Friday, May 28, 2021

عطلة ‏سعيدة

Yeahhh akhirnya cuti! Tapi sampai 13 Jun saja. Lepas tu buka sekolah balik. Observation lagi sekali. Bila buka sekolah nanti, in shaa Allah tinggal lagi sebulan baki praktikum. 

Gembira ada, sedih pun ada. Wahh kalau habis praktikum ni kiranya saya dah habis belajar lah? In shaa Allah. Tapi sedih nak tinggalkan budak budak ni. Saya makin mengenali mereka, karakter masing masing. 

Saya baru lepas mandi. Hihi. Nak beli makanan kucing dengan lokcing ikan yeahhh. Setelah sekian lama saya menahan diri dari tak beli lokcing ikan, hari ni berpeluang untuk beli. 

Alhamdulillah kehadiran pelajar sepanjang dua minggu pdpr ni sangat memberangsangkan alhamdulillah. Begitu juga dengan participation mereka. Makin aktif walaupun ada yang tak bercakap sangat. Betterlah dari pdpr pertama dulu. 

Haa drama Mouse dah habis! Best sangat cerita dia. Yang tak bestnya pelakon dia Lee Seung Gi tengah dating dengan seorang pelakon ni. Patah hati adik saya kahkah. Dia minat sangat dengan Seung Gi tu. 

Tapi dia dah boleh move on. Sekarang dia suka Jongho kumpulan Ateez sebab suara dia sedap dan nyanyian merdu tambah lagi dengan rupanya yang boleh tahan moleks. Hihi. Saya tak adalah minat macam tu sekali hihi. 

Kembali kepada pdpr tadi, alhamdulillah kelas 1 Maliki subjek LAM dah sampai tajuk 7 muka surat 101. In shaa Allah buka sekolah ni belajar الأعداد والأرقام dan lepas tu masuk tajuk baru. In shaa Allah. 

Okaylah bye!

Wednesday, May 26, 2021

2nd Week of PDPR

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Setelah sekian lama saya tidak bersiaran, akhirnya ada juga masa untuk update blog. Hihi. Esok second last day pdpr sebelum cuti penggal kedua. 

Yeahh! Bukan pelajar je excited nak cuti, cikgu pun sama tau kahkah. Esok kena ajar teks ala ala syarahan gitu. Nasib baik ada kakak saya. 

Boleh lah tanya itu ini. Walaupun level form 1, susah juga sebenarnya lagi lagi kbd, bukan kssm. Apakah nasib baki praktikum saya dan kawan kawan?

Sama sama kita nantikan. Sama ada habis dengan pdpr atau ada peluang lagi untuk class face to face. Kalau pdpr pun, saya still kena pergi kl untuk bawa balik barang. 

Hmm takpelah. Kita tengok macam mana. Dengan keadaan yang tak menentu sekarang kan. Kes korona makin hari makin banyak. Nauzubillahiminzalik. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan dijauhkan dari segala keburukan dan kemudaratan atau apa apa jenis penyakit dan musibah. Aamiin ya Rabb. 

Okaylah bye! Saya nak solat Maghrib dan nak buat rph untuk esok lah. Hihi doakan saya rajin ya. Bye assalamu'alaikum. 

Tuesday, May 18, 2021

6 Syawal

First time isi laporan pdpr.

Semalam kelas online dah start. Cuma semalam saya takde kelas. Kelas hari ni pukul 12.30 sampai 1 tengah hari. Alhamdulillah dah selesai. 

Saya bersyukur sangat dengan participation pelajar. Tak sekrik krik kelas online yang lepas. Mungkin sebab dah kenal kan. 

Hari ni 27 daripada 37 pelajar masuk kelas. Alhamdulillah. Yang tak masuk tu saya faham je mungkin ada masalah internet. 

Saya nak bagitahu sesuatu. Kelas hari ni punya rph saya tak buat lagi. Ni kali pertama saya tak buat rph sebelum kelas sebab semalam tak larat sangat. 

Semalam saya buntu sangat nak ajar apa dan macam mana. Tapi alhamdulillah Allah bagi saya ilham pagi tadi. Esok kena ajar hikam amthal. 

Okaylah bye. 

Wednesday, May 12, 2021

Last Day of Ramadan 2021

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Esok raya! Tapi saya tak ada baju raya pun. Hihi. Tahun ni sama macam tahun lepas lah kan. Beraya dekat rumah saja. Kalau tak ada korona pun, keluarga saya tetap beraya secara sederhana saja. Pagi raya pertama makan di rumah Cik Ani.

