Assalamu'alaikum W.B.T.
Kita hanya merancang, dan Allah juga merancang, dan Dia-lah sebaik baik perancang. Adikku yang belajar di CFS Gambang sepatutnya menghabiskan masa setahun atau tiga sem belajar dia kampus Gambang, hanya sempat satu sem saja belajar di sana.
Yang selebihnya terpaksa belajar secara online dek kerana keadaan pandemik sekarang yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dia baru saja habis dem dua baru baru ni dan in shaa Allah dalam beberapa minggu lagi dia akan berjuang untuk sem tiga iaitu sem akhir di asasi.
Sekejap saja masa berlalu kan. Siapa sangka adik saya yang dulunya jauh lebih kecil daripada saya, sekarang sudah nak habis asasi dan akan masuk degree tak lama lagi in shaa Allah. Alkisahnya nak cerita, hari ni dia dijadualkan untuk ambil barang yang dia tak ambil masa balik hari tu.
Ini memang tak dirancang sebab rancangan awalnya dia sepatutnya belajar di kampus kan. Tapi apa kan daya ini lah yang sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi dari awal pagi lagi selepas Subuh, Abah, Umi dan adik saya bertolak ke Pahang dan lebih spesifiknya ke kampus CFS di Gambang lah.
Alhamdulillah perjalanan lancar. Yang tak lancarnya, bila sampai sana dan dah masuk bilik pun, akhirnya dia baru ingat yang dia tak bawa kunci almari. Allahu dugaan! Punyalah dia gelabah. Siap guna penyapu dan benda benda lain yang dia rasa boleh digunakan untuk buka pintu almari yang berkunci tu. Katanya dalam drama jadi je kalau buat macam tu.
Tapi di kehidupan sebenar, tak menjadi pun kahkah. Jadi tak ada jalan lain selain menyusahkan Abah dan Umi kahkah gurau saja. Dia turun bagitahu Umi dan mereka tunggu technician tapi disebabkan lama sangat, Abah saya buat keputusan untuk buat sendiri. Jadi apa lagi, digeledahnya belakang kereta dan jumpa alat yang sesuai dan naik ke tingkat lima nun jauh di sana.
Alhamdulillah berjaya. Tapi adik saya rasa bersalah sangat sangat lah sebab macam menyusahkan Abah dan Umi kan. Tapi ada hikmahnya lah, bolehlah Abah dan Umi tengok macam mana bilik anak mereka duduk selama ni. Memang selesa lah, besar dan cantik. Jadi lepas tu mereka singgah makan di kedai di Gambang dan bertolak balik terus ke Kelantan.
Yang lawaknya barang dia sikit sangat sangat. Berbaloi ke pergi rentas negeri semata mata nak ambil barangnya yang tak berapa banyak tu? Ya berbaloi sebab bukan calang calang barang tu. Seterika, iron board, bantal dan beberapa barang lagi. Pakaian dan buku semua dah bawa balik hari tu lagi.
Alhamdulillah perjalanan balik lancar dan selamat. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan segala urusan kami semua. Saya tak boleh ikut sebab ada kelas kena mengajar. Lagi pula nak rentas negeri rasanya terhad penumpang keretanya. Hmm okaylah itu sedikit sebanyak cerita untuk hari ini.
Bye!
No comments:
Post a Comment