya hadapi selama ni, saya rasa nervous minggu depan ni paling menakutkan lah sebab in shaa Allah Isnin depan iaitu 22 Mac 2021, buat pertama kali saya akan di observe oleh supervisor saya. Allahu takutnya ya Allah. 

Bolehkah saya buat dengan cemerlang dan difahami? In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Termasuk kawan saya Najwa yang akan di observe esok. Doakan saya ya. Untuk kelas esok saya belum buat rph hihi. Sikit lagi nak masuk tajuk baru.  

Okaylah bye assalamu'alaikum. 

Tuesday, March 16, 2021

Boy or Girl

Assalamu'alaikum W.B.T. Apa khabar semua? Saya harap semua dalam keadaan yang baik dan aman tenteram. Tadi saya ada kelas pukul 12.30 hingga 1 tengah hari. Hari ni 30 minit saja. 

Alhamdulillah macam biasa, ada student aktif dan tak aktif, respon dan tak respon. Itu biasa kan, kalau budak universiti pun sama lah. Kelas online kan. Tak sama dengan face to face. 

Saya rasa teruja untuk mengajar face to face dan berjumpa dengan pelajar pelajar semua. Biasa tengok dalam google meet saja kan. Tapi dalam masa yang sama saya rasa nervous dan takut. In shaa Allah dipermudahkan. 

Sebenarnya saya ada berita gembira. Hari ni kaklong saya pergi klinik dan check, dan kaklong mengandung! Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan. Akhirnya selepas beberapa tahun saya menanti kehadiran orang baru dalam keluarga, tercapai juga ya in shaa Allah. 

Bermakna anak saudara saya akan bertambah lagi seorang, jadi jumlahnya tiga. Dah boleh start panggil si adik, abang. Yang sulung memang panggil kakak atau Iman. 

Sebenarnya beberapa minggu yang lepas, saya dan adik saya dah terperasan yang kakak ipar saya iaitu kaklong jadi lain sikit daripada biasa. Pertama dia jadi makin sensitif. Kedua dia tak boleh dengan bau bawang. Ketiga beberapa hari yang lepas saya ternampak perut kaklong. 

Kaklong seorang yang slim tapi kenapa tiba tiba perut kaklong timbul sikit? Jadi terjawab sudah teka teki ini bahawasanya kaklong mengandung! Alhamdulillah. Saya excited dan nervous juga. 

Tak sabar nak tahu baby boy atau girl, dan muka macam mana. Mungkinkah macam kakak dia atau abang dia? Haa nantikan hihi. Kalau dalam kiraan saya, saya agak kaklong akan bersalin dalam bulan 11 nanti sebab sekarang pun dah nak masuk dua bulan pregnant iaitu lima minggu. 

Okaylah sampai di sini saja dulu coretan saya. Esok saya tak ada kelas. Lusa iaitu Khamis dan Jumaat ada kelas. Minggu depan saya tak pasti lah sama ada ada kelas atau tidak sebab kalau tengok dalam rpt, 22 hingga 26 Mac pelajar akan exam. 

Minggu depan sekali lagi cuti sekolah dan in shaa Allah kalau tiada aral melintang, sekolah akan buka pada 5 April 2021. In shaa Allah saya akan berada di sana dan menetap di asrama sekolah sepanjang tempoh praktikum. Doakan saya!

Monday, March 15, 2021

Balik Hari

Assalamu'alaikum W.B.T.

Kita hanya merancang, dan Allah juga merancang, dan Dia-lah sebaik baik perancang. Adikku yang belajar di CFS Gambang sepatutnya menghabiskan masa setahun atau tiga sem belajar dia kampus Gambang, hanya sempat satu sem saja belajar di sana. 

Yang selebihnya terpaksa belajar secara online dek kerana keadaan pandemik sekarang yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dia baru saja habis dem dua baru baru ni dan in shaa Allah dalam beberapa minggu lagi dia akan berjuang untuk sem tiga iaitu sem akhir di asasi. 

Sekejap saja masa berlalu kan. Siapa sangka adik saya yang dulunya jauh lebih kecil daripada saya, sekarang sudah nak habis asasi dan akan masuk degree tak lama lagi in shaa Allah. Alkisahnya nak cerita, hari ni dia dijadualkan untuk ambil barang yang dia tak ambil masa balik hari tu. 

Ini memang tak dirancang sebab rancangan awalnya dia sepatutnya belajar di kampus kan. Tapi apa kan daya ini lah yang sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi dari awal pagi lagi selepas Subuh, Abah, Umi dan adik saya bertolak ke Pahang dan lebih spesifiknya ke kampus CFS di Gambang lah. 

Alhamdulillah perjalanan lancar. Yang tak lancarnya, bila sampai sana dan dah masuk bilik pun, akhirnya dia baru ingat yang dia tak bawa kunci almari. Allahu dugaan! Punyalah dia gelabah. Siap guna penyapu dan benda benda lain yang dia rasa boleh digunakan untuk buka pintu almari yang berkunci tu. Katanya dalam drama jadi je kalau buat macam tu. 

Tapi di kehidupan sebenar, tak menjadi pun kahkah. Jadi tak ada jalan lain selain menyusahkan Abah dan Umi kahkah gurau saja. Dia turun bagitahu Umi dan mereka tunggu technician tapi disebabkan lama sangat, Abah saya buat keputusan untuk buat sendiri. Jadi apa lagi, digeledahnya belakang kereta dan jumpa alat yang sesuai dan naik ke tingkat lima nun jauh di sana. 