Lepas tu balik rumah Tok Aki di Pahang. Begitulah rutin setiap tahun. Tapi tahun ini dengan tahun lepas berbezalah sebab tak boleh beraya di rumah orang lain dan tak boleh rentas negeri. Tapi takpe, asalkan boleh bersama dengan keluarga.

Tahu tak, sebelum saya balik rumah ni, saya sebenarnya hampir hampir tak boleh balik beraya di rumah. Saya dah nangis dah sebenarnya dengan Najwa. Tapi lepas tu universiti keluarkan kenyataan yang pelajar boleh balik! Alhamdulillah. 

Biskut raya dah ada, bekalan makanan pun dah ada dalam peti. Makanan untuk hari raya tempah dengan Cik Ani. Rajinnya Cik Ani nak masak untuk kami kan. Tapi Umi bayarlah kahkah. Yang ada baju raya sedondon abang saya yang dah kahwin je.

Along, Kaklong dan anak anaknya. Tema warna kelabu. Cantik! Umi saya cakap esok kunci pagar. Letak mangga besar besar biar orang faham yang kita tak bagi sesiapa ziarah. Bukan sombong, tapi ambil iktibar kejadian raya tahun lepas.

Walaupun kerajaan dah keluarkan arahan tak boleh ziarah raya, ada juga yang kurang faham dan datang beraya di rumah kami. Terpaksalah Umi saya layan sebab mereka anak murid Umi saya. 10 minit juga mereka tunggu di pagar.

Persiapan untuk raya dah hampir selesai. Kemas rumah saja. Basuh garaj, kemas dapur, depan tv dan bilik. Ruang tamu je belum vakum. Teks khutbah raya dah print! Tahun lepas imam solat sunat raya Along dan yang baca khutbah Alang. Tahun ini tak tahu lagi siapa yang jadi yang mana. 

Hmm okaylah bye.

Sunday, May 9, 2021

27th Day of Ramadan


Scary tak? Walaupun demam sikit dah tak boleh balik rumah untuk raya. Tapi alhamdulillah dah selamat sampai rumah. Hihi. Hari ni lepas sahur saya tidur dan bangun lambat kahkah. Umi saya marah. 

Macam mana saya nak tebus kesalahan saya? Haa saya kupas kulit buah mangga kecil dan lepas tu potong kecil kecil isi dia tu dan Umi saya buat jeruk. Hihi. Sedapnya! Dah boleh bayang rasa dia sebab tahun lepas pun buat juga.

Buah tu hasil pokok yang Abah saya tanam. Banyak sangat sangat buah dia. Sayang tengok dia jatuh macam tu saja. Tapi Abah dan Umi saya lah yang kutip. Saya tak kutip pun lagi sebab baru balik rumah kan. Hihi.

Bye!

Saturday, May 8, 2021

I'm Back

Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah sampai rumah juga akhirnya. Semalam punya prosedur di CAC punyalah ketat. Pukul 6 dah kena pergi sana, berbuka dan solat pun di sana. Bukan pelajar Kelantan saja yang berlepas ke negeri mereka malam itu, pelajar Terengganu pun ada. 

Alhamdulillah semua prosedur berjalan dengan lancar tapi pergerakan bas delay sejam juga. Sepatutnya bertolak pukul 9, jadi pukul 10. Tapi ada hikmahnya. Bertolak lambat, sampai pun lambat, jadi tak adalah Abah saya kena ambil saya pagi pagi buta.

Lepas je sahur Abah terus grab kunci kereta dan ambil saya. Itu yang Umi saya ceritalah. Sampai rumah saya mandi dan solat. Lepas tu borak borak dengan adik saya. Semalam saya bertolak ke universiti dalam pukul 12 tengah hari. Najwa yang hantar.

Sempat lagi bergambar dekat tugu covid dekat Wadi Budi kahkah. Bukan saya seorang saja, Najwa, Anis, Ain dan kawan Anis nama Zaharah pun bergambar sekali. Lepas tu saya tumpang bilik kawan Anis. Tapi Anis ada sekali lah. 


Petang tu baru bertolak ke CAC. Haa nak cakap prosedur tu boleh kata ketat lah kan. SOP pun bukan main masa dalam dewan. Dahlah feeling macam TBS dah CAC hari tu. Naik je bas, duduk dekat dekat juga. Tapi alhamdulillah semua okay. 

