Wednesday, March 31, 2021

31 Mac 2021

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik. Hari ni hari terakhir bulan Mac. Woww rasa macam baru masuk tahun baru. Esok dah 1 April. Maknanya lagi sehari saya akan ke KL untuk menjalani praktikal mengajar di sekolah yang saya pilih. Doakan yang terbaik. 

Asalnya dalam perancangan saya akan duduk dia asrama sekolah tapi pada saat akhir pihak sekolah bagitahu yang bilik yang asalnya saya akan duduki tu dijadikan bilik kuarantin para pelajar perempuan selepas mengambil kira sop yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. 

Jadi saya reda dan saya percaya semuanya ketentuan Allah dan memang perancangan Allah saya tak tinggal di asrama. Jadi saya akan menetap di bilik sewa in shaa Allah. Doakan saya ya. Saya akan start mengajar face to face pada 5 April in shaa Allah. 

Saya sekarang layan beberapa drama Korea tak kira yang baru atau lama. Antaranya Mouse, She Was Pretty, Penthouse dan While You Were Sleeping. Semuanya best best jadi saya sedih nak tinggalkan semua drama ni. Barang kebanyakannya dah siap packing. Tinggal beberapa perkara lagi. 

Nak ke sana memang lah sedih dan berat hati tapi bila fikirkan nak cepat habis, saya kena cekalkan hati saya. Betul tak? Kalau tak bila nak habis kan. Okaylah sayarasa mengantuk dan nak tidur tapi sebenarnya saya kena kemaskini rph dan print. Begitu juga dengan dokumen sekolah. Hmm okaylah bye!

No comments:

Post a Comment