Assalamu'alaikum W.B.T. Apa khabar semua? Saya harap semua dalam keadaan yang baik dan aman tenteram. Tadi saya ada kelas pukul 12.30 hingga 1 tengah hari. Hari ni 30 minit saja.
Alhamdulillah macam biasa, ada student aktif dan tak aktif, respon dan tak respon. Itu biasa kan, kalau budak universiti pun sama lah. Kelas online kan. Tak sama dengan face to face.
Saya rasa teruja untuk mengajar face to face dan berjumpa dengan pelajar pelajar semua. Biasa tengok dalam google meet saja kan. Tapi dalam masa yang sama saya rasa nervous dan takut. In shaa Allah dipermudahkan.
Sebenarnya saya ada berita gembira. Hari ni kaklong saya pergi klinik dan check, dan kaklong mengandung! Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan. Akhirnya selepas beberapa tahun saya menanti kehadiran orang baru dalam keluarga, tercapai juga ya in shaa Allah.
Bermakna anak saudara saya akan bertambah lagi seorang, jadi jumlahnya tiga. Dah boleh start panggil si adik, abang. Yang sulung memang panggil kakak atau Iman.
Sebenarnya beberapa minggu yang lepas, saya dan adik saya dah terperasan yang kakak ipar saya iaitu kaklong jadi lain sikit daripada biasa. Pertama dia jadi makin sensitif. Kedua dia tak boleh dengan bau bawang. Ketiga beberapa hari yang lepas saya ternampak perut kaklong.
Kaklong seorang yang slim tapi kenapa tiba tiba perut kaklong timbul sikit? Jadi terjawab sudah teka teki ini bahawasanya kaklong mengandung! Alhamdulillah. Saya excited dan nervous juga.
Tak sabar nak tahu baby boy atau girl, dan muka macam mana. Mungkinkah macam kakak dia atau abang dia? Haa nantikan hihi. Kalau dalam kiraan saya, saya agak kaklong akan bersalin dalam bulan 11 nanti sebab sekarang pun dah nak masuk dua bulan pregnant iaitu lima minggu.
Okaylah sampai di sini saja dulu coretan saya. Esok saya tak ada kelas. Lusa iaitu Khamis dan Jumaat ada kelas. Minggu depan saya tak pasti lah sama ada ada kelas atau tidak sebab kalau tengok dalam rpt, 22 hingga 26 Mac pelajar akan exam.
Minggu depan sekali lagi cuti sekolah dan in shaa Allah kalau tiada aral melintang, sekolah akan buka pada 5 April 2021. In shaa Allah saya akan berada di sana dan menetap di asrama sekolah sepanjang tempoh praktikum. Doakan saya!
No comments:
Post a Comment