Masa tayar kereta melangkah masuk universiti, sayu rasa hati ini. Najwa dah sebak dah. Yalah, dah lebih setahun tak jejakkan kaki ke universiti disebabkan oleh korona. Semua masih sama. Tak ada apa pun yang berubah dekat sana. 

Hmm okaylah bye!

Thursday, May 6, 2021

الإشراف ا‏لثالث


Third observation is done! Alhamdulillah. Semalam buat FB live dalam kelas. Syukur kepada Allah participation daripada pelajar sangat memberangsangkan. 

Najwa bagus sangat. Saya suka tengok najwa mengajar. Suara sangat lantang dan jelas. Sayangnya ustaz tak boleh tengok live sebab ada kerja. 

Jadi ustaz tengok yang recorded punya. Ustaz cakap ustaz dah tengok! Allahu nervousnya. Semalam hari yang sangat panjang. 

Ada observation pagi tu dan balik sekolah. Bersiap dan pergi Kajang sebab berbuka puasa dengan classmate tiga orang. Anis, Zai dan Ain. 

Kiranya berbuka puasa berlima lah semalam. Borak panjang juga hihi. Yang penatnya masa datang sebab jam dekat dua jam. Tapi najwa yang drive. 

Pukul 11.45 malam kami bertolak balik ke rumah. Balik sekejap je sebab tak jam. Sanpai rumah je terus tidur. Hihi. Dan hari ni tak sekolah! 

Saya sedih sebenarnya sebab cuti mengejut kan. Tak sempat nak berhai berbai dengan pelajar saya. Lepas tu saya tertinggal buku latihan di bilik guru. 

Esok kena pergi sekolah lah kiranya. Dan in shaa Allah esok saya bertolak balik! Kena kemas barang malam ni. Banyak juga nak bawa balik barang ni. 

Saya pergi universiti naik grab kot. Dekat sana nanti kena buat health screening dan berbuka puasa bersama pelajar negeri saya yang akan balik sama sama.  

Doakan!

Tuesday, May 4, 2021

Nervousnya Observation

Alhamdulillah semua bahan untuk kelas dah ada. Cuma gambar tu nak kena potong jadi macam puzzle. Harapnya pelajar sporting esok. 

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aamiin ya Rabb. Hadiah dah beli. Kertas mahjong pun dah ada. Najwa pun dah tulis ayat ayat untuk baca dalam kelas esok. 

Skrip saya dah buat tapi kena practice jugalah. Takut esok tergagap tak tahu nak cakap apa. Hmm okaylah bye. Saya nak kemas beg duit. Hihi. 

Monday, May 3, 2021

Birthday Angah

8.35 AM 

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-29 wahai abangku! Wow makin tualah. Semoga Allah permudahkan segala urusan abangku. Aamiin ya Rabb. 

Kejap abang sulung saya hari tu saya ada wish ke tak eh. Tak ingat wish ke tak. Yang penting saya sentiasa ingat cuma tak luahkan saja gitu. 

Okay bye saya ada kelas pukul 9.30 sampai 10 pagi hari ni. Setengah jam saja. Tapi relief tiga masa dek. Hmm. 

Takpelah. Umi saya cakap buat yang terbaik. Bukan selamanya saya duduk sini. Sekejap saja kan jadi kena enjoy sehabis mungkin lah dekat sini. Hihi. 

Bye!

12.47 PM Update:

Saya baru habis relief. Hihi. Kelas tadi sekejap saja, tak sempat nak tanda buku pelajar. Dah lama dah tak tanda sebenarnya sebab tak sempat. Selalu habis mengajar atau main game on time. Hmm.

Nampaknya kena bincang dah pasal rph untuk observation lusa. Takutnya sebab ni first time kena observe dengan ustaz. 

Nasib baik ustaz suruh buat team teaching. Kiranya saya dengan najwa mengajar sekali dalam satu kelas saja. Doakan ya. Hihi. 

Oh saya mesej abang saya tadi dan wish dekat dia. Hihi. Cepat juga dia balas ya. Pelajar saya tak sabar sabar nak balik cuti raya ni. Tiber.

2.14 PM Update:

Habis sudah relief untuk hari ini yeah! 4 Hanafi dan 1 Syafie. Alhamdulillah saya dan najwa dah selesai bincang pasal rph untuk observation. 

Kiranya tinggal nak sediakan bahan mengajar, buat rph dan buat lah skrip sikit sikit takut tergagap pula nanti. 