Alhamdulillah berjaya. Tapi adik saya rasa bersalah sangat sangat lah sebab macam menyusahkan Abah dan Umi kan. Tapi ada hikmahnya lah, bolehlah Abah dan Umi tengok macam mana bilik anak mereka duduk selama ni. Memang selesa lah, besar dan cantik. Jadi lepas tu mereka singgah makan di kedai di Gambang dan bertolak balik terus ke Kelantan. 

Yang lawaknya barang dia sikit sangat sangat. Berbaloi ke pergi rentas negeri semata mata nak ambil barangnya yang tak berapa banyak tu? Ya berbaloi sebab bukan calang calang barang tu. Seterika, iron board, bantal dan beberapa barang lagi. Pakaian dan buku semua dah bawa balik hari tu lagi. 

Alhamdulillah perjalanan balik lancar dan selamat. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan segala urusan kami semua. Saya tak boleh ikut sebab ada kelas kena mengajar. Lagi pula nak rentas negeri rasanya terhad penumpang keretanya. Hmm okaylah itu sedikit sebanyak cerita untuk hari ini. 

Bye!

Mouse


Hai! Sekarang musim saya dan adik saya layan cerita korea baru yang berjudul Mouse. Tolong tengok! Best giler cerita dia! Dia pasal psychopath lakonan Lee Seung Gi dan ramai lagi pelakon lain yang semuanya memang berbakat. 

Dia punya plot twist walaupun baru tiga empat episod, woww! Yang sedihnya erita ni dia main dua kali seminggu saja. Jenuh nak menunggu episod seterusnya. Tak sabarnya! Hmm tapi bila fikirkan rph, terus lemah semangat balik. Haha~

Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. In shaa Allah kalau dipanjangkan umur, dapat saya kembali aktif menulis seperti sebelum ni. Tapi itulah, sekarang sibuk dengan kerja sekolah kan walaupun praktikal je, kerja tetap banyak. 

Bye!

AJL 2021

Woww hampeh! Itu je saya boleh cakap. Gitewww~ Okay saya serious sebenarnya ni. Saya memang tak puas hati dengan keputusan ajl kali ni. Memang dah lama saya tak tengok ajl sebab saya rasa macam tak ada sebab untuk saya tengok. 

Tapi untuk ajl kali ni, pada tahun ni saya ada sebab yang kukuh untuk tengok sebab ada ramai penyanyi berbakat yang menyertai pertandingan ni. Antaranya adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Amir Masdi dan ramai lagi. 

Tapi lagu yang menang~ Hmm saya tak tahu lah apa standard piawaian dan kriteria yang pihak juri pakai, apa yang menyebabkan lagu tu layak menjadi juara. Memang saya tak ada apa apa knowledge pasal muzik, tapi saya rasa pemilihan pemenangnya sangat teruk. 

Antara peserta yang best adalah Wani Hasrita dan Jamal Abdillah, Amir Masdi, Aina Abdul dan Ernie Zakri. Bagi sayalah. Hmm tak tahu lah apa saya cakap ni tapi macam tak puas hati sikit lah kan. Takpe lah takdir dah tertulis dah macam tu. 

Baik saya fikirkan perancangan untuk kelas esok kan daripada fikir benda yang buat saya sakit hati. Saya dah buat slide untuk mengajar esok, rph pun alhamdulillah dah siap. Cuma perlu baca lah sikit sebab macam mana nak ajar budak kalau kita tak faham kan. 

Hmm okaylah apa apa pun tahniah kepada semua yang layak masuk ke final ajl. Rezeki masing masing dah tertulis walaupun tak menang kan. Bakat tu yang penting. Okaylah bye semua! 

15 March 2021 (Monday) 2.20 AM
On my bed. 

Tuesday, March 9, 2021

I'm Okay

I've been a teacher for almost two weeks already! Can you tell how excited I am? Excited plus nervous because I think I'm lacking in so many things and ways. 

The first week has been quite tough and challenging for me as a beginner. But I'm slowly learning and improving in shaa Allah. 

The students are so kind and smart. They are supportive, sometimes. I teach four times a week. I'm looking forward to teach new topic day after tomorrow. 

Please pray for me. I'm struggling to finish the lesson plan on time. I always procrastinate and do my work last minute. Always always always. 

Okay I think that's all for now. Shall I start doing my lesson plan? Or writing my application for the asrama? Ohh yeahh school (face to face) will start soon in shaa Allah. 

So I have to be there at the school to teach the students face to face after a month of online classes. Online class is hard actually. Especially to attract the students to stay focus on the lesson. 

The class activities are limited too. Plus I'm not that creative and innovative in planning the activities. I don't really enjoy thinking and brainstorming. 

Okay bye guys! I can finally spend time on writing this blog because I don't have class tomorrow, so no lesson plan! I can rest tomorrow yeahhh! Hmm not really. 

Okay this will be the final bye. Bye! May Allah S.W.T. ease everything. Assalamu'alaikum W.B.T. 

Monday, March 1, 2021

بداية ‏البداية

Welcome to Teaching Practicum!

Ya Allah, nervousnya hanya Allah yang tahu. Akhirnya sampai masa untuk saya mengajar ya. Dulu tengok senior saja. Sekarang kita sendiri. 

Sayangnya kami start dengan mengajar secara online sebab keadaan sekarang. In shaa Allah awal bulan empat nanti kami akan mengajar secara depan depan. 

Semoga keadaan kembali stabil dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Saya lapor diri pun secara online saja. Alhamdulillah pihak sekolah semua baik baik. Saya dapat kelas tingkatan 1 Maliki. 

Pelajarnya 38 orang semuanya. In shaa Allah semuanya baik baik saja. Hmm okaylah bye!