Saturday, May 8, 2021

I'm Back

Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah sampai rumah juga akhirnya. Semalam punya prosedur di CAC punyalah ketat. Pukul 6 dah kena pergi sana, berbuka dan solat pun di sana. Bukan pelajar Kelantan saja yang berlepas ke negeri mereka malam itu, pelajar Terengganu pun ada. 

Alhamdulillah semua prosedur berjalan dengan lancar tapi pergerakan bas delay sejam juga. Sepatutnya bertolak pukul 9, jadi pukul 10. Tapi ada hikmahnya. Bertolak lambat, sampai pun lambat, jadi tak adalah Abah saya kena ambil saya pagi pagi buta.

Lepas je sahur Abah terus grab kunci kereta dan ambil saya. Itu yang Umi saya ceritalah. Sampai rumah saya mandi dan solat. Lepas tu borak borak dengan adik saya. Semalam saya bertolak ke universiti dalam pukul 12 tengah hari. Najwa yang hantar.

Sempat lagi bergambar dekat tugu covid dekat Wadi Budi kahkah. Bukan saya seorang saja, Najwa, Anis, Ain dan kawan Anis nama Zaharah pun bergambar sekali. Lepas tu saya tumpang bilik kawan Anis. Tapi Anis ada sekali lah. 


Petang tu baru bertolak ke CAC. Haa nak cakap prosedur tu boleh kata ketat lah kan. SOP pun bukan main masa dalam dewan. Dahlah feeling macam TBS dah CAC hari tu. Naik je bas, duduk dekat dekat juga. Tapi alhamdulillah semua okay. 

Masa tayar kereta melangkah masuk universiti, sayu rasa hati ini. Najwa dah sebak dah. Yalah, dah lebih setahun tak jejakkan kaki ke universiti disebabkan oleh korona. Semua masih sama. Tak ada apa pun yang berubah dekat sana. 

Hmm okaylah bye!

No comments:

Post a Comment