Sunday, May 2, 2021

20th Day of Ramadan

2 May 2021

12.41 AM

It's already the second day of May. How time flies. Many things happened today. I'm grateful to Allah for everything. Good or bad, Allah has planned everything for us. 

Be positive. Be strong. Everything happens for reason. Remember that Allah will never neglect us. Be submissive to Allah. Be the best slave of Allah. I can't sleep right now. The light is still on. Najwa is video calling her siblings since two hours ago. 

I silently laughed at her funny stories. She talked about her unforgettable childhood stories with her siblings. I realized that every family has its own journey and story. Okay bye!

1.20 AM Update:

To-do list (2/5/2021)

1. Buat rph ustazah
2. Buat rph Isnin
3. Gosok baju untuk seminggu
4. Gosok tudung
5. Basuh baju

Saya minum air nestum panas! Umi saya suruh minum air banyak banyak. Air masak pun kena minum. Hihi. Baik! Saya tengah dengar Anuar Zain nyanyi Keabadian Cinta. Wahh handsome sangat Anuar Zain kan.

Saya tak sedar pun benda tu selama ni sampailah minggu lepas. Tiba tiba terdetik hati nak tekan lagu ni dan tertengoklah dia zaman muda dulu. Wahh anugerah dek muka tu. Tapi itulah sekarang dah berusia kan. Tapi belum kahwin kan.

Hihi siapalah yang akan dapat dia. Suara pun sedap. Lagu dia best rupanya. Selama ni saya tak pernah dengar pun dia nyanyi. Terdengar tu adalah tapi bukanlah cari pun. Tapi best lah dia nyanyi. Okay bye! Doakan saya bangun awal esok. 

3.43 AM Update:

Akhirnya siap juga rph ustazah. Saya tiru satu satu dengan gambar yang ustazah hantar dan memang ustazah suruh buat sebiji macam itu. Harap ustazah puas hati lah dengan hasilnya. Hihi. Tapi saya belum hantar dekat ustazah.

Saya rancang nak hantar pagi esok sebab takut ustazah cakap apalah anak dara ni pukul tiga lebih tak tidur lagi. Hihi. Nanti buruklah nama Abah Umi saya kahkah. Biasanya memang saya tidur awal. 

Tapi hari ni jadi aktif terlebih tengah tengah malam ni. Mungkin sebab saya mandi tadi. Patut ke saya sahur terus? Takut tak terbangun pula kalau tidur ni.

Wahh saya rasa Dr. Sabri Sahrir caring sangat kahkah. Saya pernah belajar dengan supervisor kedua saya ni dulu masa saya second year. Saya rasa beliau sangat serious. Tapi bila kenal lebih dekat, baik sangat sebenarnya.

Dah lah lawak. Selalu random haha. Tapi caring sangat. Tadi baru bermesej dalam group. Saya dan najwa cakaplah pasal kami close contact dengan kategori B. Lepas tu beliau bagilah nasihat dua tiga ketul dengan buat lawaknya.

Nasib baiklah dah kahwin dan anaknya lebih kurang umur saya haha. Tapi muka tak tua pun. Hmm anaknya yang saya tahu umur 14 tahun. Hmm takdelah dekat sangat umur dengan saya. Sepuluh tahun juga tu haha.

Saya ni sentiasa perasan muda kan padahal dah nak masuk tiga puluh tahun dah haha. Okaylah bye saya nak rehat. Doakan saya. Bye assalamu'alaikum.

12.25 PM Update: 

Alhamdulillah saya dah hantar  rph tu dekat ustazah. Tapi, saya dapat kerja baru pula kahkah. Yang tu bahasa Arab kan, ustazah minta buat yang Pendidikan Islam pula. Takpelah, kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita, in shaa Allah.

Saya faham je sebab ustazah dah berusia, tak familiar sangat dengan technology kan. Nak nak lagi kena menaip tulisan arab. Hihi.

Hmm buka buka je laptop terus bateri low. Tak ingat nak charge semalam. Okaylah saya tak tahu nak buat apa sekarang. Termenung je lah kot. Bye~

Oh result swab test akak tu belum keluar lagi. Jadi saya masih menunggu. Doakan supaya result negatif ya. Bolehlah saya balik rumah. In shaa Allah.

P/S: Saya bangun awal okay hari ni. Hihi. Harap maklum. 

8.09 PM Update:

Alhamdulillah result swab test kakak housemate negatif! Kiranya esok boleh ke sekolah in shaa Allah. Jumaat ni in shaa Allah balik rumah. Tapi tak tahu lagi takut kena kuarantin dekat rumah bawah. Saya rasa better macam tu lah kot.

Jadi apa yang saya patut buat sekarang adalah buat rph untuk esok. Sejujurnya saya dah buat tapi saya rasa nak tukar perancangan. Ingat nak buat permainan esok tapi saya ubah fikiran. Saya taknak manjakan sangat pelajar saya dengan game kahkah.

Saya nak paksa mereka belajar esok. Padan muka kahkah. Selalu kalau saya buat game tak puas hati complain itu ini kan. Haa kalau macam tu kita belajar saja lah hihi. Zalim tak ustazah?

Okaylah bye. Saya tengah makan salted egg cornflakes. Best! Hihi. Jangan lupa Rabu ni observation pertama untuk round kedua bawah Dr. Sabri Sahrir melalui FB live. 

11.48 PM Update:

Alhamdulillah rph siap! Sekarang nak gosok tudung dan baju. Lepas tu makan nasi yang tak habis tadi, gosok gigi dan tidur.

Bye!

No comments:

Post a Comment