Sunday, May 2, 2021

20th Day of Ramadan

2 May 2021

12.41 AM

It's already the second day of May. How time flies. Many things happened today. I'm grateful to Allah for everything. Good or bad, Allah has planned everything for us. 

Be positive. Be strong. Everything happens for reason. Remember that Allah will never neglect us. Be submissive to Allah. Be the best slave of Allah. I can't sleep right now. The light is still on. Najwa is video calling her siblings since two hours ago. 

I silently laughed at her funny stories. She talked about her unforgettable childhood stories with her siblings. I realized that every family has its own journey and story. Okay bye!

1.20 AM Update:

To-do list (2/5/2021)

1. Buat rph ustazah
2. Buat rph Isnin
3. Gosok baju untuk seminggu
4. Gosok tudung
5. Basuh baju

Saya minum air nestum panas! Umi saya suruh minum air banyak banyak. Air masak pun kena minum. Hihi. Baik! Saya tengah dengar Anuar Zain nyanyi Keabadian Cinta. Wahh handsome sangat Anuar Zain kan.

Saya tak sedar pun benda tu selama ni sampailah minggu lepas. Tiba tiba terdetik hati nak tekan lagu ni dan tertengoklah dia zaman muda dulu. Wahh anugerah dek muka tu. Tapi itulah sekarang dah berusia kan. Tapi belum kahwin kan.

Hihi siapalah yang akan dapat dia. Suara pun sedap. Lagu dia best rupanya. Selama ni saya tak pernah dengar pun dia nyanyi. Terdengar tu adalah tapi bukanlah cari pun. Tapi best lah dia nyanyi. Okay bye! Doakan saya bangun awal esok. 

3.43 AM Update:

Akhirnya siap juga rph ustazah. Saya tiru satu satu dengan gambar yang ustazah hantar dan memang ustazah suruh buat sebiji macam itu. Harap ustazah puas hati lah dengan hasilnya. Hihi. Tapi saya belum hantar dekat ustazah.

Saya rancang nak hantar pagi esok sebab takut ustazah cakap apalah anak dara ni pukul tiga lebih tak tidur lagi. Hihi. Nanti buruklah nama Abah Umi saya kahkah. Biasanya memang saya tidur awal. 

Tapi hari ni jadi aktif terlebih tengah tengah malam ni. Mungkin sebab saya mandi tadi. Patut ke saya sahur terus? Takut tak terbangun pula kalau tidur ni.

Wahh saya rasa Dr. Sabri Sahrir caring sangat kahkah. Saya pernah belajar dengan supervisor kedua saya ni dulu masa saya second year. Saya rasa beliau sangat serious. Tapi bila kenal lebih dekat, baik sangat sebenarnya.

Dah lah lawak. Selalu random haha. Tapi caring sangat. Tadi baru bermesej dalam group. Saya dan najwa cakaplah pasal kami close contact dengan kategori B. Lepas tu beliau bagilah nasihat dua tiga ketul dengan buat lawaknya.

Nasib baiklah dah kahwin dan anaknya lebih kurang umur saya haha. Tapi muka tak tua pun. Hmm anaknya yang saya tahu umur 14 tahun. Hmm takdelah dekat sangat umur dengan saya. Sepuluh tahun juga tu haha.

Saya ni sentiasa perasan muda kan padahal dah nak masuk tiga puluh tahun dah haha. Okaylah bye saya nak rehat. Doakan saya. Bye assalamu'alaikum.

12.25 PM Update: 

Alhamdulillah saya dah hantar  rph tu dekat ustazah. Tapi, saya dapat kerja baru pula kahkah. Yang tu bahasa Arab kan, ustazah minta buat yang Pendidikan Islam pula. Takpelah, kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita, in shaa Allah.

Saya faham je sebab ustazah dah berusia, tak familiar sangat dengan technology kan. Nak nak lagi kena menaip tulisan arab. Hihi.

Hmm buka buka je laptop terus bateri low. Tak ingat nak charge semalam. Okaylah saya tak tahu nak buat apa sekarang. Termenung je lah kot. Bye~

Oh result swab test akak tu belum keluar lagi. Jadi saya masih menunggu. Doakan supaya result negatif ya. Bolehlah saya balik rumah. In shaa Allah.

P/S: Saya bangun awal okay hari ni. Hihi. Harap maklum. 

8.09 PM Update:

Alhamdulillah result swab test kakak housemate negatif! Kiranya esok boleh ke sekolah in shaa Allah. Jumaat ni in shaa Allah balik rumah. Tapi tak tahu lagi takut kena kuarantin dekat rumah bawah. Saya rasa better macam tu lah kot.

Jadi apa yang saya patut buat sekarang adalah buat rph untuk esok. Sejujurnya saya dah buat tapi saya rasa nak tukar perancangan. Ingat nak buat permainan esok tapi saya ubah fikiran. Saya taknak manjakan sangat pelajar saya dengan game kahkah.

Saya nak paksa mereka belajar esok. Padan muka kahkah. Selalu kalau saya buat game tak puas hati complain itu ini kan. Haa kalau macam tu kita belajar saja lah hihi. Zalim tak ustazah?

Okaylah bye. Saya tengah makan salted egg cornflakes. Best! Hihi. Jangan lupa Rabu ni observation pertama untuk round kedua bawah Dr. Sabri Sahrir melalui FB live. 

11.48 PM Update:

Alhamdulillah rph siap! Sekarang nak gosok tudung dan baju. Lepas tu makan nasi yang tak habis tadi, gosok gigi dan tidur.

Bye!

Saturday, May 1, 2021

Welcome to May

5.32 PM

Hari ni saya punya rancang nak makan nasi ayam percik yang saya selalu beli di bazar tepi rumah. Tapi disebabkan sesuatu ni, saya kena batalkan niat saya. Okaylah saya nak solat Asar kejap ya. 

Bye!

6.24 PM Update:

Saya order foodpanda hari ni. Beli ayam kfc yang set ada nasi. Yeahh! Yang ordernya najwa. Hihi. Saya mana pandai order dengan foodpanda. Najwa pun order sekali. Nasi daging dan ayam rendang. Dah lama najwa craving. 

Alkisahnya, saya dan najwa dan semua housemate rumah sewa saya tak boleh keluar rumah dan kena kuarantin sebab salah seorang housemate saya kontak rapat kawan dia yang positive covid. 

Dia dah buat swab test pagi tadi. Jadi dia sekarang kategori B dan kami kategori C. Wah first time saya rasa takut. Kemungkinan saya tak boleh balik raya. 

Kalau dia negatif pun, saya rasa risiko sangat kalau saya balik rumah. Lainlah kalau saya kuarantinkan diri saya di rumah bawah ke. Dahlah sekarang saya tak ada cash langsung. Adalah RM1. 

Semalam lepas balik sekolah memang rancang nak withdraw duit. Tapi bila sampai di atm punyalah panjang barisan beratur sebab semalam hari gaji rupanya. Allahu. 

Jadi sekarang saya pasrah lah makan apa yang ada saja esok. Tak tahu lagi result housemate saya macam mana. Kalau tak keluar lagi result esok, saya dan najwa terpaksa bagitahu pengetua lah yang kami tak boleh ke sekolah. 

Okay sekejap saya nak layan whatsapp adik saya. Bye!

8.03 PM Update:

Selamat berbuka puasa! Hihi saya dah siap makan. Dah siap solat Maghrib. Kejap lagi nak buat rph untuk ustazah yang mengajar dekat sekolah yang saya ros dulu. 

11.47 PM Update:

Saya baru siap mandi! Alkisahnya saya tak buat lagi rph ustazah tu hihi. Saya call Umi saya tadi untuk bagitahu pasal close contact dengan housemate. Lepas tu saya makan ayam kfc yang satu lagi. 

Saya dah bagitahu supervisor juga pasal ni sebab sepatutnya Rabu ni observation. Alhamdulillah ustaz cool sangat. Memahami sangat. Jadi ustaz tak bagi pergi sekolah lagi. Naya budak budak sekolah tu nanti. 

Esok juga kalau tak keluar result swab test lagi, saya dan najwa akan inform pengetua dan kemungkinan tak pergi ke sekolah lah. 

Saya risau sebenarnya bila nak bagitahu family saya. Kalau bagitahu mereka jadi risau sangat sangat padahal saya okay saja dekat sini. Kalau tak bagitahu, tak boleh juga kan. Apa apa nanti mereka juga yang susah. Hmm. 

Dilemma. Tapi saya dah bagitahu lah. Alhamdulillah okay. Memanglah mereka risau. Tapi saya dah cakap tak ada apa lah in shaa Allah. Mungkin raya ni saya tak boleh balik. Tak nak lah bagi risiko dekat keluarga kan. 

Kalau kita merana takpe, jangan keluarga kita yang merana. Giteww! Hihi okaylah bye saya nak buka laptop dan try buat rph ustazah. Lepas tu tidur! Hihi bye!